Você está na página 1de 12

PROSIDING PERKEM VIII, JILID 3 (2013) 1340 - 1351

ISSN: 2231-962X

Pembasmian Kemiskinan Melalui Program Amanah Ikhtiar: Kajian


Kes Cawangan Kota Setar, Kedah
Syuhada Abd Halim
Doris Padmini Selvaratnam
Norlaila Abu Bakar
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: syuhada_abdhalim@yahoo.com.my

ABSTRAK
Pembiayaan melalui kredit mikro merupakan satu program yang diperkenalkan untuk membantu
mengatasi masalah kemiskinan. Profesor Muhammad Yunus telah memperkenalkan skim kredit mikro
menerusi model Bank Grameen bagi mengatasi masalah kemiskinan di Bangladesh. Inisiatif Bank
Grameen telah diiktiraf sebagai program pembasmian kemiskinan yang paling berjaya pada dekad
1980-an, 1990-an dan millennium baru. Matlamat kerajaan dalam membasmi kemiskinan telah bermula
sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan satu
badan yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan kredit kepada golongan berpendapatan
rendah di bandar atau luar bandar di mana penyaluran kredit mikro ini adalah bertujuan untuk
menambahkan pendapatan mereka dengan menyediakan sumber pinjaman bagi memulakan perniagaan
kecil-kecilan. Kajian ini lebih menfokuskan kepada kemiskinan luar bandar iaitu dijalankan di
sembilan blok Cawangan Kota Setar, Kedah yang terdiri daripada Blok Langgar, Blok Titi Gajah, Blok
Kota Setar, Blok Kubang Rotan, Blok Kuala Kedah, Blok Tajar, Blok Kota Sarang Semut dan Blok
Pokok Tai. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kehidupan responden sebelum dan selepas
menyertai AIM. Objektif khusus kajian ini adalah untuk (i) menganalisis sama ada pembiayaan kredit
mikro yang disediakan oleh AIM dapat meningkatkan pendapatan responden (ii) menganalisis sama
ada pembiayaan kredit mikro yang disediakan oleh AIM dapat meningkatkan taraf hidup responden.
Kaedah persampelan rawak berlapis telah digunakan di mana responden dipilih secara rawak mengikut
Pusat yang terdapat di sembilan Blok di Cawangan Kota Setar. Data diperoleh dengan mengedarkan
borang soal selidik kepada 478 responden di 27 pusat yang telah dipilih di sembilan Blok yang terdapat
di Cawangan Kota Setar, Kedah. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for
Social Science (SPSS). Kaedah statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif,
ujian-t, ujian Khi Kuas Dua. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro membantu
meningkatkan pendapatan dan taraf hidup responden.
Kata kunci: kredit mikro, pendapatan, taraf hidup, kemiskinan

ABSTRACT
Financing through micro-credit is a program that was introduced to help overcome poverty. Professor
Muhammad Yunus has introduced the micro-credit scheme through the Grameen Bank model for
poverty alleviation in Bangladesh. The Grameen Bank initiative has been recognized as the most
successful poverty reduction strategy in the 1980s, 1990s and the new millennium. The government's
aim of tackling poverty started since the implementation of the New Economic Policy (NEP). Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM) is an organization responsible for providing credit to low-income groups in
urban or rural areas where the transmission of micro-credit is intended to supplement their income by
providing a source of loans to start small businesses. This research focuses on rural poverty in Kota
Setar Kedah. Field survey was carried out in nine blocks in Kota Setar, Kedah consisting of Block
Langgar, Block Titi Gajah, Block Kota Setar, Block Kubang Rotan, Block Kuala Kedah, Block Tajar,
Block Kota Sarang Semut, and Block Pokok Tai. The main objective of this study was to examine the
life of the respondents before and after joining AIM. The specific objectives of this study were to
analyze whether micro-credit financing provided by the AIM (i) can increase the income of the
respondents; and (ii) improve their living standard. Stratified sampling method was used, whereby the
respondents were randomly selected according to the centers available in the nine blocks in Kota
Setar. Data was collected by distributing questionnaires to 478 respondents at 27 centers that have
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju
Johor Bahru, 7 9 Jun 2013

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

1341

been randomly selected from the nine blocks in Kota Setar, Kedah. Respondents, who were unable to
read or write, were assisted by the enumerators. Data was analyzed using the Statistical Package for
Social Science 21 (SPSS). The statistical methods used in this study are descriptive statistics and
regression analysis. The results show that micro-credit financing helped to improve the income and
living standards of the respondents.
Keywords: micro credit, poverty, income, standard of living

