Você está na página 1de 9

TAJUK : HURUF BESAR /BOLD/FONT

SAIZ: 11/PIRAMID TERBALIK


MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP MURID TAHUN EMPAT BAGI TAJUK
PERNAFASAN MANUSIA DENGAN MENGGUNAKAN PETA MINDA BERWARNA
Italic/Font:9

Intan Solehah Binti Nasarruddin


solehah_mabah@yahoo.com

Puan Rusmawati Binti Othman

Bold/Font: 10
Capitaliza Each Word

rusmawati@ipda.edu.my

Italic/Font:10/ Capitaliza Each


Word

SEMUA SUB-TAJUK:
BOLD/HURUF
BESAR/Font:10

Jabatan Sains
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Bold/Font: 10/HURUF BESAR
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan konsep murid tahun empat
bagi tajuk Pernafasan Manusia dengan menggunakan peta minda berwarna. Kajian
ini juga digunakan untuk menilai amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji.
Peta minda berwarna ini boleh diguna pakai bagi semua murid yang mempelajari
tajuk Pernafasan Manusia. Walaubagaimapun bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah
memberi fokus kepada penggunaan peta minda berwarna kepada murid yang lemah
bagi tajuk Pernafasan Manusia. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang
murid Tahun 4 sekolah A (nama samaran) yang mempunyai masalah dalam
menguasai konsepPernafasan Manusia. Data dikumpulkan melalui pemerhatian,
temu bual dan ujian bertulis. Hasil analisis data mendapati bahawa semua
responden iaitu seramai 5 orang menunjukkan ada peningkatan markah yang ketara
dalam ujian bertulis. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan peta
minda berwarna dapat membantu murid menguasai konsep Pernafasan Manusia
dengan lebih jelas.
Kata kunci: konsep pernafasan manusia, peta minda berwarna.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Merenung kembali pengalaman mengajar, saya sentiasa mengamalkan pembelajaran sambil


bermain kepada murid murid untuk memastikan mereka mudah untuk menguasai konsep
Pernafasan Manusia. Maka setiap kali proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran saya akan
menyelitkan unsur permainan kepada murid murid. Sebagai contoh saya membuat aktiviti kotak
beracun bersama murid murid tentang topik Pernafasan Manusia .Mereka dikehendaki untuk
menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam kotak beracun tersebut secara individu. Antara soalan
soalan yang terdapat dalam kotak beracun tersebut ialah mengenai organ pernafasan manusia,
proses menarik dan menghembus nafas, maksud kadar pernafasan manusia dan laluan udara ketika
menarik dan menghembus nafas. Menurut Nurul Amirah dan Zaidatun (2009) dalam kajiannya
terhadap sekumpulan kanak-kanak prasekolah telah membuktikan bahawa penggunaan pendekatan
bermain yang telah digunakan dapat membantu kanak-kanak tersebut dalam memahami kemahiran
matematik prasekolah.
Walau bagaimanapun, perkara yang saya harapkan terjadi sebaliknya. Segelintir murid tidak
dapat menjawab soalan dengan baik dan melalui pemerhatian, murid cuba untuk meneka jawapan
dan tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. Antara ayat yang mereka ungkapkan saya rasa
jawapannya ialah, mungkin jawapannya ialah dan kebanyakan murid murid dengan berani
menyatakan saya tak ingat la , cikgu . Ini menyebabkan wujudnya jurang antara amalan dan nilai
kepercayaan saya . Merenung sejenak ke dalam diri saya sendiri , saya tertanya tanya adakah
pendekatan yang saya jalankan ini tidak memberangsang pemikiran murid sehingga murid - murid
masih tidak mampu untuk menguasai konsep Pernafasan Manusia yang telah diajar ? Mengapa saya
masih belum berjaya mencapai objektif pembelajaran walaupun telah menjalankan kaedah
pembelajaran sambil bermain ?
Lantaran daripada kesilapan diri saya sendiri, maka saya telah mengubah teknik
penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran saya dengan menggunakan teknik peta minda
kerana saya percaya dengan menggunakan peta minda sebagai medium pengajaran, murid-murid
dapat lebih jelas melihat keseluruhan konsep pernafasan manusia dan lantas dapat menguasainya
dengan cepat. Menurut Ab Fatah (1994), penggunaan peta minda membantu mencapai beberapa

