Você está na página 1de 41

Analisis Pendidikan Seksualiti di Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia

Oleh
Johari Talib
Unitar International
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan menganalisis pendapat responden tentang adakah
pendidikan seks dijalankan dalam bilik darjah sekolah-sekolah menengah di
Malaysia. Data kajian ini dianalisis dengan secara kualitatif melibatkan seramai
380 orang responden. Dari jumlah tersebut sejumlah 80 skrip telah dipilih untuk
dianalisis secara terperinci. Data adalah dikumpul dari jawapan pelajar terhadap
soalan-solan

berstruktur

tentang

pengalaman

mereka

berkaitan

dengan

pendidikan seksualiti sewaktu dibangku sekolah menengah. Sebelum memberi


gerak balas terhadap soalan, responden terlebih dahulu diperkenalkan aspekaspek pendidikan seksualiti menurut kurikulum yang disediakan oleh pihak
UNESCO (2009).

Dapatan kajian menunjukkan

sejumlah 90% respoden

berpendapat pendidikan seksualiti tidak dijalankan di sekolah-sekolah Malaysia.


Sungguh pun begitu apabila diteliti tiap skrip adalah didapati sejumlah 85%
responden menyatakan bahawa pendidikan seksualiti ada dijalankan tetapi
secara terhad dan sambilewa melalui dua matapelajaran utama iaitu Biologi dan
Pengetahuan Islam. Kebanyakan guru hanya menyentuh topik seksualiti secara
sambil lalu bagi mengisi keperluan peperiksaan dan responden berpendapat
pengalaman pembelajaran tersebut tidak jelas serta tidak diserapkan nilai-nilai
moral dan agama. Guru-guru tersebut

bersikap negatif terhadap pendidikan

seks, enggan menerangkannya dengan jelas, masih menggunakan perkataan


-perkataan berkias serta menggunakan pelbagai analogi yang kabur tentang
seksualiti. Lebih mengecewakan ialah pendidikan seks yang terhad ini tidak
disampaikan dengan mengguna istilah-istilah dalm
seolah

orang

Bahasa Melayu seolah-

Melayu gagal berbicara seks dalam bahasa mereka sendiri.

Hampir 95% reponden bersetuju supaya pendidikan seks diperkenalkan di


sekolah-sekolah di Malaysia dengan kurikulum yang dibina hampir sama dengan
Kurikulum Pendidikan Seksualiti Remaja UNESCO dengan tambahan perspektif
Islam dalam seksualiti.
PERNYATAAN MASALAH
Seksualiti adalah salah satu aspek asas dalam kehidupan manusia. Seksualiti
mempunyai perkaitan dengan fizika, psikologi, kerohanian, budaya, sosial,
1

ekonomi malah juga politik sesebuah masyarakat. Perkembangan-perkembagan


aspek-aspek sosial, komunikasi, media, pendidikan, ekonomi dan pergaulan
lelaki

perempuan

menyebabkan

berlakunya

masyarakat dan pelbagai pihak mulai


seksualiti bagi menangani masalah ini.

masalah

seksualiti

dalam

menyebut pentingnya pendidikan


Di Malaysia, isu pendidikan seksualiti

adalah berkaitan dengan pelbagai masalah sosial yang sedang melanda negara
ini sama seperti negara-negara lain sama ada negara yang sedang membangun
mau pun negara maju. Antara masalah tersebut ialah peningkatan jumlah remaja
aktif seks, remaja mengandung sebelum berkahwin, keinginan remaja untuk
perpasangan pada usia yang sangat muda, penularan pengakit berjangkit yang
berkaitan dengan hubungan seks dan rentetan masalah ini ialah pertambahan
kelahiran anak tak sah taraf atau anak luar nikah dan lebih serius lagi apabila
terdapat ibu atau pasangan yang sanggup membunuh, menggugur dan
membuang bayi yang baru dilahirkan di merata-rata tempat termasuk di tempat
pembuangan sampah atau mencampakkan bayi yang lahir dari tingkat 16 rumah
pangsa dengan harapan bayi tersebut terus jatuh ke tong buangan sampah.
Seriusnya masalah ini menyebabkan anggota masyarakat memberi pandangan
serta mendesak pihak berwajib untuk mencari jalan penyelesaiannya dan salah
satu dari jalan penyelesaian tersebut ialah melalui pendidikan seksualiti di
sekolah.
Kajian oleh pelbagai pihak di Malaysia tentang tingkahlaku seksual remaja
Malaysia tidak banyak dijalankan. Jika ada pun datanya agak kurang konsisten.
Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(1992)

dalam kalangan responden berusia antara 17-24 tahun menunjukkan

bahawa 54% dari mereka telah mempunyai lebih dari satu pasangan seks.
Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Jas Laile Suzana Jaafar (2005)
menunjukkan seramai 43% dari sampel yang semuanya berketurunan Melayu
mulai keluar bertemujanji pada usia antara 13-15 tahun

dan 35% apabila

berusia antara 16-17 tahun mulai bercium dan saling belai membelai. Sejumlah
44% remaja tersebut mulai belajar tentang seks dari rakan-rakan, 35% dari VCD
dan 27% dari majalah-majalah berunsur lucah. Di manakah peranan sekolah
dalam mendidik mereka dari segi pendidikan seksualiti? Seterusnya kajian yang
dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (Second National Health and Morbidity
Survey, 1997)

menunjukkan dapatan yang hampir serupa iaitu 40% remaja

remaja berumur antara 13-19 tahun mulai keluar bertemujanji pada usia antara
13-15 tahun. Apabila mereka mencapai usia 18 tahun mereka mulai berpegang
2

tangan, 85% bercumbu dan 83% berkucup. Secara menyeluruh mereka mulai
berjinak-jinak dengan tingkahlaku yang meransang kepada hubungan seks pada
usia yang muda.
Berapa peratuskah remaja Malaysia aktif seks? Laporan dari tinjauan yang
dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (2004)
menunjukkan seramai 2.2% dari sampel adalah aktif seks berbanding dengan
hanya 0.90 sedekad sebelum itu.

Peratusnya

terus meningkat kepada 4.2%

pada tahun 2006 (The National Health and Morbidity Survey, 2006). Seterusnya
kajian NST Youth Quake April 2002 menunjukkan dari 200 orang remaja berusia
antara 15-19 tahun, 44% pernah mengadakan hubungan seks sekurangkurangnya sekali. Dalam kalangan remaja lepak pula, perlakuan seks bebas juga
salah satu aktiviti mereka turut lakukan ( 18% , Kajian Tingkahlaku Lepak Di
Kalangan Remaja, KKM, 1994). Remaja yang

terdedah kepada

AIDs turut

melakukan hubungan seks bebas. Ini terbukti hasil kajian yang dijalankan oleh
KKM pada tahun 1996 (Kajian Remaja dan AIDs) dan dapatannya menunjukkan
6% dari jumlah 4347 responden pernah melakukan hubungan seks. Seterusnya
kajian oleh Durex Global Sex Survey Survey (2004) pula menunjukkan bahawa
purata wanita Malaysia mengadakan hubungan adalah pada usia 19 tahun.
Kajian yang sama ditadbirkan pada 2003 menunjukkan 46% dari responden yang
berjumlah 2283 adalah aktif seks. Walau pun dapatan penyelidikan ini tidak
konsisten dari jumlah peratusnya, tetapi jelas menunjukkan remaja Malaysia
sekarang semakin berani , bergaual bebas lelaki dengan perempuan tanpa
batasan dan mulai berminat untuk berpasangan pada usia yang amat muda dan
terus melakukan hubungan seks.
Tingkahlaku ghairah ke arah mengadakan hubungan seks telah menyebabkan
jumlah remaja mengandung semakin meningkat di negara ini. Setakat yang
direkodkan oleh Jabatan Kebajikan masyarakat berdasarkan jumlah remaja yang
ditempatkan di rumah perlindungan bagi remaja mengandung (Taman Seri
Puteri), pada tahun 2008 jumlahnya ialah 107 orang, meningkat kepada 131
orang pada tahun 2009 dan antara JanuariApril 2010 jumlahnya mendadak ke
111 orang yakni dalam tempoh empat bulan sahaja dibandingkan dengan jumlah
setahun pada tahun sebelumnya dan remaja termuda mengandung berusia 13
tahun.

Jumlah sebenar adalah lebih banyak dari jumlah tersebut tetapi tidak

dilaporkan oleh ibu bapa atau pelaku (Yee,

26 June, 2010, The Star ). Data

sepatutnya juga hendaklah merangkumi jumlah remaja mengandung yang

berada di pusat perlindungan lain termausk pusat yang ditadbirkan oleh pihak
swasta dan agensi bukan kerajaan seperti KEWAJA.
Episod hidup remaja yang melakukan hubungan seks haram tidak berhenti
setakat mengandung sahaja tetapi mungkin ada kaitannya dengan kes
pembuangan yang dilaporkan oleh pihak media sebilang hari.

Kes-kes

pembuangan bayi seolah-olah telah menjadi berita harian yang telah muak
dibaca penonton dan jumlahnya semakin meningkat. Berkaitan dengan perkara
ini pihak Polis Di Raja Malaysia melaporkan antara tahun 2005- 2009 terdapat
396 kes pembuangan bayi di seluruh negara. Apabila dianalisis secara terperinci
menurut tahun pula kes ini pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan : 67
kes pada tahun 2005, 83 kes tahun 2006, 66 kes tahun 2007, 79 kes tahun
2009 dan 91 kes tahun 2010.

Pihak polis berpendapat kebanyakan kes

melibatkan remaja yang membuang bayi kerana kelahiran mereka tidak


dikehendaki serta melanggar norma masyarakat Melayu.
Kesan perlakuan seks bebas remaja dan juga orang dewasa yang tidak
bertanggung-jawab di Malaysia sangat serius apabila pihak Jabatan Pendaftaran
Negara (Berita Harian 21 Mac 2011) melaporkan bahawa antara tahun 20062010 terdapat sejumlah 234,647 bayi dilahirkan tak sah taraf daripada jumlah 2
juta kelahiran. Purata kelahiran bayi luar nikah di seluruh negara ialah 83 orang
dalam sehari. Bayi-bayi ini lahir dari perbuatan sumbang ibu bapa mereka dan
didaftar tanpa nama bapa. Jumlah angka tersebut menunjukkan bahawa hampir
10% kelahiran bayi di negara ini adalah luar nikah atau tak sah taraf. Maklumat
ini menunjukkan perlakuan seks bebas di Malaysia adalah serius. Data kelahiran
anak tak sah taraf adalah tidak setara dengan data remaja mengandung yang
diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, membuktikan bahawa jumlah
remaja yang mengandung adalah lebih dari jumlah yang direkodkan.
Kenapakah remaja

sanggup bermukah atau mengadakan seks haram?

Penyelidikan tentang sebab remaja mengadakan hubungan seks menunjukkan


bahawa antara sebab-sebab utama ialah ingin mencuba dan merasa terutama
bagi remaja lelaki, berseronok, bukti cinta dan kasih sayang dan pengaruh media
terutama filem lucah (Jas Laile Suzana Jaafar, 2003, Noor Aziah Awal,2006, Johari
Talib, 2009). Kajian Johari Talib (2009) tentang identiti remaja mengandung luar
nikah yang melibatkan 60 orang responden menemukan dapatan remaja
perempuan menyerahkan diri sebagai

bukti cinta kepada teman lelaki.

Kebanyakan pasangan mereka adalah berusia antara 17-28 tahun. Mereka


mengandung kerana tidak menggunakan teknik pencegahan hamil semasa
4

bersetubuh dan apabila mengetahui diri mengandung hampir semua pasangan


menghilang diri atau memujuk mangsa menjalani pengguguran. Remaja yang
terlibat bukan sahaja mempunyai masalah dari segi membina perhubungan
tetapi juga mempunyai masalah dari segi tafsiran cinta dan pecegahan hamil.
Apabila dikaitkan dengan kes-kes remaja mengandung luar nikah, punca utama
mereka mengandung adalah disebabkan pengetahuan mereka yang cetek
tentang sistem reproduktif dan pencegahan hamil

dan apabila terdesak remaja

sanggup membuang bayi mereka. Perkara yang sama juga berlaku

dari segi

jangkitan virus HIV dan AIDS, laporan statistik KMM (2011) tentang AIDS dan HIV
menunjukkan hampir 40% pengidap adalah remaja dan dua punca utama ialah
berkongsi jarum suntikan dadah dan kedua ialah melalui hubungan seks bebas
tanpa menggunakan teknik-teknik pencegahan ( Prostar, 2011; Chua Soi Lek,
2006).
Perkara Ini seolah-olah kurang memeranjatkan kerana kajian yang lebih besar
skopnya iaitu di Asia Pasifik (termasuk Malaysia) menunjukkan 45% responden
yang aktif seks tidak menggunakan sebarang alat pencegahan hamil dan paling
serius ialah lebih separuh sampel wanita di Malaysia (56%) dan Singapura (60%)
tidak begitu arif tentang teknik-teknik pecegahan hamil ( Vijaindren, NST 12 Jun,
2011). Kajian-kajian ini yang dilaporkan oleh pelbagai agensi kerajaan, penyelidik
persendirian dan pertubuhan bukan kerajaan menunjukkan bahawa remaja
Malaysia menghadapi masalah

dari segi pengetahuan secara terperinci

mengenai seksualiti merangkumi aspek-aspek hubungan seks dan cinta, sistem


reproduktif,

penyakit-penyakit

kelamin

dan

jangkitannya,

penularan

dan

kesedaran bahaya AIDS dan HIV dalam kaitannya dengan hubungan seks dan
juga pencegahan hamil.

Cadangan pelbagai pihak supaya pendidikan seks

dilakukan secara berstruktur dan jelas telah dilakukan oleh semua pihak yang
prihatin terhadap masa depan remaja Malaysia tetapi pada 1q May 2010
cadangan tersebut telah ditolak oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
alasan

pendidikan seks telah pun dijanlankan dalam kelas-kelas sekolah

menengah seluruh negara melalui

matapelajaran Sains/Bilogi dan Pendidikan

Islam. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis adakah pendidikan seks benarbenar dijalankan secara formal di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
TINJAUAN LITERATUR
Teori Pembelajaran Kognitif

Kajian yang dijalankan ini adalah dirangka berasaskan teori pembelajaran


kognitif yang dipelopori oleh Wilhelm Wundt

(Winn & Snyder, 1996) serta

dikembangkan oleh ahli psikologi Kumpulan Gestalt

(Kohler, 1925), Piaget

(1972), Broadbent (1952) dan Atkinson& Shriffin (1968). Ahll psikologi seperti
Kumpulan Gestalt, Broadbent (1958)

serta Atkonson & Shriffin (1968) adalah

mewakili kelompok pemebelajaran kognitif melalui operasi mental, manakala


Piaget

(1970)

adalah

peringkat-peringkat
pembelajaran

mewakili

kelompok

kematangan

berasaskan

operasi

berfikir
mental

pembelajaran
individu.
proses

kognitif

Dalam

melalui

pendekatan

pembelajaran

adalah

bergantung kepada pemerosesan maklumat yang beroperasi dalam otak.