PENGENALAN
Miskin merujuk kepada ketidakcukupan sumber untuk memenuhi keperluan hidup iaitu pendapatan
yang tidak cukup untuk menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya untuk diri
sendiri dan isi rumah. Kemiskinan pula boleh diterangkan dengan merujuk kepada keadaan miskin
seperti status ekonomi seseorang individu atau sesebuah isi rumah, kekayaan, sikap, pekerjaan dan
pilihan penggunaan. Seseorang dikatakan miskin kerana tidak mempunyai harta ataupun pilihannya
terhadap barangan dan perkhidmatan bawahan (inferior) (Laily Paim & Sharifah Azizah 2010).
Dapat dilihat sejak tahun 1971 lagi kerajaan telah menitikberatkan masalah kemiskinan.
Matlamat kerajaan dalam membasmi kemiskinan telah bermula sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang telah diperkenalkan pada tahun berkenaan adalah bertujuan untuk menangani
ketidakseimbangan ekonomi yang ketara pada ketika itu. Malaysia telah mencatat kejayaan yang
membanggakan dalam usaha membasmi kemiskinan. Secara keseluruhannya, kadar kemiskinan telah
menurun daripada 49.5 peratus pada tahun 1970 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004. Keadaan yang
sama berlaku kepada kadar kemiskinan bandar, luar bandar dan kemiskinan tegar. Pada tahun 2004,
kadar kemiskinan bandar, luar bandar dan miskin tegar masing-masing 2.5 peratus, 11.9 peratus dan
1.2 peratus (Unit Perancang Ekonomi).
Dalam usaha membasmi kemiskinan di Malaysia, satu badan telah ditubuhkan bagi
melaksanakan dasar-dasar pembasmian kemiskinan ini. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah satu
institusi yang memberi pinjaman kredit kepada mereka yang memerlukannya. AIM telah memberi
bantuan kewangan kepada golongan miskin, iaitu mereka yang berpendapatan di bawah garis
kemiskinan di seluruh negara yang ingin menjalankan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuk kegiatan
perniagaan kecil-kecilan, pendidikan, pembelian aset bagi memperluaskan perniagaan.
eujudan AIM dengan membantu golongan miskin untuk memperbaiki taraf ekonomi keluarga
telah menyedarkan golongan ini untuk terlibat dan mendapatkan pembiayaan kredit mikro tanpa
cagaran dari Skim Pinjaman Ikhtiar yang disediakan oleh AIM. AIM akan menyediakan pembiayaan
kredit mikro bagi sahabat yang ingin memulakan perniagaan atau sahabat yang ingin menambahbaik
perniagaan sedia ada. Keberkesanan pembiayaan kredit mikro yang disediakan oleh AIM dilihat
mampu membantu golongan ini mengembangkan kemahiran yang diperoleh oleh mereka. Namun
persoalannya, adakah kesan pembiayaan kredit mikro ini mampu meningkatkan pendapatan dan taraf
hidup Sahabat?
Oleh itu, artikel ini akan mengkaji keadaan kehidupan Sahabat sebelum dan selepas menerima
pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Kajian ini akan menganalisis sama ada pendapatan dan taraf
hidup Sahabat meningkat atau tidak selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.

KAJIAN LEPAS
Analisis kajian yang dilakukan oleh Saifoul et.al. (2012) adalah untuk melihat impak kredit mikro ke
atas ketaksamarataan pendapatan di kalangan sahabat Amanah Ikhtiar di Kedah dan Kelantan. Objektif
kajian ini ialah menganalisis impak kredit mikro ke atas ketaksamarataan pendapatan di kalangan
sahabat Amanah Ikhtiar di Kedah dan Kelantan. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah
temuduga yang dilakukan ke atas 495 orang responden. Selain itu, kajian ini juga menggunakan data
yang diperoleh dari Kajian Penyelidikan Impak 6 AIM. Pekali Gini telah digunakan bagi mengukur
ketidaksamarataan pendapatan. Hasil kajian mendapati bahawa pendapatan dari sumber projek yang
dibiayai oleh mikro ini memberi kesan kesamaan (equalising effect) ke atas ketaksamarataan
pendapatan. Dengan andaian ceteries paribus, peningkatan syer pendapatan dari sumber projek kredit
mikro akan memancu kepada pengurangan dalam jumlah ketaksamarataan.
Zaini, Rindam dan Supian (2012) telah membuat kajian mengenai pencapaian skim kredit
mikro AIM dalam landskap pembangunan luar bandar. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menilai
sejauhmana perkembangan cawangan, jangkauan keahlian modal yang dikeluarkan, produk pinjaman