matlamat antaranya mengorganisasikan maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat


perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada
pengekalan konsep baharu, memperjelaskan dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan
menggalakkan kreativiti. Ini disokong oleh Bletsas (2011) bahawa mengingat informasi maklumat
melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan lebih cepat. Saya dapat melihat
bahawa mereka menyukai peta minda dan dapat dilihat bahawa penggunaan peta minda dapat
meningkatkan usaha mereka untuk cuba menguasai konsep Pernafasan Manusia dengan
bersungguh sungguh.
Namun begitu , walaupun mereka cuba untuk menguasai konsep Pernafasan Manusia itu ,
saya mendapati masih terdapat ramai murid yang masih tidak dapat mencapai penguasaan konsep
Pernafasan Manusia secara total . Jelas di sini dapat dilihat bahawa terdapat jurang antara nilai dan
kepercayaan saya . Saya berasa ingin terus bangkit dan meneruskan penggunaan peta minda dalam
pembelajaran untuk meningkatkan amalan saya sebagai seorang guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran .
Justeru, pada praktikum kali ini, sebagai penambahbaikan saya telah menerapkan pembelajaran
dengan membuat peta minda berwarna dalam intervensi bagi membolehkan murid murid berjaya
menguasai konsep Pernafasan Manusia.
2.0

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan data awal yang telah dikumpul, saya mendapati bahawa terdapat beberapa
orang murid yang tidak dapat menguasai konsep Pernafasan Manusia. Buktinya adalah apabila disoal
mengenai kadar pernafasan, laluan udara, proses menarik dan menghembus nafas dan organ
pernafasan, terdapat murid murid yang menyatakan bahawa saya tak pasti cikgu , saya tak ingat
cikgu dan tajuk ni susah la cikgu .
Melalui maklumat yang diperoleh, sebagai seorang guru saya berasa bahawa masalah ini
adalah berpunca daripada amalan pengajaran dan pembelajaran saya sendiri yang percaya bahawa
dengan menerapkan kaedah bermain ketika proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Pernafasan
Manusia, murid dapat menguasai konsep tajuk ini dengan mudah. Ini adalah disebabkan bermain
merupakan satu kaedah yang dapat mewujudkan perasaan gembira di kalangan murid-murid .Oleh
itu mereka akan mudah untuk menguasai sesuatu konsep sekiranya mereka berminat dengan
pengajaran guru . Namun, hakikatnya terdapat ramai murid yang masih tidak dapat menguasai
konsep Pernafasan Manusia dengan menggunakan kaedah bermain.
Pernafasan Manusia merupakan satu topik yang memerlukan satu rangsangan visual yang
penuh di mana murid dapat melihat keseluruhan proses pernafasan manusia dengan jelas bagi setiap
langkah. Rangsangan visual dipercayai dapat memperkembangkan kognitif murid lantas dapat
memberikan penguasaan konsep yang lebih kepada murid kerana mereka dapat melihat keseluruhan
konsep Pernafasan Manusia dengan lebih jelas dan tersusun. Menurut Mohammad Nasir dan Ibrahim
(2003) menyatakan bahawa melalui seni visual kita dapat menggambarkan proses, membuat hubung
kait dan membayangkan prinsip-prinsip teori yang tidak dipertimbangkan ataupun dialami sebelum ini.
Lantaran itu, saya telah memfokuskan kajian saya kepada meningkatkan penguasaan konsep
dalam tajuk Pernafasan Manusia dengan menggunakan peta minda berwarna bagi murid Tahun
Empat. Penguasaan konsep bermaksud berkemampuan dalam menangkap makna-makna seperti
menyatakan suatu isi penting mengenai konsep yang telah dipelajari serta boleh
mengaplikasikannya(Rustaman,2005) .
3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Meningkatkan penguasaan konsep murid Tahun 4 terhadap topik Pernafasan Manusia


dengan menggunakan teknik peta minda berwarna.
4.0

PERSOALAN KAJIAN
Dapatan kajian ini akan menjawab persoalan berikut:

Adakah teknik peta minda berwarna dapat meningkatkan penguasaan konsep murid Tahun 4
terhadap topik Pernafasan Manusia ?
5.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ini terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Murid
murid ini tidak memegang sebarang jawatan di sekolah. Mereka dijadikan sebagai kumpulan
sasaran kerana prestasi pencapaian yang rendah dalam ujian bertulis yang dijalankan sewaktu
pengumpulan data awal. Saya telah menentukan bahawa murid yang mendapat 50% ke bawah
dikategorikan sebagai murid yang lemah dalam penguasaan konsep dan sekaligus menjadikan
mereka sebagai kumpulan sasaran.
6.0

PELAKSANAAN KAJIAN

Terdapat lima langkah tindakan yang dilaksanakan. Langkah langkah tindakan tersebut
adalah seperti berikut :
6.1

Langkah Pertama : Mengenali Peta Minda .

