Você está na página 1de 10

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

DAN VOKASIONAL (FPTV)

DBK 11702 PENGURUSAN BENGKEL


Tugasan Individu (Berpasangan)
Tajuk : Amalan 5S

Disediakan Oleh:
NORBAKYAH BINTI MOHAMAD

LB110225

ROS AZURA BINTI ROSLI

LB110

860303305056

SEKSYEN : DPLI KT 14

NAMA PENSYARAH : EN. ATAN BIN HJ. HUSSIEN

Amalan 5 S
(a)

Perbincangan dan penerangan amalan 5S


Amalan 5S boleh didefinisikan sebagai kaedah atau alat yang boleh mewujudkan

persekitaran di tempat kerja yang lebih berkualiti, selesa, kemas dan selamat. Ia juga menjadi
ukuran dalam menetukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha
penambahbaikan yang berterusan..
Konsep amalan 5S mula diperkenalkan kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada
awal 1980an Di Malaysia, konsep ini mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1986 dan telah
dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini, amalan 5S
semakin menjadi pilihan dan mendapat tempat di hampir kesemua organisasi sama ada agensiagensi kerajaan mahupun bukan kerajaan. Banyak organisasi telah mengamalkan amalan 5S ini
malah ada dikalangannya yang telah mendapat sijil pengiktirafan melalui persijilan daripada
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Konsep 5S yang berasal dari negara Jepun ini merupakan ringkasan daripada lima
perkataan Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan
Shitsuke (Sentiasa Amal). Ia merupakan kaedah pengurusan kualiti yang ringkas iaitu dengan
membersihkan dan menyusun persekitaran tempat kerja atau lebih dikenali sebagai
housekeeping. Amalan 5S ini dilaksanakan mengikut tatacara kerja seperti yang digariskan di
bawah.
1. Sisih (Seiri)

Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat

2. Susun (Seiton)

kerja.
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah
untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan
di tempat yang mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

3. Sapu (Seiso)

4. Seragam (Seiketsu)

Apabila

Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan.


Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan.
Menggabungkan aktiviti sapu, kilatkan, semak dan betulkan.
Buat dengan kerjasama semua kakitangan.
tiga

konsep

penyeragaman
Peraturan yang
5. Sentiasa Amal
(Shitsuke)

di

atas

boleh dipatuhi

dilakukan

akan

oleh semua

wujud

kakitangan

diwujudkan
Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya
mengamalkan 5S

Objektif

utama

pelaksanaan

program

5S

organisasi

di

tempat

adalah:

1.

Membina

budaya

2.

Membina

kerjasama

3.

Membina

4.

Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju

amalan

Kaizen

dalam

melalui
kepimpinan

penyertaan
pengurus

dan

kerja
semua
penyelia

Terdapat dua cara atau pendekatan yang boleh dilakukan dalam mengamalkan 5S iaitu
Pendekatan Kaizen dan Pendekatan Inovasi. Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang
berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana
penambahbaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan
Program 5S, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan di mana
mereka perlulah memainan beberapa peranan seperti:
1.

Mengamalkan budaya kerja 5S

2.

Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

3.

Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

4.

Meluangkan masa untuk 5S

5.

Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

6.

Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan.

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih,
tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik
di kalangan warga kerja sekaligus menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, berkualiti,
memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi. Amalan 5S juga merupakan
teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau
dikenali

sebagai

Kaizen

dalam

Bahasa

Jepun.

Perbadanan Produktiviti Negara (MPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi


yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada
semua organisasi swasta mahupun kerajaan. Setiap organisasi yang mendapatkan perkhidmatan
MPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi).
Terdapat segelintir pekerja dalam organisasi yang mempunya mentaliti kurang sihat
dengan menganggap bahawa amalan 5S ini melecehkan dan bukan menjadi tanggungjawab

mereka untuk melaksanakannya. Mereka juga berpandangan sinis dengan mengatakan amalan 5S
ini tidak akan kekal lama dan mustahil untuk dilakukan secara berterusan. Jika kita sentiasa
mencari alasan dan sentiasa berfikir adakah ini dapat dilakukan tanpa apa-apa tindakan ke arah
melaksanakannya sudah semestinya ia tidak akan berjaya.

