Você está na página 1de 6

ANCAMAN RASUL TERHADAP PENYALAH GUNAAN HARTA

Sesiapa yang dilantik dikalangan kamu untuk melakukan satu tugas, kemudian dia menyembunyikan
harta senilai jarum atau pun lebih dari itu itu adalah harta yang dikhianati yang akan ditanggungnya
pada hari kiamat.Hadis sahih Muslim
Nabi saw bersabda:


"Sesungguhnya manusia-manusia yang menggunakan harta Allah swt dengan cara yang salah akan
mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat.
Hadis sahih riwayat Bukhari.
PENGGUNAAN HARTA RAKYAT OLEH ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Abu bakar as-Siddiq pada mulanya tidak menerima gaji dan tidak mahu menggunakan harta rakyat .
beliau tetap pergi berniaga ketika dia dilantik sebagai khalifah. Ibnu Saad menceritakan dalam kitabnya:
Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah , belaiu keluar pada waktu pagi dengan membawa
pakaian-pakaian untuk dijual . Dipertengahan jalan beliau bertemu dengan saidina Umar dan Abu
Ubaidah Al-Jarrah . Mereka berdua bertanya kepada Abu Bakar ra Kamu hendak kemana wahai
khalifah? Lalu Abu Bakar menjawab Hendak ke pasar. Mereka berdua pun membalas Apa yang
kamu hendak buat dipasar sedangkan engkau sudah dilantik sebagai khalifah untuk menjaga orangorang Islam? ! Abu Bakar ra menjawab Dari sumber mana aku hendak memberi makan keluarga ku?
Gaji Abu Bakar
Dalam kitab Tabaqat al-Kubra , Ibnu Saad menyebut :
Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai Khalifah , orang-orang Islam telah menetap gajinya
sebanyak dua ribu dirham (setahun). Abu Bakar ra berkata :

Tambah lagi kerana sesungguhnya aku anak-anak yang ku tanggung. Sesungguhnya jawatan khalifah ini
menyebabkan aku tidak sempat untuk berniaga.
Lalu mereka menambah 500 dirham.
Ibnu Hajar menyatakan hadis ini sahih
Memulangkan kembali harta setelah jawatan dilepaskan
Hasan bin Ali ra berkata:
Apabila Abu Bakr as-Siddiq hampir meninggal dunia , beliau berpesan:


.

Wahai Aisyah, lihatlah unta yang hampir melainkan anak yang kita minum daripadanya, bekas yang
digunakan untuk memasak dan pakaian baldu yang kita pakai. Semuanya kita gunakan semasa aku
menjadi khalifah. Apabila aku mati hendaklah kembalikan kepada Umar.
Apabila beliau wafat Aisyah menghantar barang-barang tadi kepada Umar ra. Umar pun berkata:


Semoga Allah meredaimu wahai Abu Bakr.
Hadis riwayat at- Thabrani . al-Haithami berkata para perawi-perawinya thiqah.
CARA UMAR MENGGUNAKAN HARTA RAKYAT
Umar ra berkata:

Sesungguhnya aku menggunakan harta rakyat seperti penggunaan harta anak yatim, sekiranya aku
tidak memerlukan aku tidak mengambilnya dan sekiranya aku benar-benar memerlukan baru aku akan
mengambilnya dengan cara yang baik (tidak berlebihan).
Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih
Kita lihat bagaimana sejauh mana Umar menggunakan harta rakyatnya. Umar sangat bersederhana
dalam berpakaian dan hanya memiliki satu pakaian sahaja. Abdul Aziz bin Abi Jamilah al-Ansari ra:
Suatu hari Umar terlambat keluar untuk solat Jumaat , apabila beliau naik ke atas mimbar beliau
meminta maaf kepada para jemaah dan berkata:


Baju aku yang menyebabkan lambat (basuh baju). Aku hanya ada satu baju ini sahaja.
Walaupun dia ada sebab untuk menggunakan duit orang Islam untuk membeli pakaiannya tetapi beliau
tidak melakukannya. Umar mengambil harta kerajaan ketika benar-benar perlu dan beliau hanya
mengambil harta kerajaan setelah mendapat keizinan rakyatnya. Barra bin Makmur menceritakan:
Sesungguhnya suatu hari Umar keluar ke mimbar dan mengadu sakit. Orang menyatakan bahawa dia
perlu makan madu untuk merawat penyakitnya. Dalam baitul mal (tempat simpanan kerajaan) terdapat
madu. Lalu Umar berkata:


Sekiranya kamu semua izinkan aku mengambilnya aku akan ambil. Jika tidak, haram aku
mengambilnya.
Umar tidak menggunakan harta rakyat melainkan benar-benar perlu dan dibenarkan oleh rakyatnya.
KESIMPULAN
1. Setiap sen yang dibelanjakan oleh pemimpin akan dipertanggungjawab oleh tuhan. Kemana ia
dibelanjakan? adakah ia suatu pembaziran? adakah mengikut syariat?
2. Pihak kerajaaan hendaklah mendedahkan kepada rakyat gaji-gaji pemimpin utama. Kita lihat barubaru ini david cameroon (pm england) mendedahkan gajinya sebanyak 150,000 pound sterling.