Murid diperjelaskan bahawa tajuk atau tema ditulis di bahagian tengah kertas, kemudian
diikuti dengan garisan seperti ranting ranting pokok yang menunjukkan isi isi penting. Kemudian,
di setiap hujung garisan isi penting terdapat lagi garisan garisan seperti ranting pokok kecil yang
menerangkan tentang huraian atau contoh.Rasionalnya langkah ini adalah untuk memberi gambaran
jelas kepada murid bagaimana konsep sebenar pembinaan peta minda.
6.2

Langkah Kedua : Mengaplikasi Peta Minda dalam Pengajaran dan Pembelajaran .

Guru mengajar topik Pernafasan Manusia menggunakan peta minda berwarna. Warna yang
berlainan digunakan untuk setiap ranting. Guru menerangkan segala isi penting dalam tajuk Manusia
Bernafas dengan menggunakan peta minda. Bahan bahan yang digunakan adalah pen marker, dua
helai kertas mahjung, pensil warna dan crayon. Rasionalnya langkah ini adalah untuk mengajar murid
tentang tajuk Pernafasan Manusia menggunakan peta minda berwarna agar mereka lebih jelas
dengan struktur penyusunan peta minda. Warna berlainan bagi setiap isi penting adalah bertujuan
untuk menunjukkan perbezaan yang lebih jelas kepada murid-murid tentang setiap isi penting.
6.3

Langkah Ketiga : Membentuk Peta Minda

Murid membentuk peta minda di atas helaian kertas A3 yang diberikan oleh guru . Setelah
membina peta minda mereka dikehendaki untuk mewarnakan peta minda tersebut . Penerapan warna
adalah digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid terhadap sesuatu tajuk yag dibina
di dalam sesebuah peta minda .Murid perlu mewarnakan ranting ranting peta minda dengan
menggunakan warna yang berbeza. Rasionalnya langkah ini adalah untuk melihat tahap penguasaan
murid dalam tajuk ini selepas pengaplikasian peta minda berwarna
6.4

Langkah Keempat : Pemurnian Peta Minda

Peta minda murid akan ditampal di hadapan kelas . Guru dan murid akan membuat
perbincangan pada setiap peta minda . Rasional langkah ini adalah untuk memberi peluang kepada
murid sendiri kesilapan yang dibuat oleh mereka. Ini dapat meningkatkan lagi dan mengukuhkan
penguasaan konsep Pernafasan Manusia. Aspek aspek yang dilihat ialah adakah terdapat isi
penting yang tidak ditulis atau adakah warna yang digunakan adalah sama serta adakah isi penting
yang ditulis adalah salah.
6.5

Langkah Kelima : Pembinaan Semula Peta Minda

Murid yang terdapat beberapa kesalahan pada peta minda yang dibina oleh mereka sendiri,
perlu membina semula peta minda mengikut semakan yang telah dibuat sewaktu perbincangan.
Rasional langkah ini adalah untuk mengukuhkan lagi konsep tersebut Pernafasan Manusia.

Kemudian peta minda yang telah dihasilkan dengan sempurna perlu ditampal di dalam buku latihan
Sains sebagai rujukan kepada murid murid dalam mengulangkaji pelajaran .

7.0

DAPATAN KAJIAN

7.1

Data Pemerhatian

Instrumen pertama yang digunakan adalah pemerhatian. Pemerhatian ini dijalankan


sepanjang sesi pengajaan dan pembelajaran berlangsung. Hasil dapatan yang diperoleh adalah
seperti jadual 1 :
SEMAK FORMAT TAJUK JADUAL
Jadual 1
Data Pemerhatian
Bil

Perkara

Pencapaian
Catatan

Respon ketika menjawab


soalan mengenai proses
menarik nafas.