Terdapat tiga peringkat pemerosesan maklumat dan peringkat satu melibatkan
tiga tahap pemoresesan maklumat iaitu tahap sensori motor, tahap ingataan
jangka pendek dan ketiga tahap ingatan jangka panjang. Peringkat kedua pula
adalah peringkat di mana maklumat dalam ingatan jangka panjang akan di
padankan dengan maklumat baru melalui proeses ingat semula (retrieval)
berdasarkan aktiviti yang menjurus kepada pemberian perhatian, mengenal
semula dan encoding.

Apabila maklumat berjaya diingat semula maklumat

tersbeut akan mangalami proses

taranformasi yang menyesuaikan akan

mamadankan maklumat lama dengan makulmat baru yang serta dilahirkan


semula atau diwakilkan pada peringkat ketiga sebagai pengetahuan baru. Kajian
ini adalah mengambil kira pendekatan kedua-dua pendekatan kognitif

ini

berkiatan dengan pembelajaran bagi pelajar-pelajar matang.


Jika menurut teori perkembangan kognitif Piaget pula (1972 ) kesemua sampel
yang berjumlah 380 orang dikira telah pun mencapai tahap pemikiran operasi
formal di mana responden boleh berfikir secara dedutif dan induktif pada semua
tahap pemikiran yang dicadangkan oleh Dewey (1965) serta Bloom (1976).
Dalam konteks yang sama aras kognitif responden telah pun sampai ke tahap
untuk mengalami ketiga-tiga proses kognitif iaitu tahap asimilasi, akomodasi dan
tahap keseimbangan (equilibration) dalm memperoses maklumat seperti yang
dicadangkan oleh Piaget (1970). Kematangan responden adalah penting kerana
prosedur kajian ini memerlukan responden membuat pertimbangan, penilaian
dan refleksi tentang pengalaman pembelajaran sesksualiti yang pernah mereka
alami sema berada di bangku sekolah dalm tempoh satu hingga tiga tahun lepas.
Dalam tempoh tersebut pengalaman pembelajaran

yang telah dialami akan

diwakilkan semula (representasi) ke dalam model pembelajaran seksualiti baru


melalui proses akomodasi membentuk maklumat baru.
6

Adalah dijangka

pengalaman pembelajaran berkaitan dengan seksualiti masih lagi segar dalam


ingatan jangka panjang mereka dan ini membolehkan responden membuat
adaptasi

pengalaman

lama

dengan

baru

serta

membuat

penilaian

dan

bandingan.
Tinjauan Literatur
Berdasarkan

tekanan-tekanan

pelbagai

pihak

dan

masalah

sosial

dalam

masyarakat, banyak negara di dunia mulai menerima kepentingan pendidikan


seksualiti. Bagaimana pun golongan yang menentang masih wujud dan mereka
ini termasuklah pegawai-pregawai di

Kementarian Pelajaran, guru-guru,

pentadbir, ibu bapa dan kelompok ajaran agama memberikan tentangan yang
agak lantang. UNESCO (2009) menyenaraikan pendapat

tidak bersetuju

terhadap pendidikan seksualiti dan antara alasan yang diberikan ialah :


pendidikan seks menyebabkan semakin ramai remaja aktif seks, pendidikan
seksusaliti mengganggu kesucian fikiran remaja dan kanak-kanak, pendidikan
seksualiti adalah tugas ibu bapa, ibu bapa tidak bersetuju dengan pendidikan
seksualiti,
tidak

pendidikan

bagi

seksualiti mungkin baik untuk golongan muda tetapi

kanak-kanak,

pendidikan

seksualiti

telah

diberikan

melalui

matapelajaran biologi, kemahiran hidup atau sivik dan pendidilkan seksualiti


hendaklah mengenengahkan nilai. Penentangan terhadap pendidikan seksualiti
perlu diberi perhatian tetapi dalam masa yang sama perhatian juga perlu
diberikan terhadap masalah berkaitan

dengan seks bebas dan penularan

penyakit berjangkit yang semakin serius. Misalnya, penyelidikan yang dijalankan


oleh pihak parlimen United Kingdom pada tahun 2007 yang melibatkan 20,000
remaja menunjukkan bhawa 43% remaja menerima pendidikan
perhubungan manusia, 55% remaja berusia antara 12-15 tahun
berusia antara 16-17 tahun tidak dididik

tentang
dan 57%

cara penggunaan kondom dan lebih

50% responden tidak mengetahui di manakah


bantuan serta maklumuat tentang seksualiti

mereka boleh mendapatkan

( Fisher & McTaggart, 2008) .

Seterusnya dalam konteks yang sama, Kirby (2009 )berpendapat bahawa


pendidikan seksualiti hendaklah mengambilkira pendapat remaja supaya isi
kandungan pelajaran lebih praktikal dan mengisi keperluan mereka. Maklumat ini
menjelaskan

bahawa

pendidikan

seksualiti

adalah

penting

dan

perlu

diperkemaskan.
Bagi negara meluluskan program pendidikan seksualiti, sekolah adalah tempat
yang paling sesuai bagi pendidikan tersebut dijalankan. Bagi melaksanakannya
sekolah

memerlukan

pentadbir

yang
7

benar-benar

memahami

keperluan

pendidikan seksualiti dan beliau akan bertindak mengawal pendidikan tersebut


melalui garis panduan polisi pendidikan seksualiti. Sebagai langkah awal
implementasi pendidikan seksualiti di sekolah, pihak pentadbir hendaklah
menjelaskan kurikulumnya kepada guru-guru di sekolah dan jika perlu kepada
ibu bapa. Antara isi utama yang perlu diterangkan ialah garis panduan
pendidikan seksualiti, pendidikan seks dan reproduktif, kesamaman hak menurut
jantina

(termasuk

gangguan

seksual),

seksual

dan

gangguan

seksual

berasaskan jantina (termasuk keganasan seka) dan buli berasaskan seksual.


Memandangkan pendididkan seksualiti melibatkan
dan

masyarakat,

seksual

reproduktif,

STD, STI, nilai-nilai kendiri

kawalan

hamil

dan

ganggugan

berasaskan jantina maka pendidikan seksualiti perlu dijalankan oleh guru yang
terlatih sepenuhnya.

Di samping guru yang terlatih sekolah hendaklah juga

menyediakan alat bantuan mengajar yang besesuaian. Dalam menyampaikan isi


pelajaran pula , guru perlulah mengambil kira bahawa persekitaran belajar dalah
berada dalam keadaan selamat (UNESCO, 2009). Kirby (2009) mencadangkan
bahawa jika perlu pendidikan seksualiti boleh dijalankan dalam keadaan pelajar
perempuan diasingkan dari pelajar lelaki. Perkara ini wajar

dilakukan supaya

pelajar perempuan merasa selamat dan pendidikan seksualiti dijalankan dengan


berkesan. Sebagai tambahan, pendidkan seksualiti akan menjadi lebih berkesan
apabila melibatkan ibu bapa dan Kirby (2009) mencadangkan cara yang seuai
ialah memberikan tugasan pendidikan seksualiti yang melibatkan ibu bapa
memberi bantuan kepada anak-anak mereka.
Penyelidkan tentang keberkesanan pendidikan seksualiti agak meluas dijalankan
terutama apabila membicarakan tentang kesan

pendidikan tersebut kepada

tingkahlaku seksual remaja. Liputan penyelidikan ini yang terkini dilaporkan oleh
pihak UNESCO (2009) adalah melibatkan 87 kajian di seluruh dunia dan pecahan
negara yang mengambil bahagian adalah seperti berikut : 29 dari negara sedang
membangun,

47 kajian dari USA, dan 11 dari negara maju

negara-negara Eropah.

Semua negara yang terlibat

lain

termasuk

mempunyai kurikulum

pendidikan seksualiti yang dirangka melibatkan topik-topik berkenaan penyakit


HIV, STD, STI, kawalan hamil dan persetubuhan. Sebanyak 70% dari pendidikan
ini adalah dijalankan di sekolah, sementara 30% selebihnya adalah di pusat
komuniti dan klinik. Secara keseluruhan remaja menerima pendidikan seksualiti
antara 15 hingga 30 jam. Kajian ini menemukan dapatan yang boleh dijadikan
panduan kepada semua pihak seperti ibu bapa, guru, pemimpin agama termasuk
golongan

yang

menentang

pendidikan
8

seksualiti.

Keberkesanan

program

pendidikan seksualiti

telah diukuar dalam lima dimensi iaitu : kesan program

kepada tingkahlaku seksual, kesan kepada penggunaan kondom serta teknik


pencegahan hamil yang lain, kesan kepada STD dan STI, kesan kepada
penghamilan dan kesan kepada kadar kelahiran. Kesan-kesan ini adalah
menyeluruh dan jelas kepada tiap aspek penting dalam pendidikan seksualiti.
Dari

63

kajian berkaitan dengan kesan pendidikan seksualiti terhadap

tingkahlaku seksual (misalnya Borowski et al. 2005; Clark et al 2007), 37%


didapati melambatkan tempoh masa untuk remaja mengadakan persetubuhan
sementara 63% tidak menunjukkan apa-apa perbezaan. Dalam masa yang sama
sejumlah 31% program telah menurunkan kekerapan mengadakan persetubuhan
termasuk terus meninggalkan amalan tersebut, 66% tidak menunjukkan kesan
sementara 3% melakukan persetubuhan lebih kerap.

Seterusnya 44% dari

program telah mengurangkan jumlah pasangan bersetubuh, sementara 56%


tidak menunjukkan apa-apa kesan (Kirby,Obasi & Laris, 2006). Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa hampir sepertiga program telah melambatkan tempoh
masa mengadakan hubungan seks, menurunkan kadar kekerapan bersetubuh
dan mengurangkan jumlah pasangan bersetubuh. Semasa bersetubuh pula 44%
dari program telah menambahkan jumlah penggunaan kondom, manakala 66%
tidak menunjukkan kesan.

Dalam masa yang sama

40% dari program

menambah jumlah penggunaan teknik mencegah hamil, manakala 53 % tidak


menunjukkan kesan yang signifikan (Jemmott et al. 1999). Terdapat juga kajian
mengukur jumlah responden yang enggan menggunakan kondom semasa
bersetubuh atau

mengadakan

persetubuhan berisiko tinggi dan

kajian

menunjukkan 53% dari program telah mengurangkan perlakuan seksual berisiko


tinggi (Jemmott, 2006). Secara keseluruhannya, lebih dari sepertiga dari program
pendidikan seksualiti telah menambahkan penggunaan kondom dan teknikteknik mencegah hamil.

Ini secara tidak langsung menunjukkan program

pendidikan seksualiti telah mengurangkan tingkahlaku

seksual berisiko tinggi

dalam kalangan remaja.


Kajian tentang kesan pendidikan seksualiti terhadap STI,STD , kadar hamil dan
kadar kelahiran bayi tidak banyak dijalankan. Dari semua kajian yang dibuat
liputan, hanya 18 kajian sahaja berbuat demikian dan dapatannya menunjukkan
5 dari kajian tersebut (misalnya Fisher et al. 2002, Gillmore et al. 1997)
menunjukkan kesan positif, sementara
kesan.

Pada

keseluruhannya

13 lagi tidak menunjukkan sebarang

program

pendidikan

seksual

berjaya

mengurangkan tingkahlaku seksual berisiko tinggi termasul jangkitan HIV, STI


9

dan mengandung. Pendidikan seksual di sekolah berjaya memberikan kesankesan positif lebih dari 30% dan ini adalah tanpa meibatkan gabungan program
dengan pendekatan agama dalam mengatasi masalah
berisiko tinggi.

tingkahlaku seksual

Dalam masa yang sama program yang menggalakkan remaja

tidak langsung mengadakan hubungan seks sehingga berkahwin (abstinence)


nampaknya berjaya apabila diimplementasikan di sekolah dalam kalangan
pelajar lelaki dan pelajar perempuan ( misalnya Jemmott, 2008).
Kajian tentang pendidikan seksualiti dalam bilik darjah di Malaysia adalah terhad
jumlahnya. Misalnya ialah kajian yang dijalankan oleh Azizah jaafar dan Chan
Siew Lee (2009) menunjukkan tanggapan yang berbeza antara guru dan murid
berkaitan dengan pendidikan seksualiti. Hasil kajian ini menunjukkan 53.6% dari
guru berpendapat bahawa pengetahuan berkaitan dengan seksualiti pada masa
itu dalam kurikulum sedia ada sudah mencukupi untuk pelajar. Sebaliknya bagi
pihak pelajar pula, sejumlah 58.2% mereka berpendapat kurikulum pendidikan
seks di sekolah-sekolah di Malaysia adalah tidak memadai seluruhnya.
dari

luasnya

ruang

lompong

dalam

kurikulum

pendidikan

Kesan

seksualiti

menyebabkan pelajar mendapat maklumat tentang sesualiti terutamanya dari


rakan sebaya, media dan akhirnya barulah guru di sekolah. Masalahnya ialah
apakah sumber yang dikongsi dari rakan sebaya?

