Você está na página 1de 9

Perancangan Perniagaan AMy Health & Beauty Enterprise

1.0 Pengenalan
Industri kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan tumbuhan semakin
berkembang pesat selaras dengan kejayaan penyelidikan dan pembangunan dalam
bidang bioteknologi, agrikultur dan botani. Produk kesihatan dan kecantikan seperti
kosmetik, penjagaan tubuh, kulit dan makanan kesihatan berasaskan herba dan
tumbuhan semakin mendapat permintaan dan perhatian pengguna kerana kesedaran
mengenai kebaikkan dan keberkesanan bahan berasakan herba dan tumbuhan
berbanding produk kesihatan dan kecantikan berasakan bahan kimia sintetik yang
mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna.
Bermula dengan pengetahuan dalam bidang bioteknologi, pembangunan
bioproduk, pengurusan,dan perubatan, empat beradik bekerjasama dan mengorak
langkah secara serius untuk menubuhkan syarikat AMy Health & Beauty Enterprise
serta akan mendaftarkan syarikat secara rasmi pada akhir tahun 2016.
Lokasi pembinaan kilang dan premis operasi perniagaan terletak di kawasan
tanah milik keluarga seluas 10 ekar di Negeri Sembilan. Selain pembinaan kilang dan
premis operasi perniagaan, tanah tersebut juga akan digunakan sebagai ladang herba
dan dibangunkan untuk agro-pelancongan yang akan dijalankan secara berperingkat.
Selaras hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputra
dalam perniagaan produk kesihatan dan kecantikan yang memenuhi standard
persijilan

antarabangsa

seperti

Amalan

Perkilangan

Baik

(GMP)

dan

mengaplikasikan kemajuan teknologi terkini, AMy Health & Beauty Enterprise


berharap bejaya, berdaya saing dan menghasilkan produk yang berkualiti dan
bermanfaat kepada pengguna dari semua golongan, latarbelakang dan peringkat
umur.

2.0

Tujuan

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan


perniagaan AMy Health & Beauty Ent. yang menjalankan perusahaan penghasilan
produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan tumbuhan dengan
mengaplikasikan teknologi terbaru dalam bidang bioteknologi.
Kertas kerja ini juga bertujuan untuk memohon suntikan dana dan modal
kewangan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam skim Inkubator
Teknologi

Perkilangan

Bumiputera

(INTEP)

bagi

jenis

industri

Biokimia/Bioteknologi dengan jumlah pinjaman atau pembiayaan sebanyak RM500


000 (Lima Ratus Ribu Ringgit Malaysia sahaja.). Tempoh pembayaran balik adalah
selepas 5 tahun perniagaan beroperasi. Jumlah ansuran bayaran balik, nilai faedah
dan lain-lain bayaran adalah seperti yang dipersetujui MARA tertakluk kepada skim
INTEP.
Tujuan Pembiayaan adalah seperti berikut:
Perkara

Nilai (RM)

Perkilangan dan Fasiliti

RM 300 000

Bahan mentah asas

RM 100 000

Sumber manusia dan pekerja

RM 30 000

Ladang

RM 50 000

Promosi dan pengiklanan

RM 10 000

Lain-lain

RM 10 000
Jumlah:

RM 500 000

Selain itu, kertas kerja ini juga bertujuan untuk mendapatkan khidmat sokongan dan
bimbingan perniagaan dari TEKUN Nasional, MARDI, FRIM, SME Corporation
dan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.

3.0

Profil Perniagaan

Nama Syarikat
Alamat Syarikat
Alamat Operasi
No. Tel / Fax

: A My Health & Beauty Ent.


: Lot 163, Kampung Kuala Kepis, 72500, Juasseh ,
Negeri Sembilan
: Lot 163, Kampung Kuala Kepis, 72500, Juasseh ,
Negeri Sembilan

No. Daftar Perniagaan

:
: Disember 2016 (cadangan)

Tarikh Daftar

Perniagaan
Aktiviti Perniagaan
Pemilikan
Modal Perniagaan
Bank Berurusan
No. Akaun Bank
Nama Pemilik

4.0

Disember 2016 (cadangan)

: Produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba


:
:
:
:
:

dan tumbuhan.
Pemilikan Tunggal (100% Bumiputera).
RM 500 000
AgroBank (cadangan)
Khairul Anwar Bin Rosli

Profil Pemilik

Nama pemilik
No. IC
Jawatan
Alamat

:
:
:
:

Khairul Anwar Bin Rosli


900316-01-6687
Pengarah Urusan
No. 16 Kampung Baru, Batu 3 Jalan Mersing,

Telefon
Email
Tarikh Lahir
Bangsa
Agama
Kelulusan Akademik

:
:
:
:
:
:

86000 Kluang, Johor.


0177223954
khairulanwarrosli.official@gmail.com
16 Mac 1990
Melayu
Islam
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia
(Bioteknologi) dengan Kepujian, UTHM.

5.0

Skop Perniagaan.

5.1

Aktiviti Perniagaan

Mempromosi, memasarkan serta menjual produk-produk kesihatan dan


kecantikan sebagai jualan utama perniagaan.