A
Murid
A,B,C,
D,E

Respon ketika menjawab


soalan mengenai proses
menghembus nafas.

Murid
A,B,C,
E

Murid
D

Menunjukkan respon yang


baik ketika memberi
penerangan mengenai kadar
pernafasan.
Respon ketika menyatakan
organ pernafasan manusia .

Murid
A,C,E,
D

Murid
B

4
5

Memberi penerangan
mengenai laluan udara ketika
menarik nafas dan
menghembus nafas.

E
Murid
lancar dan
yakin
menjawab
soalan
Murid D
memejamkan
mata kemudian
menyambung
jawapan.
Murid B terdiam
seketika ketika
memberi
penerangan
Murid lancar dan
yakin menjawab
soalan
Murid lancar dan
yakin menjawab
soalan

Murid
A,B,C,
D,E
Murid
A,B,C,
D,E

Petunjuk
Pencapaian

Kategori

Cemerlang

Baik

C
D

Sederhana
Lemah

Sangat
lemah

Penerangan
Memberi jawapan yang betul, yakin dan lancar ketika
menjawab soalan.
Memberi jawapan yang betul tetapi kelihatan ragu ragu
ketika menjawab soalan.
Memberi jawapan yang betul setelah dibantu oleh guru.
Memberi jawapan yang betul tetapi kelihatan ragu ragu
walaupun telah dibantu oleh guru .
Memberi jawapan yang salah setelah dibantu oleh guru dan
tidak memberi respon yang baik apabila disoal.

Jadual 1 menunjukkan hasil dapatan senarai semak pemerhatian. Berdasarkan dapatan yang
diperoleh, didapati bahawa kesemua responden iaitu seramai lima orang responden telah menguasai
tajuk pernafasan manusia . Murid A, B, C, D dan E menunjukkan reaksi yang positif apabila disoal
mengenai proses menarik dan menghembus nafas. Mereka mengangkat tangan dengan pantas
apabila soalan diajukan.

Walau bagaimanapun, guru mengenalpasti murid D mengalami sedikit keraguan apabila menjawab
soalan. Sewaktu murid D membuat penerangan, responden tersebut tiba tiba memejamkan mata
kemudian menyambung kembali penerangan. Guru beranggapan bahawa murid D cuba mengingat
jawapan yang betul. Usaha Murid D mengingat berjaya kerana walaupun beliau memejam mata untuk
cuba mengingat jawapan, hasilnya adalah jawapan yang diberikan tepat dengan penggunaan istilah
yang betul.
Selain itu, kesemua responden dapat menjawab soalan mengenai kadar pernafasan dengan betul
lancar dan yakin kecuali Murid B yang dilihat agak ragu ragu ketika menyuarakan jawapan. Murid B
terdiam seketika ketika ingin memberi penerangan mengenai maksud kadar pernafasan. Saya
berpendapat murid terlupa dan cuba mengimaginasikan maksud kadar pernafasan berdasarkan peta
minda berwarna yang telah diajarkan oleh guru. Guru memberi ruang dan masa untuk Murid B
mengingat maksud tersebut dan tidak sampai beberapa saat , Murid B dapat menyatakan maksud
kadar pernafasan dengan betul . Kesemua responden juga berlumba lumba mengangkat tangan
untuk memberi contoh aktiviti- aktiviti yang mengakibatkan kadar pernafasan menjadi tinggi dan
rendah . Ini menunjukkan Murid A,B,C,D dan E berjaya mengingati konsep pernafasan dengan baik .
Di samping itu, kesemua responden A, B, C, D dan E dengan pantas mengangkat tangan secara
serentak untuk memberi jawapan kepada soalan mengenai organ pernafasan manusia dan laluan
udara ketika proses menarik nafas dan menghembus nafas berlaku. Ini menunjukkan bahawa mereka
sangat yakin dan pasti tentang jawapan yang akan diajukan .
Kesimpulannya, berdasarkan analisis yang dibuat melalui dapatan pemerhatian ini , dapatlah
disimpulkan bahawa kesemua responden dapat menguasai konsep pernafasan dengan baik namun
intervensi yang dijalankan perlu penambahbaikan pada kitaran yang seterusnya agar tidak terdapat
responden yang ragu ragu ketika memberi jawapan.
7.2