Jika sumber yang mereka

dapati tanpa kawalan dan berbentuk lucah seperti pornografi, pengalaman ini
boleh menyebabkan remaja gagal mengawal rangsangan seks yang begitu kuat
pengaruhnya. Dapatan ini perlu diberi perhatian serius jika dikaitkan dengan
permasalahan remaja berkaitan dengan salahlaku seksual di Malaysia secara
menyeluruh yang telah pun dibincang sebelum ini.
Berdasarkan pelbagai dapatan kajian yang dibuat liputan oleh pihak UNESCO
(2009) dan di Malaysia

berkaitan dengan program pendidikan seksualiti

beberapa perkara yang berkaitan adalah perlu diberi perhatian. Antaranya ialah
dalam merangka program pendidikan seksualiti adalah perlu dimasukkan
perkara-perkara berikut : pengetahuan tentang penularan dan bahaya HIV, AIDS,
STD, STI, persetubuhan, reproduksi, kawalan hamil, tingkahlaku seksual yang
berisiko tinggi, nilai kendiri terhadap hubungan seks termasuk pandangan
terhadap tidak melakukan seks sama sekali sehingga sampai masanya,
penggunaan kondom dan sikap terhadap pencegahan hamil, persepsi terhadap
norma rakan sebaya dalam mengadakan hubungan seks, timbangtara apabila
pasangan memujuk atau mengajak untuk bersetubuh dan komunikasi dengan
ibu bapa atau orang dewasa yang layak untuk merujuk perkara-perkara
10

berkaitan dengan seksualiti (UNESCO, 2009). Berdasarkan


masalah dan tinjuan literatur

huraian pernyataan

yang dibentangkan kajian ini

mengemukakan

persoalan-persoalan berikut:
(1) Adakah pendidikan seksualiti dijalankan di sekolah-sekolah Malaysia ?
(2) Jika pendidikan seksualiti ada dijalankan di sekolah-sekolah Malaysia apakah
matapelaajaran yang berkaitan dengan pendidikan tersebut?
(3) Adakah pendidikan seksualiti dijalankan dengan jelas dan berkesan?
(4) Adakah responden bersetuju/tidak bersetuju supaya pendidikan seksualiti
diajar di sekolah-sekolah Malaysia?
(5) Apakah cadangan responden dalam pengajaran dan pembelajaran seksualiti
di sekolah-sekolah Malaysia?
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
(1) Mengukur sama ada pendidikan seksualiti dijalankan di sekolah-sekolah
Malaysia.
(2) Mengenalpasti matapelajaran yang berkaitan yang menyentuh pendidikan
pendidikan seksualiti dalam bilik darjah Malaysia.
(3) Menganalisis keberkesanan pendidikan seksualiti di sekolah-sekolah
Malaysia.
(4) Meneroka pendapat responden tentang persetujuan mereka berkaitan
dengan pendidikan seksualiti.
(5) Menganalisis cadangan responden tentang pengajaran dan pembelajaran
pendidikan seksualiti di sekolah-sekolah Malaysia.
METODOLOGI
Pendekatan Kajian
Kajian ini adalah berkenaan analisis pendidikan seksualiti di sekolah-sekolah
Malaysia. Data bagi kajian ini dikumpul dari 380 orang responden yang
semuanya adalah pelajar universiti. Usia dan tahap kognitif mereka adalah
sesuai untuk dijadikan sampel bagi kajian ini yang memerlukan mereka
membuat penilaian tentang pendidikan seksualiti

yang telah mereka lalui

sewaktu di bangku sekolah. Lantas itu pedekatan kajian ini adalah berdasarkan
teori kognitif. Teori kognitif mengutarakan dua konsep fikir individu iaitu melalui
prosedur pemerosesan maklumat dalam otak (eg. Atkinson & Shriffin, 1967) dan
juga tahap-tahap fikir berdasarkan umur (eg. Piaget, 1970; Anderson, 1975).
Dalam konteks penyelidikan ini responden adalah pemikir matang yang boleh
membuat penilaian tedrhadap pendidikan sesksualiti yang telah mereka lalui.
Tahap penilaian adalah tahap fikir tertingggi (Tahap 6) dalam Taksonomi Kognitif
Bloom (1966). Dalam masa yang sama responden juga telah menacapai usia
matang yakni lebih 15 tahun dan mencapai tahap pemikiran operasi formal di
11

mana pada tahap ini individu telah mampu membuat penilaian dan timbang tara
tentang

pengalaman

yang

mereka

lalui.

Tahap

operasi

formal

juga

membolehkan individu mampu membuat asimilasi serta akomodasi pengetahuan


sedia ada dengan pengetahuan semasa yang membentuk penegetahuan baru.
Kedua dua konsep ini berjalan serentak yang diaplikasikan dalam prosedur
mengumpul data bagi kajian ini.

Sampel
Kajian ini adalah dijalankan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor Darul Ehsan Sampel kajian ini berjumlah 380 orang yang merupakan
pelajar-pelajar yang berusia antara 20 23 tahun. Dari jumlah ini 39.5%( 150)
orang adalah merupakan pelajar Tahun 1, 34.2%( 130) orang pelajar Tahun 2 dan
26.3%(100) orang adalah pelajar Tahun 3 . Dari jumlah ini 60.5% (230) orang
responden adalah perempuan dan 39.5%(150) orang adalah lelaki. Nisbah lelaki
dan perempuan tidak seimbang sesuai dengan jumlah pelajar keseluruhan di
UKM, di mana 60% adalah merupakan pelajar perempuan. Keseluruhan pelajar
telah meninggalkan bangku sekolah antara 1-3 tahun sesuai dengan taburan
umur mereka.

Responden adalah datang dar pelbagai latarbelakang bidang

pengkususan dan ini termasuklah dari Fakulti Sains Sosial, Fakulti UndangUndang, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Ekonomi dan Fakulti Teknologi Sains
Maklumat. Data kajian ini dikumpul dari responden antara Januari hingga Mei
2011.
Alat Kajian
Kajian ini adalah kajian yang mengikuti pendekatan kualitatif

dan alat kajian

yang digunakan adalah soalan-soalan berstruktur yang memerlukan responden


menjawab secara bertulis

dalam bentuk huraian ringkas. Bahagain 1 borang

soalselidik ini adalah mengandungi

item soalan berbentuk demografi yang

berkaitan dengan ethnik, umur, jantina, lokasi asal kediaman sebelum menuntut
di universiti, jenis SMK (misalnya SMK, SMKJC) dan tempoh meninggalkan bangku
sekolah. Bahagian 2 pula adalah mengandungi soalan-soalan berikut :
(i)

Secara

bandingan

dengan

kursus

(ii)

pendidkan seksualti dijalankan disekolah anda?


Jika jawapan (i) ialah ya, dalam matapelajaran apakah seksualiti

(iii)

diajarkan?
Bagaimanakah guru menerangkan aspek seksualiti dalam bilik
darjah? Huraikan kejelasannya.
12

yang

telah

diikuti

adakah

(iv)

Adakah maklumat seksualiti yang dibincang guru mencukupi untuk

(v)

dijadikan garis panduan hidup?


Adakah anda bersetuju pendidikan seksualiti dijalankan di sekolah-

(vi)

sekolah Malaysia?
Apakah cadangan anda apabila pendidikan seksualiti dijalankan di

(vii)

sekolah?
Apakah sumber seksualiti yang anda perolehi semasa di bangku
sekolah? Senaraikan sumber yand didapati menurut susunan
keutamaan.

Prosedur
Kajian ini adalah mengenai analisis responden terhadap pendidikan seksualiti di
sekolah-sekolah Malaysia. Kajian adalah melibatkan 380 orang responden yang
menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi. Bagi tujuan bandingan, sebelum
data dikumpulkan responden telah mengikuti pendedahan kursus yang berkaitan
dengan seksualiti selama sembilan minggu dengan pemberatan tiga jam
seminggu. Jumlah jam kursus secra keseluruhan ialah 27 jam. Rangka kursus
yang diberikan kepada mereka adalah berasaskan model pendidikan seksualiti
yang dibina oleh pihak UNESCO (2009).

Topik-topik utama kursus ini adalah

merangkumi enam komponen utama :


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

membina perhubungan
nilai, sikap, kemahiran dan sumber pembelajaran seksual,
seks menurut pandangan budaya dan agama,
perkembangan manusia (from boy to man, from girl to woman),
tingkahlaku seks dan
sistem reproduksi, kesihatan dan pencegahan hamil.

Apabila selesai mengikuti kursus, pada minggu kesembilan pelajar telah


diberikan pula penerangan mengenai keperluan memberi gerakbalas terhadap
borang soalselidik yang mengemukakan soalan-solan berstruktur yang perlu
dijawab secara bertulis.

Isi kandungan soalan-soalan berstruktur telah pun

dijelaskan sebelum ini. Seterusnya pada tahap ketiga penyelidik berusaha pula
mengumpulkan data yang dikumpul dari responden dan selepas itu sedia untuk
diproses. Mod kajian in adalah mengikuti pendekatan grounded research

di

mana pada peringkat pemerosesan data penyelidik telah memilih 80 skrip


terbaik yang sesuai dijadikan data dalam analisis kualitatif. Skrip yang terpilih
diasingkan bagi menjawab lima persoalan kajian yang dikemukakan oleh kajian
ini.
ANALISIS DATA

13

Analisis data ini adalah untuk menjelaskan pendidikan seks dalam bilik darjah
sekolah-sekolah dalam bilik darjah Malaysia. Pada keseluruhannya sebanyak 95%
(361) responden berpendapat sekolah-sekolah di Malaysia tidak menjalankan
pendidikan seksualiti secara menyeluruh. Pernyataan diberikan selepas mereka
didedahkan kepada kurikulum pendidikan seks yang dicadangkan oleh UNESCO.
Namun, selepas diteliti semua skrip mereka, adalah didapati bahawa 85% (323)
responden melaporkan bahawa pendidikan seksualiti ada dijalankan dalam bilik
darjah di sekolah-sekolah Malaysia tetapi kurang jelas, 10% (38) melaporkan
pendidikan ada dijalankan dengan jelas dan 5% (19) adalah tiada langsung.
Analisis data bahagian ini dibahagikan kepada sembilan bahagian seperti
berikut:

pernyataan

pernyataan

pendidikan

pendidikan

seksualiti

seksualiti
tida

ada

dijalankan

dijalnakan,

dengan

pernyataan

jelas,

pendidikan

seksualiti ada dijalankan tetapi kurang jelas, pernyataan pendidikan seksualiti


melalui pelajaran sains/biologi, pendidikan seksualiti melalui subjek fiqah dan
Pengetahuan islam, pernyataan kejelasan, pernyataan persetujuan pendidikan
seksualiti dijalankan di sekolah-sekolah Malaysia serta cadangan tentang
membaiki penjagran pendidikan seksualiti dalam bilik darjah.
Adakah pendidikan seksualiti dijalankan di sekolah-sekolah Malaysia ?
Pada keseluruhannya pendidikan seksualiti memang ada dijalankan dalam bilik
darjah sekolah-sekolah Malaysia tetapi jumlahnya adalah kecil, hanya 10% (38)
sahaja responden berpendapat begitu. Berikut ialah skrip responden yang
membuat pernyataan bahawa pendidikan seksualiti ada dijalankan dalam bilikbilik darjah sekolah menengah.
Semasa saya dibangku sekolah, pendidikan seksualiti telah diterangkan dengan jelas di
dalam matapelajaran Feqah, Sains dan pendidikan islam. MZ 1
Guru memberi penerangan yang jelas tentang beberapa perkara seperti kitaran haid,
proses kelahiran bayi, peringkat pembesaran manusia dan adab-adab dan batasan
dalam pergaulan.MZ3
Pembelajaran lebih terperinci diperolehi dalam subjek biologi. Oleh kerana semua pelajar
adalah perempuan, guru tersebut lebih terbuka dalam membicarakan soal pendidikan
samaada secara formal atau tidak.MZ6
Ya, di sekolah saya dahulu terdapat subjek yang menerangkan tentang seksualiti iaitu
subjek sains. Guru saya menerangkan dengan jelas. Guru saya juga melukis di papan
hitam. MZ13
Pendidikan seksualiti diajar dalam subjek sains. Guru hanya mengajar tentang organorgan dalaman, alat seksualiti, sistem , sistem pembiakan sahaja yang menceritakan
tentang asas-asas dalam pendidikan seksualiti.MZ8

14

Selain itu, guru sains dan biologi juga mengajar tentang bagaimana proses kehamilan
berlaku, cara untuk menghalang kehamilan dan juga penyakit-penyakit berkaitan
dengan seks yang dilakukan di luar perkahwinan. Selain itu, guru juga menerangkan
tentang kitaran haid seorang perempuan dan bila tempoh wanita subur. Dalam
pendidikan

Islam,

ustaz

atau

ustazah

menerangkan

tentang

perkahwinan

dan

tanggungjawab suami isteri. MZ59

Pembelajaran

seksualiti

dijalankan

di

sekolah

responden

dan

dijalankan

sebahagian besar oleh guru matapelajaran Sains dan guru Pengetahuan Islam.
Bagi matapelajaran Sains responden berpendapat penjelasan guru adalah jelas
dan

guru yang menerangkannya dengan menggunakan alat bantu mengajar

tetapi skop topik masih terhad iaitu bertumpu kepada perekembangan organorgan seks,

sistem reproduksi dan proses persenyawaan.

Penjelasan adalah

difahami pelajar dalam konteks topik tersebut sahaja dan belum boleh dianggap
sebagai pendidikan seksualiti yang sebenarnya.
Ia diterangkan dalam Pendidikan Modal, sivik dan dalam aliran agama ia diterangkan dalam
pendidikan syariat Islamiah...Pada pendapat saya guru lelaki yg sudah bkahwin lagi terang dan
jelas dalam menerangkan.MZ14
Dan pendidikan seksualiti diajar dalam subjek Feqah dan juga Munakahat. Pendidikan seksualiti
diajar tetapi apa yang bezanya adalah istilah2 yang digunapakai MZ15.
Guru menerangkan secara jelas tetapi masih kelihatan malu-malu ketika mengajar. Persoalan yang
ditanya pelajar mendapat jawapan yang bersesuaian. Secara keseluruhannya guru banyak
menggunakan perkataan-perkataan kiasan dalam menerangkan tentang isu yang sensitif.MZ9
Pendekatan yang digunakan dalam memberikan penerangan tentang seksualiti mengenai batasan
pergaulan, yang ditetapkan dalam Islam.MZ2

Skrip di atas adalah menunjukkan pengakuan responden bahawa pendidikan


seksualiti ada dijalankan dalam biliki darjah mereka. Mereka menerima
pendidikan seksualiti dari matapelajaran Sains dan Pengetahuan Islam. Skrip
menyatakan dengan jelas bahawa repsonden menerima pendidikan

seksualiti

dengan terperinci dan jelas. Pendidikan yang diterima dari guru agama adalah
berkisar kepada hubungan seks suami dan isteri, batasan-batasan hubungan
seks

dari sudut pandangan Islamiah, sementara dari guru-guru Sains pula

adalah mengenai pematangan, sistem reproduksi, organ-organ seks dan proses


persenyawaan. Seterusnya responden berpendapat pendidikan seksualiti yang
dihuraikan

oleh

guru

wanita

kepada

semua

pelajar

perempuan

adalah

bersesuaian dan lebih terbuka. Di samping itu responden berpendapat bahawa


bagi guru lelaki, mungkin huraian mereka akan menjadi lebih jelas lagi jika
mereka sudah berkahwin. Responden kelihatannya meletakkan nilai bahawa
guru yang sudah berkahwin boleh menerangkan pendidikan seksualiti lebih

