Você está na página 1de 2

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih puan pengerusi majlis,
Yang berusaha,
Puan Che Norizam Bt. Abdullah

(Guru Besar SK Bangsar)

Puan Maziah Bt.

(PK Kurikulum)

Puan Tanma Raja Segaran a/p Rajasegaran

(Guru Penyelia Petang)

Guru-guru Tahun 3
Seterusnya ibu-ibu dan bapa-bapa yang dihormati sekalian.
Terlebih dahulu, saya mewakili pihak JPWP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih terutama sekali kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk
program Kem Keluarga Nilam Linus 2.0 hari ini.

LINUS ?
LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy Screening.
LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid
memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah.
LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M).
Merupakan Ministry Key Performance Indicator (NKPI) 3.2 KPM iaitu semua murid
yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah.
RASIONAL
Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid
berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta untuk membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
DEFINISI KONSEP
LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid
memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah.
LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M).
LITERASI -Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
NUMERASI-Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea

matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
kehidupan harian.
MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap I sekolah rendah
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali
murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF
Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid berupaya:
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah
dengan menggunakan kata hubung dan.
Program Numerasi:
Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula
daripada sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu,
ukuran dan sukatan.
Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi
masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang berkeupayaan kecuali murid
berkeperluan khas pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak adalah diharap
untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA.

Você também pode gostar