Dapatan Temu Bual

Bagi mengukuhkan lagi data yang diperoleh dalam pemerhatian, saya telah menjalankan
temu bual kepada lima orang responden. Temu bual yang dijalankan mempunyai lima soalan. Soalan
yang pertama adalah mengenai organ pernafasan manusia. Hasil dapatan analisis temu bual
menunjukkan bahawa kesemua responden berjaya menjawab soalan yang diajukan dengan betul
iaitu paru-paru sebagai organ pernafasan manusia. Kelima-lima orang responden dapat menjawab
soalan dengan lancar dan yakin.
Soalan temu bual yang kedua, setiap responden disoal mengenai prose-proses yang terjadi sewaktu
proses menarik nafas. Kesemua responden dapat menjawab dengan tepat dan lengkap. Namun
terdapat seorang responden iaitu responden D yang perlu diberi petunjuk oleh guru terlebih dahulu
kemudian responden tersebut menyambung jawapan yang diberikan oleh guru.
Selain itu, bagi soalan temu bual yang ketiga murid disoal mengenai proses yang terlibat ketika
menghembus nafas. Respon dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh responden positif iaitu mereka
dapat menjawab dengan menggunakan istilah yang betul dan jawapan yang diberikan adalah
lengkap. Soalan temu bual yang keempat adalah mengenai laluan udara ketika menarik dan
menghembus nafas. Responden A, B, C, D dan E berjaya menjawab soalan dengan yakin dan
kesemua responden tidak terkeliru dan tidak menukar laluan udara ketika menarik dan menghembus
nafas. Responden tidak lagi keliru dengan penggunaan dada dan paru-paru.
Soalan temu bual yang terakhir adalah mengenai maksud kadar pernafasan dan kemudian
responden dikehendaki untuk menyatakan aktiviti-aktiviti yang menyebabkan kadar pernafasan
manusia menjadi tinggi atau rendah .Melalui hasil dapatan temu bual empat orang responden dapat
menyatakan maksud kadar pernafasan dengan baik iaitu bilangan pergerakan dada pada sesuatu
masa. Walau bagaimanapun, Responden B ketika disoal beliau terdiam dan kemudian guru
memberikan petunjuk iaitu perkataan bilangan. Setelah diberi petunjuk oleh guru, Responden B
kelihatan kembali berkeyakinan dan menyatakan maksud kadar pernafasan dengan lancar.
Kesemua responden dapat memberi contoh yang banyak bagi aktiviti yang menyebabkan kadar
pernafasan berubah walaupun dalam soalan temu bual setiap responden hanya dikehendaki
menyatakan satu contoh aktiviti sahaja.

7.3

Data Ujian Bertulis

Ujian bertulis yang dijalankan adalah ujian sebelum perlaksanaan


intervensi dan ujian selepas perlaksanaan intervensi . Soalan yang diajukan
adalah mengenai keseluruhan konsep Pernafasan Manusia. Keputusan ujian
bertulis adalah seperti Rajah 1 :

SEMAK FORMAT TAJUK


RAJAH

Rajah 1. Keputusan ujian bertulis


Berdasarkan Rajah 1, dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan markah kelima-lima orang
responden antara ujian sebelum perlaksanaan intevensi dan ujian selepas perlaksanaan intervensi.
Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan peta minda berwarna dapat meningkatkan penguasaan
konsep murid Tahun empat dalam tajuk Pernafasan Manusia.
8.0

PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

Berdasarkan data kajian yang telah dianalisis melalui instrumen pengumpulan data
pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis didapati bahawa teknik peta minda berwarna berjaya
meningkatkan penguasaan konsep murid tahun 4 terhadap tajuk Pernafasan Manusia.

Berdasarkan analisis deskriptif senarai semak, saya mendapati bahawa murid menunjukkkan
respon positif ketika menjawab soalan pertama yang berkaitan dengan proses menarik nafas. Kelimalima orang responden mendapat pencapaian yang berada pada kategori yang cemerlang di mana
mereka dapat memberi jawapan yang betul, yakin dan lancar ketika menjawab soalan. Data
pemerhatian ini disokong oleh dapatan data analisis temu bual bagi soalan yang kedua di mana dapat
dilihat bahawa empat orang responden menjawab soalan temubual dengan penggunaan istilah yang
tepat.

