Você está na página 1de 10

Banjir telah melanda negara ini.

Huraikan langkah-langkah yang positif untuk menangani fenomena alam ini.

Banjir yang melanda negara kita telah mengejutkan pelbagai pihak. Masing-masing sibuk
mengutarakan pendapat mereka tentang faktor-faktor yang mendorong wujudnya fenomena
alam ini. Mereka berpendapat pandangan mereka lebih tepat. Sebenarnya, banyak perkara
yang mampu dilakukan untuk menangani mala petaka ini sebelum, semasa dan selepas.
Kerajaan seharusnya memastikan sistem perparitan dalam keadaan baik. Pihak berkuasa
tempatan haruslah menjalankan pemeriksaan parit dan longkang di kawasan yang memang
dianggap berisiko tinggi untuk menerima banjir. Sikap telus dalam aspek ini memastikan
aliran air tidak akan terganggu atau tersumbat. Seterusnya, air tidak boleh bertakung sebegitu
mudah. Sistem perparitan yang baik juga memastikan air mudah surut selepas banjir.
Malah, kerajaan seharusnya menubuhkan pusat kajian banjir kebangsaan. Pusat ini
berperanan untuk menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan banjir. Pusat ini
bertanggungjawab mengeluarkan amaran banjir dan memastikan setiap bantuan disalurkan
kepada mangsa-mangsa banjir dengan lancar. Dengan kewujudan pusat ini semua
perancangan dan tenaga tidak dibazirkan tetapi digunakan sebaik mungkin. Malah, pusat
kebangsaan banjir ini juga mampu memastikan tidak berlaku penyelewengan dalam
pemberian bantuan banjir.
Malahan, semua pasukan keselamatan seperti polis, tentera, dan pasukan pertahanan awam
perlu bersedia. Semua cuti mereka harus dibekukan ketika musim hujan. Mereka juga harus
diberi latihan untuk mengendalikan mangsa-mangsa banjir atau keadaan banjir dengan lebih
cekap lagi. Penggunaan peralatan moden dan cukup seperti bot dan helikopter harus
ditingkatkan. Persediaan ini memastikan semua mangsa akan terselamat kerana mereka akan
diselamatkan oleh pasukan yang sudah terlatih dalam situasi bahaya seperti banjir.
Kutipan derma harus dijalankan oleh kerajaan beberapa bulan sebelum musim hujan berlaku.
Kutipan derma ini penting supaya semua masyarakat negara berkongsi masalah negara tanpa
memilih kaum. Wang derma yang sudah dikutip boleh digunakan untuk merancang strategi
yang mampu untuk menyekat masalah banjir ini daripada berlanjutan. Kutipan derma ini
juga membantu kerajaan kerana kewangan kerajaan tidak akan terjejas lantaran rakyat
sendiri sanggup berkorban demi kebajikan rakyat senegara.
Selain itu, kerajaan seharusnya menjalankan kempen kesedaran terhadap isu ini melalui
media massa. Dalam kempen itu, pelbagai cara atau kaedah menghadapi banjir dijelaskan
kepada rakyat. Pengetahuan ini mampu digunakan oleh mangsa-mangsa banjir dengan lebih
bijak demi keselamatan mereka.. Kemahiran ini juga memastikan mangsa-mangsa banjir
mengetahui cara-cara mendapatkan maklumat seperti kewujudan pusat-pusat bantuan banjir
dan keadaan cuaca semasa. Pengetahuan ini memastikan mangsa-mangsa banjir tidak panik.

Kesimpulannya, banjir memang sukat diatasi tetapi sikap berwaspada mampu mengurangkan
impak bencana ini. Semua pihak tanpa perlu menuding jari haruslah memainkan perana
mereka dalam isu ini. Rakyat seharusnya lebih bersikap proaktif dengan membuat persediaan
awal mereka sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan. Kita tidak mahu pelbagai masalah
wujud selepas bencana ini surut.Mungkin peribahasa Sediakan payung sebelum hujan boleh
menjadi renungan semua.

Contoh Karangan Banjir Kilat.


Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat kerap
berlaku di negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat juga boleh
mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat juga boleh
mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca terjadinya banjir kilat.
Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di meratarata tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit dan sungai.
Sampah yang dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Apabila hujan secara
tiba-tiba, aliran air dalam longkang, parit dan sungai akan tersekat. Contohnya seperti
yang berlaku di Jalan Skudai dan Jalan Air Molek di Johor Bahru. Oleh itu, jelaslah
bahawa banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di
merata-rata tempat.
Di samping itu juga, faktor penguatkuasaan yang terlalu longgar merupakan punca banjir
kilat. Hal ini kerana tiada tindakan undang-undang terhadap orang yang membuang
sampah di merata-rata tempat. Pihak Berkuasa Tempatan pula tidak memantau kawasan
pembuangan sampah. Apabila hujan, kawasan pembuangan sampah menakung air dan
banjir kilat berlaku. Contoh peniaga pasar malam sesuka hati membuang sampah
berhampiran parit atau longkang tanpa dikenakan hukuman. Oleh itu, jelaslah bahawa
penguatkuasaan yang longgar merupakan punca terjadinya banjir kilat.
Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna. Parit
dan longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit juga tersumbat disebabkan oleh
longgokan sampah. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku.
Pengaliran air akan tersekat dan melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang
berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa
sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca banjir kilat.
Faktor iklim juga menjadi punca banjir kilat. Iklim yang tidak menentu iaitu kadangkadang hujan dan kadang-kadang panas boleh menyebabkan banjir kilat. Keadaan ini

