Você está na página 1de 4

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Terhadap Dunia Pendidikan


Ratings: (0)|Views: 7|Likes: 0
Published by sharifrashid
esement IPG
See more
Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Terhadap
DuniaPendidikan
Pengenalan Arus berkembangnya teknologi begitu derasnya sehingga menuntut kita untuklebih
aktif didalam mengikuti perkembangan informasi tersebut, dengan adanya internetmerupakan
salah satu bentuk teknologi yang seharusnya dapat memotivasi sekaligusmemberikan inspirasi
untuk menghasilkan kreasi serta informasi yang bermanfaat.Teknologi Maklumat (
Information Technology
) atau IT dan Teknologi Maklumatdan Komunikasi (
Information and Communication Technology
) atau ICTmerupakan teknologiyang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup
tajuknyasangat luas yang mempunyai maklumat berkenaan dengan segala aspek
dalampengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah ialah
penggunaankomputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses,memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu.Teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah digunapakai dalamsistem
pendidikan di negara ini bahkan dunia telah mula menggunakannya padalangkah yang terlebih
awal daripada negara kita. Penggunaan teknologi maklumat dankomunikasi telah membantu
dalam banyak aspek seperti dalam urusan pihakpentadbiran dari peringkat tertinggi sehingga
ke sekolah. Bahkan juga telah digunakansehingga ke dalam kelas sewaktu mengajar. Banyak
kesan positif dapat dilihatmenerusi kemudahan yang dinikmati ini.Bagi melancarkan urusan
harian setiap sekolah juga pada hari ini mula
dilengkapi dengan wireless.
Namun dalam keasyikan dunia menggunakan kemudahandi hujung jari pada hari ini, telah
timbul beberapa kesan yang kurang enak didengar dandipandang. Apakah kesan ini berpunca
daripada kemudahan yang terlalu mudah untukdiperolehi taupun mungkin sebab yang kita
sendiri tidak mengetahuinya.
Implikasi Terhadap PendidikanKehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa
kepada duniapendidikan. Tugas mendidik kian menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan
adanyateknologi maklumat. Antara kesan positif yang dapat dilihat adalah seperti
keupayaanmenghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Jika
dahulu,proses untuk menyebarkan maklumat terbaru agak memakan masa. Ini keranamaklumat
hanya boleh disampaikan menerusi surat atau panggilan kursus. Namun halini memakan masa
beberapa hari dan melambatkan untuk memproses maklumat yangdisampaikan itu. Pada hari
ini, semua maklumat hanya dihujung jari. Hanya perlumengadap sebiji komputer maklumat
sudah mampu disampaikan. Ini akanmempercepatkan maklumat tersebut untuk diproses dan
disebarkan kesemuakakitangan baik di kementerian, JPN, PPD mahupun di peringkat sekolah.
Hal ini terlalubanyak menjimatkan masa, tenaga dan kos para pendidik. Di sekolah, guru-guru
bolehmenumpukan sepenuhnya perhatian kepada PdP mereka dalam kelas tanpa perlukeluar
bagi mendapatkan maklumat terbaru.

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Dalam arus perdana masa kini,perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) telah member banyak kesan atau impak dalam kehidupan seharian
manusia.Teknologi maklumat dan komunikasi telah melalui transformasi yang sangat
pantas dan menakjubkan dimana pengaruhnya dapat kita lihat.Manusia bergantung
kepada TMK dalam semua bidang contohnya perubatan, penyiaran, pengangkutan dan
sebagainya.Bidang pendidikan juga tidak terlepas daripada pengaruh TMK.
Apakah yang dimaksudkan dengan TMK?Teknologi membawa maksud suatu
sistem bagi memudahkan manusia memenuhi keperluannya. Maklumat pula adalah
kumpulan data-data yang tersusun dan komunikasi pula membawa maksud proses
saling menghantar dan menerima maklumat. TMK adalah satu cara dimana manusia
dapat berinteraksi dengan sumber dan data dengan menggunakan alatan tertentu untuk
menyelesaikan masalah.TMK memberi impak yang besar dalam pendidikan masa kini.
Perkembangan TMK telah memberi kesan kepada guru dan juga murid.
Guru dapat mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dengan cara yang
mudah dan pantas.Guru bukan sahaja dapat mengakses sumber-sumber yang bersifat
tempatan,malah guru dapat mengakses sumber-sumber dari luar negara contohnya
guru dapat berkongsi nota,latihan dan juga merujuk aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
menarik melalui perkongsian pintar video dan audio.Selain itu, guru juga dapat
berbincang dalam forum di internet dimana mereka dapat berkongsi masalah dan cara
penyelesaian melalui perbincangan.
Dengan adanya kemudahan ini,TMK dilihat digunakan sebagai medium dalam
proses pendidikan untuk guru menyebarkan maklumat kepada pelajar dalam bentuk
yang lebih menarik.Contohnya murid dapat melalui sendiri keadaan atau fenomena
gerhana bulan atau gerhana matahari secara simulasi maya.
Murid atau pelajar juga mendapat kelebihan dengan perkembangan
TMK.Contohnya murid dapat mencari maklumat dengan pantas dan menjimatkan
masa.Murid dapat mengakses nota dan latihan lanjutan melalui internet.Selain itu,murid
juga dapat berkongsi maklumat sesama mereka dan guru.Kemudahan komuniukasi ini
membolehkan berhubung dan berbincang dengan guru diluar waktu persekolahan dan
juga ketika cuti.Murid dapat belajar terus walaupun berada dirumah tanpa batasan
waktu.Kemudahan komunikasi ini membolehkan guru dan murid sentiasa berhubung
serta pembelajaran secara berterusan.