Aspek kedua yang diperhatikan dalam senarai semak adalah mengenai proses menghembus
nafas. Berdasarkan rumusan senarai semak dapat dilihat bahawa kesemua responden berjaya
menjawab soalan yang kedua pada tahap yang cemerlang di mana responden dapat memberi
jawapan tentang kesemua proses yang berlaku ketika menghembus nafas dengan jawapan yang
betul, yakin dan lancar ketika menjawab soalan. Ini disokong oleh dapatan analisis temu bual yang
menunjukkan semua responden dapat memberi jawapan yang tepat tentang proses menghembus
nafas dengan penggunaan istilah yang betul.
Aspek ketiga yang dilihat daripada senarai semak pemerhatian adalah respon murid ketika
memberi penerangan mengenai kadar pernafasan. Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh dapat
dilihat bahawa kesemua responden dapat memberikan maksud kadar pernafasan dengan betul iaitu

bilangan pergerakan dada pada sesuatu masa , namun terdapat seorang responden iaitu Responden
B yang terdiam seketika sewaktu memberi penerangan.
Berdasarkan aspek ke empat senarai semak pemerhatian, dapat dilihat bahawa semua
responden dapat memberi respon yang positif ketika menjawab soalan mengenai organ pernafasan
manusia. Respon positif yang dimaksudkan adalah mereka dapat memberi jawapan yang betul, yakin
dan lancar ketika menjawab soalan . Kesemua murid menjawab paru-paru sebagai organ pernafasan
manusia. Hasil dapatan pemerhatian ini disokong oleh hasil dapatan temubual di mana kesemua
responden dapat menjawab soalan dengan lancar tanpa teragak-agak ketika disoal mengenai organ
pernafasan.
Aspek kelima yang diperhatikan dalam senarai semak adalah mengenai laluan udara ketika
menarik dan menghembus nafas. Kesemua responden berjaya memperoleh pencapaian yang
cemerlang di mana mereka dapat menjawab dengan betul, yakin dan lancar. Ini disokong oleh
dapatan data temubual yang membuktikan bahawa responden tidak keliru antara laluan udara ketika
menarik nafas dan menghembus nafas.
Kedua-dua data temubual dan senarai semak pemerhatian di atas di sokong oleh hasil
dapatan yang ketiga iaitu ujian bertulis. Ujian ini merangkumi keseluruhan tajuk Manusia Bernafas
iaitu mengenai proses menarik dan menghembus nafas, kadar pernafasan, laluan udara dan organ
pernafasan manusia.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh, kelima-lima orang murid berjaya mendapat keputusan
yang amat cemerlang iaitu mereka memperoleh Gred A bagi ujian bertulis selepas intervensi
dijalankan . Selain itu , mereka mengalami peningkatan yang ketara apabila perbandingan dibuat
antara ujian bertulis sebelum intervensi dijalankan dan ujian bertulis selepas intervensi dijalankan.
Peningkatan tersebut lebih dapat dilihat dengan perbezaan min iaitu sebanyak 33% .
Antara kekuatan yang dapat dikenal pasti dalam kajian ini adalah pendedahan awal peta
minda yang diberikan kepada murid. Kekuatan yang kedua adalah saya mendapat sokongan yang
padu serta bimbingan yang baik daripada pensyarah pembimbing dan juga guru-guru sekolah
berkenaan.
Salah satu kelemahan yang saya dapat kenal pasti daripada kajian ini adalah dari aspek
warna. Berdasarkan peta minda yang telah dihasilkan oleh murid-murid, dapat dilihat bahawa
pemilihan warna yang mereka gunakan tidak menarik. Contohnya terdapat beberapa orang
responden yang menggunakan warna sejuk dalam mewarna peta minda seperti warna hijau dan biru.
Hunchendorf (2007) menyatakan bahawa penggunaan warna sejuk akan mengakibatkan seseorang
berasa tidak bersemangat dan kurang berminat. Ini merupakan salah satu sebab penguasaan konsep
mereka masih terdapat kekurangan kerana terdapat sesetengah isi penting tentang Pernafasan
Manusia tidak mereka jawab secara baik dalam ujian bertulis.
Oleh itu, sebagai cadangan penambahbaikan, pada kajian yang akan datang, saya akan
menetapkan syarat bahawa mereka hanya boleh menggunakan warna panas sahaja dalam mewarna
peta minda kerana dalam penggunaan warna panas saya percaya bahawa ianya dapat memberi
tarikan yang lebih kepada murid-murid dan lantas dapat meningkatkan daya ingatan mereka. Ini
disokong oleh Hunchendorf (2007), menyatakan bahawa warna panas seperti merah dan kuning
berjaya meningkatkan perasaan teruja murid. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi
penguasaan konsep murid terhadap tajuk Pernafasan Manusia.
9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan data-data kajian yang telah dianalisis mendapati bahawa penggunaan teknik
peta minda berwarna ini berjaya dalam meningkatkan penguasaan konsep murid terhadap tajuk
Pernafasan Manusia. Ini sekaligus dapat mencapai objektif pembelajaran dengan cemerlang.