3. Setiap penyelewangan dan penyalah gunaan harta akan ditanggung oleh penjenayah tersebut pada hari
kiamat dan dibawanya pada hari kiamat kepada tuhannya. Tanah-tanah yang diambil bukan dengan cara
yang betul akan dikalungkan tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi dilehernya pada hari kiamat
(hadis sahih).
4. Setiap harta kerajaan hendaklah digunakan harta tersebut mengikut apa yang dibenarkan sahaja.
Tidak boleh barang yang dibenarkan di pejabat di bawa balik. Dalam hal ini kita kena berhati-hati
menggunakan harta awam. Ulama mengharamkan membasuh tangan dengan air minum sabil kerana ia
hanya untuk diminum. Pada masa kini banyak harta kerajaan digunakan oleh parti politik untuk
berkempen, tabur janji dan sebagainya.
5. Bagi memastikan semua penggunaan itu menepati syariat hendaklah ada panel penasihat syariah bagi
memastikan ia bertepatan dengan syariat.
6. Hendaklah pemimpin menggunakan duit rakyat seperti mana Umar menggunakan duit. Menggunakan
bila benar-benar perlu dan meminta keizinan rakyat.
7. Pemimpin yang menyalah gunakan harta sehingga dibenci rakyat akan menyebabkan tidak diterima
solatnya. Nabi saw bersabda:

)(
" Tiga golongan yang solatnya tidak akan diterima (salah satunya) seorang lelaki yang mengimami
kaumnya sedangkan kaumnya membencinya."
Hadis sahih riwayat Ibnu Majah
Dr Yusuf Qardawi berkata:
" Kalaulah pemimpin kecil (imam) pun ditolak solatnya kerana tidak disukai oleh jemaahnya (kerana
sebab yang syarie) apakan lagi pemimpin besar iaitu ketua negara."
Oleh itu -hati dan berwaspadalah wahai pemimpin kecil atau pemimpin besar dari melakukan kesalahan
sehingga dibenci oleh kebanyakan rakyatnya.
Rujukan: Al-Malul Am oleh Muhammad said al-Baghdadi dan Al-Muntaqa At-Targhib watrghib oleh Dr
Yusuf Qardawi.

UMNO DAN JUDI MUHASABAH UNTUK RAKYAT : PESURUHJAYA PAS


PERAK
Posted: 18 Jun 2010 09:55 PM PDT

IPOH 18 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan
tindakan kerajaan yang masih mempertahankan keputusan untuk menghalal dan merelakan perjudian
melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak adalah tidak munasabah untuk manamana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.
Menurut beliau sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah
antaranya pergaduhan perpecahan rumahtangga dan bebanan hutang yang besar.
Beliau menyatakan kini umat Islam khususnya dapat melihat betapa dangkal dan sekularnya pemikiran
pemimpin umno. Apakah pemimpin umno tidak tahu bahawa mana-mana bentuk pertaruhan adalah
sebahagian daripada judi yang diharamkan secara qatei oleh Quran? Soal Beliau.
Beliau menegaskan agar seluruh pemimpin umno agar kembali merujuk Al Quran Karim, Allah
menyebutnya secara nyata bersama-sama dengan arak untuk dijauhi Wahai orang-orang yang
beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala,dan tenung nasib itu adalah keji dari perbuatan syaitan.
Sebab itu hendaklah kamu menjauhinya, mudah-mudahan kamu
mendapat kejayaan. ( Al Maidah 90 )
Beliau mempersoalkan pemmpin umno adakah ketika berdepan dengan dalil-dalil Al Quran pemimpin
umno boelh membahagi-bahagikan judi kepada judi haram dan judi halal? Mengapa pula pertaruhan
wang sempena Piala Dunia 2010 dianggap halal dan boleh dipertimbangkan untuk diberi lesen?! Apakah
alasan mengelakkan pertaruhan serta perjudian tidak berlesen di negara ini boleh diterima di sisi
Syariat Islam?!
Justeru itu beliau menyeru agar seluruh rakyat berpaling dari pemimpin-pemimpin umno yang sengaja

mahu membawa rakyat Malaysia kearah kemurkaan Allah SWT, Langkah pihak kerajaan umno
memperkenalkan lesen judi sukan dalam Negara ini adalah satu tindakan yang menyimpang dari ajaran
islam bahkan akan menambahkan penyakit sosial yang kronik
di kalangan rakyat Malaysia kini.

Você também pode gostar