semakin buruk dengan fenomena El-Nino yang menyebabkan hujan lebat berterusan.
Dengan ini, jelaslah bahawa faktor iklim menjadi punca kepada banjir kilat.
Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek perumahan. Syarikat
perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan
tidak memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar
selepas sesuatu projek siap djalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan
pasir dan sisa binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun
dengan lebatnya.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar
masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir
kilat dapat dikurangkan.

SAMBUNGAN: Pantun boleh digunakan dalam penulisan karangan. Jika anda


memasukkan pantun dalam karangan, kualiti serta nilai karangan akan bertambah
baik. Berikut ialah beberapa contoh pantun peribahasa untuk anda gunakan dalam
karangan anda.

Ombak badai menggulung-gulung


Kelasi terdampar di tepi pantai
Hajat di hati nak peluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai
Maksud: Bercita-cita besar, namun tak tercapai.
Budak-budak bermain rakit
Rakit buluh tolong buatkan
Harap-harapkan guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan
Maksudnya: Bodoh mendengar cakap orang sehingga diri sendiri kerugian
Hujan panas turun berderai
Guruh menyambar pohon jati
Kasih sayang tak boleh bercerai
Bagaikan rambut bersimpul mati
Maksud: Perasaan cinta dan kasih sayang yang sangat erat
Burung puyuh burung taktibau

Terbang tinggi si burung bayan


Di dalam kilat ada kilau
Rupanya awan mengandung hujan
Maksud: Orang yang berpura-pura baik tetapi sebenarnya ada niat tidak baik
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Maksud: Sia-sia melakukan sesuatu kerja jika tak cukup kepakaran dan kemahiran
Ayam hutan terbang ke hutan
Turun ke tanah mencari makan
Kerana digila burung di hutan
Denak di rumah mati tak makan
Maksud: Sanggup tinggalkan seseorang yang dekat kerana dapat orang baru
Orang gagah pergi berperang
Terlalu berani lagi perkasa
Gajah mati meninggalkan tulang
Manusia mati meninggalkan jasa
Maksud: Hidup biar berjasa supaya mati dikenang orang
Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Maksud: Kebahagiaan yang hanya sementara/ ujian yang datang tanpa diduga
Kalau mandi pergi ke tebat
Tunggu malam bulan mengambang
Kalau berjanji tak pernah tepat
Macam biawak lidah bercabang
Maksud: Orang yang suka berdalih-dalih dan mencipta pelbagai alasan
Dara bersimpu dihujung bendul
Sambil leka bersembang-sembang
Cakap tidak pernah betul
Macam lidah tidak bertulang

Maksud: Orang yang kuat menipu dan tak boleh dipercayai


Berbunga lebat pohon rambutan
Hinggap tempua berjuntai kaki
Bila dapat memandang bulan
Jangan lupa rumput di bumi
Maksud: Jangan lupa diri dan asal-usul setelah menempa kejayaan
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Maksud: Cuba lihat kekurangan diri kita sendiri

Satu dua tiga empat


Lima enam tujuh setengah
Sepandai-pandai tupai melompat
Sekali sekala jatuh ke tanah
Maksud: Betapa pintar dan liciknya orang yang berbuat salah, suatu hari akan
tertangkap juga akhirnya.
Satu tangan jarinya lima
Dua tangan jarinya sepuluh
Saya tanam pokok delima
Mengapa peria pula yang tumbuh?
Maksud: Berbuat baik pada orang tetapi dibalas dengan kejahatan
Gesek biola tiup serunai
Sayu dara berhati walang
Putih mata si burung punai
Kayu ara ditunggu helang
Maksud: Gadis pingitan yang dikawal rapi oleh ayahnya
Tumbuk padi jadikan emping
Buat juadah teman sebaya
Pipit hendak bertenggek ke ranting
Sudikah enggang bertenggek sama?