Oleh itu, pada kajian yang seterusnya saya ingin menerapkan pula elemen peta minda
berwarna ini kepada tajuk-tajuk yang seterusnya iaitu Manusia Berkumuh dan Menyahtinja dan

Sistem Suria. Ini kerana saya ingin murid-murid berjaya menguasai keseluruhan konsep Sains
dengan menggunakan bantuan daripada teknik peta minda berwarna.

Selain itu, saya juga berhasrat untuk mengajar murid menggunakan peta minda pada subjek
lain seperti subjek Bahasa Melayu agar mereka bukan sahaja dapat berjaya dalam matapelajaran
Sains malah murid juga dapat memperoleh manfaat daripada penggunaan peta minda ini kepada
subjek yang lain juga.

RUJUKAN
Ab. Fatah Hassan. (1994). Penggunaan konsep yang optimum dalam pembelajaran. Kuala Lumpur :
Universiti Teknologi Malaysia.
Bletsas, F.(2011). The importance of mind maps. Diperoleh Mac 5,2013 dari http://my-mindmaps.com/
Buzan, T.(2005).The ultimate book of mind maps.London:Happer Collins Publishers
Limited.
Buzan, T & Buzan, B.(2006).The Mind Maps Book. London:BBC Worldwide Limited.
Homel, J. (2012). School Completion: Data Appendix. Support Document. National Centre for
Vocational Education Research (NCVER). 15 pp.
Hunchendorf, L. (2007). The effects of color on memory. Tesis tidak diterbitkan. Diperolehi Februari
13,2013 dari http://www.uwlax.edu/urc/jur-online/PDF/2007/huchendorf.pdf .
Ismail Zain (2010).Kaedah belajar secara kumpulan. Diperoleh Mac 8,2013 dari
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?
y=2010&dt=0427&pub=DuniaPendidikan&sse=Motivasi&pg=mo_01.htm
Jailani b. Mad Yunus (2010). Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota
kuliah.Diperoleh Februari 27, 2013 darihttp://eprints.uthm.edu.my/609/1/ Jailani_%
28ICE_2010%29.pdf
Kamus Dewan Edisi Keempat ,2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kiong, T.T (2010). Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota
kuliah.Diperoleh Februari 26, 2013 dari http://eprints.uthm.edu.my/609/1/ Jailani_%
28ICE_2010%29.pdf
Lewis, R. (1972). Participant Observation: A Research Technique for Studying Teachers and
Classrooms. Research Report Number 7313.
Merriem S.B.(1998).Qualitative research and case study application in education. San
Francisco:Jossey-Bass
Mohamad Nasarruddin Ahmad (2012). Cemerlang sains dengan peta minda. Diperoleh Mac 4, 2013
dari http://www.petaminda.com/
Mohammad Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni untuk maktab dan universiti.
Pahang Darul Makmur: PTS Publications.
Moyles J.(2005). The excellence of play. New York : Open Press University.

Nurul Amirah Mohd Razali & Zaidatun Tasir (2009). Rekabentuk sistem pembelajaran konsep nombor
berasaskan pendekatan permainan yang menerapkan teori perkembangan kognitif kanakkanak. Diperoleh Mei 29,2013 dari http://eprints.utm.my/7988/1/EDUPRES_%28F3%29_8.pdf
Rickard, N. (2010). Benefits of a Classroom Based Instrumental Music Program on Verbal Memory of
Primary School Children: A Longitudinal Study. Australian Journal of Music Education, n1 p3647 2010. 12 pp.
Shaharudddin & Halimatun Saadiah (2008). Pembangunan modul pembelajaran kendiri
keelektromagnetan, fizik tingkatan lima berasaskan pendekatan konseptual melalui visual.
Tesis tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu, Malaysia.

Você também pode gostar