15

berkesan dari guru yang masih belum nberkahwin. Dalam masa yang sama
terdapat juga guru yang mengajar pendidikan seksualiti tidak berterus terang,
mereka masih malu-malu, mengunakan bahasa kiasan dan cerita atau antologi.
Data bahagian ini menunjukkan bahwa pendidikan seksualiti yang benar-benar
dijalankan dalam bilik darjah adalah kecil jumlahnya dan jika ada pun guru yang
mengajar masih tebal dengan sifat malu-malu mereka menyebabkan mesej
pengajaran kurang berkesan.
Pendidikan seksualiti ada dijalankan tetapi kurang jelas
Pernyataan bahagian ini iaitu pendidikan seksualiti ada dijalankan tetapi kurang
jelas. Pernyataan ini adalah paling ramai dan jumlahnya ialah 85% (323 ) dari
jumlah 380 responden. Berikut ialah huraian data berdasarkan skrip responden.
Guru tidak menerangkan secara detail tetapi hanya sekali imbas. Lagipun secara
peribadi, saya rasa saya belum bersedia untuk mendengar penerangan daripada guru
kerana sangat malu. Jika diikutkan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi tetapi
walaupun begitu, saya lebih mengambil jalan mudah iaitu dengan berdiam diri sahaja
MZ35
Dalam subjek Biologi, guru hanya menerangkan sedikit sahaja dan tidak begitu jelas.
Mungkin kerana guru juga malu untuk menerangkan dengan lebih langut atau takut
pelajar akan menyalahgunakan ilmu tersebut. Tetapi pada pendapat saya Pendidikan
seksualiti perlu diadakan di sekolah tetapi perlu ada batasan.MZ76
Semasa di sekolah, pendidikan seksualiti hanya diajar secara sepintas lalu sahaja,
terutama dalam m/pelajaran biologi manakala dalam pendidikan islam pula hanya
diberitahu mengenai kepentingan hidup sebagai suami isteri.MZ79
Kerana guru juga malu untuk menerangkan mungkin kerana terdapat pelajar lelaki dan
juga perempuan. Apa yang jelas adalah hanya sekadar pengenalan

kepada apa itu

baligh dan bila perlu mandi wajib.MZ78


Pendidikan seksualiti tidak dijlnkan secara menyeluruh di sekolah saya. Lanya hanya
diajar dlm subjek sains sewaktu form 3 sahaja. Dlm subjek itu tidak diajar secara
menyeluruh ianya hanya berkaitan dengan organ seks dan pengeluaran. Dlm subjek itu
tidak diajar secara menyeluruh ianya hanya berkaitan dengan organ seks dan
pengeluaran MZ61
Maklumat yang diterima tidaklah cukup untuk panduan seksualiti dan pendidikan
seksualiti pula disekolah bagi membentdung masalah: biar selamat daripada berduka
MZ 68

Skrip di atas menunjukkan bahawa pendidikan seksualiti telah dijalankan secara


sambilewa sahaja di sekolah-sekolah Malaysia. Pendidikan seksualiti yang
dijalankan

secara

sambilewa

atau

terhad

ini

adalah

dijalankan

melalui

matapelajaran Agama Islam (Feqah)/Pendidikan Islam, Biologi, Sains dan


16

Pendidikan

Jasmani.

Responden

berpendapat

pendidikan

menyeluruh, hanya menyentuh aspek-aspek khusus


hanya menerangkan aspek

tersebut

tidak

sahaja. Misalnya guru

persetubuhan dan persenyawaan sahaja tanpa

membuat perkaitan dengan aspek nilai . Guru agama pula akan menerangkan
tentang hubungan s eks menurut perspektif

Islam dan menyentuh batasan

hubungan lelaki dan perempuan , dan kepentingan hubungan suami isteri.


Responden berpendapat bahawa maklumat yang diberikan tidak mencukupi,
tidak jelas, tidak terperinci, sepintas lalu, terlalu sedikit dan tidak mencukupi
untuk dijadikan panduan pada masa akan datang. Keseluruhannya pendidikan
seksualiti dijalankan secara sambilewa sahaja dan guru tidak menunjukkan
kesungguhan dalam menyampaikan mesej pengajaran. Keadaan ini adalah juga
berkaitan dengan sikap guru sendiri yakni guru mempunyai sikap enggan
menerangkan secara jelas kerana mereka merasa malu untuk berterus terang ,
lantas itu

telah menggunakan pelbagai

bentuk

analogi serta bahasa kiasan

dalam pendidikan seksualiti dalam bilik darjah. Dalam masa yang sama terdapat
juga respnden berpendapat bahwa mereka belum bersedia menerima pendidikan
tersebut secara berterus terang walau pun masa itu mereka telah pun mencecah
usia remaja. Analisis skrip

bahagian ini menejalaskan bahawa sejumlah

95%(361) responden beranggapan bahawa pendidikan seksualiti dalam erti kata


sebenarya tidak dijalankan di sekolah-sekolah Malaysia, jika ada pun pendidikan
tersebut

dilakukan dengan sambilewa. Pengajaran guru penuh dengan pelbagai

kelemahan dari sudut pandangan pelajar. Responden beranggapan bahawa


pendidikan seksualiti adalah penting dijalankan di sekolah-sekolah menengah
pada tahap remaja.
Pendidikan seksualiti tiada langsung dijalankan dalam bilik darjah
Sejumlah 5% (19) reponden pula memberikan pendapat bahawa pendidikan
seksualiti tidak langsung dijalankan di sekolah mereka. Walau pun jumlahnya
kecil tetapi data menunjukkan bahawa memang terdapat sekolah yang tidak
langsung menjalankan inisiatif

bagi memberikan pelajar remaja pendidikan

seksualiti yang sihat sebagai panduan mereka

dalam jangka masa panjang.

Berikut ialah skrip responden yang menerangkan sekolah mereka tidak langsung
melaksanakan pendidikan seksualiti.
Sekolah

saya

tidak

menyediakan

pengetahuan

seksualiti

boleh

pengetahuan

seksualiti

dengan

pendidikan

diletakkan
hukum

seksualiti.

dibawah
hakam

penyakit yang memudaratkanMZ62

17

pendidikan

agama.

sains/biologi perlu menekankan mengenai hubungan

Pada
Selain

pandangan
agama.
itu,

saya

Kaitkan

pendidikan

seks dan kesannya termasuk

Sepanjang persekolahan tiada pendidikan seksualiti yang diajar. Pendidikan


seksualiti perlu diwujudkan disekolah tetapi dengan batasan pemahaman
menurut umur, misalnya waktu remaja berada pada tingkatanm 3. R59
Semasa tempoh persekoahan sama ada sekolah rendah atau menengah, saya tidak
pernah didedahkan seksualiti. Jujurnya, saya tiada sedikti pun ketahui bagaimana
perempuan boleh mengandung. Bagi mengelakkannya saya hanya membataskan
pergaulan dengan berkawan dengan orang perempuan saja. Saya mempelajari sain
semasa tingkatan, 1, 2 dan3, barulah saya dpat mengagak tentang maksud seksual
walau pun bukan secara jelas. Saya dapat menggambarkan sesuatu perilaku itu
berbentuk seks atau tidak. Perkara pertama yang diketahui adalah bercium itu salah
satu bentuk seks, begitu juga menyentuh kulit perempuan. R40.

Tiada pendidikan seks dijalankan di sepanjang persekolahan saya, guru menyuruh


kami membaca sendiri tanpa perbincangan dan sesi soal jawab selepas itu. Z18

Untuk pendidikan seksualiti yang memfokus tidak ada. Namun dalam matapelajaran
sains adalah sedikti tapi guru menyuruh kami membaca sendiri dengan alasan dah
besar nanti tahulah sendiri. MZ33
Pendidikan

seksualiti

tidak

diajar

di

sekolah

lebih-lebih

lagi

di

sekolah

menengah.Pendidikan seksualiti wajar diadakan di sekolah kerana ia memberi


pendedahan tentang seksualiti serta mengelakkan berlakunya penyakit yang tidak
sehat seperti penyakit kelamin. MZ 15.
Seingat saya tiada pendidikan seksualiti diadakan sewaktu di sekolah menengah.
Lantaran itu, terdapat banyak pergaulan bebas di kalangan pelajar-pelajar. Ya ,saya
setuju agar pelajar-pelajar dapat mengenali seksualiti dengan baik. Perkara-perkara
sperti berzina, pergaulan perempuan dan lelaki, anak luar nikah dapat dielakkan.
Mencegah lebih baik dari mengubati. MZ 12 .

Pernyataan responden dalam skrip di atas menunjukkan bahawa memang


terdapat dari mereka tidak menerima pendidikan seksualiti. Pernyataan ini
adalah

sukar

untuk

diterima,

sekurang-kurangnya

responden

mendapat

maklumat asas dari matapelajaran yang berkaitan seperti Sains, Biologi, Feqah
dan Pendidikan Islam. Sama seperti analisis sebelumnya, guru yang sepatutnya
mengajar seksualiti enggan berbuat demikian

atas alasan malu dan segan.

Walau pun topik-topik berkaitan dengan seksualiti terdapat dalam matapelajaran


yang berkaitan seperti Sains dan Biologi, guru telah mengambil jalan mudah
dengan menyuruh pelajar membacanya sendiri dengan alasan apabila pelajar
besar nanti mereka akan tahu sendiri. Kekaburan dan kekurangan maklumat bagi
18

sesetengah pelajar menyebabkan ada di antara mereka mengalami konflik


tentang apakah yang dimaksudkan dengan persetubuhan dan perkara-perkara
lain berkaitan dengan seksualiti. Lantas itu terdapat responden pada awal
zaman remajanya menganggap wanita boleh mengandung hanya dia diciumi
lelaki.
Analisis pembelajaran seksualiti adalah jelas dalam bilik darjah
Bagi menghuraikan sama ada pendidikan seksualiti yang dijalankan dalam
bilik darjah

berkesan, dan jelas, berikut adalah skrip yang menerangkan

kejelasan pengajaran tersebut:


Guru menerangkan organ seks dengan memberitahu fungsi bahagian-bahagian yang
terdapat pada organs seks. Ianya secara teori dan dengan merujuk gambarajah.
Ianya adalah secara jelas menerangkan fungsi organ hingga proses persenyawaan
berlaku R52
Di sekolah telah menjalankan pendidikan seksualiti. Pendidikan ini ada dijalankan di
dalam subjek sains Tingkatan 3. Guru menerangkan menurut isi dalam buku teks sahaja
dan untuk pengetahuan asas pada masa itu adalah sesuai. R63
Pendidikan seksualiti telah dijalankan di sekolah saya semasa Form 3, sain dalam topik
biologi persenyawaan dan pembiakan. Guru saya telah menerangkan bahagian
pembiakan lelaki dan perempuan mengikut buku biologi. Guru saya juga menerangkan
bagaimana

air mani

dihasil dan dimasukkan ke bahagain perempuan.

Konsep

persenyawaan agar jelas dan maklumat adalah cukup.R38


Pendidikan seksual boleh dikatakan dijalankan dalam sekolah saya. Pendidikan seksual
secara sepintas lalu sahaja dijalankan di sekolah saya. Cara pemakaian kondom,
mengenali diajar dalam subjek sains. Cara pemakaian kondom diajar secara teliti oleh
guru saya. Oleh sebab pengetahuan tentang fungsi organ seks, kehamilan dan beranak
diajar dalam subjek sains maka ia boleh dikatakan mengajar secara jelas oleh guru. ZM 3
Pendidikan seksualiti diasingkan lelaki dan perempuan. Jadi mudah untuk kami bertanya
dan guru menerangkan maklumat masa tersebut tetapi maklumat masih terhad
memandangkan umur kami masih muda dan banyak diterangkan secara asas sahaja.
R36
Pendidikan seks telah dijalankan di sekolah saya. Guru agama Islam dan biologi telah
mengajar kami. Guru agama itu menerangkan dengan jelas proses persenyawaan dan
juga menerangkan penyakit-penyakit kelamin yang akan dihidapi apabila melakukan
seks rambang. Selain dari itu beliau juga menrangkan kebaikan dan cara-caraa
melakukan hubungan s eks halal di sisi Allah ititu perkahwinan. Bagi guru biologi, beliau
telah menerangkan bagaimana pembenihan berlaku antara ovum dengan sperma itu
terjadi maka akan wujudlH satu naywa. Sungguh pun begitu aspek lain tentang seksualiti
masih perlu dierangkan. R32.

19

Kejelasan pengajaran guru tentang seksualiti adalah bergantung kepada strategi


dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut. Sebenarnya skrip
yang menyatakan bahawa guru mengajar dengan jelas tentang seksualiti adalah
kecil jumlahnya ialah lebih kurang 5% (19) sahaja, sama seperti pernyataan
pelajar bahawa pendidikan seksualiti
Pendidikan

seksualiti

yang

jelas

ada dijalankan dalam bilik darjah.

menurut

pandangan

responden

adalah

bergantung kepada kesediaan guru yang mengajar topik tersebut. Sama seperti
analisis bahagian sebelumnya, guru yang mengambil inisiatif mengajar topik
seksualiti adalah guru Sain dan guru Pengetahuan Islam. Mereka dianggap
mengajar dengan jelas kerana berfikiran terbuka, menggunakan alat bantu
mengajar seperti melukis gambarajah di papan hitam,

mengajar dengan

memberi tumpuan kepada topik yang khusus seperti persenyawaan dan


perkembangan

organ

seks.

Pengajaran

guru

adalah

dalam

konteks

matapelajaran tersebut sahaja. Misalnya dalam matapelajaran sains, pendidikan


seksualiti adalah berkaitan

secara tidak langsung dengan topik berkaitan

dengan perkembangan sistem reproduksi dan proses persenyawaan. Bagi guru


pendidikan agama Islam pula isi pelajaran adalah mementingkan aspek moral
dari segi mengadakan hubungan seks menurut pandangan Islam. Kebanyakan
guru yang mengajar topik seksualiti adalah berdasarkan apa yang terkandung
dalm buku teks sahaja. Secara realitinya guru mengajar dalam konteks
matapelajaran tertentu sahaja. Misalnya dalam matapelajaran Sains, topik
persenyawaan , guru tidak pula mengaitkannya dengan aspek lain yang lebih
luas dari segi seksualiti seperti persetubuhan, nilai dan timbangtara rayuan dan
pujukan mengadakan hubungan seks, proses hamil, persetubuhan, pencegahan
hamil, penyakit berjangkit berkaitan dengan persetubuhan dan seks menurut
pedekatan agama Islam.

Di samping itu seperti biasa, sikap malu-malu guru-

guru yang mengajar masih tetapi wujud.Keseluruhannya pernyataan bahawa


pengajaran guru adalah jelas adalah dalam konteks topik tersebut sahaja, yakni
topik-topik yang dibincangkan dalam buku teks,

bertumpu kepada topik-topik

khas dengan maklumat yang terbatas.


Analisis pengajaran tidak jelas
Pernyataan responden tentang pengajaran guru yang tidak jelas tentang topiktopik berkaitan

dengan seksualiti jumlahnya adalah besar iaitu 95% ( 361).

