Você está na página 1de 3

1.

0 PENDAHULUAN
Pembahagi Lokasi atau juga dikenali sebagai Location Quotient (LQ) adalah merupakan
satu indeks yang digunakan untuk mengukur tahap pengkhususan atau penumpuan wilayah
dalam sesuatu kluster industri. Penggunaan analisis LQ diaplikasikan bertujuan untuk
mengenal pasti mana-mana sektor industri yang telah berpotensi untuk memberi sumbangan
besar kepada pertumbuhan wilayah. Secara asasnya, pendekatan LQ merupakan satu indeks
untuk membandingkan perkongsian aktiviti sesuatu kawasan dengan kawasan yang lain
secara aggregat. Aspek ini dapat menunjukkan sama ada agihan sesuatu aktiviti tersebut
hanya menumpu dalam sesuatu kawasan atau ia diagihkan secara seimbang.
Lebih penting lagi, pembolehubah yang boleh digunakan sebagai alat ukur untuk
menghasilkan koefisien LQ ialah jumlah guna tenaga atau jumlah pengeluaran bagi aktiviti
ekonomi yang dikaji. Sejajar dengan itu, pendekatan LQ ini dapat dibahagikan kepada empat
kuadran iaitu yang pertama ialah kluster matang (Northwest) yang merupakan satu perubahan
kuadran yang mengkhusus tetapi mengalami pertumbuhan yang menurun. Manakala, kuadran
yang seterusnya ialah kluster bintang atau Star ( Northeast) yang berbentuk mengkhusus dan
mengalami pertumbuhan yang pantas. Selain itu, jenis kuadran yang seterusnya adalah
kluster berkembang atau Emerging (Southest) yang berbentuk tidak mengkhusus tetapi
mengalami pertumbuhan yang pantas. Komponen kluster yang seterusnya adalah kluster
dalam transformasi (Southwest) iaitu berbentuk tidak mengkhusus namun pada masa yang
sama mengalami pertumbuhan menurun. Malah, pendekatan LQ ini boleh dilakukan dengan
mudah, cepat dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Pengiraan indeks LQ dapat dinyatakan
menerusi persamaan matematik yang berikut :

LQ = [ai/bi] /
[Aa/Bi]
ai = Jumlah guna tenaga dalam sektor i dalam negeri S
bi = Jumlah guna tenaga dalam negeri S
Aa = Jumlah guna tenaga dalam sektor i dalam ekonomi Negara n
Bi = Jumlah guna tenaga dalam ekonomi n
Malah, aspek pengiraan Location Quotient (LQ) juga dapat diperjelaskan berdasarkan
persamaan yang seterusnya seperti mana yang tertera dalam gambar rajah di bawah.

LQ =

Nisbah pekerjaan wilayah dalam kluster


industri
Nisbah pekerjaan negara dalam kluster

2.0 HASIL KAJIAN

MALAYSIA
INDUSTRI
Indus 1
Indus 2
Indus 3
Indus 4
Indus 5
Indus 6
Indus 7
Indus 8
Indus 9
JUMLAH

1991
0.265
0.005
0.198
0.006
0.066
0.147
0.042
0.037
0.230
0.996

2000
0.157
0.002
0.224
0.007
0.073
0.184
0.060
0.066
0.223
0.997

KEMAMAN
INDUSTRI
Indus 1
Indus 2
Indus 3
Indus 4
Indus 5
Indus 6
Indus 7
Indus 8
Indus 9
JUMLAH

1991
0.314
0.096
0.144
0.006
0.101
0.113
0.033
0.010
0.177
0.994

JUMLAH KEMAMAN 1999


JUMLAH MALAYSIA 1999

0.994 = 0.997
0.996

JUMLAH KEMAMAN 2000


JUMLAH MALAYSIA 2000

0.996 = 0.998
0.097

2000
0.180
0.258
0.103
0.138
0.088
0.123
0.087
0.018
O.OOI

0.996

Oleh itu, berdasarkan pengiraan Pembahagi Lokasi bagi kedua-dua tahun iaitu tahun
1999 dan 2000, secara keseluruhannya, kita dapat melihat bahawa nilai LQ bagi tahun 1999
adalah sebanyak 0.997 dan pada tahun 2000 pula adalah adalah sebanyak 0.998. Justeru, kita
dapat merumuskan bahawa nilai Location Quotient (LQ) bagi kedua-dua tahun adalah kurang
daripada 1. Walaupun wujudnya peningkatan nilai LQ jika dari tahun 1999 ke 2000, namun
ianya masih tidak melebihi 1. Aspek ini menunjukkan bahawa perkongsian aktiviti industri di
kawasan tersebut berlaku kekurangan konsentrasi berbanding aggregat

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kaedah analisis Location Quotient (LQ) ini adalah berperanan untuk
menunjukkan bahawa setiap wilayah

adalah unik dalam pengkhususan kluster industri.

Aspek ini kerana setiap wilayah mungkin mengkhusus dalam beberapa kluster industri sahaja
atau dalam kata lain kemungkinan berlaku pengkhususan kemajuan dalam industri tertentu
dalamekonomi di sesebuah wilayah mahu pun negara. Malah, pada masa yang sama, ada
kemungkinan kesemua wilayah berkongsi pengkhususan kluster dengan satu atau wilayah
yang lain. Lebih penting lagi, kita dapat merumuskan bahawa LQ adalah merupakan nisbah
mudah yang digunakan untuk menentukan kepekatan atau penguasaan sesuatu industri di
rantau (iaitu kawasan Kerajaan Tempatan) berbanding dengan rujukan yang lebih besar atau
penanda aras rantau (iaitu Negeri atau Negara). Ia digunakan secara tradisional untuk
membandingkan bahagian industri pekerjaan serantau, bagaimanapun ia boleh juga
digunakan untuk langkah-langkah ekonomi yang lain, seperti nilai tambah, import atau
eksport.

Você também pode gostar