1342

Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar

dan prestasi ekonomi di kalangan peserta program AIM. Kaedah kajian yang dilakukan adalah dengan
melihat beberapa kajian impak yang pernah dijalankan oleh AIM sendiri dan pengkaji-pengkaji bebas
sejak tahun 1990 hingga 2006. Hasil perbincangan berdasarkan beberapa kajian lepas telah
menunjukkan pencapaian skim kredit mikro AIM meningkatkan prestasi ekonomi sahabat. Selain itu,
jangkauan peserta dan jumlah pinjaman yang dikeluarkan juga meningkat setiap tahun.
Jahangir et.al. (2002) telah membuat kajian mengenai kesan kredit mikro ke atas kemiskinan
yang dilakukan di Bangladesh. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengumpul maklumat
mengenai individu yang menerima kredit mikro dari tiga organisasi utama di Bangladesh iaitu
Grameen Bank, Bangladesh Rural Advancement Committe (BRAC) dan Association of Social
Advancement (ASA) bagi melihat kesan kredit mikro ke atas kemiskinan dalam tempoh enam tahun.
Kaedah yang digunakan adalah kaedah soal selidik yang dilakukan ke atas 952 orang iaitu 432 orang
lama di cawangan Grameen Bank, 100 orang baru di cawangan Grameen Bank , 210 bagi cawangan
BRAC dan ASA. Manakala 42 orang lagi digugurkan dari kajian kerana maklumat mereka telah hilang.
Kajian ini telah menggunakan regresi logit untuk mendapatkan keputusan kajian. Hasil kajian
menunjukkan bahawa keberkesanan kredit mikro tidak akan berlaku dalam jangka masa pendek tetapi
ia akan berkesan dalam jangka masa panjang. Keberkesanan ini telah dilihat selepas 6 tahun penyertaan
responden.
Kajian yang dilakukan oleh Abdullah, Sazali dan Malarvizhi (2010) adalah untuk melihat
kesan pembiayaan kredit mikro AIM ke atas aset perusahaan mikro di Malaysia. Kajian ini dilakukan
bertujuan untuk mengkaji kesan program mikro kredit AIM ke atas isi rumah miskin tegar terhadap
aset perusahaan mikro di Semenanjung Malaysia. Kaedah kajian yang dilakukan ialah menggunakan
reka bentuk keratan rentas dengan persampelan rawak berstrata di mana sampel dipilih dari tiga
kawasan yang berbeza iaitu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Lima hipotesis telah dibina
iaitu terdiri daripada nilai pasaran ternakan (Market value of livestock), nilai pasaran pertanian dan
peralatan pengeluaran, nilai pasaran stok pertanian atau bahan mentah, nilai pasaran aset perusahaan
(trading assets) dan nilai pasaran aset perusahaan mikro (microenterprise assets). Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa penyertaan program kredit mikro AIM ini telah membawa kepada peningkatan
dalam aset perusahaan mikro iaitu nilai pasaran stok pertanian dan bahan mentah, perdagangan aset dan
jumlah aset perusahaan kecil.
Zaini, Supian dan Norziani (2012) telah membuat kajian mengenai prestasi ekonomi daripada
program kredit mikro luar bandar di mana kajian kes dilakukan di Kedah. Objektif kajian ini dilakukan
adalah untuk mengkaji prestasi ekonomi berdasarkan program AIM dengan (i) menganalisis sama ada
ia mempunyai kesan dalam meningkatkan pendapatan peserta selepas penggunaan pinjaman, (ii)
menganalisis sama ada program AIM telah membawa kepada pengurangan kemiskinan di kalangan
peserta dan (iii) melihat sama ada AIM masih sesuai diteruskan di Malaysia. Kajian ini telah
menggunakan data primer iaitu melakukan soal selidik di sebelah daerah di Kedah iaitu di Baling, Sik,
Pendang, Padang Terap, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kota Setar dan Kulim. Hasil kajian menunjukkan
bahawa program AIM sangat berkesan dalam mengurangkan kemiskinan di Malaysia. AIM juga dilihat
sebagai pelengkap kepada program pembasmian kemiskinan yang dilakukan oleh kerajaan. Dapatan
kajian juga menunjukkan program kredit mikro AIM berkesan dalam meningkatkan pendapatan peserta
serta mengurangkan insiden kemiskinan di kalangan peserta selepas terlibat dalam program AIM.
Analisis kajian yang dilakukan oleh Abdullah, Joseph dan Nurul Huda (2012) adalah untuk
mengkaji kesan program kredit mikro AIM ke atas aset perusahaan mikro di luar bandar Malaysia.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan program AIM ke atas perusahaan mikro yang
dimiliki oleh wanita miskin di kawasan luar bandar Malaysia. Kaedah persampelan rawak berstrata
telah digunakan untuk menjalankan kajian ini. Data dikumpul daripada 281 responden luar bandar
daripada tujuh cawangan dalam lima negeri di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian menunjukkan nilai
pasaran semasa ternakan, pertanian/kelengkapan pengeluaran, stok pertanian/bahan mentah, aset
perusahaan dan kenderaan yang dimiliki oleh responden yang telah lama menyertai program AIM ini
lebih tinggi berbanding responden yang baru menyertai program AIM. Bagi menggalakkan
pembangunan perusahaan mikro, AIM perlu menyediakan latihan yang mencukupi, persekitaran yang
baik dan fleksibel dan mempelbagaikan program pinjaman kepada peserta AIM.
Dalam tahun 2011, Norma dan Jarita telah melakukan kajian mengenai An economic impact
assessment of a microcredit program in Malaysia: The case of Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan sama ada pinjaman AIM menyumbang kepada
peningkatan dalam pendapatan dan untuk mengenalpasti faktor-faktor lain yang menyumbang kepada
peningkatan dalam pendapatan. Kaedah yang dilakukan adalah menggunakan soal selidik di mana
soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik meliputi latar belakang sosioekonomi responden,
pinjaman daripada AIM, pendapatan dan aset yang diperoleh sebelum dan selepas meminjam daripada
AIM, perbelanjaan responden, kesedaran mengenai produk kewangan Islam dan pendapat mengenai

