Você está na página 1de 9

ALATAN KERJA

I. Sudip tangan II. Serampang tangan

1. Serampang
- digunakan untuk menggembur tanah
2. Sudip tangan
- digunakan untuk menyodok dan mengaul medium/tanah
3. Penapis
- untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dan menghaluskan medium
4. Penyiram
- digunakan untuk menyiram tanaman
5. Sketuar
- digunakan untuk mecantan ranting dan dahan kecil

Sketuar
Penyiram
Penapis
BAHAN-BAHAN

I. Pasu II. Beg politena

1. Tapak semaian
2. Beg poli hitam
3. Pasu
4. Hormor pengakaran
5. Baja
6. Racun

Jenis baja yang digunakan I. Baja kimia II. Baja organik ( najis haiwan )
PEMBIAKAN TANAMAN

1. Tanaman dibiakkan dengan tujuan seperti :


a. membanyakkan anak benih dan baka tanaman
b. memelihara spesis tanaman
c. memelihara alam sekitar
d. mendapat keuntungan hasil jualan
2. Jenis-jenis pembiakan tanaman adalah
a. Pembiakan seks
Membiakkan tanaman dengan menggunakan biji benih
b. Pembiakan aseks
Membiakan tanaman tanpa menggunakan biji benih
 membiakkan dengan menggunakan keratan daun
 membiakkan dengan menggunakan keratan batang
 membiakkan dengan menggunakan akar
 membiakkan dengan menggunakan rumpun

MENYEDIAKAN MEDIUM SEMAIAN

Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos dan 1 pasir
sungai

I. Tanah loam II. Bahan organik III. Pasir sungai

Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata


KERATAN BATANG

I. Bahagian batang keras II. Bahagian batang sederhana keras III. Bahagian batang lembut

1. Jenis keratan
o Bahagian keras
 Hendaklan dibuang semua daun
o Bahagian sederhana keras
 Hendaklah dibuang semua daun kecuali daun paling atas sekali
o Bahagian lembut
 Hendaklah dibuang daun bahagian bawah sahaja
2. Langkah-langkah penyediaan keratan batang
o Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik
o Kerat dengan menggunakan sketuar
o Buang daun-daun yang tidak diperlukan
o Kerat batang kepada beberapa bahagian
o Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran
o Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam
o Siram dan letakkan ditempat yang teduh
3. Jenis tanaman keratan batang
o Batang keras - Alamanda kuning, Bunga raya, bunga ros dan bunga kertas

I. Bunga raya II. Bunga Alamanda kuning III. Bunga kertas IV. Bunga ros
MENYEDIA DAN MENYEMAI KERATAN BATANG

Semaian keratan batang boleh dibuat di dalam i. tapak semaian dan ii. Beg politena
PENANAMAN ANAK POKOK

Menyediakan Medium Penanaman

 Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh John Innes
 bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai
 Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambing
 Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat

 mengekalkan kelembapan medium


 membaiki struktur tanah dan saliran
 mengurangkan kepadatan tanah
 lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia

 Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik atau
kompos dan 1 pasir sungai
 Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata
PENJAGAAN TANAMAN

1. Merumput
o Merumput dilakukan dengan tujuan membuang pesaing tanaman
o Rumput dan rumpai sekeliling batang pokok tanaman hendaklan dibuang
dengan tangan atau dengan menggunakan alatan yang sesuai seperti
serampang tangan

Rumput hendaklan dibuang untuk mengelakkan ia bersaing dengan tanaman

2. Menggembur

o Mengembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliran

Mengembur akan membolehkan air dan udara memasuki rongga medium dengan
segera
3. Membaja

o Membaja dilakukan dengan tujuan untuk mengekal kesuburan tanaman dan


membekalkan nutrien secara berterusan kepada tanaman
o Membaja boleh dilakukan sekali dalam 2 minggu
o Baja tiruan NPK (Nitrogen, Posforus, kalium) atau baja organik boleh
digunakan

Membaja hendahkah dijauhkan sedikit daripada pangkal pokok

4. Menyiram

o Penyiraman dilakukan 2 kali sehari. Pagi dan petang

Tanaman berbatang lembut memelukan air yang lebih


2. Pengawalan
o Tanaman perlu dilindungi daripada musuh seperti serangga, siput dan kulat
o Kawalan boleh dilakukan secara terus dengan membuang serangga atau
menggunakan racun yang dibenarkan dan mengikut prosedur yang betul

Musuh tanaman

I. Belalang II. Siput III. Kumbang

Você também pode gostar