Maksud: Ingin melamar seseorang yang berbeza darjat dan tarafnya


Pendekar handal di tengah gelanggang
Pendekar bergelar Raja Saksama
Bagaikan pipit dengan enggang
Manakan boleh terbang bersama?
Maksud: Orang yang tak sama taraf dan darjat tak boleh berbaik dan berkawan rapat
Pergi ke rumah Cik Mariam
Ramai orang tengah berjaga
Carik-carik si bulu ayam
Lama-lama bercantum juga
Maksud: Adik beradik yang bergaduh, lambat-laun berbaik semula
Anyam sarung ketupat pulut
Ketupat hendak direbus juga
Tidak sudahnya seluang melaut
Akhirnya kembali ke pantai juga
Maksud: Orang yang merantau jauh sampai masa pulang ke tempat asalnya
Bukan saya condong ke dulang
Saya tak mahu condong ke desa
Biar saya berputih tulang
Saya tak mahu berputih mata
Maksud: Sanggup berjuang mati-matian kerana tak sanggup kecewa
Lemaknya nasi bergulai udang
Lemak berbau santan kelapa
Rela kumati berputih tulang
Tidak kumahu berputih mata
Maksud: Sanggup berjuang habis-habisan kerana tak sanggup kecewa
Cabang apakah tidak bergetah
Kiranya embun turun pagi
Tanah tak lekuk kayu tak patah
Ular dipalu mestilah mati
Maksud: Buat sesuatu kerja biarlah cermat supaya siap sempurna
Petani pergi ke bendang

Tangkap keli masuk ke bakul


Sungguh berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Maksud: Orang yang menanggung masalah lebih menderita daripada orang yang
melihat penderitaannya
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
Maksud: Sudah terlalu lama menunggu dan bersedia sehingga masanya

Bunga telepuk kembang separak


Kembang bersusun setiap batang
Awan bertepuk mega bersorak
Bulan terbit dipagari bintang
Maksud: Lelaki tampan yang dikelilingi wanita-wanita cantik
Medang sila buahnya cantik
Jatuh menimpa ke pasu bunga
Dengan sebab nila setitik
Habis rosak susu sebelanga
Maksud: Satu kesalahan telah menyebabkan semua orang terkena tempiasnya

Hulubalang pergi berperang


Gempita bunyi gendang dipalu
Jangan suka serkap jarang
Nanti sendiri yang terima malu
Maksud: Main teka-teka atau tuduh-menuduh
Tarik dayung berderap-derap
Hendak melawan sampan kotak
Dia ibarat si bunga dedap
Sungguh pun merah berbau tidak
Maksud: Gadis cantik tetapi tidak mempunyai nilai kesopanan
Lalu di depan bongkok menunduk
Tanda hormat tidaklah takbur

Ibarat telur di hujung tanduk


Jika tergolek pecahlah bersembur
Maksud: Berada dalam keadaan yang sangat bahaya
Nyiur gading puncak mahligai
Sayang ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti
Maksud: Sanggup berjuang habis-habisan sehingga akhir hayatnya
Tampi melukut di hujung tambak
Orang kota memasang rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Maksud: Jika takut cabaran, jangan pura-pura berani
Limau purut lebat ke pangkal
Daun selasih di dalam raga
Kalau kail panjang sejengkal
Lautan dalam jangan diduga
Maksud: Jika tak cukup persediaan, jangan berhajat atau berlagak besar
Angin turun bersama ribut
Melanda segala apa jua
Kasih ibarat embun di rumput
Datang panas keringlah ia
Maksud: Kasih yang kemungkinan besar akan berubah hati
Kayu keras si kayu kempas
Alas tempat orang berjudi
Ada beras kerja pun deras
Ada padi kerja pun menjadi
Maksud: Jika ada kemahiran dan keupayaan, segala kerja mudah dilakukan

Burung jelatik burung jeladan


Terbang mari ke hujung benua
Sama cantik sama padan
Bagai pinang di belah dua
Maksud: Pasangan pengantin yang nampak serasi dan sepadan.
Sayur kucai sayur tumis
Gatal sungguh getah jelatang
Dua-dua sama manis
Bagaikan bulan dipagar bintang
Maksud: Seorang lelaki kacak yang dikelilingi gadis-gadis cantik belaka.
Buah langsat kuning mencelah
Keduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
Maksud: Sudah dapat teman baru, teman lama dilupakan/ditinggalkan.
Ayam disabung jantan dipaut
Jika ditambat kalah laganya
Asam di darat ikan di laut
Dalam belanga bertemu jua
Maksud: Ke mana pergi jika sudah jodoh bertemu juga.
Sungguh dalam di tengah lautan
Tempat bertapa sang buaya
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tiada gunanya
Maksud: Lebih baik menyedari kesilapan awal-awal supaya boleh dibetulkan.
Dara sunti berhias di cermin
Sedang melentik si bulu mata
Dua mempelai di atas pelamin
Seperti cincin dengan permata
Maksud: Sepasang suami isteri yang sama sepadan.
Hang Nadim Hang Setia
Dua-dua pahlawan Melayu
Tidak kusangka begitu dia
Ada udang di sebalik batu
Maksud: Berpura-pura baik tetapi sebenarnya menyimpan niat tertentu.
Kalau ada duit sekupang
Boleh beli cuka mentahun

Habis padi burung terbang


Ulat tidak kenangkan daun
Maksud: Telah Lupa diri.
Tinggi sungguh Gunung Daik
Mercunya nampak terang berkilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
Maksud: Orang yang baik sentiasa diterima walau di mana juga anda berada.

Você também pode gostar