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

1343

produk tersebut. Regresi Ordinal Least Squares (OLS) telah digunakan untuk menentukan faktorfaktor yang boleh mempengaruhi pemboleh ubah tertentu. Beberapa proksi telah digunakan
menganggar pemboleh ubah prestasi ekonomi (pemboleh ubah bergantung) seperti pendapatan per
kapita, nisbah pendapatan dan nilai aset. Manakala bagi pemboleh ubah bebas termasuklah tahap
pendidikan, umur, status perkahwinan, pemilikan aset, jumlah pinjaman dan sebagainya. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa prestasi ekonomi peserta AIM adalah ditentukan oleh jumlah wang yang
dipinjam dari AIM. Faktor lain yang mempengaruhi prestasi ekonomi peserta AIM adalah tahap
pendidikan. Responden yang berpendidikan adalah lebih berpengetahuan dalam mengendalikan projekprojek mereka.
Analisis kajian yang dilakukan oleh Abdullah, Joseph dan Sazali (2012) adalah untuk
mengkaji kesan program kredit mikro AIM ke atas kualiti hidup peserta di kawasan luar bandar di
Malaysia. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk keratan rentas dengan kaedah persampelan rawak
berstrata bagi mengkaji sama ada penyertaan peserta dalam program pembiayaan kredit mikro AIM
dapat meningkatkan kualiti hidup golongan miskin luar bandar. Hasil kajian menunjukkan bahawa
pembiayaan kredit mikro dapat meningkatkan kualiti hidup isi rumah miskin luar bandar di Malaysia
dan dapatan kajian juga telah menunjukkan bahawa status penglibatan responden dikaitkan dengan saiz
dan kualiti rumah yang di milik.
Abdullah et.al. (2011) telah melakukan kajian mengenai kesan penyertaan dalam program
kredit mikro terhadap aset yang dimiliki oleh isi rumah miskin tegar di Malaysia. Kajian ini
menggunakan reka bentuk keratan rentas dengan pendekatan quasi-experimental bagi mengkaji
bagaimana penyertaan dalam skim kredit mikro ini memberi kesan ke atas aset isi rumah miskin tegar.
Hasil daripada kajian ini mengesahkan bahawa jumlah pinjaman yang diterima mempunyai hubungan
positif dengan jumlah aset dan bilangan responden yang mendapat pekerjaan yang kemudiannya
membawa kepada peningkatan dalam aset isi rumah. Dengan mendapat jumlah pinjaman yang tinggi ia
dapat membantu menjana pendapatan dan mengurangkan pengangguran dalam kalangan isi rumah.
Analisis kajian yang dilakukan oleh AIM bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah
untuk mengukur impak sosioekonomi program kredit mikro terhadap taraf kehidupan Sahabat,
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan perusahaan mikro,
menilai impak kredit ke atas tingkat pekerjaan dan pendapatan perusahaan mikro dan mengukur
persepsi Sahabat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh AIM. Reka bentuk pensampelan yang
digunakan adalah kebarangkalian rawak strata mengikut cawangan AIM. Pemilihan sampel dibuat
secara rawak mengikut senarai daftar pusat. Borang soal selidik merupakan kaedah yang digunakan
untuk memungut maklumat. Data diperoleh menggunakan SPSS12.0, SPSS 16.0 dan E-Views 7.0 dan
kaedah statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif, ujian berstatistik dan analisis regresi
berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara tempoh menyertai AIM,
pengalaman berkaitan projek dan jumlah pinjaman dengan tingkat pendapatan yang diperoleh Sahabat.
Selain itu, hasil kajian juga mendapati program kredit mikro AIM memberi kesan ke atas peluang
pekerjaan dan secara tidak langsung telah memberikan kesan ke atas modal sosial dalam kalangan
Sahabat.
Analisis kajian yang dilakukan oleh Zaimah (2010) memfokuskan kepada bagaimana Sahabat
yang telah memperoleh pinjaman kredit mikro menguruskan pinjaman yang diperoleh. Kajian ini
dilakukan di Mukim Tobiar dan Daerah Pendang, Kedah. Data dipungut menggunakan borang soal
selidik secara temubual bersemuka. Analisis kajian dilakukan menggunakan perisian SPSS. Kaedah
statistik deskriptif telah dilakukan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan Sahabat
menggunakan pinjaman yang diperoleh untuk membiayai kegiatan ekonomi yang mereka usahakan.
Selain itu, sebahagian pembiayaan yang diperoleh adalah untuk penambahbaikan rumah dan
perbelanjaan pendidikan anak-anak Sahabat.

METODOLOGI
Kajian ini melibatkan kaji selidik di mana data primer yang melibatkan 478 orang responden telah
dikumpul. Daripada 478 borang soal selidik yang diedarkan, hanya 338 (70.71 %) borang soal selidik
yang lengkap dapat digunakan untuk dianalisis. Analisis dilakukan menggunakan SPSS 21 (Statistical
Package for Social Science). Kaedah persampelan rawak berlapis telah digunakan untuk membuat
pemilihan sampel kajian. Manakala kaedah statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif, ujian
Khi Kuasa Dua dan ujian-t.
DAPATAN KAJIAN
Profil Responden

