Você está na página 1de 3

Kehebatan Sukarno menakluk hati wanita

RABU lalu, kota Jakarta dan semua bandar di Indonesia bergema dengan nama Sukarno
sempena 100 tahun kelahiran presiden pertama negara itu. Pelbagai sambutan diadakan
bagi mengenang tokoh yang mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945
dan meninggal dunia pada tahun 1970.
Namun Sukarno bukan sahaja dikenang sebagai seorang pemimpin unggul Indonesia
yang telah berkhidmat hampir 22 tahun kepada bangsa Indonesia sebagai presiden tetapi
beliau juga dikenali sebagai `penakluk wanita' paling hebat di negara itu.
Kini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-100, kisah-kisah cinta Sukarno yang
cukup unik dan menarik kembali dicanangkan di media massa utama Indonesia.
Justru, minggu ini penulis akan memaparkan kembali kisah menarik tersebut sebagai
renungan dan pengetahuan kita bersama.
Isteri terakhir yang dinikahi secara rasmi oleh Sukarno ialah Heldy Djafar setahun
sebelum kejatuhannya sebagai presiden pada tahun 1967.
Perkahwinan dengan Heldy hanya berlangsung selama dua tahun kerana selepas
kejatuhannya Sukarno dihumban ke dalam tahanan di Wisma Yaso, Jakarta.
Heldy merupakan salah seorang daripada sederet wanita yang pernah jatuh di bawah
jajahan takluk cinta Sukarno dan berkahwin dengannya.
Wanita-wanita lain yang pernah menjadi isteri beliau ialah Utari Tjokroaminoto, Inggit
Garnasih, Fatmawati (ibu Naib Presiden, Megawati Sukarnoputri), Hartini, Yurike
Sanger, Haryati, Kartini Manoppo dan Ratna Seri Dewi.
Beberapa perkahwinan Sukarno berakhir dengan perceraian manakala wanita yang
mampu bertahan sehingga Sukarno meninggal dunia pada tahun 1970 ialah Hartini dan
Ratna sari Dewi.
Daripada sembilan isterinya itu, Fatmawati yang melahirkan lima orang anak Sukarno
(termasuk Megawati) menjadi Wanita Pertama Indonesia.
Sukarno sememangnya seorang lelaki yang cukup mengagumi kecantikan wanita. Atas
sebab itulah dalam satu wawancara Sukarno pernah menyatakan, ``Tuhan menciptakan
wanita penuh dengan keindahan. Saya fikir setiap lelaki normal senang melihat
keindahan yang ada pada diri wanita.''
Bapak Megawati itu sememangnya mempunyai karisma untuk menakluk wanita sehingga
beliau tidak pernah membeza-bezakan usia atau latar belakang wanita yang ingin
ditakluknya.

Heldy dan Yurike misalnya dinikahi ketika mereka berusia 18 tahun. beza umur mereka
dengan Sukarno ialah 48 tahun. Fatmawati disunting ketika berusia 20 tahun manakala
Inggit Garnasih tua lebih 15 tahun daripada Sukarno. Ratna Sari Dewi pula adalah
seorang wanita yang pernah bekerja di kelab malam dan kemudiannya menjadi model
terkenal.
Haryati adalah seorang penari di Pejabat Setiausaha Negara. Mereka berkahwin pada
tahun 1963 dan bercerai tiga tahun kemudian. Sukarno seterusnya berkahwin dengan
Yurike Sanger pada tahun 1964, perkahwinan itu juga hanya bertahan tiga tahun.
Begitu juga dengan Kartini Manoppo, bekas pramugari syarikat penerbangan Indonesia,
Garuda. Sukarno jatuh cinta pada Kartini apabila melihat potret wajah wanita itu yang
dilukis oleh Basuki Abdullah. Mereka bernikah pada tahun 1959 dan memperoleh anak
pada tahun 1967. Anak itu diberi nama Totok Suryawan Manoppo.
Namun kesemua wanita yang pernah tunduk kepada cinta Sukarno harus juga bersedia
melihat api asmara mereka dengan Sukarno pudar apabila presiden itu bertemu wanita
lain.
Dalam wawancara dengan majalah Tempo pada tahun 1999, Hartini menceritakan
mengenai kegemaran Sukarno kepada wanita cantik.
``Cintanya kepada wanita yang cantik adalah beban bagi saya. Walaupun saya sudah
berusaha menerima dia sebagaimana adanya, dia sangat mencintai keindahan, termasuk
keindahan dalam kecantikan wanita,'' kata Hartini.
Malah bekas ajudannya, Bambang Widjanarko sepertimana dilaporkan oleh majalah
Tempo pernah berkata, ``Daya tarik dan daya intelektualnya yang tinggi menjadikan
Sukarno seorang master dalam menakluk hati wanita.''
Sememangnya sebagai lelaki Sukarno amat bijak mencari kelemahan wanita sehingga
mereka tunduk kepada cinta kasanovanya. Salah satu cara yang beliau lakukan ialah
dengan memuji dan memberi perhatian penuh kepada wanita yang diinginkannya.
Sudah menjadi hukum karma wanita sememangnya suka dipuji dan merasa disanjung.
Atas sebab itulah Sukarno berjaya membuat wanita yang ingin ditakluknya benar-benar
merasai hanya dia seorang sahaja yang dicintai oleh Sukarno.
Dalam usaha mencairkan hati seorang wanita, Sukarno tidak segan mengambil minuman
untuk tamu wanitanya atau memimpin tangan mereka ketika turun dari kenderaan.
Bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filemnya Madu Tiga, ``Mesti pandai
pembohong, mesti pandai temberang tetapi jangan sampai hai pecah tembelang.''
Itulah yang dilakukan oleh Sukarno. Oleh kerana mempunyai banyak isteri, beliau harus
benar-benar berhati-hati dalam tindak-tanduknya supaya `tembelang' tidak pecah.

Menurut Bambang, antara yang dilakukan oleh Sukarno ialah memastikan dirinya
sentiasa berada dalam keadaan rapi tanpa menimbulkan `sebarang keraguan yang
munasabah'.
Maksudnya, jika beliau mahu keluar dari rumah isterinya dan mahu ke rumah isterinya
yang lain beliau akan memastikan pakaiannya tidak mempunyai sebarang kesan gincu
bibir dan bau minyak wangi.
Jika ada, Sukarno bersedia untuk menggantikan pakaian dan mandi terlebih dahulu
sebelum meluncur ke rumah isteri yang berikutnya. Sukarno sememangnya mempunyai
alasan sendiri kenapa beliau berbuat demikian.
Menurut Sukarno, jika sekali sahaja seorang lelaki tidak mengakui bahawa dia
mempunyai hubungan dengan wanita lain, sebaiknya dia berbohong untuk selamanya.
Demi untuk menjaga `tembelang' itulah, suatu hari Sukarno pernah mengarahkan
pembantu-pembantunya merosakkan enjin kereta salah seorang isterinya dan
menghadang jalan depan istana dengan sebuah lori bagi mencegah kehadiran isteri yang
satu lagi.
Semua itu berlaku apabila isteri tersebut datang secara mengejut ketika Sukarno sedang
`bercerekarama' dengan isteri yang lain. Namun Sukarno bukanlah takut kepada
kemarahan seorang wanita kerana beliau juga mempunyai cara

Você também pode gostar