Você está na página 1de 4

Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya ahh,

dan janganlah kamu membentak mereka.


[Quran Surah Al-Isra' (17) : 23]
Uquuqul walidain (durhaka kepada ibu bapa) adalah dosa besar. Kerana
itu, Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam sebagaimana yang disampaikan
oleh Ibnu Al-Atsir dalam kitabnya An-Nihaayah melarang perbuatan
derhaka kepada kedua ibu bapa.
Seseorang dikatakan aqqa waalidahu, yauqquhu uqaaqan, fahuwa
aaqun jika telah menyakiti hati orang ibu bapanya, menderhakainya, dan
telah keluar darinya.
Kata ini merupakan
kepadanya).

lawan

daripada

kata

al-birru

bihi

(berbakti

Kata al-uquuq (derhaka) berasal daripada kata al-aqq yang bererti asysyaq (mematahkan) dan al-qathu (memotong).
Jadi, seorang anak dikatakan telah derhaka kepada ibu bapanya jika dia
tidak patuh dan tidak berbuat baik kepadanya, atau dalam bahasa Arab
disebut al-aaq (anak yang derhaka).
Jamak daripada kata al-aaq adalah al-aqaqah. Berdasarkan makna ini,
maka rambut yang keluar daripada kepala seorang bayi yang baru lahir
daripada perut ibunya dinamakan dengan aqiiqah, kerana rambut itu akan
dipotong.
Yang dimaksud dengan al-uquuq (derhaka) adalah mematahkan tongkat
ketaatan dan memotong (memutus) tali hubungan antara seorang anak
dengan ibu bapanya.
Jadi, yang dimaksud dengan perbuatan derhaka kepada kedua ibu bapa
adalah mematahkan tongkat ketaatan kepada keduanya, memutuskan
tali hubungan yang terjalin antara ibu bapa dengan anaknya,
meninggalkan sesuatu yang disukai keduanya, dan tidak mentaati apa
yang diperintahkan atau diminta oleh mereka (ibu bapa).
Berikut dinyatakan 7 ciri-ciri anak derhaka:
1. Mengatakan ah kepada ibu bapa dan mengeraskan atau
meninggikan suara di hadapan mereka ketika berbicara, dan juga
tidak memberikan nafkah kepada ibu bapa apabila dan ketika
mereka memerlukan.
2. Tidak melayani mereka dan berpaling daripadanya. Lebih derhaka
lagi apabila memerintahkan ibu bapa.
3. Menajamkan pandangan mata kepada kedua ibu bapa ketika marah
atau kesal kepada mereka berdua kerana sesuatu hal.

4. Membuat kedua ibu bapa bersedih dengan melakukan sesuatu hal,


meskipun si anak berhak untuk melakukannya. Namun wajin
diingati, hak kedua ibu bapa ke atas diri anak lebih besar daripada
hak seorang anak.
5. Malu mengakui kedua ibu bapanya di hadapan orang kerana
keadaan kedua ibu bapanya yang miskin, berpenampilan kampung,
tidak berilmu, cacat, atau alasan lainnya.
6. Tidak berdiri sebagai tanda menghormati ibu bapa dan mencium
tangannya.
7. Duduk mendahului ibu bapanya dan berbicara tanpa meminta izin
saat memimpin majlis yang di mana ibu bapanya hadir di majlis itu
kerana ini adalah sikap sombong dan takabur dan melecehkan ibu
bapa.
Semua itu termasuk bentuk-bentuk kederhakaan kepada kedua ibu bapa.
Oleh kerana itu kita haruslah berhati-hati dan membezakan dalam berkata
dan berbicara kepada kedua ibu bapa dengan orang lain.
Seringnya balasan daripada derhaka kepada kedua ibu bapa akan
dirasakan atau dibayar cash Allah, di dunia.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad,
Abu Daud dan Tirmidzi daripada sahabat Abi Bakrah Radhiyallahu anhu
mengatakan bahawa Nabi Salallahu Alaihi Wa Sallam berkata, Tidak ada
dosa yang Allah cepatkan azab kepada pelaku di dunia ini dan Allah juga
akan mengadzab di akhirat, iaitu yang pertama ialah mereka yang berlaku
berlaku zalim, kedua memutuskan silaturahmi.
[Hadith Riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad (Sahih Adabul Mufrad No.
23), Abu Dawud (4902), Tirmidzi (2511), Ibnu Majah (4211). Ahmad 5/36 &
38, Hakim 2/356 & 4/162-163, Tirmidzi berkata, Hadith Hasan Sahih,
kata Al-Hakim, Sahih sanadnya, Imam Dzahabi menyetujuinya]
Dalam hadith lain dikatakan;
Dua peruntukan dosa yang Allah cepatkan azab seksaanya di dunia iaitu
kepada orang yang zalim dan aluquq (derhaka kepdada kedua ibu
bapanya)
[Hadith Riwayat Hakim 4/177 daripada Anas bin Malik Radhiyallahu anhu]
Keredhaan ibu bapa harus kita dahulukan daripada keredhaan isteri dan
anak. Kerana Nabi Salallahu Alaihi Wa Sallam mengatakan anak yang
derhaka akan di azab di dunia dan di akhirat serta tidak akan masuk
Syurga dan Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat nanti.
Sedangkan dalam lafaz yang lain diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Hakim,
Ahmad dan juga yang lainnya, dikatakan:

Daripada Abdullah bin Umar Radhiyallahu anhu berkata, Telah berkata


Rasulullah Salallahu Alaihi Wa Sallam, ada tiga golongan yang tidak akan
masuk Syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat nanti
iaitu anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, perempuan yang
menyerupai lelaki dan ketua rumah tangga yang membiarkan ada
keburukkan dalam rumah tangganya.
[Hadits Riwayat Hakim, Baihaqi, Ahmad 2/134]
Jadi, salah satu yang menyebabkan seseorang tidak akan masuk Syurga
ialah derhaka kepada kedua ibu bapanya.
Dapat kita lihat bahawa mereka yang derhaka kepada ibu bapanya, hidup
mereka tidak berkah dan selalu mengalami pelbagai macam kesulitan.
Kalaupun orang tersebut kaya maka kekayaan tidak akan menjadikan
dirinya bahagia.
Seandai ada seorang anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya
kemudian kedua ibu bapa tersebut mendoakan keburukkan, maka doa
kedua ibu bapa tersebut akan segera dikabulkan Allah Subhanahu Wa
Taala. Kerana dalam hadith yang sahih Nabi Salallahu Alaihi Wa Sallam
bersabda;
Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, Telah berkata Rasulullah
Salallahu Alaihi Wa Sallam, ada tiga doa yang dikabulkan oleh Allah
Subhanahu Wa Taala yang tidak diragukan tentang doa ini, yang pertama
iaitu doa kedua ibu bapa terhadap anak, keduanya adalah doa orang yang
bermusafir (yang sedang dalam perjalanan), yang ketiganya ialah doa
orang yang dizalimi
[Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabaul Mufrad, Abu
Dawud, dan Tirmidzi]
Banyak sekali riwayat yg shahih yang menjelaskan tentang akibat buruk
daripada derhaka kepada ibu bapa di dunia mahupun di akhirat.
Terdapat juga kisah-kisah nyata tentang azab (siksaan) terhadap anak
yang
derhaka,
dari kisah tersebut ada yang sahih dan sewajarnya kita mengambil ibroh
(pengajaran) daripada kisah-kisah tersebut.
___________________________________________
Moga sahaja kita terjauh daripada ciri-ciri ini. Jika ada, segeralah ubahnya
dan bersegaralah memohon keampunan pada Allah Subhanahu Wa Taala
dan seterusnya yang utama, memohon kemaafan kepada ibu bapa.

Jangan suatu waktu menjadi penyesalan yang tak sudah. Yang di mana
waktu itu, menangis air mata darah sekali pun tidak berguna dan
bermanfaat.
Hargai, santuni, sayangi dan perkenankanlah segala kehendak mereka
(ibu bapa). Seringlah bermuhasabah diri, Jika tiada mereka itu, maka
tiadalah diri kita ini.
Fikirkanlah, sampai bila sahaja lagi Allah akan pinjamkan ibu bapa kita ini
kepada kita?! Seringlah berdialog pada diri.
[Dirujuk daripada Kitab Birrul Walidain]

Você também pode gostar