1344

Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar

Jadual 1 menunjukkan profil Sahabat di Cawangan Kota Setar. Seramai 336 orang Sahabat adalah etnik
Melayu dan beragama Islam dan 0.6 peratus (2 orang) adalah etnik India dan beragama Hindu. Taraf
perkahwinan Sahabat di 27 buah Pusat menunjukkan bahawa seramai 284 orang (84%) Sahabat telah
berkahwin, manakala 14.2 peratus adalah ibu tunggal dan selebihnya tidak pernah berkahwin.
Taburan umur Sahabat pula menunjukkan bahawa Sahabat yang berada di antara lingkungan
umur 28-37 merupakan peratusan yang tertinggi yang terlibat di dalam program pembiayaan kredit
mikro iaitu sebanyak 37.3 peratus diikuti 27.2 peratus bagi lingkungan umur 38-47 tahun, 19.5 peratus
berada dalam lingkungan 18-27 tahun dan 12.4 peratus berada di lingkungan 48-67 tahun. Taburan
umur yang paling rendah adalah seorang iaitu yang berada di lingkungan 68-77 tahun. Umur minimum
Sahabat adalah 24 tahun manakala umur maksimum adalah 75 tahun.
Jumlah tanggungan yang tertinggi yang ditunjukkan ialah di antara lingkungan 5 orang ke atas
iaitu seramai 154 orang (45.6%) diikuti dengan 3 hingga 4 orang, iaitu seramai 120 orang dan 55 orang
berada dalam lingkungan 1 hingga 2 orang. Selebihnya Sahabat tidak mempunyai tanggungan.
Manakala, bilangan ahli isi rumah menunjukkan bahawa bilangan isi rumah yang tertinggi ialah
seramai 141 orang (41.7%) iaitu berada dalam lingkungan 5 hingga 6 orang diikuti dengan tanggungan
yang berada dalam lingkungan 3 hingga 4 orang iaitu sebanyak 26.0 peratus (88 orang). Manakala 82
orang dan 27 orang Sahabat masing-masing mempunyai bilangan ahli isi rumah dalam lingkungan 7
orang ke atas dan 1 hingga 2 orang. Secara purata terdapat seramai 2.82 orang bagi setiap isi rumah.
Tahap pendidikan Sahabat menunjukkan bahawa 49.1 peratus (166 orang) Sahabat mendapat
pendidikan menengah atas manakala 23.7 peratus (80 orang) mendapat pendidikan menengah rendah.
Terdapat seramai 20 orang (5.9%) mendapat pendidikan sehingga peringkat STPM. Sahabat yang tidak
mempunyai pendidikan adalah sebanyak 4.1 peratus (14 orang) dan Sahabat yang mendapat pendidikan
sehingga sekolah rendah ialah seramai 50 orang (14.8%).
Profil Pembiayaan Mikro
Jadual 2 menunjukkan profil pembiayaan mikro Sahabat di Cawangan Kota Setar. Tempoh penyertaan
yang tertinggi adalah dalam lingkungan lebih daripada 5 tahun iaitu sebanyak 54.7% (185 orang)
diikuti dengan 23.4 peratus (79 orang) yang berada dalam lingkungan 3 hingga 4 tahun. Peratusan
penyertaan yang paling rendah adalah sebanyak 6.8 peratus (23 orang) Sahabat iaitu yang baru
menyertai skim pembiayaan kredit mikro iaitu yang berada dalam lingkungan kurang dari 1 tahun.
Terdapat beberapa sebab mengapa Sahabat menyertai program AIM. Sebanyak 82.8 peratus
Sahabat menyertai AIM kerana memudahkan mereka mendapatkan modal kewangan untuk
menjalankan projek mereka. Menambah pendapatan keluarga merupakan kedua tertinggi mengapa
Sahabat menyertai AIM iaitu seramai 62.7peratus. Mendapat galakan dari Sahabat AIM dan mendapat
sokongan daripada Sahabat kumpulan masing-masing menunjukkan peratusan sebanyak 24.9 peratus
dan 18.3 peratus. Lain-lain lebih merujuk kepada meningkatkan taraf hidup sebanyak 2.1 peratus.
Taraf pinjaman Sahabat yang tertinggi adalah Skim Pinjaman Ikhtiar Mesra (I-Mesra) iaitu
sebanyak 58.6 peratus (198 orang). Skim Pinjaman Ikhtiar Srikandi (I-Srikandi) pula merupakan kedua
tertinggi iaitu sebanyak 47.9 peratus diikuti dengan Skim Pinjaman Sejahtera (I-Sejahtera) sebanyak
32.2 peratus. Skim Pinjaman Bistari (I-Bistari), Skim Pinjaman Wibawa (I-Wibawa) dan Skim
Pinjaman Wawasan (I-Wawasan) masing-masing menunjukkan peratusan sebanyak 5.6 peratus, 4.4
peratus dan 4.1 peratus.
Jumlah pinjaman RM5001 ke atas menunjukkan jumlah pinjaman yang paling tinggi yang
telah dibuat oleh Sahabat iaitu sebanyak 62.1 peratus diikuti dengan RM4000-RM5000 sebanyak 14.5
peratus, RM2001-RM3000 sebanyak 11.5 peratus, RM3001-RM4000 sebanyak 6.6 peratus dan
RM1001-RM2000 serta RM500 - RM1000 sebanyak 2.7 peratus.
Impak Skim Kepada Pendapatan Sahabat
Jadual 3 menunjukkan jumlah pendapatan bulanan Sahabat sebelum dan selepas menerima pembiayaan
kredit mikro daripada AIM. Sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM, terdapat 36.4
peratus Sahabat yang mempunyai pendapatan bulanan di dalam lingkungan kurang daripada RM440.
Namun, selepas menerima pembiayaan daripada AIM pendapatan di bawah RM440 telah berkurang
daripada 36.4 peratus kepada 0.9 peratus. Begitu juga dengan pendapatan dalam lingkungan RM441
hingga RM750 mengalami pengurangan dari 27.2 peratus sebelum menerima pembiayaan kredit mikro
daripada AIM kepada 16.0 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Jumlah
pendapatan telah mengalami peningkatan iaitu dari 24.0 peratus kepada 32.5 peratus bagi pendapatan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

