Você está na página 1de 5

MINYAK DAN GAS DI ASIA BARAT ADALAH SENJATA

STRATEGIK PENGARUHI AS HENTIKAN KEZALIMAN


ISRAEL
Ruhanie Ahmad
Dasar luar sesuatu negara atau sesuatu wilayah wajar disesuaikan dengan
tuntutan dan perkembangan semasa di negara atau wilayah terbabit.
Lantaran itu, kerajaan serta NGO Malaysia wajar menggesa negara-negara
pengeluar minyak dan gas terbesar di Asia Barat untuk menjadikan keduadua komoditi ini sebagai komponen utamanya dalam pembentukan dasar
luar mereka terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Britain yang menjadi
pelindung utama Israel yang mengganas dan menzalimi umat Palestin.
Dengan itu, negara-negara terbabit pasti mampu menjadikan minyak dan
gas sebagai senjata utama dan strategik mereka dalam mempengaruhi AS
dan Britian mengarahkan Israel memberhentikan kezaliman serta
keganasannya di Palestin atau lain-lain wilayah sasarannya.
Negara-negara di Teluk Parsi, termasuk Arab Saudi, Iran dan Iraq,
mempunyai rizab minyak sebanyak 679 billion tong atau 66 peratus dari
keseluruhan rizab minyak dunia. Mereka juga mempunyai rizab gas cecair
asli sebanyak 1918 trillion kaki padu atau pun 35 peratus dari keseluruhan
rizab gas cecair asli di dunia ini.
Keseluruhan negara di Asia Barat, kecuali Israel, mempunyai rizab minyak
sebanyak 685.6 billion tong dan rizab gas cecair asli sebanyak 2367.9
trillion kadi padu. Pecahannya, adalah seperti berikut:
Arab Saudi: 261.8 billion tong rizab minyak dan 228.2 trillion kaki padu rizab
gas cecair asli; Iraq, 112.5 ribu billion tong rizab minyak dan 112.6 trillion
kaki padu rizab gas cecair asli; Iran, 89.7 billion tong rizab minyak dan
939.4 trillion kaki padu gas cecair asli; Emiriyah Arab Bersatu: 97.8 ribu juta
tong rizab minyak dan 204.1 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.
Perangkaan (2004) ini jadi bertambah besar jika diambilkira rizab minyak
dan gas cecair asli di negara-negara Islam lain, termasuk Malaysia, Brunei
dan Indonesia di Asia Tenggara; Azerbaijan, Kazakhstan, Turkmenistan,
Uzbekistan dan Afghanistan di Asia Tengah; Pakistan di Asia Selatan, serta
Algeria, Mesir, Libya, Morocco dan Sudan, di Afrika.
Hakikat ini dicemburui oleh AS yang kini dalam keadaan terdesak kerana
sumber minyak dan gas cecair aslinya dipercayai hampir kering kontang.
Sebab itulah Henry Kissinger, Bekas Setiausaha Negara AS, pernah
menyatakan bahawa minyak adalah satu komoditi penting yang tidak
boleh dibiarkan dikuasai oleh negara-negara Arab.