Walaupun pada hakikatnya

pelaksanaan amalan 5S ini tidak semudah yang disangka namun ini bukanlah sesuatu yang
mustahil untuk dilaksanakan jika mendapat sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah-bahagi
dari semua peringkat anggota organisasi. Ini sebenarnya lebih memberi manfaat kepada
penambahbaikan menyeluruh organisasi di mana setiap orang dapat menyumbang dan ianya juga
adalah satu proses yang dinamik.
Untuk mendapatkan hasil yang optimum daripada pelaksanaan 5S di sesuatu organisasi,
beberapa langkah boleh diambil. Antaranya:
1. Dapatkan sokongan dari peringkat pihak pengurusan atasan. Komitmen pihak pengurusan
atasan dapat mewujudkan suasana yang sesuai bagi pelaksanaan 5S selain mampu
memberi kesan yang lebih berpanjangan.
2. Pastikan prasarana yang disediakan adalah bersesuaian dengan mengenal pasti terlebih
dahulu aspek atau ruang yang bersesuaian untuk dilaksanakan amalan 5S dalam
organisasi. Untuk tujuan itu adalah perlu diwujudkan beberapa jawatankuasa bagi
pelaksanaan 5S agar perjalanannya menjadi lebih licin, teratur dan menepati objektif
yang digariskan.
3. Satu kaedah komunikasi yang sesuai dan dirasakan efektif perlu disediakan. Ini penting
bagi memberikan penerangan kepada anggota organisasi mengenai keperluan,
kepentingan dan kebaikan 5S terhadap organisasi. Beberapa kaedah yang boleh
digunakan misalnya melalui mesyuarat, penggunaan intranet atau laman web organisasi,
papan kenyataan, poster dan surat berita dalaman (Newsletter).
4. Mengadakan latihan kepada anggota organisasi mengenai asas 5S supaya mereka jelas
tentang peranan yang harus mereka laksanakan dalam 5S.
5. Mulakan dengan projek perintis 5S dengan memilih satu kawasan yang kebanyakan staf
tidak "teringin" untuk bekerja, mungkin kerana terlalu sesak, tidak terurus dan
sebagainya. Kawasan berkenaan juga harus mempunyai kesan visual positif apabila 5S
dilaksanakan. Dengan pengalaman projek perintis ini kelak dapat digunakan untuk
merancang pelaksanaan 5S yang lebih menyeluruh dalam organisasi.

6. Wujudkan dan kongsikan Best Practices dengan menyediakan serta menggunakan


pangkalan data berkaitan amalan-amalan yang terbaik dan mesti dikongsikan dengan staf
yang lain.
7. Sediakan pelan pelaksanaan 5S yang menyeluruh. Ini boleh dilakukan dengan menilai
dan menyemak hasil dari pelaksanaan projek perintis 5S. Dapatkan maklumbalas dan
idea daripada ahli kumpulan projek perintis 5S berkenaan untuk input penambahbaikan
dalam pelan pelaksanaan 5S organisasi
8. Sentiasa menilai dan membuat pengubahsuaian. Dalam pelaksanaan 5S, setiap masalah
yang dihadapi harus dijadikan teladan dan daripadanya mesti dilakukan penambahbaikan.
Ubahsuai atau pilih pendekatan dan kaedah pelaksanaan bagi memastikan 5S di
organisasi kita lebih "segar".

(b)

Keberkesanan Amalan 5S Terhadap Industri


Jika dilihat secara kasar, pelaksanaan 5S secara terancang dan sistematik mampu

memberikan pelbagai manfaat kepada organisasi yang melaksanakannya dalam semua aspek
termasuklah pelaksanaan, budaya kerja, persekitaran kerja mahupun emosi pekerja itu sendiri,.
Antara mafaat yang akan diperoleh adalah:
1. Menjadi pencetus serta penggalak kepada usaha kreatif dan inovasi di kalangan anggota
organisasi.

2. Memupuk persaingan sihat di kalangan anggota organisasi sama ada secara langsung atau
tidak langsung.
3. Menghasilkan persekitaran yang kondusif untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab.
4. Meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja ke tahap terbaik dan maksimum.
5. Mempengaruhi emosi dan nilai anggota organisasi melalui persekitaran yang bersih dan
selamat.
6. Dapat membentuk nilai atau semangat pemilikan dan semangat di mana anggota
organisasi akan berasa bertanggungjawab dan sayang ke atas kemudahan atau peralatan
yang diamanahkan kepadanya.
7. Membudayakan nilai-nilai menghargai serta menjaga kepentingan bersama dan dapat
mengelakkan berlakunya kerosakan yang kerap ke atas kemudahan dan peralatan yang
sedia ada.
8. Menjimatkan kos penyelenggaraan dalam jangka panjang.
Namun begitu, jika diteliti dengan lebih mendalam lagi amalan 5S ini sangatlah berkesan
dalam membantu pengurusan sesuatu organisasi. Ia juga mampu memberi impak positif yang
besar sekiranya diuruskan dengan terancang. Keberkesanan pelaksanaan amalan 5S dalam
sesuatu organisasi meliputi pelbagai aspek dan boleh dinilai dengan dua cara iaitu secara
kuantitatif dan juga kualitatif. Jadual berikut merupakan ringkasan bagi keberkesanan amalan 5S
bagi kelima-lima aspek iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