1345

dalam lingkungan RM751 hingga RM1000, 11.5 peratus kepada 28.4 peratus dalam lingkungan
RM1001 hingga RM2000 dan 0.9 peratus kepada 22.2 peratus dalam lingkungan RM2001 ke atas.
Nilai signifikan bagi jumlah pendapatan bulanan Sahabat sebelum dan selepas menggunakan
Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square) ditunjukkan dalam jadual. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah
0.000, iaitu p < 0.005. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah pendapatan selepas
Sahabat menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.
Impak Skim Kepada Taraf Hidup Sahabat
Impak terhadap taraf hidup Sahabat dilihat dari status tanah yang di miliki, jenis pemilikan rumah,
bilangan bilik tidur, peralatan dapur dan rumah serta anggaran perbelanjaan bulanan Sahabat. Jika
berlaku peningkatan selepas menerima pembiayaan kredit daripada AIM maka taraf hidup Sahabat
menunjukkan peningkatan.
Jadual 4 menunjukkan status tanah, jenis pemilikan rumah, bilik tidur dan anggaran
perbelanjaan bulanan Sahabat sebelum dan selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.
Sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM 37 peratus Sahabat memiliki tanah sendiri.
Bilangan Sahabat yang memiliki tanah sendiri telah meningkat selepas mereka menerima pembiayaan
kredit mikro daripada AIM iaitu sebanyak 44.7 peratus. Status tanah milik keluarga mengalami
pengurangan sebanyak 3 peratus (10 orang) iaitu dari 36.1 peratus sebelum menerima pembiayaan
kredit mikro daripada AIM kepada 33.1 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada
AIM. Bagi status tanah milik kerajaan pula, sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM
hanya 8.3 peratus Sahabat yang mempunyai status tanah milik kerajaan dan selepas menerima
pembiayaan kredit mikro daripada AIM hanya 7.7 peratus yang mempunyai status tanah mereka milik
kerajaan. Terdapat 18.6 peratus Sahabat yang menyewa tanah tempat kediaman mereka. Namun
bilangan ini telah berkurang kepada 14.5 peratus. Nilai signifikan bagi status tanah tempat kediaman
Sahabat sebelum dan selepas menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square) ditunjukkan dalam
jadual. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.000, iaitu p < 0.005. Ini menunjukkan bahawa status
tanah mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro
daripada AIM.
Bagi pemilikan rumah Sahabat pula, pemilikan rumah sendiri menunjukkan peratusan yang
paling tinggi sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM iaitu sebanyak 50 peratus
diikuti dengan milik keluarga 29 peratus, rumah sewa 18.6 peratus dan lain-lain pemilikan 8 peratus.
Selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM, berlaku peningkatan pada pemilikan rumah
sendiri sebanyak 9.5 peratus menjadikannya 59.5 peratus. Manakala pemilikan rumah milik keluarga
telah berkurang sebanyak 4.4 peratus (15 orang) menjadikannya 24.6 peratus, rumah sewa 18.6 peratus
kepada 14.5 peratus dan lain-lain pemilikan rumah 2.4 peratus kepada 1.5 peratus. Nilai signifikan bagi
jenis pemilikan rumah Sahabat sebelum dan selepas menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chisquare) ditunjukkan dalam jadual. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.000, iaitu p<0.005. Ini
menunjukkan bahawa pemilikan rumah mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas
menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.
Bilangan bilik tidur Sahabat menunjukkan bahawa sebelum menerima pembiayaan kredit
mikro daripada AIM, 14.5 peratus (49 orang) memiliki sebuah bilik tidur dan bilangan ini telah
berkurang kepada 4.4 peratus (15 orang) selepas Sahabat menerima pembiayaan kredit mikro daripada
AIM. Sahabat yang mempunyai dua bilik tidur pula ialah sebanyak 37.9% iaitu sebelum mereka
menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM dan pengurangan juga telah berlaku selepas mereka
menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM iaitu kepada 24.9%. Sebanyak 39.9 peratus Sahabat
memiliki tiga buah bilik sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM dan selepas
menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM berlaku peningkatan kepada bilangan Sahabat yang
memiliki tiga bilik iaitu seramai 53.3 peratus. Begitu juga Sahabat yang memiliki 4 buah bilik ke atas.
Berlaku peningkatan dari 7.7 peratus sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM
kepada 17.5 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Nilai signifikan bagi
bilangan bilik tidur Sahabat sebelum dan selepas menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square)
ditunjukkan dalam jadual. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.000, iaitu p<0.005. Ini
menunjukkan bahawa bilangan bilik tidur mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas
menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.
Anggaran perbelanjaan bulanan Sahabat pula menunjukkan bahawa, sebelum menerima
pembiayaan kredit mikro daripada AIM, perbelanjaan kurang daripada RM1000 adalah yang tertinggi
iaitu sebanyak 63.9 peratus diikuti dengan 32 peratus bagi perbelanjaan dalam lingkungan RM1001
hingga RM2000, 3.6 peratus dalam lingkungan RM2001 hingga RM3000 dan 0.6 peratus dalam
lingkungan RM3001 hingga RM4000. Namun, selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada

1346

Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar

AIM, terdapat perubahan di dalam perbelanjaan bulanan Sahabat iaitu perbelanjaan dalam lingkungan
kurang daripada RM1000 sebanyak 42.3 peratus, RM1001 hingga RM2000 sebanyak 47.3, RM2001
hingga RM3000 sebanyak 8.6 peratus dan RM3001 hingga RM4000 sebanyak 1.8 peratus.
Perbelanjaan minimum sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM bagi
Sahabat-sahabat di Cawangan Kota Setar adalah sebanyak RM 215 manakala selepas menerima
pembiayaan kredit mikro daripada AIM, berlaku peningkatan sebanyak RM55 menjadikan
perbelanjaan minimum selepas menerima pembiayaan kredit mikro adalah sebanyak RM270. Bagi
perbelanjaan maksimum pula, sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM perbelanjaan
minimum Sahabat-sahabat di Cawangan Kota Setar adalah RM3230 manakala selepas menerima
pembiayaan kredit mikro daripada AIM telah mengalami peningkatan kepada RM3930. Purata
keseluruhan perbelanjaan sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM adalah
RM963.17 manakala selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM adalah sebanyak
RM1259.59.
Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa keputusan kajian adalah signifikan (t= -10.834, df =
337, p < 0.05). Hipotesis null ditolak dan keputusan kajian menunjukkan bahawa perbelanjaan bulanan
Sahabat mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro
daripada AIM.
Nilai p ialah 0.000<0.005 juga menunjukkan bahawa perbelanjaan bulanan Sahabat
mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada
AIM.
Jadual 5 pula menunjukkan peralatan dapur dan peralatan rumah Sahabat sebelum dan selepas
Sahabat menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Sebanyak 92.0 peratus Sahabat memiliki
peti sejuk sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM dan bilangan ini telah meningkat
kepada 98.8 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Bagi dapur gas pula,
sebanyak 96.7 peratus (327 orang) memiliki dapur gas sebelum menerima pembiayaan kredit mikro
daripada AIM dan telah meningkat kepada 99.1 peratus (335 orang) selepas menerima pembiayaan
kredit mikro daripada AIM. Jadual 5 menunjukkan nilai signifikan peralatan dapur Sahabat seperti peti
sejuk dan dapur gas sebelum dan selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM dengan
menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square). Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.000,
iaitu p < 0.005. Ini menunjukkan bahawa peti sejuk dan dapur gas mempengaruhi peningkatan taraf
hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.
Bagi peralatan rumah pula, jadual menunjukkan bahawa sebanyak 45.3 peratus Sahabat
memiliki meja/kerusi makan sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM dan bilangan
ini semakin meningkat kepada 89.1 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.
Begitu juga dengan peralatan rumah seperti sofa yang telah meningkat dari 18.3 peratus kepada 77.5
peratus, kabinet meningkat dari 37.6 peratus kepada 89.3 peratus, katil meningkat dari 69.2 kepada
94.1 peratus, radio meningkat dari 48.2 peratus kepada 80.2 peratus, mesin basuh meningkat dari 74.9
peratus kepada 97.9 peratus, kipas angin meningkat dari 94.1 peratus kepada 98.8 peratus dan seterika
elektrik meningkat dari 96.7 peratus kepada 98.8 peratus. Peralatan rumah seperti televisyen juga
menunjukkan peningkatan. Namun peningkatannya tidak begitu ketara iaitu dari 97.9 peratus yang
memiliki televisyen sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM kepada 98.8 peratus
yang memiliki televisyen selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.
Nilai signifikan peralatan rumah Sahabat seperti meja/kerusi makan, katil, radio dan seterika
elektrik sebelum dan selepas menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square) ditunjukkan dalam
jadual. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.000, iaitu p < 0.005. Ini menunjukkan meja/kerusi
makan, katil, radio dan seterika elektrik mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas
menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.
Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua untuk sofa dan kabinet ialah 0.002, iaitu p<0.005. Ini
menunjukkan bahawa sofa dan kabinet mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas
menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.
Manakala nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua untuk mesin basuh dan kipas elektrik ialah 0.001,
iaitu p<0.005. Ini menunjukkan bahawa mesin basuh dan kipas elektrik mempengaruhi peningkatan
taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.
Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua untuk televisyen ialah 1.000, iaitu p>0.005. Ini
menunjukkan bahawa televisyen tidak mempengaruhi peningkatan dalam taraf hidup Sahabat selepas
menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