Jumlah ini adalah hampir sama banyak dengan pernyataan respoden bahawa
pendidikan seksualiti hanya dijalankan secara sambilewa sahaja. Berikut ialah

20

skrip reponden yang memperincikan

bahawa pengajaran guru adalah tidak

jelas.
Pendidikan seks tidak diajar tetapi pengenalan kepada organ seks telah diajar di dalam
matapelajaran sains dan biologi. Disebabkan saya bersekolah campur, di mana terdapat
lelaki dan perempuan, maka apa yang diajar mengenai seks adalah secara tidak
mendalam. Pada pendapat saya ia memang tidak mencukupi sebagai panduan kepada
para pelajar. R53
Pendidikan seks diajar dalam subjek biologi. Namun pada peringkat rendah hanya ciri-ciri
fizikal lelaki dan perempuan diajar. Dan pada peringkat menengah hanya cara
persenyawaan antara ovum dan sperm diterangkan. Secara keseluruhan adalah tidak
jelas, maklumat tersebut tidak cukup untuk dijadikan panduan seksualiti. R24
Gaya

penyampaian dan penerangan yang disampaikan oleh guru tidak jelas kerana

perkataan yang digunakan yang digunakan tidak difahami dan guru tidak cuba untuk
menjelaskan maksud perkataan yang digunakan. Sememangnya maklumat yang kami
dapati tidak mencukupi. R27
Guru hanya menerangkan

tentang persenyawaan boleh berlaku apabila sperma

bersenyawa dengan ovum. Walau bagaimana pun pada masa itu tidak diketahui
bagaimana sperma boleh masuk ke dalam rahim seorang perempuaan seorang
perempuan. Malah tidak diketahui juga bahawa sperma itu dari air mani. Pengetahuan
ini memang tidak mencukupi untuk dijadikan panduan seksualiti dan sewajarnya
pendidikan ini diterapkan agar masalah sosial di kalangan remaja dapat dibendung. R41
Apa yang terkandung dalam buku teks sahaja yang diajar. Maklumat yang diberikan jelas
untuk menjawab dalam peperiksaan sahaja tetapi tidak secara keseluruhan mengenai
apa itu pendidikan seksualiti. Ini bermakna maklumat yang diberikan tidak cukup untuk
dijadikan tidak cukup untuk dijadikan panduan seksualiti. R41
Guru biologi menerangkan berkaitan tajuk seksualiti dengan tidak jelas iaitu hanya
menyentuh perkara-perkara yang asas sahaja, sebagai contoh, pancutan mani lelaki ke
dalam faraj wanita yang subur boleh menyebabkan wanita mengandung. Maklumat
sebegitu tidak mencukupi untuk dijadikan panduan seksualiti. R45
Bagi saya maklumat masih belum lengkap. Bagi pendapat saya perlu ada pendidikan
seks di sekolah, tetapi biar ia diterangkan dengan lebih jelas tanpa selindung apa-apa.
Bahasa juga perlu berhemah supaya ia tidak memberi tanggapan yang salah tentang
maksud seksualiti itu. Contohnya, burung yang digunakan untuk melambangkan
kemaluan lelaki dan memasukkan zakar sebagai peluru pistol menembak sasaran.
Tidak perlu malu untuk belajarnya. R44

Pendidikan seksualiti yang dijalankan dalam bilik darjah kurang jelas berdasarkan
dua faktor utama iaitu isi pelajaran yang tidak mencukupi dan kaedah
pengajaran guru yang kurang berkesan. Merujuk kepada isi pelajaran, responden
berpendapat

isi

pelajaran

yang

diberikan
21

kepada

mereka

adalah

tidak

mencukupi, dangkal, tidak mendalam dan kurang lengkap untuk dijadikan


panduan hidup. Apa yang lebih mengecewakan, guru mengajar berdasarkan
buku teks sahaja bagi tujuan peperiksaan. Fakta ini menunjukkan bahawasanya
pendidikan seksualiti kurang berkesan di sekolah kerana masih dipengaruhi oleh
sistem pendidikan yang sangat kuat dipengaruhi oleh sistem peperiksaan,
hinggakan

pengajaran seks pun dijalankan untuk tujuan peperiksaan sahaja.

Jika begini keadaannya, skop pendidikan tersebut adalah cetek. Responden


berpendapat dua topik utama yang dijelaskan oleh guru Biologi dan
Pengetahuann

Islam

ialah

aspek

perkembangan

yang

berfokus

guru
kepada

pertumbuhan fizikal dan persenyawaan, sedangkan pendidikan seksualiti adalah


lebih luas skopnya dari dua topik tersebut.
Di sebabkan tiada garis panduan khas siapakah yang sepatutnya mengajar topik
seksualiti, pendidikan yang diterima pelajar adalah dalam bentuk tercerai-cerai
tanpa kesinambungan yang jelas . Guru Sains dan guru Pengetahuan Islam tidak
menyelaraskan apakah yang patut mereka jelaskan kepada pelajar dalam bilik
darjah. Berkenaan gaya pengajaran guru pula, responden secara khusus
berpendapat pengajaran guru kurang berkesan kerana sifat malu-malu guru
yang menyebabkan mereka enggan berterus terang. Guru menggunakan
pelabagai perkataan yang berbentuk kiasan seperti pistol (zakar), menembak
(memasukkan zakar ?) sasaran ( faraj?), jika tembakan terkena dengan tepat,
maka yang perempuan (sasaran) akan mengandung? Tidak terfikirkah guru jika
ada

pelajar

yang

memahaminya

sebagai

mangsa

yang

ditembak

terus

meninggal dunia? Persoalannya dalam masalah ini ialah, adakah semua pelajar
dari pelbagai latarbelakng budaya dan etnik dapat memahami bahasa kiasan
tersebut? Responden mencadangkan bahawa dalam pendidikan seksualiti guru
perlu berterus terang kerana isi pelajaran adalah ilmu yang sangat penting yang
boleh dijadikan panduan hidup bagi mereka pada masa akan datang.
Pengajaran topik-topik seksualiti melalui subjek Sains/Biologi.
Merujuk kepada data penyelidikan ini, pendidikan seksualiti dalm bilik darjah di
Malaysia

adalah

kebayakannnya

disampaikan

dalam

mata

pelajaran

Sains/Biologi serta Pegetahuan Islam. Di samping itu terdapat juga responden


menyatakan

bahawa

topik-topik

tentang

seksualiti

juga

disentuh

dalam

matapelajaran Pendidikan Jasmani, Tasawwur Islam dan Pendidikan Moral tetapi


jumlahnya adalah kecil sahaja berbanding dengan matapelajaran Sains/Biologi
dan Pengetahuan Islam. Jumlah pelajar yang menerima pendidikan berunsur
22

seksualiti dari matapelajaran Sains ialah 60% (228). Berikut ialah skrip
responden tentang pendidikan seksualiti yang mereka terima dari matapelajaran
Sains.
Pendidikan seksualiti dijalankan di sekolah saya. Subjek ini diajar di tingkatan 4 dan
tingkatan 5 dalam subjek biologi. Dalam subjek biologi pendidikan seks diajar mengenai
persetubuhan, persenyawaan sperma dengan ovum yang boleh membentuk zigot.
Perancangan keluarga amat penting bagi mengelakkan berlakunya kandungan di luar
perkahwinan dan kepada keluarga yang masih tidak mahu anak. ZM 2.
Pendidikan seksualiti hanya diterangkan

dalam subjek sains tingkatan

3 yang

menerangkan organ pembiakan dan percantuman ovum dan sperma tetapi tidak
menyatakan bagaimana proses itu berlaku. Subjek biologi tingkatan 5 juga menerangkan
perihal begitu tetapi tidak diajar atau ditunjuk bagaimana proses penetration bg hbgn
seksual itu, langkah-langkah pencegahan, dan apa yg tidak boleh dilakukan. ZM 60

Kebanyakan responden menerima pendidikan seksualiti melalui topik-topik yang


berkaitan

seawalnya pada Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Skop

perbincangan guru adalah bertumpu kepada perkembangan system reproduksi,


persetubuhan, persenyawaan serta proses kelahirtan bayi.
sebelumnya, terdapat

Seperti analisis

responden berpendapat maklumat yang mereka terima

adalah mencukupi tetapi lebih ramai berpendapat maklumat masih lagi kurang
mencukupi.
Semasa di sekolah menengah, subjek biologi yang diambil memberikan
pengetahuan yang lebih mendalam mengenai isu seksualiti. Guru juga memberi
komitmen yang jelas mengenai hal ini. Pelbagai sumber dijadikan bahan
pengajaran di dalam kelas. Secara keseluruhannya, maklumat yang diberikan
sudah mencukupi untuk dijadikan panduan seksualiti. ZM 5.
Pendidikan seksualiti merupakan suatu yang penting kepada remaja tetapi
mempunyai kesan yang buruk jika tidak menyalahkan penggunaan ilmu
tersebut. Pendidikan seksualiti tidak diadakan di sekolah secara keseluruhannya
tetapi hanya sedikit input yang diberikan dlm subjek sains. Tidak beberapa jelas
dlm penyampaian y disampaikan o guru. ZM 56.
Pendidikan seksualiti hanya diterangkan secara tidak menyeluruh dan hanya
bpandukan kepada silibus mata pelajaran seperti sains tingkatan tiga dan subjek
Biologi tingkatan 4 dan 5. guru hanya menerangkan serba sedikit tentang
pendidikan seksual bdasarkan apa yang terdapat dlm buku teks. Saya rasa
maklumat yang disampaikan adalah tidak cukup dan hanya sekadar untuk
menjawab peperiksaan bukan untuk panduan. ZM 49.

23

Sukatan pendidikan seksualiti hanya diajar dalam mata pelajaran tertentu sahaja
contohnya Sains dan Biologi. Kebanyakan guru tidak menjelaskan dengan lebih
terperinci tentang pendidikan seksualiti. Hal ini mungkin kerana perasaan malu
yang menebal menghalangkan mereka untuk berbincang secara terbuka tentang
ini. ZM 29
Secara keseluruhan sekolah saya tidak memberikan pendidikan seksualiti secara
menyeluruh dan jelas. Sekolah hanya memberi pendedahan seksualiti hanya
untuk digunakan dalam sukatan pembelajaran, seperti subjek biologi. Tetapi
tidak diberi pendedahan secara terperinci. Guru tidak menerangkannya secara
jelas. Maklumat yang diberikan di sekolah mengenai seksualiti tidak cukup untuk
dijadikan panduan. Hal ini kerana, guru tidak menerangkan kesan & akibat
daripada melakukan hubungan seks. Guru juga tidak mengajar pendidikan
seksualiti kepada pelajar yang tidak mengambil subjek biologi. Pendidikan
seksualiti diajar hanya kepada pelajar yang mengambil subjek tersebut. ZM 28.
Skrip di atas menghuraikan pendidikan seksualiti melalui mata pelajaran Sains.
Jumlah responden dalam penyelidikan ini yang menerima pendikan seksualiti
melalui matapelajaran Sains adalah paling ramai, iaitu 60%(228). Sama dengan
pernyataan tentang keberkesanan pengajaran guru, kebanyakan

responden

tidak menganggap pendidikan yang mereka terima sebagai pendidikan seksualiti


secara menyeluruh. Apa yang diterangkan adalah tidak secara langsung dan
mungkin juga matlamat pengajaran bukannya untuk menerangkan secara
terperinci tentang seksualiti tetapi adalah sebahagian dari sukatan pelajaran
matapelajaran Sains, tidak lebih dari itu. Dua topik utama yang diterangkan ialah
perkembangan
merangkumi

fizikal

dan

pematangan

serta

sistem

reproduksi

yang

persenyawaan dan melahirkan anak. Jangkamasa yang diambil

bagi membincangkan topik-topik tersebut adalah dalam masa yang singkat


sahaja,

antara 2-3 jam sahaja.Sesungguhnya isi pelajaran dan masa yang

digunakan untuk membincangan topik-topik yang dianggap seksualiti adalah


tidak bersesuaian sama sekali. Hal ini menjelaskan bahawa pengajaran guru
adalah tidak jelas, kurang bersungguh-sugguh dan masih menggunakan pelbagai
kiasan seperti anak kunci dan ibu kunci di mana anak kunci boleh memasuki
lubang kunci. Jika ada pelajar yang bertanyakan soalan, Bagaimana jika lubang
kunci berkarat dan anak kunci tidak boleh menembusinya apakah yang akan
terjadi? Bagaimanakah guru hendak menerangkan atau memberi jawapan paling
tepat berkaitan dengan masalah ini? Penggunaan bahasa kiasan dan analogi
yang kurang kukuh bukan sahaja boleh menyebabkan pelajar salah faham tetapi
24

juga boleh menyebabkan mereka keliru. Walau pun terdapat responden


menyatakan bahawa terdapat pengajaran guru dalam mata pelajaran Sains
berkaitan dengan seksualiti adalah jelas, jumlahnya bagaimana pun adalah kecil
sahaja.
Pernyataan pengajaran melalui subjek Pendidikan Islam
Pendidikan

seksualiti

juga

diterima

responden

melalui

matapelajaran

Pengetahuan Islam , Tasawwur, dan Feqah. Kadangkala reponden menerimanya


dari kedua dua guru iaitu guru Sains dan guru Pengetahuan Islam. Jumlah
responden

yang

menerima

Pengetahuan Islam ialah

pendidikan

berunsur

seksualiti

dari

guru

30% (114) . Berikut ialah pernyataan repsonden

mengenai pendidikan seksualiti

yang mereka terima dari guru Pengetahuan

Islam :
Begitu juga seingat saya ustazah saya ada menerangkan semasa di tingkatan 1 tentang
bagaimana hukum-hukum zina tetapi beliau malu untuk menerangkan sejelas mungkin.
Hanya memberi perumpamaan antara kunci dan lubang kunci. Kawan-kawan
perempuan dan saya sendiri kurang jelas pada ketika itu. Z 20
Bagi guru yang mengajar subjek pendidikan Islam, cara pembelajaran adalah melalui
percakapan sahaja dan kadangkala ada bahagian yang di skip. Bagi guru yang mengajar
subjek sains pula, lebih berkesan sedikit penjelasannya di mana guru menggunakan
gambar rajah. Z 15.
Namun guru-guru saya mengajar subjek berkenaan tidak menekankan. Misalnya saya
mengingati apabila tiba di bahagian topik pencegahan penghamilan. Guru telah
meninggalkan bahagian berkenaan dan meminta kami membaca sendiri. Namun guruguru

masih

membincangkan

mengenai

pendidikan

seksualiti

terutama

dalam

perbincangan kumpulan kecil dan menekankan dalam subjek Pendidikan Islam.