AKTIVITI
SISIH

SUSUN

KUATITATIF
Penjimatan ruang

Kawalan stok & produk yang


cekap

Masa pencarian yang pantas

Kawalan stok & produk yang


cekap

Masa pencarian yang pantas

Proses kerja lebih pantas

KUALITATIF
Tempat kerja lebih selamat

Suasana kerja lebih selesa

Mudah mengesan
tempat/alat/bahan rosak lebih
awal
Suasana kerja lebih selesa

Mendidik disiplin pekerja


positif

Pekerja terus menjana idea

SAPU

SERAGAM

SENTIASA
AMAL

Mengelak kesilapan &


kesalahan
Kadar kehilangan peralatan
rendah

kreatif

Moral pekerja tinggi

Selamat di tempat kerja

Mengamalkan FIFO
Suasana kerja lebih selesa dan
ceria

Sistem kawalan stok & produk


lebih murah dan menjimatkan

Kos kerosakan peralatan rendah

Proses kerja pantas dan tidak


berulang right the first time

Pekerja terus menjana idea


kreatif

Moral pekerja tinggi

Kualiti produk bertambah

Selamat di tempat kerja

Masa membersih lebih pantas


Kos selenggaraan rendah

Kos overhead rendah

Mendidik disiplin pekerja


positif

Kecekapan proses meningkat

Pekerja terus menjana idea


kreatif

Kuantiti pengeluaran meningkat

Kemahiran pekerja meningkat

Rungutan pelanggan rendah

Pekerja setia kepada organisasi

Produktiviti pekerja meningkat

Kos pengeluaran rendah

Produktiviti pekerja meningkat

Imej organisasi meningkat


Disiplin pekerja positif dan
inovatif

Kualiti produk / perkhidmatan


meningkat

Kemahiran pekerja meningkat

Kesihatan pekerja bertambah


baik

Pekerja setia kepada organisasi

Budaya kerja berpasukan yang


tinggi

Memperolehi Sijil 5S
Kemalangan sifar ditempat
kerja

Setelah amalan 5S dilaksanakan secara menyeluruh di dalam organisasi, pastinya kita


mengharapkan sesuatu hasil yang positif dapat dilihat dan dinikmati. Berikut digariskan hasil
yang boleh dijangkakan daripada pelaksanaan 5S.
1

Pengurangan Kos
a. Mengurangkan inventori
b. Menghalang salah letak peralatan dan perkakas
c. Menghalang kebocoran minyak, tenaga, bahan mentah dan lain-lain

2.

Kecekapan
a. Mengurangkan penggunaan kawasan/tempat
b. Penghapusan pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah
c. Mempermudahkan kawalan

Penyelenggaraan
a. Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan mesin, peralatan dan
kemudahan-kemudahan yang ada
b. Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan mesin dan peralatan
c. Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan barangan

4.

Kualiti
a. Meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan atau perkhidmatan

5.

Keselamatan
a. Menghapuskan keadaan yang merbahaya
b. Memperbaiki keadaan tempat kerja
c. Menghapuskan tempat kecederaan dan kemalangan
d. Mengurangkan kesilapan dan kecuaian
e. Mematuhi peraturan-peraturan

6.

Motivasi
a. Perhubungan yang baik antara staf
b. Membentuk disiplin yang baik
c. Membentuk semangat kerjasama dan kerja berkumpulan

RUJUKAN

1. K. Sulaiman & N. Liza (2010), Persepsi Staf Terhadap Aamaln 5S Menurut Pendekatan
Islam Hadhari, Kajian di Pejabat Bendahari, UTM, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
2. Nurul Izzah Abdul Rahim, Rosedhila Ramli, Mohammad Zainal Akmal Ismail; Amalan
5S: Impak Terhadap Staf di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah; Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
(POLISAS), Kuantan, Pahang.
3. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (2012), Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Amalan
Persekitaran Berkualiti 5S 1JPN
4. http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.section.Section_419c6a92c0a81573-64f064f0-8cc88a8d (10 November 2012; 11.43pm)
5. http://www.ump.edu.my/amalan5S/hasil.html (11 November 2012 ; 3:05am)

Você também pode gostar