1347

Tahap pendidikan yang tinggi sangat penting bagi setiap individu kerana pendidikan tinggi mampu
menjana peluang pekerjaan yang lebih baik dalam membantu meningkatkan pendapatan. Dalam kajian
yang dilakukan di AIM Kota Setar, walaupun 42.6 peratus Sahabat berada di bahawa Menengah
Rendah tetapi semangat mereka untuk berusaha keluar dari kemiskinan telah berjaya dilakukan.
Peningkatan tahap kesihatan Sahabat dari 63.3 peratus kepada 74.9 peratus selepas menerima
pembiayaan kredit mikro daripada AIM menunjukkan bahawa Sahabat berkeupayaan untuk bekerja
dengan lebih baik. Sebaliknya, jika tahap kesihatan Sahabat kurang baik maka mereka tidak
berkeupayaan untuk bekerja dengan lebih baik. Hal ini turut dinyatakan oleh Chambers, R. (1983) yang
menyatakan bahawa jika kelemahan fizikal seperti tahap kesihatan yang rendah, tidak berkeupayaan
dan kekurangan zat makanan akan memberi kesan kepada keupayaan individu untuk bekerja dan
memperoleh pendapatan. Kesannya individu tersebut terpaksa bergantung kepada ahli keluarga yang
lain untuk menjaganya dan keadaan ini menyebabkan ahli keluarga tidak berpeluang untuk bekerja.
Peningkatan dalam tahap kesihatan, kemudahan infrastruktur, kos sara hidup dan lain-lain telah
menunjukkan Sahabat telah memiliki taraf hidup yang lebih baik (World Bank Development 1990:
Poverty).
Jumlah pendapatan yang diperolehi oleh Sahabat sebelum dan selepas menerima pembiayaan
kredit mikro daripada AIM telah menunjukkan perubahan yang positif. Berdasarkan purata Pendapatan
Garis Kemiskinan (PGK) 2009 di negeri Kedah, PGK bagi kawasan luar bandar adalah sebanyak
RM720 sebulan (Malaysian Urban Rural Nation Indicators Network on Sustainable Development,
2011). Sebelum Sahabat menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM, seramai 215 orang iaitu
63.6 peratus Sahabat yang berada di bawah PGK. Namun, selepas menerima pembiayaan kredit mikro
daripada AIM bilangan Sahabat yang berada di bawah PGK semakin berkurang kepada 57 orang
(16.9%) menunjukkan bahawa 83.1 peratus Sahabat telah melepasi PGK setelah menerima pembiayaan
kredit mikro daripada AIM. Ini menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro yang diberikan oleh
AIM dan penyertaan Sahabat dalam AIM mampu meningkatkan jumlah pendapatan bulanan mereka
sekaligus mengurangkan insiden kemiskinan di Malaysia. Peningkatan pendapatan ini telah
membuktikan bahawa program AIM telah berjaya menyumbangkan pulangan yang lumayan kepada
Sahabat yang menyertainya.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro yang diberikan oleh AIM
dan penyertaan Sahabat dalam AIM telah mengubah taraf kehidupan mereka. Jika ditinjau dari
perubahan yang berlaku kepada Sahabat, perubahan yang jelas bukan sahaja dari segi pendapatan
malah berlaku perubahan dalam pemilikan harta benda. Dari hasil kajian yang diperoleh terbukti
bahawa terdapat perubahan dalam status tanah, jenis pemilikan rumah, bilik tidur, peralatan dapur dan
peralatan rumah serta perbelanjaan bulanan Sahabat yang menunjukkan taraf kehidupan mereka
bertambah baik. Status tanah milik sendiri telah mengalami peningkatan dari 37 peratus kepada 44.7
peratus begitu juga dengan pemilikan rumah sendiri telah mengalami peningkatan dari 50 peratus
kepada 59.5 peratus. Peralatan dapur seperti peti sejuk dan dapur gas juga menunjukkan peningkatan
berdasarkan ujian Khi Kuasa Dua yang telah lakukan iaitu peti sejuk dan dapur gas mempengaruhi
peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Peralatan
dapur seperti meja/kerusi makan, sofa, kabinet, katil, radio, mesin basuh, kipas elektrik dan seterika
elektrik menunjukkan peningkatan yang positif. Sahabat dilihat telah mampu memiliki peralatanperalatan rumah selepas mereka menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Begitu juga dengan
bilangan bilik tidur di mana Sahabat mampu menambah bilangan bilik tidur. Peningkatan dalam
peralatan dapur, peralatan rumah dan bilangan bilik tidur telah memberikan keselesaan hidup kepada
Sahabat-sahabat.
Perbelanjaan bulanan juga menunjukkan perubahan yang positif iaitu perbelanjaan yang
kurang daripada RM1000 telah berkurang dari 63.9 peratus kepada 42.3 peratus. Majoriti Sahabat
berbelanja dalam lingkungan RM1001 hingga RM2000 sebulan.
Berdasarkan pandangan umum Sahabat terhadap AIM, 97.9 peratus Sahabat bersetuju bahawa
pembiayaan kredit yang diberikan oleh AIM mampu meningkatkan taraf hidup mereka dan 99.4
peratus berpendapat bahawa AIM juga mampu meningkatkan pendapatan mereka. Ini diperkuatkan lagi
kenyataan-kenyataan yang menyokong keberkesanan AIM iaitu mereka bersetuju bahawa AIM wajar
diteruskan dan diperluaskan di seluruh negara dan AIM merupakan salah satu cara yang dilihat
berkesan dalam membasmi kemiskinan di Malaysia.
Secara keseluruhannya, AIM telah berjaya melaksanakan peranan utamanya untuk
mengurangkan kemiskinan negara melalui pembiayaan kredit mikro yang diberikan kepada Sahabat.
Bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan
rendah telah membantu meningkatkan keyakinan dalam diri dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Penglibatan Sahabat dalam AIM juga mampu meningkatkan pendapatan sekaligus membolehkan
mereka menikmati taraf hidup yang lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum mereka menerima