Contoh isu dan cabaran dalam pengaruh perkembangan TMK adalah jurang
digital antara murid luar bandar dan murid di kawasan bandar. Murid di kawasan bandar
mempunyai kemudahan yang lengkap dan akses kepada bahan-bahan TMK sangat
mudah memandagkan mereka mendapat pendedahan yang meluas.Berbanding
dengan murid di kawasan luar bandar, mereka tidak menerima kemudahan TMK dan
pendedahan yang setara.Dasar pendidikan di Malaysia adalah memberi pendidikan
yang sama rata tanpa mengira sebarang perbezaan.Jurang digital antara murid bandar
dan luar bandar adalah satu ketidakadilan dalam pendidikan.Jurang digital
menunjukkan berlakunya ketidakadilan terhadap murid di kawasan luar bandar.
Jurang digital ini menyebabkan murid di kawasan luar bandar ketinggalan jauh
dibelakang berbeza dengan murid di kawasan luar bandar.Perkara ini harus diberi
penekanan serius apabila kita dapat lihat akan impaknya.Setiap kali peperiksaan
peringkat nasional seperti UPSR,PMR dan SPM pelajar di kawasan bandar
menunjukkan peningkatan prestasi yang mendadak dari setahun ke setahun.Namun hal
sebaliknya berlaku kepada murid di kawasan luar bandar.Peratusan murid yang gagal
kebanyakkannya dari golongan mereka.
Seharusnya murid di kawasan luar bandar tidak ditinggalkan dalam kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang dengan pesat.Langkah-langkah
untuk merapatkan jurang digital ini harus diberikan perhatian yang mendalam dan
serius.Masalah jurang digital ini harus diselesaikan dengan kadar yang segera.Semua
pihak mestilah menghulurkan tangan dalam memberi sumbangan sama ada dalam
bentuk kewangan dan juga bentuk buah fikiran.Kesemua pihak sama ada kerajaan,ibu
bapa,murid dan juga masyarakat harus menggembleng tenaga untuk memastikan
jurang digital dapat dirapatkan.

a) Jurang digital antara murid di kawasan luar bandar dan murid di kawasan bandar
adalah satu ketidakadilan dalam pendidikan.Perkara ini adalah bertentangan dengan
dasar pendidikan kebangsaan yang menyatakan bahawa pendidikan yang diberi adalah
pendidikan yang adil dan sama rata.Murid di kawasan bandar mendapat kelebihan
dengan adanya kemudahan asas TMK yang lengkap dan juga mengikut arus
perkembangan semasa.Berbeza dengan murid di kawasan luar bandar,mereka tidak
mendapat pendedahan yang sama seperti murid di kawasan bandar.Kemudahan asas
TMK adalah sangat terhad dan juga sudah ketinggalan.Akibat daripada kekurangan
ini,maka hal ini mempengaruhi pembelajaran mereka.Murid di kawasan luar bandar
yang tidak mendapat akses TMK seperti murid di kawasan bandar tidak dapat

mengikuti trend pembelajaran terkini dan mereka tidak dapat meperkembangkan


potensi mereka secara optim dan menyeluruh.
b) Murid di kawasan luar bandar tidak seharusnya ditinggalkan di belakang.Mereka akan
hanyut ditinggalkan arus permodenan TMK yang berkembag dengan sangat
pesat.Apabila murid di kawasan luar bandar ketinggalan dalam kemajuan TMK, hal ini
akan mempengaruhi potensi dan juga peluang mereka dalam pelajaran.Selain itu,
peluang mereka untuk bersaing dengan pelajar di bandar adalah sangat terhad dan
terbatas.Terhalangnya mereka daripada perkembangan TMK ini akan mempengaruhi
prestasi mereka dalam peperiksaan.Oleh disebabkan perkara ini, peluang mereka
untuk melanjutkan pelajaran di sekolah sekolah berasrama penuh secara langsungnya
telah tertutup.Pelajar luar bandar sebenarnya berhak mendapat pendedahan yang
sama rata dalam TMK seperti murid di kawasan bandar.

Você também pode gostar