Maklumat yang diterima jelas, namun masih tidak mencukupi. Z 31.
Semasa pada zaman sekolah, ada diajarkan pendidikan seksualiti, tetapi tidak secara
menyeluruh, hanya asas-asasnya yang diajar, kerana ia lebih kepada perkahwinan.
Pendidikan seksualiti ini diajar dalam mata pelajaran feqah, memandangkan saya belajar
di sekolah agama. Dalam mata pelajaran tersebut diajar dengan jelas oleh guru,
contohnya tanggungjawab suami dan isteri yang harus dilaksanakan dan lain-lain lagi. Z
2.
Pendidikan seksualiti ada diajarkan dalam mata pelajaran pendidikan Islam, biologi.
Walau bagaimanapun guru tidak menerangkan perkara ini dengan jelas. Mereka hanya
menumpukan perhatian terhadap belajar untuk peperiksaan. Maklumat yang diberikan
oleh guru adalah sangat terhad. Bagi pendidikan Islam dan biologi guru lebih
menerangkan tentang kitaran haid, mandi wajib namun tiada penerangan diberikan
tentang hubungan seks, kesan hubungan itu dan lain-lain. Z 9.

25

Namun penekanan lebih ditekankan kepada permasalahan sosial, seks bebas tanpa
menyentuh dengan lebih mendalam berkenaan dengan pecahan jenis seksualiti,
pregnancy, isu-isu penyakit yang berpunca dari amalan seks. Secara keseluruhannya,
penerangan yang diberikan adalah tidak menyeluruh kerana pihak guru hanya
menerangkan isu seksualiti yang berkaitan dengan masalah sosial sahaja, dan ia sangat
tidak mencukupi untuk dijadikan sebagai panduan seksualiti. Z 30.

Guru-guru bagi mata pelajaran bagi mata pelajaran Pengetahuan Islam ada yang
mengajar topik-topik berkaitan pendidikan seksualiti sejak sekolah rendah lagi,
iaitu semasa murid berada dalam darjah enam. Bagaimana pun kebanyakan
pelajar menerimanya semasa mereka berada di tingkatan satu dan tingkatan
seterusnya. Sama seperti guru Sains, guru Pengetahuan Islam juga menghadapi
dua masalah yang sama iaitu isi pelajaran tidak lengkap dan penyampaian guru
yang kurang berkesan. Isi pelajaran yang dianggap pendidikan seksualiti adalah
tidak menyeluruh, hanya berfokus kepada topik-topik tertentu sahaja, misalnya
aspek kebersihan diri yang termasuk di dalamnya mandi hadas selepas
kedatangan haid, apabila berlaku pancutan mani dan selepas bersetubuh. Di
samping itu ada juga guru agama yang menyentuh tentang masalah sosial,
moral dan pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batasan serta kesannya.
Usaha mengajar murid dengan konsep

seksualiti secara menyeluruh tidak

dijalankan. Tiada juga usaha dijalankan bagi membentuk satu kesinambungan


topik-topik seksualiti dengan Pengetahuan Islam yang membentuk satu sukatan
pelajaran

seksualiti

yang

lebih

bermakna,

yakni

merangkumi

aspek

pertumbuhan, reproduksi, kehamilan, melahirkan bayi, bersetubuh, aspek nilai


dan moral dalam hubungan seks, batasan pergaaulan lelaki dan perempuan
serta aspek-aspek yang menyentuh kebersihan diri menurut pandangan Islam
berkaitan dengan pematangan seksual.
Persetujuan supaya pendidikan seks dijalankan di sekolah
Kelemahan-kelemahan apa yang dipanggil pendidikan seksualiti di sekolahsekolah Malaysia menyebabkan 95% (361) responden sangat bersetuju supaya
pendidikan

seksualiti

dijalankan

di

sekolah-sekolah

Malaysia

dengan

mengambilkira dua spek kelemahan utama yang perlu diperbaiki iaitu isi
pelajaran dan penyampaian guru. Skrip berikut menghuraikan dengan jelas
tantang persetujuan reponden tentang pendidikan seksualiti:
Saya bersetuju pendidikan seksualiti di sekolah, namun guru seharusnya menerangkan
dengan terperinci supaya para pelajar tidak salah faham. Guru perlu menerangkan
tentang keburukan seks bebas. R65

26

Pada pendapat saya, maklumat yang diberikan oleh guru sangat terhad dan tidak
mencukupi bagi saya sebagai seorang remaja untuk dijadikan panduan pada masa itu.
Saya sangat bersetuju sekiranya subjek seksualiti diajar di sekolah.R65
Saya bersetuju pendidikan seksualiti diadakan di sekolah memandangkan zaman
sekarang yang semakin berleluasa supaya para pelajar sekarang boleh menjadikan
usaha pembelajaran pendidikan seksualiti sebagai benteng untuk membenteras masalah
ini. R54
Saya amat bersetuju pendidikan seksualiti dilaksanakan di sekolah bagi membantu
pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang seksualiti dan mengurangkan
berlakunya gejala negatif kepada remaja sekarang seperti hamil luar nikah, buang bayi
dan sebagainya.MM25
Saya bersetuju sekiranya pendidikan seksualiti diadakan di sekolah. Ini adalah kerana,
kurangnya

pengetahuan

seksualiti

dikalangan

remaja

merupakan

antara

faktor

menyebabkan banyaknya terjadi perkara-perkara negatif di kalangan remaja sekolah.


kurangnya pengetahuan menyebabkan para pelajar akan mengalami kejutan budaya
seterusnya akan menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang merosakkan moral.
jadi, pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan agar pendidikan seksualiti
akan diajar dan dijadikan subjek-subjek di sekolah.R13

Skrip di atas adalah menghuraikan pernyataan responden tentang persetujuan


mereka bahawa pendidikan seksualiti wajar dijalankan di sekolah-sekolah
menengah di Malaysia. Persetujuan mereka adalah berdasarkan kelemahan isi
pelajaran yang mereka terima. Antara lain ialah maklumat yang diberi terhad
dan tidak mencukupi untuk dijadikan panduan pada masa hadapan. Responden
menganggap

isi pelajaran pendidikan seksualiti perlu dimantapkan lagi.

Pendidikan seksualiti yang mantap boleh mengelakkan pelajar salah faham


tentang seksualiti, memahami kesan negatif hubungan seks haram dan dapat
dijadikan benteng dalam menghadapi masalah gejala sosial yang kian merebak
seperti mengandung luar nikah serta seks bebas. Maklumat yang dipelajari
secara sihat dan dengan menggunakan pendekatan yang betul boleh mengisi
keperluan rasa ingin tahu para remaja dan mengelak mereka dari mencari
sumber yang salah, misalnya melalui sumber-sumber berbentuk pornografi.
Analisis ini menunjukkan responden bersetuju supaya pendidikan seksualiti
dilaksanakan

di

sekolah

sekolah

Malaysia
27

kerana

pendidikan

ini

dapat

menyediakan benteng penahanan diri bagi remaja dari terpengaruh dengan


gejala sosial yang

sedang menular dalam masyarakat sekarang. Responden

bukan setakat menyatakan persetujuan sahaja tetapi turut memberi cadangan


bagaimana pembelajaran seksualiti tersebut dilaksanakan dalam bilik darjah.
Saya merasakan pendidikan seksualiti boleh diadakan di sekolah dengan
menyatakan sekali ayat-ayat al-Quran dan hadis di mana Islam mengharamkan
penzinaan (seks bebas) dan homoseksual sesama jenis.R59
Saya amat bersetuju jika pendidikan seksualiti diajar di sekolah dan perlu
menerapkan nilai moral serta hukum hakam dan beri serba sedikit penghayatan
tentang kesan buruk jika melakukan seks sebelum kahwin supaya pelajar dapat
insaf serta bermotivasi apabila dewasa kelak.MM28
Saya bersetuju pendidikan seksualiti dijalankan di sekolah kerana ia banyak
memberi pengetahuan tentang seksual yang patut diketahui oleh remaja seperti
penyakit akibat seks bebas, alat pengawal kehamilan dan pelbagai lagi.MM42
Setuju tetapi perlukan perancangan yang rapi. Kerana jika telah mendapat ilmu
seksualiti contohnya cara pencegahan kehamilan, pelajar mungkin lebih kerap
melakukan seks sebelum nikah. Tetapi tekankan mengenai bahaya seks bebas
supaya pelajar takut.MZ10
Pada pendapat saya, pendidikan seksualiti perlu diajar di sekolah. Tetapi perlu
mengehadkan

kepada

pelajar

di

bawah

18-15.

Golongan

ini

dianggap

mempunyai pemikiran yang agak matang dan boleh menentukan yang maha
benar dan yang maha salah. Selain daripada itu, pendidikan seksualiti dapat
mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan kes pembuangan bayi.
Namun begitu, kesedaran seksualiti juga perlu diketahui oleh kebanyakan
pelajar menengah rendah. MZ 15
Saya

bersetuju

diadakan

pendidikan

seksualiti

di

sekolah

tetapi

saya

mencadangkan supaya diasingkan pelajar lelaki dan perempuan apabila


mempelajari mata pelajaran tersebut. Guru lelaki mengajar pelajar lelaki dan
sebaliknya supaya pembelajaran lebih telus dan terbuka.MZ 29

28

Pernyataan responden di atas pula adalah huraian persetujuan tentang perlunya


pendidikan seksualiti dijalankan di sekolah-sekolah Malaysia berserta dengan
cadangan-cadangan bagaimana pendidikan seksualiti dijalankan. Antara lain
mereka mencadangkan supaya pendidikan seksualiti dijalankan dalam kalangan
pelajar sekolah menengah bagi pelajar tingkatan satu dan ada juga yang
berpendapat bahawa pelajar tingkatan tiga ke atas lebih sesuai. Kurikulum
pendidikan seksualiti hendaklah dibina dengan rapi, formal dan sesuai dengan
tahap umur pelajar.

Di samping itu isi kurikulum yang dibina hendaklah

merangkumi aspek-aspek perkembangan fizikal kanak-kanak hingga remaja,


perkembangan sistem reproduksi, persetubuhan, penghamilan, penglahiran
bayi , pencegahan hamil, hubungkait
menurut sudut pandangan Islam.

seks dengan nilai, moral dan

seks

Responden juga mencadangkan supaya

kurikulum pendidikan seksualiti digabungkan dengan pendidikan seksualiti


menurut pandangan Islam berserta dengan hujah-hujah dari al-Quran. Dari segi
pengajaran pula, strategi yang sesuai hendaklah dirancang menurut tahap-tahap
kesediaan pelajar dan pembahagian topik-topik yang mantap dan semasa sesi
pengajaran

dijalankan

pelajar

lelaki

hendaklah

diasingkan

dari

pelajar

perempuan supaya perasan malu serta segan oleh guru dan pelajar boleh diatasi
dengan

lebih

mudah. Pada

keseluruhannya responden

bersetuju supaya

pendidikan seksualiti dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah Malaysia


dengan penyediaan kurikulum yang rapi dan pendekatan pengajaran yang
sesuai.
Pernyataan pelajar tidak bersetuju pendidikan seks
Terlalu kecil iaitu 5% (19)

bilangan responden yang memberikan pernyataan

bahawa mereka tidak bersetuju pendidikan seksualiti dijalankan di sekolah. Hal


ini

telah memberi kesan kepada jumlah skrip yang boleh dijadikan sokongan

terhadap pernyataan tidak bersetuju tersebut.

Berikut ialah skrip

responden

yang menghuraikan pernyataan tidak bersetuju responden:


Saya tidak bersetuju diadakan pendidikan seksualiti di sekolah yang khusus
kerana ia akan meningkatkan lagi gejala buang anak. Apa yang perlu dilakukan
adalah tetapkan nilai-nilai murni dikalangan para pelajar dan tekankan bahaya
penzinaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. MM1
Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju pendidikan seksualiti diadakan di
sekolah. Bagi saya pendidikan agama adalah lebih penting. R55

29

Saya tidak bersetuju pendidikan seksualiti diajarkan di sekolah kerana ianya


boleh diterapkan dalam subjek-subjek lain sebagai sampingan. jika setiap isu
yang menular dikalangan masyarakat kita ambil langkah untuk mewujudkan
subjek khas di sekolah, maka banyak lagi subjek lain yang akan diwujudkan di
sekolah, bukan hanya pendidikan seksualiti sahaja. MZ63
Responden tidak bersetuju berdasarkan tiga alasan utama iaitu pendidikan
seksualiti boleh menggalakkan lagi remaja melibatkan diri dengan seks bebas
kerana pengetahuan yang diberi kepada mereka boleh menyebabkan perasaan
ingin mencuba bertambah tinggi dan sukar disekat. Sebagai gantinya sekolah
hendaklah memperkasakan pendidikan Islam. Maksud pendidikan Islam dalam
konteks seksualiti tidak dijelaskan. Pendapat ini juga adalah terhad kepada
pelajar beragama Islam sahaja. Bagaimanakah pula pelajar yang bukan islam?
Responden

juga

matapelajaran
Keseluruhannya

tidak

tambahan
jumlah

mahu

pendidikan

kerana
pelajar

kurikulum
yang

tidak

seksualiti
sedia

ada

bersetuju

dijadikan
telah
dengan

sebagai

pun

berat.

pendidikan

seksualiti di sekolah adalah kecil jumlahnya.


Cadangan reponden terhadap perlaksanaan pendidikan seksualiti di
sekolah
Berdasarkan persetujuan

responden bahawa pendidikan seksualiti perlu

dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah Malaysia, mereka turut memberikan


cadangan bagaimana keseluruhan pendidikan itu hendak diterapkan. Berikut
ialah skrip pelajar mengenai perkara ini :
Guru harus bersikap terbuka dan menggunakan komunikasi lebih berkesan dalam
memberikan kefahaman kepada para pelajar. Jadi, mata pelajaran dan guru-guru
memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman kepada para pelajar. MM34
Wajibkan semua pembantu kesihatan yang merawat atau memberi vaksin kepada
pelajar untuk menerangkan apa kesan

hubungan seksual jika pendidikan seksual di

sekolah tidak dapat dijalankan. MM35


Pendidikan seksualiti perlu diperkenalkan di peringkat sekolah. hal ini kerana melalui
pendidikan seksualiti pelajar dapat memperolehi maklumat dengan jelas. oleh itu,
peranan pihak kerajaan iaitu memperkenalkan pendidikan seksualiti di sekolah adalah
wajar. disamping itu, peranan ibu bapa, agama juga memainkan peranan penting dalam
mengurangkan masalah sosial. MZ28

30

Pada pendapat saya, pendidikan seksualiti seharusnya diberi pendedahan sejak dari
awal lagi supaya masalah-masalah sosial dapat diatasi. pendidikan seks mestilah
disampaikan dengan memberi penekanan yang bertepatan dengan ajaran Islam supaya
remaja tidak berani melakukan ini. MZ7
Tentang pendidikan seksualiti di sekolah, saya melihat ada baik dan buruknya.
keburukannya pelajar akan belajar dan kemungkinan mereka akan mengaplikasikan apa
yang diajar sebelum tiba masanya. saya setuju jika pendidikan seksualiti diajar di
sekolah tetapi wajib diselitkan dengan nilai agama dan moral. ini kerana agama
mengajar dan memberi panduan kepada kehidupan seseorang. MZ27
Pendidikan seksualiti yang diselitkan menerusi mata pelajaran tertentu sudah cukup
untuk memberi pendidikan seksualiti kepada para remaja. Pendidikan seksualiti boleh
diselitkan menerusi mata pelajaran tertentu tetapi mestilah menjadikan agama sebagai
benteng tetapi bukan menjadikan pendidikan seks sebagai tiket untuk pelajar mencuba
dan melibatkan diri dengan seks. MZ5

Skrip-skrip di atas memaparkan tiga cadangan utama iaitu pendidikan seksualiti


perlu dijalankan pada peringkat
dengan

Pendidikan

matapelajaran

yang

Pendidikan Jasmani.

