Você está na página 1de 12

PERMAINAN TRADISIONAL

KONDA KONDI

a) Peralatan

Cara permainan konda-kondi ini ialah


memerlukan 2 batang kayu dan mempunyai
perbezaan ukuran. Berikuit merupakan 2 batang
kayu yang berbeza :

1. Kayu ibu (kayu panjang).


Kayu ini kebanyakkannya mengikut keselesaan sendiri tapi ada
yang menetapkan panjang kayu tersebut dalam lingkungan 50
cm hingga 60 cm. Walaubagaimanapunpenggunaan kayu ini
boleh mengikut keselesaan pengguna itu sendiri.

2. Kayu anak (kayu pendek).


Kayu ini haruslah pendek dan setiap permain harus
menggunakan kayu yang sama. Ini bagi menjamin keadilan
permainan dan pengiraan mata akan menjadi sama. Kayu anak
berbeza dengan kayu ibu. ukuran yang ditetapkan adalah dalam
lingkungan 15 cm.

3. Lubang.
Lubang ini harus di korek bagi memudahkan songketan kayu
dilakukan. Lubang ini di korek dalam separuh daripada kayu
anak lebih kurang 7 atau 6 cm dan lebarnya kurang daripada 10
cm.

b) Tempat Bermain.
Permainan ini tidak memerlukan keluasan
padang yang lebar atau luas.
Walaubagaimanapun ia bergantung kepada
ramai nya permain. Jika ramai yang bermain
keluasan padang itu boleh di perbesarkan.
Permainan ini juga tidak memerlukan padang
sebesar padang bola sepak kerana permainan ini
memerlukan tektikal ketika bermain.

C) CARA BERMAIN.
TERDAPAT 3 CARA PERMAINAN INI ANTARANYA IALAH :

1.SUNGKITAN

Pemain pertama memulakan permainandengan meletakkan


kayu anak melintang di atas lubang. Kemudian permain akan
menyungkit kayu anak menggunakan kayu ibu dan permain
akan menghalakan sungkitan tersebut di mana sahaja arah dan
mengelakkan ia di tangkap oleh pihak lawan.Jika pasukan
lawan berjaya menangkap kayu anak tersebut, semua
permainan dalam ahli kumpulan tersebut akan di kira mati.
Permainan akan di ambil alih oleh pihak lawan.
Walaubagaimanapun jika pasukan lawan tidak berjaya tangkap,
mana-mana ahli daripada pihak lawan harus la membaling kayu
anak masuk kedalam lubang ataupun mengenai kayu ibu.jika
mengenai kayu ataupun masuk lubang, kumpulan yang
membuat sungkitan hanya mati seorang iaitu mereka yang
membuat sungkitan tadi dan di ambil alih ahli kumpulan lain.
Sekiranya tidak mengenai kayu itu perlu di ukur sejauh mana
kayu tersebut jatuh semasa membuat balingan tadi sehingga ke
lubang.

2. BALINGAN KAYU ANAK

Cara kedua ini dilakukan dengan cara kayu anak


di baling ke udara dan kemudian pemain akan
memukul kayu tersebut dan akan cuba di
tangkap oleh pihak lawan. Cara ini di beri
percubaan sebanyak 3 kali dan sekiranya dalam
3 percubaan tidak berjaya permain tersebut akan
secara automaik mati. Pengiraan juga sama
dengan cara pertama tadi.

3. PUKUL KAYU

Cara ketiga ini pula dimainkan dengan cara


kayu anak di letakkan dalam lubang secara
menyerong. Kemudian permain akan memukul
hujung kayu anak yang terjongket menggunakan
kayu ibu sebelum memukul kembali kearah
hadapan. Cara ini juga di beri 3 kali percubaan
dan sekirannya gagal permain itu akan mati
secara automatiknya.

D) PERATURAN PERMAINAN

Antara peraturan yang perlu dikenakan kepada pemain


atau pasukan dalam permainan ini ialah:
1.Permainan hanya boleh dimainkan secara kumpulan
sahaja. Sebaik-baiknya dimainkan dua kumpulan yang
masing-masing mempunyai dua atau tiga orang pemain.
2.Setiap pasukan harus mempunyai satu set alat
permainan konda-kondi.
3.Hanya dua batang kayu yang berlainan saiz
diperlukan.
4.Setiap pemain termasuk pihak lawan tidak boleh
mengacah ketika pemain pertama memulakan
permainan.
5.Sekiranya pemain telah terbatal permainannya, kayu
yang digunakan harus diberi kepada pihak lawan
dengan baik.

PERKARA YANG MEMBATALKAN


PERMAINAN

1.Jika kayu anak dapat disambut oleh penjaga. Pemain dikira


mati
2.Jika kayu anak yang dilemparkan oleh penjaga mengena
kayu ibu atau termasuk lubang, pemain pemain dikira mati
dan permainan terpaksa diberhentikan.
3.Pemain akan dikira mati apabila kayu anak jatuh di suatu
tempat yang jaraknya dengan lubang tidak sampai satu
ukuran kayu ibu.
4.Pada peringkat ketiga, pemain tidak dapat memukul kayu
anak sebanyak tiga kali, pemain seterusnya akan melakukan
pukulan.
5.Jika kayu anak terkena badan pemain, satu mata kiraan
akan ditolak.
6.Kumpulan penjaga dapat bermain selepas pemain akhir
mati .

E) PENGIRAAN MATA.

Terdapat 2 cara pengiraan mata antaranya


ialah :
1. Mengukur jarak menggunakan panjang kayu
anak dan setiap satu jarak di kira 1 mata.
2. Mengikut ketahanan lama masa semasa
bermain sebagai contoh masa ditetapkan sejam
dan dalam masa sejam pasukan yang lama
berada di posisi bermain akan di kira
menang.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Você também pode gostar