Você está na página 1de 3

REFLEKSI PJM 3103E

Alhamdulillah dengan ini saya telah selesai menyiapkan tugasan kerja khusus
PJM 3103E . Melalui tugasan ini saya telah belajar pelbagai perkara baru, saya telah
belajar bagaimana ingin merangka sebuah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) .
Antara kekuatan yang telah saya kenal pasti iaitu saya telah memperbaiki cara
saya menulis RPH PJ untuk pengajaran PJ yang betul untuk diaplikasikan kepada
murid-murid sekolah rendah . Saya juga telah belajar bagaimana untuk merangka
sebuah pengajaran yang berkesan untuk murid-murid saya dan seterusnya dapat
menjana kecergasan fizikal mereka . Kebiasaanya murid-murid lebih cenderung untuk
bermain dan bergerak secara aktif jika diberikan satu permainan yang seronok dan
mencabar.
Saya telah menjalankan pengajaran mikro Pusat Aktiviti Pelajar IPG dan saya
juga adalah kumpulan yang terakhir diberi peluang untuk menyampaikan pengajaran
mikro.Kami dapati bahawa kekuatan yang terdapat dalam pengajaran mikro kami ialah
kami mempunyai kawalan kelas yang baik dan arahan yang kami berikan jelas dan
tepat. Hal ini dapat dilihat walaupun rakan-rakan lain membuat bising dan berlakon
seperti kanak-kanak yang meragam namun kami dapat mengendalikan dengan baik.
Seterusnya kami juga mempunyai permainan yang mampu menarik minat pelajar iaitu
permainan kemahiran lambung dan menangkap bola yang kami ambil dari tajuk KSSR
Tahun 2 Pendidikan Jasmani .
Namun begitu , sesi pengajaran mikro kami terdapat banyak kelemahan iaitu
kami telah membuat variasi permainan yang kurang mencabar bagi murid-murid .
Akibatnya murid-murid mudah berasa bosan apabila lama bermain permainan itu . Di
samping itu juga kami juga tidak peka akan waktu dan mengambil masa berlebihan
untuk menamatkan sesi P&P .
Antara jalan untuk mengatasinya adalah dengan membuat persediaan yang rapi
dengan memikirkan secara kreatif untuk membuat variasi permainan dalam P&P saya .
Saya juga perlu mengatur dan merangka dengan teliti masa yang perlu diambil bagi

setiap fasa di dalam P&P saya kelak agar P&P saya menepati waktu sepertimana yang
telah ditetapkan .
Jelaslah tugasan ini telah membantu saya menjadi seorang guru PJ yang
mampu merangka RPH yang baik dan lengkap dan juga mempersiapkan fizikal ,
mental dan spiritual saya untuk menerima dan bertindak dengan sewajarnya apa-apa
kemungkinan yang berlaku disepanjang P&P saya kelak .
Sebagai persediaan untuk aktiviti sebenar di sekolah saya perlu membuat
beberapa persediaan iaitu:
Sebelum:
Sebelum saya menyediakan Rancangan Pengajaran harian ini, saya menghadapi
pelbagai masalah. Antaranya ialah kesuntukan masa, hal ini disebabkan masa yang
diperuntukkan untuk RPH adalah selama 30 minit. Demi memenuhi kehendak kerja
kursus, saya telah mengurangkan beberapa langkah dalam RPH serta memendekkan
masa bagi setiap langkah. Saya berasa risau tentang pencapaian pelaksanaan RPH
saya. Bagi memastikan masalah kesuntukan masa, saya akan meminta murid-murid
saya bersedia 10 minit lebih awal daripada biasa untuk berkumpul di padang pada
keesokan hari dengan kelengkapan pakaian yang sesuai.
Semasa:
Saya berasa gembira kerana rakan-rakan dapat mengikut arahan saya, dimana mereka
telah bersedia di padang 10 minit lebih daripada biasa. Saya mulakan P&P
berlandaskan RPH yang telah saya sediakan. Semasa pelaksanaan P&P saya
menghadapi masalah penyusunan kedudukan peralatan bagi setiap langkah yang
dirancang memandangkan masa tidak mengizinkan. Walaupun demikian, saya telah
mengambil langkah mengarah murid membantu saya untuk menyusun kedudukan
peralatan bagi aktiviti-aktiviti P&P. Untuk mengalakkan murid-murid melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti, saya telahmemberi peluang kepada murid-murid melakukan
aktiviti tanpa pengawasan secara khusus.

Selepas:
Selepas P&P dilaksanakan objektif P&P telah tercapai, kerana hampir semua murid
dapat melakukan lompatan jauh berdiri dengan perlakuan yang betul dalam keadaan
yang selamat. Murid-murid berasa seronok dan memperolehi kepuasan ekoran
daripada maklumbalas daripada pensyarah En Hj Zamri B Mohd Ali secara lisan serta
pengamatan saya semasa aktiviti-aktivit P&P dijalankan. Akhirnya saya berpendapat
bahawa faktor masa bukanlah penghalang bagi pelaksanaan P&P terutamanya bagi
mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pengubahsuaian yang kreatif dan kritis dalam
RPH dapat mengatasi masalah tersebut.
Terima kasih kepada rakan saya Johar B Jamal yang telah sama-sama bersusah payah
menyempurnakan tugasan ini serta rakan-rakan yang bertugas sebagai muridmurid.Buat pensyarah saya En Zamri B Mohd Ali ,teriama kasih daun keladi yang tidak
terhingga dengan bantuan beliau maka tugasan ini akan berjaya dan memberikan saya
pengetahuan yang berguna di sekolah saya kelak.InsyaAllah.

Você também pode gostar