Você está na página 1de 1

Rancangan Kesihatan Zekolah

1.0

Pengenalan
Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967

dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakan sekolah


yang sihat dan produktif. Dalam tempoh dua puluh tahun RKS dijalankan, dunia
secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari
aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS
dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang
lebih komprehensif.Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek "
Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka,
Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang
diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa
Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di
antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan
Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk
menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan
sekolah.
Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas,
surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan amalan kebersihan
sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan PROSTAR dan Modul
Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan
Program Susu Sekolah, dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi
di Sekolah 2005. Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai
status kesihatan murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan
kaunseling, memberi penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal
kejadian penyakit serta mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak
keperluan khas.

Você também pode gostar