Islam

awal lagi, kurikulumnya hendaklah digabung

dan

terlibat

perlu

iaitu

ada

kesinambungan

Pengetahuan

Islam,

antara

tiga

Sains/Biologi

dan

Responden berpendapat pendidikan seksualiti memang

perlu dilaksanakan di sekolah dan mungkin tahap sekolah menengah adalah


paling sesuai .

Bagi mengelak pengetahuan yang diterima pelajar akan

menggalakkan mereka untuk mencuba atau mengaplikasi seks, kurikulum


pendidikan seksualiti hendaklah berlandaskan pendidikan seks menurut Islam
yang turut membincangkan aspek nilai dan moral. Agama hendaklah dijadikan
benteng bagi menahan diri dari terlibat dengan zina dan pendidikan seksualiti
pula janganlah dilihat sebgai tiket untuk mengadakan hubungan seks
atas alas an untuk mencuba.

bebas

Pendekatan Islam dalam pendidikan seksualiti

diharap dapat mengatasi pandangan kontra atau pendapat tidak bersetuju


tentang pelaksanaan pendidikan seksualiti di sekolah-sekolah Malaysia.
Rumusan
Bahagian ini menemukan empat dapatan utama berkaitan dengan pendidikan
seksualiti

di

sekolah

menengah

Malaysia.

Selepas

dibandingkan

dengan

kurikulum pendidikan seksualiti yang di bina oleh UNESCO (2009), 95% (361)
31

responden

berpendapat

dijalankan

di

bahawa

sekolah-sekolah

pendidikan

Malaysia,

seksualiti

hanya

10%

sebenarnya

sahaja

tiada

berpendapat

pendidikan seksualiti ada dijalankan. Sungguh pun begitu apabila diteliti semula
skrip responden adalah didapati bahawa 85% (323) dari responden menyatakan
bahawa pendidikan seksualiti sebenarnya ada dijalankan di sekolah menengah
Malaysia tetapi disampaikan secara sambilewa dan mereka berpendapat
pendidikan tersebut tidak berkesan, kabur, mengelirukan dan gagal dijadikan
panduan.

Sama dengan peratus responden yang menganggap

pendidikan

tersebut dijalankan secara sambilewa, 85% (323) responden juga menganggap


pendidikan tersebut kurang atau tidak jelas dan gagal dijadikan panduan pada
masa hadapan. Apa yang dianggap sebagai pendidikan seksualiti sebenarnya
hanyalah berfokus kepada dua topik sahaja iaitu perkembangan fizikal kanakkanak hingga remaja dan sistem reproduksi dan proses persenyawaan serta
melahirkan bayi. Isi pelajaran yang disampaikan guru adalah menurut apa yang
termaktub dalam buku teks dan diajar bagi tujuan peperiksaan bukannya bagi
keperluan pendidikan seksualiti. Dua mata pelajaran utama yang menerangkan
topik-topik yang dianggap mempunyai unur-unsur seksualiti ialah matapelajaran
Sains/Biologi ikuti dengan Pendidikan Islam. Pengajaran guru tidak jelas adalah
disebabkan isi pelajaran yang cetek, sikap malu-malu , segan atau enggan
berterus terang guru. Penggunaan bahasa

kiasan dan

analogi kabur

menyebabkan pelajar semakin keliru. Lantas itu seramai 95% (361) responden
bersetuju supaya pendidikan seksualiti dijalankan

di sekolah-sekolah Malaysia

dengan persediaan kurikulum yang rapi, formal dan sesuai dengan tahap usia
pelajar serta digabungkan dengan pendekatan Islamiah.

Isi kurikulum itu

hendaklah disampaikan oleh guru yang terlatih dan mampu berterus terang.
PERBINCANGAN
Pendidikan seksualiti di Malaysia jika dibandingkan dengan kurikulum seksualiti
UNESCO (2009)

pada keseluruhannya

tiada dijalankan dalam bilik darjah

sekolah-sekolah Malaysia. Apa yang dianggap pendidikan seksualiti sebenarnya


ialah dua atau tiga topik yang berkaitan dengan perkembangan fizikal kanakkanak dan remaja, perkembangan sistem repoduksi dan persenyawaan serta
seks menurut nilai moral Islamiah. Jika berlandaskan dua atau tiga topik ini apa
yang

diterima

pelajar

sebenarnya

bukanlah

pendidikan

seksualiti

tetapi

beberapa topik yang berkaitan yang diajar guru bagi mengisi keperluan
peperiksaan. Sebenarnya pendidikan seksualiti adalah lebih luas dari tiga topik
yang didedahkan kepada pelajar sekolah menengah di Malaysia. Pendidikan
32

seksualiti adalah merangkumi topik-topik berkaitan dengan perkembangan fizikal


dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja, perkembangan sisitem reproduksi,
persetubuhan

dan

kelahiran

bayi,

pertimbangan

terhadap

pelawaan

mengadakan hubungan seks bebas hasil dari pujukan lelaki atau perempuan,
pencegahan hamil dan penularan penyakit berjangkit akibat dari hubungan seks
yang tidak terkawal dari segi jumlah pasangannya.pencegahan hamil dan juga
seks rambang. Hujah ini menunjukkan bahawa pendidikan seksualiti adalah luas
ruang cakupannya bukan sekadar dua atau tiga topik sahaja yang berkaitan
dengan hubungan seks.
Dua matapelajaran yang

paling kerap sekali dianggap memberikan pelajar

pendidikan seksualiti ialah matapelajaran Sains /Biologi dan Pengetahuan Islam.


Terdapat juga guru matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Tasawur Islam
mengajar topik-topik yang berkaitan dengan seks tetapi jumlahnya adalah kecil
sahaja.

Guru Sains dan Pengetahuan Islam mengajar topik- topik berkaitan

dengan seksualiti adalah berdasarkan topiktopik yang disediakan dalam buku


teks

menurut

sukatan

pelajaran

bagi

kedua

matapelajaran

tersebut.

Pembelajaran mengenai topik-topik tersebut adalah sebagai mengisi keperluan


peperiksaan

bukannya

atas

dasar

bagi

mencapai

objektif

pembelajaran

seksualiti. Masalah pendidikan seksualiti ini bertambah serius kerana liputan


topik berkaitan dengan seksualiti adalah sangat terhad, kabur, kurang jelas dan
gagal dijadikan panduan

untuk kehidupan seks pada masa akan datang.

Misalnya terdapat responden mengetahui masalah penularan penyakit kelamin


dan pencegahan hamil hanya selepas mengikuti program kesedaran seksualiti
bagi tujuan kajian ini! Sukar diterima hakikat ini kerana pada usia 21 dan 22
tahun baharulah mereka menerima konsep pendidikan seksualiti sebenarnya.
Di samping itu terdapat juga guru-guru yang enggan mengajar topik-topik
berkaitan dan jika mereka mengajar pun mereka masih menunjukkan sifat
kurang bersedia untuk mengajar topik-topik tersebut walu pun bagi tujuan
peperiksaan.

Paling mudah guru terus tidak menyentuh topik tersebut

dan

hanya menyuruh pelajar-pelajar membaca sendiri. Di samping itu terdapat juga


guru yang mengajar dengan menggunakan pelbagai bentuk analogi dan kiasan
dalam menerangkan topik-topik berkaitan dengan seksualiti.
menggunakan

analogi bahawa persetubuhan adalah ibarat

Misalnya guru
pistol yang

ditembak ke arah sasaran. Jika sasaran tepat mengena mangsa, maka mangsa
akan mengandung!

Analogi ni bukan sahaja bersifat kabur tetapi boleh

mengelirukan pelajar dan menyebabkan mereka terpaksa mencari sumber yang


33

lebih jelas termasuk sumber-sumber yang berbentuk

lucah.

Di samping

menggunakan bahasa kiasan, guru juga enggan menerangkan aspek-aspek


seksualiti dalam Bahasa Melayu, sebaliknya menggunakan istilah yang dipinjam
dari Bahasa Inggeris seperti penis, vagina, clitoris dan intercourse. Persoalan
berkaitan dengan isu ini ialah, adakah orang Melayu gagal membincangkan hal
hal berkaitan dengan seksualiti dalam bahasa mereka sendiri? Tiadakah istilah
berkaitan dengan seksualiti dalam Bahasa

Melayu? Apakah maksud istilah-

istilah berikut : pelir, zakar (Arab), pipit, kote, faraj (Arab), nonok, berasmara,
bersetubuh, berjimak, bersanggama, rum-rum, kelentit, biji kelentit, pantat,
butuh, rahim, mengandung , melancap/merancap dan pancutan mani ? Istilahistilah ini digunakan seharian dalam masyarakat Melayu walau pun terdapat
variasi dari segi maksud pantat (bahagian belakang bagi orang Johor)dan butuh
(Bahasa Indonesia, butuh = perlu). Adakah kita enggan menggunakannya atas
alasan lucah? Adakah apabila menggunakan kata pinjam dalam bahasa Inggeris
pembicara seks merasa kurang

lucah? Keseluruhannya penyampaian guru

tentang topik-topik berkaitan dengan seksualiti adalah kurang jelas dan kabur.
Pendidikan seksualiti yang kurang jelas dan kabur juga adalah disebabkan oleh
tiadanya kesinambungan atau pensturukturan bagi topik-topik yang diajar oleh
guru Sains dan guru Pengetahuan Islam. Maksudnya, guru bagi kedua-dua
matapelajaran tersebut tidak mengetahui satu sama lain

apakah yang

dibincangkan dalam kelas-kelas yang membincangkan topik-topik berkaitan


dengan seksualiti.
berbincang

Masing-masing

bagaimanakah

guru menyelesaikan tugas mereka tanpa

pendidikan

tersebut

paling

berkesan

dapat

disampaikan kepada pelajar. Lagi pun guru yang mengajar topik-topik yang
berkaitan dengan seksualiti tidak pun mempunyai objektif bahawa isi pelajaran
adalah sebahagian dari pendidikan seksualiti dan boleh dijadikan panduan oleh
pelajar. Ini menjelaskan bahawa objektif

pengajaran dan pembelajaran bukan

berteraskan pendidikan seksualiti tetapi hanya merupakan topik-topik akademik


yang mesti diketahui pelajar bagi tujuan lulus peperiksaan . Keseluruhannya apa
yang dianggap sebagai pendidikan seksualiti dalam bilik darjah sekolah
menengah di Malaysia sebenarnya ialah perbincangan dua atau tiga topik yang
berkaitan dengan sistem reproduksi serta proses persenyawaan.
Kekaburan tentang seksualiti mempunyai perkaitan yang tinggi dengan pelbagai
masalah gejala sosial yang sangat tenat pada masa ini. Peningkatan jumlah
remaja yang aktif seks pada usia yang muda mungkin ada kaitannya dengan
sikap tidak langsung rasa bersalah atau rasa berdosa melakukan seks di luar
34

perkahwinan. Semasa melakukan hubungan seks mereka tidak tahu pula


menggunakan pelbagai kaedah pencegahan hamil yang boleh mengelak dari
penularan pelbagai penyakit kelamin yang ada di antaranya boleh membawa
maut

seperti

HIV dan AIDS. Lebih jelas lagi mereka tidak mempraktikkan

hubungan seks yang selamat. Tidak hairan jika peratus pengidap aids di Malaysia
40% darinya adalah remaja perempuan. Kesan dari hubungan seks bebas telah
menyebabkan pelaku membiarkan diri mereka mengandung
menyedari bahawa mereka telah mengandung.

atau tidak

Kesan dari gejala sosial ini

sungguh serius, sehingga tiap hari sekurang-kurangnya terdapat 80 kelahiran


bayi di luar nikah di Malaysia dalam sehari dan dalam tempoh lima tahun
sebelum ini jumlah kelahiran mencecah 234,647 orang (Jabatan Pendaftaran
Negara 2011

).

Dalam masa yang sama terdapat juga remaja yang

mengandung mengambil jalan singkat bagi menyelesaikan masalah mereka iaitu


dengan mengugurkan kandungan dan paling menyedihkan janin yang telah pun
mempunyai sifat sempurna dibuang begitu sahaja di

tempat-tempat kotor

seperti tong sampah, longkang dan tandas. Di samping itu terdapat juga remaja
yang membuang bayi mereka di merata tempat dan jika bayi tersebut masih
hidup apabila ditemui bayi tersebut adalah bernasib baik. Jelasnya, pendidikan
seksualiti yang kabur atau tidak berkesan adalah mempunyai perkaitan yang
tinggi dengan pelbagai masalah gejala sosial pada hari ini dan yang paling serius
ialah kerelaan mengadakan hubngan seks di luar perkahwinan pada usia yang
masih

muda.

Masalah

lain

yang

berkaitan

adalah

merupakan

masalah

sampingan dari hubungan seks bebas.


