Você está na página 1de 3

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Kebakaran

Apabila ada kebakaran di dalam rumah atau bangunan anda, keluar


dengan segera. Di sebabkan asap dari api sukar untuk dilihat, anda patut
tahu cara terbaik untuk keluar.
Bagaimana anda tahu? Anda sepatutnya sudah ada pelan kecemasan
sebelum berlakunya kebakaran. Buat persediaan untuk kemungkinan
berlakunya kebakaran:
1. Buat pelan kecemasan dan buat latihan berdasarkan pelan tersebut.
Latihan kebakaran (fire drills) boleh membantu anda berlatih keluar dari
bangunan. Juga pastikan anda berbincang mengenai beberapa pilihan lain
sebagai jalan keluar
Semasa kebakaran, anda patut lakukan seperti berikut:
1.Guna alat pemadam api untuk memadam api kecil. Anda boleh gunakan
air jika api bukan berpunca dari elektrik atau bahan kimia. 2. 2. Jangan
cuba memadam api yang anda tidak boleh kawal
3. Jika api terlalu besar, tinggalkan bangunan segera. Anda mungkin tidak
ada masa sebelum api merebak, jadi tidak perlu berhenti untuk menelefon
999. Setelah keluar dan selamat, anda boleh guna telefon mudah alih atau
telefon jiran untuk membuat panggilan kecemasan
4. Jika pakaian anda terkena api, jangan lari. Ini akan membuatkan api
lebih merebak. Anda patut berhenti, jatuhkan diri dan berguling. 5. 5. 5.
Tutup muka dengan tangan dan berguling beberapa kali sehingga api
padam
6. Jika ada asap di dalam rumah, tunduk ke lantai sewaktu melangkah
keluar. Amat berbahaya bernafas dan sukar melihat dalam asap. Asap
akan naik ke atas, jadi lebih baik merangkak dan keluar dari bangunan.
Jika anda berada di dalam rumah yang tertutup semasa api kebakaran,
ikut panduan berikut:
-Jangan buka pintu jika ia panas, ada asap keluar dari celahan pintu atau
tombol pemegang pintu panas. Ini bermakna api sudah hampir dan sudah
besar
-Jika anda terperangkap di dalam bilik, guna pita pelekat, tuala basah atau
kain untuk menutup mana-mana celahan di sekeliling pintu. Telefon 999
dan beritahu lokasi anda. Letak kain putih (seperti baju T putih) di luar
tingkap untuk memberitahu pasukan penyelamat di mana anda berada

-Jika tombol pintu sudah mula sejuk dan tiada asap keluar dari bilik, buka
pintu perlahan-lahan dan berhati-hati. Keluar dengan segera
-Jika api bermula di dapur disebabkan minyak, tuangkan serbuk penaik
soda atau garam ke atasnya. Jika api di dalam kuali atau periuk, letakkan
penutup dengan cepat.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB


Penaung / Penasihat
1. Memberi galakan dan sokongan kepada jawatankuasa dalam
melaksanakan aktiviti.
2. Memberi nasihat dan pandangan kepada jawatankuasa.
3. Membantu jawatankuasa dalam mendapatkan peruntukan
kewangan.
4. Tugas lain yang berkaitan.
Pengerusi
1. Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan Komuniti
1Malaysia.
2. Bertanggungjawab menubuhkan rakan-rakan ikon.
3. Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa
4. Merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan.
5. Menjalinkan hubungan dan kesefahaman dengan Komuniti 1Malaysia
lain, agensi kerajaan, swasta dan NGOs.
6. Tugas lain yang berkaitan
Timbalan Pengerusi
1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi
2. Membantu Pengerusi mentadbir, merancang dan melaksanakan
aktiviti.
3. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.
4. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

Setiausaha
1. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran Komuniti 1Malaysia.
2. Menyediakan laporan aktiviti kepada Urus Setia Komuniti 1Malaysia
Daerah.
3. Memanggil mesyuarat, mencatat, menyedia dan mengedarkan minit
mesyuarat.
4. Merekod dan mengurus surat menyurat serta fail-fail.
5. Mengemaskini maklumat di Anjung Komuniti 1Malaysia.
6. Mengurus dan menjaga aset Komuniti 1Malaysia supaya sentiasa
berada dalam keadaan baik.
7. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.
Bendahari
1. Bertanggungjawab kepada urusan kewangan.
2. Menyimpan dan merekod hal-hal berkaitan kewangan.
3. Membentang laporan kewangan setiap kali mesyuarat jawatankuasa.
4. Menghantar penyata kewangan yang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa kepada Urus Setia Komuniti 1Malaysia Daerah 2 kali
setahun.
5. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.
Jawatankuasa
1. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi.
2. Membantu urusan pentadbiran dan pelaksanaan aktiviti.
3. Menghadiri mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa.
4. Mengetuai atau menganggotai rakan ikon sekiranya dilantik.
5. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

Você também pode gostar