5.2

Produk-produk akan dipasarkan di kedai-kedai dan pasaraya terpilih dan


farmasi.
Stokis-stokis dan pengedar juga diperlukan untuk pemasaran produk.
Antara jenis-jenis produk yang akan dipasarkan seperti:
o Makanan kesihatan dan tambahan.
o Produk penjagaan kulit.
o Produk penjagaan diri (toiletries) lelaki dan wanita.
o Produk ubatan alternatif berasakan herba.
o Produk kosmetik.
Manakala perkhidmatan yang ditawarkan seperti:
o Khidmat penyelidikan herba dan tumbuhan
o Khidmat agro-pelancongan dan home-stay di ladang herba
o Khidmat rawatan Spa dan kecantikan.
Potensi Perniagaan

Berdasarkan National Key Economic Area (NKEA) dalam sektor pertanian negara,
kerajaan mensasarkan kejayaan dalam kelestarian sektor Bio-ekonomi negara dengan
produk berasaskan herba. Oleh itu, perniagaan ini berpotensi untuk dijayakan dengan
bantuan dan bimbingan pelbagai pihak. Selain itu, kepelbagaian biodiversiti di
Malaysia juga menyumbang kepada potensi perniagaan dimana banyak jenis herba
dan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi yang berpotensi merawat
pelbagai penyakit dan digunakan dalam pelbagai produk.
Selain itu, kebimbangan pengguna terhadap kesan mudarat, sampingan dan
bahaya produk kesihatan dan kecantikan berasaskan bahan kimia sintetik menjadikan
produk berasaskan herba sebagai alternatif dan semakin mendapat tempat di pasaran.
Kemajuan teknologi dan telekomunikasi mendorong kepada lahirnya
peniaga-peniaga on-line di media-media sosial. Justeru itu, keadaan ini menyumbang
kepada potensi pemasaran produk oleh stokis-stokis dan pengedar.
5.3

Strategi Pengurusan

Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada


kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat
memastikan syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke
arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di
sini meliputi:

a) Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan


(teamwork) di kalangan para pekerja.
b) Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi
aspek latihan pembuatan dan pengeluaran produk di samping latihan
pengurusan dan pemasaran.
c) Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi
perhatian dengan mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana
perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja diadakan bagi mengatasi
dan memperbaiki segala kelemahan.
d) Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha
untuk mendapatkan taraf pensijilan ISO dan sebagainya.
5.4

Strategi Pemasaran

Promosi
Di antara strategi promosi yang dilakukan:
a) Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan
mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.
b) Memberikan profil perniagaan kepada bakalbakal pelanggan besar seperti
syarikat-syarikat, kedai-kedai dan pasaraya, farmasi dan sebagainya untuk
mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan.
Bagi memperkenalkan perniagaan dan produk kepada pasaran pelbagai strategi telah
dirancang seperti:
a) Membuat pengiklanan digital secara besar-besaran di semua jenis medium
seperti media-media massa dan media-media sosial.
b) Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasankawasan
strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai.
c) Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi
pelancaran /pembukaan syarikat.
d) Selalu mengadakan promosi dan jualan murah.
Harga
Antara strategi harga yang dilakukan:
a) Melakukan penyelidikan dan tinjauan harga dari produk-produk dan
perkhidmatan pesaing yang berada di pasaran

b) Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang


ditawarkan adalah berpatutan dan kompetitif.
Produk dan Perkhidmatan
Antara strategi untuk produk dan perkhidmatan yang dilakukan:
a) Produk yang dihasilkan terbukti berkualiti dan selamat digunakan kerana
telah melalui penyelidikan dan proses pembangunan produk yang mengikut
standard Good Manufacturing Practice (GMP).
b) Perkhidmatan yang ditawarkan juga memberikan keselesaan dan layanan
mesra kepada para pelanggan.

6.0

Organisasi Syarikat

Pengarah
Urusan
Khairul Anwar
Rosli
Pengurus
Operasi
Muhammad
Faridzwan
Rosli
Ketua
Penyelia

Ketua
Bahagian
Perkilangan
Ketua
Bahagian
Pengeluaran
Ketua
Bahagian
Teknikal

Pengurus
Penyelidikan
& Klinikal
Dr. Nur Farah
Atikah Rosli
Ketua
Bahagian
Pembanguna
n
Ketua
Bahagia
QA/QC

Pengurus
Pentadbiran
& Sumber
Manusia
Nur Fatin
Diana Rosli

Pengurus
Kewangan &
Strategi
Liyana Ab.
Rahman

Ketua
Bahagian
Perkhidmata
n Pelanggan

Ketua
Bahagian
Jualan

Ketua
Bahagia
Pemasaran &
Promosi

Ketua
Bahagian
Audit dan
Logistik

Ketua
Bahagian
Latihan

Ketua
Bahagian IT

LAMPIRAN A
BORANG PERMOHONAN,
TATACARA & SYARAT-SYARAT
PENDAFTARAN PERNIAGAAN

LAMPIRAN B
BORANG PERMOHONAN,
TATACARA & SYARAT-SYARAT
PINJAMAN PERNIAGAAN

Você também pode gostar