Apakah langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi membendung masalah seks
bebas dan masalah sampingan yang berkaitan dengan perkra ini? Apa yang
dilakukan oleh kebanyakan negara ialah memperkenalkan pendidikan seksualiti
di sekolah. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jeman dan Australia
misalnya telah memperkenalkan pendidikan seksualiti sebaik sahaja murid-murid
mencecah

usia baligh. Kebanyakan

negara ini mula memperkenalkan

pendidikan seksualiti semasa remaja berumur antara 11-12 tahun. Di negara


tersebut pelajar menerima pendidikan seksualiti hanya dengan keizinan ibu bapa
mereka. Terdapat dua pandangan tentang pendidikan seksualiti dan pandangan
ini telah turut menyelubungi masyarakat Malaysia iaitu sama ada pendidikan
seksualiti dilaksanakan atau sebaliknya. Pandangan pertama ialah pendapat
yang mengatakan bahawa pendidikan seksualiti akan merangsang perasaan
ingin mencuba melakukan hubungan seks di kalangan remaja, sementara
35

pendapat kedua pula mempertahankan bahawa pendidikan seksualiti boleh


dijadikan benteng

yang menampan para remaja dari mengadakan hubungan

seks pada usia yang masih muda. Kurikulum pendidikan seksualiti yang turut
memberi perhatian kepada seks menurut persektif agama yang dijalankan
secara konstruktif mungkin boleh menyebabkan remaja berfikiran rasional bagi
menangguh diri untuk mengadakan hubungan seks.
Syarikat

Kajian-kajian di Amerika

dan negara-negara Eropah seperti Jerman dan United Kingdom

menunjukkan pendidikan seksualiti dapat membendung keinginan mengadakan


hubungan seks di kalangan remaja dan bagi mereka yang telah melakukannya,
terdapat di kalangan mereka terus meninggalkan amalan tersebut

(UNESCO,

2009 ). Dapatan penyelidikan ini menunjukkan pendidikan seksualiti yang


berkesan dapat mengelak remaja dari terus hanyut dalam kancah permukahan
yang turut menyebabkan masa depan mereka menjadi gelap.
KESIMPULAN
Kajian yang dilaporkan adalah mengenai analisis pendidikan seksualiti dalam
bilik darjah sekolah-sekolah Malaysia dalam tempoh 2-3 tahun sebelum ini.
Sampel kajian seramai 380 orang adalah merupakan pelajar universiti yang telah
meninggalkan bangku sekolah antara 1-3
soalan-soalan berstruktur

tahun. Sebelum mereka menjawab

dan membuat refleksi tentang pendidikan seksualiti

yang mereka terima semasa di bangku sekolah mereka telah diberi terlebih
dahulu pendedahan tentang pendidikan seksualiti dalam masa 13 jam. Kurikulum
pendidikan

seksualiti

yang

mereka

terima

adalah

berasaskan

pendidikan seksualiti yang dibina oleh pihak UNESCO (2009).

kurikulum

Dapatan kajian

yang dibahagikan kepada lima bahagian menunjukkan, secara bandingan


dengan kurikulum pendidikan seksualiti UNESCO (2009), reponden berpendapat
bahawa pendidikan seksualti tiada dijalankan di sekolah-sekolah Malaysia.
Sungguh pun begitu apabila diteliti skrip refleksi reponden adalah didapati
bahawa sejumlah 85% responden telah menerima pendidikan sesksualiti tetapi
secara terhad, berasaskan buku teks bagi tujuan peperiksaan, tidak jelas, kabur
dan tidak mencukupi bagi dijadikan panduan hidup pada masa akan datang. Apa
yang

mereka terima sebagai pendidikan seksualiti hanyalah merupakan dua

atau tiga topik berkaitan

dengan perkembangan sistem reproduksi, proses

persenyawaan dan hubungan lelaki dan perempauan serta seks menurut


perspektif agama Islam. Dua mata pelajaran yang didapati menjelaskan topiktopik tersebut ialah matapelajaran Sains dan Pengetahuan islam.

Pengajaran

guru bukan sahaja tidak mencukupi dan tidak jelas disebabkan oleh masalah
36

perisian yang terhad tetapi juga disebabkan

oleh sikap guru yang enggan

mengajar secara berterus terang, Guru masih menggunakan pelbagai bahasa


kiasan yang bukan sahaja mengelirukan pelajar tetapi juga menyebabkan topik
tersebut menjadi bahan jenaka yang tidak memberi makna langsung. Hampir
90% responden bersetuju pendidikan seksualiti dilaksanakan di sekolah-sekolah
Malaysia dengan perancangan yang teliti, rapi, bermual semasa pelajar berada
dalam Tingkatan 3 ke atas, diberikan secara beasingan bagi pelajar lelaki dan
perempuan dan mempunyai perkaitan atau perisian menurut perspektif Islam
CADANGAN
Dapatan penyelidikan ini menjelaskan bahawa

pendidikan seksualiti yang

sebenarnya tidak dijalankan dalam bilik-bilik darjah

Malaysia. Apa yang

didedahkan kepada pelajar hanyalah dua atau tiga topik yang mempunyai unsurunsur seksualiti dalam mata pelajaran Sains dan Pengetahuan Islam. Apabila
dikaitkan dengan masalah-masalah sosial yang berkaitan dengan seksualiti yang
melanda remaja dan juga orang dewasa Malaysia pada masa ini dan disokong
dengan

dapatan penyelidikan tentang keberkesanan pendidikan seksualiti,

sangat wajar pendidikan seksualiti dilaksanakan dalam bilik-bilik darjah sekolah


menengah Malaysia.
merupakan

Pendidikan seksualiti yang akan dijalankan hendaklah

pendidikan

seksualiti

sebenarnya

kurikulum pendidikan seksualiti UNESCO

dengan

mengambil

contoh

(2009) kerana kurikulum tersebut

telahpun dirangka dengan teliti dan didapati

berkesan.

Jika perlu kurikulum

seksualiti bagi tersebut bolehlah ditambah lagi dengan memasukkan perspektif


Islamiah dengan mengambil kira cadangan yang diutarakan oleh responden.
Bagaimana pun tambahan tersebut perlu diselaraskan dengan latarbelakang
pelajar yang datang dari pelbagai etnik dan kepercayaan.

Lantas itu kurikulunm

ini perlu bergerak jauh dari konsep dua atau tiga topik berunsur seksualiti
dalam

matapelajaran

Sains

dan

Pengetahuah

Islam

bagi

tujuan

lulus

peperiksaan. Kurikulum pendidikan ini tidak boleh diselitkan sebagai sebahagian


dari matapelajaran Sains dan Pengetahuan islam kerana kedua matapelajaran itu
adalah berorientasikan sistem peperiksaan. Apa yang perlu dalam kurikulum
seksualiti ialah kurikulum ini mempunyai objektif yang nyata dan mampu dicapai
secara konsutruktif atau pelajar berjaya mengahayatinya.
Kelihatannya unsur-unsur pendidikan seksualiti yang ada dalam mata pelajaran
Sains dan Pengatahuan Islam boleh sahaja diteruskan bagi tujuan peperiksaan
tetapi perlu ada tambahan kurikulum seksualiti sebagai program khas di sekolah
yang mungkin sesuai dijalankan oleh kaunselor serta guru-guru yang mempunyai
37

kemahiran. Lantas itu pendidikan seksualiti bukan sahaja melibatkan kurikulum


tetapi juga program latihan khas bagi kaunselor dan guru dan langkah-langkah
pelaksanaannya di sekolah termasuk penguasaan pedagoginya,

penggunaan

alat bantu mengajar yang berkesan serta sesuai dan kerjasama dari ibu bapa. Di
samping itu program pendidikan seksualiti
beransur-ansur melalui tingkatan satu
waktu sekurang-kurangnya 15

in bolehlah dijalankan secara

sehingga tingkatan tiga dalam jumlah

jam seperti mana yang dicadangkan dalam

kurikulum pendidikan seksualitii bagi remaja oleh UNESCO (2009). Jangkamasa


yang dicadangkan ini adalah mencukupi dengan pembelajaran berdasarkan
modul yang berasaskan aktiviti.

Jika pihak sekolah dan pihak berwajib

menjangkakan program ini akan mendapat sambutan negatif dari ibu bapa,
mungkin perlu kebenaran mereka didapatkan terlebih dahulu sama seperti ibu
bapa di Amerika Syarikat dan Australia. Jika ibu bapa enggan memberi
kebenaran anak-anak mereka mengikuti pendidikan seksualiti lantas itu jalankan
sahaja program tersebut kepada pelajar-pelajar yang diberi kebenaran oleh ibu
bapa mereka. Adalah diharap program pendidikan seksualiti ini akan memupuk
kesedaran

yang konstruktif tentang seksualiti dalam kalangan pelajar untuk

jangkamasa panjang .

Bibliograf
Azizah Jaafar & Chan Siew Lee, 2009. Reka bentuk dan pembangunan perisian
Kursus Multimedia Pendidikan seksualiti Malaysia (MSE). Jurnal Pendidikan
Malaysia 34 (2), 125-142.
Anderson, J.R. 1980. Cognitive psychology and its implications. Cambridge, Mass:
Harvard University Press.

38

Atkinson, R.C. & Shriffin,R.M. 1968. Human memory: A proposed syatem and its
control processes. In K.W Spence & J.T. Spence(Eds.), The psychology of learning
and motivation (Vol. 2), NY : Academic Press.
Bloom, B.S. 1976. Human characteristics and school learning. New York: McGrawHill.
Borowski, E.A., Trapl, E.S., Lovegreen, L.D, Colabianchi, N. & Block, T. 2005.
Effectiveness of abstinence-only intervention in middle school teens. American
Journal of Behaviour, 29 (5), 423-434.
Borowski,E.A.,Trapl,E.S.,Goodwin,M.,Adam, Tufts,K., Hayman ,L. & Cole, M.L.
2009. Taking be proud! Be responsible to the suburb: A replication study.
Cleveland: Case Western Reserve University School of Medicine.
Broadbent, D.E. 1952. Speaking and listening simultaneously.

Journal of

Experimental Psychology,43, 267-273.


Chua Soi Lek, 2006.Wabak HIV/AIDS/DADAH di Malaysia. Ucapan Menteri
Kesihatan Malaysia di Dewan Rakyat, 12 Mac 2006.
Clark, M.A., Trenholm, C., Devaney,B. Wheeler, J. & Quay, L. 2007. Impacts of the
heritage keepers@ Life Skills Education Component. Princeton : NJ: Mathematica
Policy Research , Inc.
Coyle, K., Kirby, D., Marin. B., Gomez, C. & Gregorich, S. 2004. Drew the
Line/Respect the Line: A randomnized trial of a middle school intervention to
reduce sexual risk behaviours. American Journal of Public Health, 9 (5), 843-851.
Denny,G., & Young, M. 2006. An evaluation of abstinence-only sex education
curriculum: An 18-month follow-up. Journal of School health, 76,(8), 414-422.
Dewey, J. 1965. The influence of Darwin on philosophy, and other essays on
contemporary thought. Bloomington: Indiana University Press.
Durex, 2003. Malaysia Durex Survey on teens Pre-Marital Sex
http:thestar.com.my/youth2/talkback/tbadvice.asp/Catid=9&sid=1, 21/6/2011
Durex,2004.

Durex

Global

Sex

Survey.

http://www.durex.com/cs/gss2004result.pdf.
Fisher, J & McTanggart, J. 2008. Review of Sex and Relationships Education (SRE)
In Schools. www.teachernet.gov.uk/doc/13030/SRE%20final
Fisher, J, Fisher, W., Bryan,A., & Misovich, S. 2002. Information-motivationbehavioural skills, model-based HIV risk behaviour change intervention nfor
inner-city high school youth. Health Psychology, 21(2),77-186.
Gillmore, M.R, Morrison, D.M., Richey, C.A., Ballasone ,ML., Guiterez, L. & Farris,
M. 1997. Effects of skills based intervention to encpourage condom use among
39

high risk heterosexually active adolescents. AIDS Prevention and Education, 9,


22-43.
Gubhaju, B.B. 2002. Adolescent reproductive health in Asia. Asia-Pacific
Population Journal, 17 (4), 97-108.
Jas Laile Suzana Jaafar, 2005. Takat keagamaan (religiosity) dan motivasi sosisla
seks sebelum nikah di kalangan remaja Melayu. Roziah Omar & Sivamurugan
Pandian

(Edt.),

Malaysia

Isu-Isu

Sosial

Semasa.

Unit

Penerbitan

ISM

Kementerian Pembangunan, Keluarga dan Masyarakat, Kuala Lumpur.


Jemmott,J.III, Jemmott,L.,& Fong,G. 1998. Abstinence and safer sex HIV risdkreduction

interventions

for

African-American

adolescents:

randomnized

controlled trial. Journal of Medical Association, 279, (19), 1529-1536.


Johari Talib & Nasruddin Yunos,

2009. Faktor-faktor penyumbang remaja

mengandung di luar nikah.Prosiding Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah


dan Kerja Sosial, Everly Hotel, Melaka, 24-26 Julai.
Kirby, D. 2008. The impact of Abstinence and Comprehensive Sex and STD/HIV
Education Programmes on Adolescents Sexual Behavoiur. Sexuality Research
and Social Policy Vol. 5 (3), 18-27.
Kirby , D. Obasi, A. & Laris, B. 2006. The effectiveness of sex education and
HIV/AIDS in Young People: A systematic review of the evidence from developing
countries. Geneva : World health organization.
Kirby, D., Rolleri,L. 2005. Impact of sex and HIV Education Programmes on sexual
behaviouir of youth in developing and developed countries. Washington D.C:
Family Health International.
Malaysia 1992. Kajian Kesihatan dan Gaya Hidup. Kementerian Kesihatan
Malaysia
Malaysia 1994. Kajian tingkahlaku lepak dikalangan remaja. Kementerian
Kesihatan Malaysia
Malaysia, 1996. Kajian Remaja dan AIDS. Kementerian Kesihatan Malaysia.
Malaysia 1997. Second National Helath and Morbidity Survey. . Kementerian
Kesihatan Malaysia
Malaysia 2004. The Malaysian Family Planning Survey. Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga
Malaysia, 2011. Statistik pembuangan bayi. Polis di Raja Malaysia.
http://translate.googleusercontent.com/translatec?hl=en&prev=/searcdh%3qFq
%3Dstatistik

40

Malaysia, 2011. Statistik kelahiran anak tak sah taraf. Jabatan Pendaftaran
Negara. Berita Harian 21 Mac 2011.
New Strait Times 2002. NST Youth Quake April 2002.
Noor Aziah Awal, 2006. Anak tak sah taraf: Kelahiran meningkat, punca dan
kaedah mengatasi.

Kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Kebangsaan

Pencegahan Jenayah Syariah, Anjuran bersama Kerajaan Negeri Melaka dan


Institut Kefahaman Islam Malaysia,20-21 April 2006.
Piaget, J. 1972. Intellectual development from adolescence to adulthood. Human
Development, 15, 1-12.
Prostar, (Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja) 2011. Kementerian Kesihatan
Malaysia.http//www.infosihat.gov.my/Pk Prostar.php. 22.6.2011.
UNESCO, 2009. International Technical Guidance on sexuality Education: Volume
1 The rationale for sexuality education. UNESCO : Paris.
Winn, W. & Synder,D.

1996. Cognitive perspectives in psychology. In D.H

Jonassen(Eds.), Handbook for research for communication and technology, New


York: Simon & Schuster Mc Millan.
Yee, Ng Cheng, 2010. Teen pregnancies on the rise with 111 reported this year.
New Strait Times 26 June 2010.
Vijaindren, A. 2011. Debunking sexual myths. New Strait Times, June 12 2011.

41

Você também pode gostar