Kedudukan telaga minyak dan gas cecair asli di negara-negara bukan Islam
(berdasarkan perangkaan 2004) adalah seperti berikut:
Wilayah-wilayah Amerika Utara: 54.2 billion tong rizab minyak dan 282.1
trillion kaki padu rizab gas cecair asli; Amerika Tengah dan Amerika Selatan,
96 billion tong rizab minyak dan 250.2 trillion kaki padu rizab gas cecair asli;
Eropah Barat, 17.7 billion tong rizab minyak dan 182.4 trillion kaki padu
rizab gas cecair asli; Eropah Timur dan Russia: 50.7 billion rizab minyak dan
150.5 trillion kaki padu rizab gas cecair asli; China, 24 billion tong rizab
minyak dan 42.8 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.
Perangkaan di atas membimbangkan AS kerana pengeluaran minyak dan
gas cecair asli di dunia ini - melainkan di Asia Barat, Asia Tengah dan
Lembah Caspian - dijangka merosot dan kering dalam tempoh terdekat ini.
Oleh itu, inilah masa yang terbaik bagi negara-negara pengeluar minyak
dan gas di Asia Barat bertindak secara berani dan strategik untuk
menjadikan komoditi berkenaan sebagai senjata utama mendesak AS,
Britain dan sekutu lainnya mengarahkan Israel memberhentikan segera
keganasan serta kezalimannya di Asia Barat.
Insafilah bahawa 10 daripada pengguna petroleum yang terbesar pada
2002, enam adalah kalangan negara-negara maju, termasuk AS dan Britain
- dua negara utama yang amat memihak kepada Israel.
Pandangan di atas wajar dihalusi oleh semua pihak, baik pemimpin atau
intelektuil dunia yang prihatin terhadap keganasan serta kezaliman Israel di
Asia Barat.
Janganlah setiap kali zionis Israel mengganas di Palestin atau Lebanon
sehingga mengorbankan ratusan ribu umat manusia - Islam dan bukan
Islam - yang tidak berdosa, termasuklah kanak-kanak, dan menghancurkan
khazanah pusaka negara-negara terbabit, reaksi paling lazim di kalangan
warga massa dunia Islam dan bukan Islam hanyalah dalam bentuk ledakan
emosi semata-mata.
Ledakan emosi ini memang relevan dan baik. Ia membuktikan keprihatinan
warga dunia terhadap kesejahteraan umat manusia sejagat. Tetapi, ledakan
ini lazimnya hanya dimanifestasikan menerusi tunjuk perasaan, penyerahan
nota bantahan ke kedutaan Israel atau kedutaan AS, seruan sekatan
ekonomi atau seruan untuk memboikot prudok negara terbabit.
Di kalangan para pemimpin dunia, tindakan yang paling lumrah terhadap
Israel hanyalah menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
mengadakah sidang tergempar untuk meluluskan resolusi mengutuk
keganasan serta kezaliman berkenaan.
Reaksi dan tindakan seperti ini adalah stereotype. Impaknya tidak ke mana ibarat kesan tindakan anjing menyalak bukit atau mencurah air ke daun

keladi.
Oleh itu, rakyat dan kepimpinan Malaysia khususnya, perlulah mencari
suatu bentuk reaksi dan tindakan yang lebih strategik, serius dan berkesan.
Contohnya, kumpulan prihatin di Malaysia wajar menghantar nota ke
kedutaan Arab Saudi untuk menggesa negara Islam yang menjadi pelindung
kepada Mekah dan Madinah ini bersuara lantang dan berperanan lebih
tegas terhadap keganasan serta kezaliman Israel di Asia Barat.
Arab Saudi serta lain-lain negara pengeluar minyak dan gas yang besar di
Asia Barat wajar digesa bersatupadu untuk merangka sesuatu tindakan
strategik bagi menggesa AS dan Britain mengarahkan Israel
memberhentikan keganasan serta kezalimannya di Palestin dan Lebanon
dengan serta-merta.
Majoriti negara di Asia Barat mempunyai sumber petroleum dan gas yang
amat penting kepada seluruh dunia Barat dan Timur. Tetapi, kerana industri
petroleum dan gas di wilayah itu sebilangan besarnya dikuasai oleh kapitalis
Barat (terutamanya kapitalis zionis), negara-negara di Asia Barat perlulah
menggunakan sumber strategik itu untuk dijadikan senjata utama
mendesak AS dan Britain menyelesaikan isu Palestin dan lain-lainnya
dengan segera, tegas dan berkesan.
Pandangan di atas mungkin terlalu ideal. Ia mungkin hanya akan jadi citacita yang tidak terdaya dicapai. Tetapi, pihak yang berfikiran strategik
seharusnya insaf bahawa jika AS atau Britain berani menggunakan
terorisme sebagai komponen utama kepada dasar luar dan sikap
hegemoniknya di abad ke-21, mengapakah tidak negara-negara pengeluar
minyak dan gas terbesar di dunia mutakhir ini menjadikan komoditi ini
sebagai komponen utama kepada pembentukan dasar luar masing-masing
pada saat dan ketika ini? Fikir-fikirkanlah!
Posted by kudakepang at 2:55 AM
24 comments:

Mas Manja said...


Dato'
Komen Dato' adalah cerita lama. Setiap kali Palestin diserang, kita
selalu kata guna senjata minyak. Saya dah baca cerita ini sejak saya
pandai membaca lagi. Tapi adakah ini menjadi kenyataan? Mustahil!
Kalau dunia Arab betul-betul prihatin dengan kesejahteraan ummah,
mengapa ketika terjadinya economic meltdown sejak tahun lepas,
yang menyebabkan runtuhnya empayar perniagaan AS dan hutang AS
mendadak naik $3.4 billion SEHARI kini menjadi $49 trillion (dari $7.9
trillion sejak Bush jadi Presiden), dunia Arab tidak menggunakan
senjata ini sewajarnya? Seharusnya, dunia Arab yang kaya (GCC)

menggunakan kesempatan ini untuk mengalihkan KUASA EKONOMI


dari barat ke timur. Kuasa Ekonomi adalah kuasa paling berkesan
untuk menjadi kuasa dunia. Inilah satu peluang yang Allah bagi
supaya dunia Islam menjadi kuat. TETAPI INI TIDAK BERLAKU! !
Bukankan lebih baik ketika Brown bagi pihak Bush datang meminta
sedekah supaya GCC menyumbang kepada IMF (kepada AS
sebenarnya) , dunia Arab boleh cakap we can help you but free
Palestine, stop helping Israel!. Tetapi ini tidak berlaku! Daripada bagi
IMF, lebih baik sumbang kepada Bank Pembangunan Islam (IDB)
supaya IDB boleh menyaingi IMF dan boleh guna wang ini membantu
saudara Islam. Tetapi ini tidak berlaku!
Selepas meraih kemewahan yang melimpah selama beberapa tahun,
harga minyak jatuh lebih 50% dari harga tertinggi $147 tahun lepas.
Keuntungan bank GCC menguncup 40%. Pasaran Arab Saudi dan
Dubai menjunam hingga 50%. Keuntungan dan wang semakin
berkurangan. Pembangunan hartanah Dubai terbantut. Ini di Arab, di
AS pula pasaran hartanah rugi berbilion-bilion. Dengan hutang yang
besar dan AS menjadi hampir bangkrap, apakah jalan terbaik bagi
Bush/AS? Pinjam? Dari siapa? Semua member kamcing pun hancus!
Brown disuruh minta sedekah dari dunia Arab, kene tempelak! Minta
dari China yang kaya raya, dapat sikit kredit untuk pengimport. Jepun
pun bagi sikit. Kemudian gadai Citibank Group, tipu kerajaan UAE
supaya beli share Citibank Group melalui Sovereign Fund mereka yang
berkepuk-kepuk. Bila UAE dah beli, baru keluar berita Citibank pun
hampir bankrap. Semalam, AS gadai share mereka di Bank of China
$2.8 billion nak dapatkan tambahan kredit. Ini lah cara AS dapat duit
sekarang. Terpaksa bergadai. Ada lagi satu cara cepat AS tambah
kredit- cetak dolar Amerika banyak-banyak. Tapi ia akan jadi macam
duit Zimbabwe yang tak ada nilai. Kalau dah bergolok bergadai
macam ini, sebenarnya ekonomi AS lebih teruk dari yang kita sangka.
Dalam strategi peperangan, AS selalu menggunakan forward
defence untuk memastikan negaranya sentiasa terselamat. Tetapi
dalam serangan Israel di Gaza yang tentunya mendapat restu dan
perancangan bersama AS, ini bukan forward defence tetapi strategic
intervention iaitu menggunakan scapegoat untuk mengalih perhatian
dan menjadikan nya sebagai pakej ransangan mudah dan cepat untuk
memperbaiki ekonomi AS dan ekonomi dunia. Perang adalah pakej
rangsangan paling cepat bagi AS untuk memperbaiki ekonomi
mereka. Mereka cuba di Syria untuk menjadikan Syria seperti Iraq,
tapi tak berjaya. Jadi Gaza paling mudah dan paling berkesan! Lihat
sahaja, harga minyak naik mendadak sebaik Gaza diserang. Harga
pasaran kembali cergas.
Jadi Dato nak harapkan dunia Arab membantu dan gunakan minyak
dan gas sebagai senjata strategi? Ini tidak MUNGKIN akan berlaku!
Jangan harap GCC akan membantu Palestin. Lepas sidang GCC bulan
lepas, langsung tak bersuara pun. Sepatutnya masa itulah

menggunakan suara dunia Arab yang bersatu padu untuk menggertak


Israel. Tapi ini tidak berlaku!
Jadi penduduk Gaza adalah mangsa kerakusan dunia terhadap WANG.
Termasuklah kerakusan dunia Arab dang mungkin dunia Islam. Mereka
menjadi mangsa dan mungkin dihapuskan dari muka bumi ini sematamata untuk mengembalikan kekuatan ekonomi AS dan kegemilangan
zionis di muka bumi ini. AS tidak akan membiarkan kuasa ekonomi
terlepas dari genggaman mereka. Dunia Arab sebenarnya dikuasai CIA
dan talibarut Obama kini telah mula merekrut agen memasuki dan
mengembang sehingga dalam pentadbiran semua Negara Arab yang
kaya. Dan.... dunia Islam akan tetap begini kerana tidak adanya
pemimpin Islam yang berani menentang AS.

Você também pode gostar