1348

Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar

pembiayaan kredit mikro dan menyertai program AIM. Pembiayaan kredit mikro yang disediakan oleh
AIM telah membantu mereka untuk mengubah corak kehidupan mereka. Pembiayaan yang diberikan
membolehkan mereka memulakan projek perniagaan dan menambah baik projek perniagaan yang sedia
ada. Selain itu, manfaat yang boleh diperoleh oleh Sahabat ialah manfaat kepada pembaikan rumah dan
peluang pendidikan anak-anak Sahabat. Dengan adanya AIM ini, kehidupan Sahabat-sahabat akan
berubah dan kemiskinan di Malaysia dapat dikurangkan.

RUJUKAN
Abdullah, AM,. et. al. 2010. Impact Of Amanah Ikhtiar Malaysias Microcredit Schemes On Hardcore
Poor Households Quality Of Life. International Research Journal of Finances and Economics.
Abdullah, AM,. et. al. 2011. Examining The Effect Of Participation In Microcredit Program On Assets
Owned By Hardcore Poor Households In Malaysia. Vol 5(22): 9286-9296.
Abdullah, AM,. et. al. 2012. Examining The Effect Of Amanah Ikhtiar Malaysias Microcredit
Program On Microenterprise Assets In Rural Malaysia. Vol.8, No4.
Abdullah, AM,. et. al. 2012. Examining The Effect Of Amanah Ikhtiar Malaysias Microcredit
Program On Their Clients Quality Of Life In Rural Malaysia. International Journal Of
Economics and Finance. Vol.4, No.1.
Amanah Ikhtiar Malaysia & Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembangunan Lestari Keluarga Miskin
Melalui Kewangan Mikro :Penemuan Kajian Impak 6, Amanah Ikhtiar Malaysia
Chambers, R. (1983). Rural poverty: Putting the last first. Longman.
Jahangir, AL. et.al. 2002. The Impact Of Micro-Credit On Poverty: Evidence From Bangladesh.
Laily Paim & Sharifah Azizah. 2010. Kemiskinan di Malaysia: Isu Fundamental dan Paparan Realiti.
Penerbitan UPM: Serdang.
Laman Web Amanah Ikhtiar Malaysia. http://www.aim.gov.my
Malaysian Urban Rural Nation Indicators Network on Sustainable Development. 2011. Kadar
Kemiskinan
Mohamed Zaini. 2010. Pembasmian Kemiskinan Di Malaysia: Pengalaman Amanah Ikhtiar Malaysia.
Penerbit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Norma,MS., Jarita, D. 2011. An Economic Impact Assessment Of A Microcredit Program In Malaysia:
The Case Of Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). International Journal of Business and Society,
Vol. 12, No.1: 1-14
Saifoul Zamzuri., et.al. 2012. Impak kredit mikro ke atas ketaksamarataan pendapatan di kalangan
sahabat Amanah Ikhtiar di Kedah dan Kelantan. Jilid 1. 228-237.
Unit Perancang Ekonomi.
World Bank Development. 1990: Poverty Reduction and Equity.
Zaimah Ramli. 2010. Pengurusan Kredit Mikro Di Kalangan Wanita. Vol 5, No. 1: 132-141
Zaini.O,. et.al. 2012. Pencapaian skim kredit mikro Amanak Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam lanskap
pembangunan luar bandar: Satu penilaian. Malaysia Journal of Society and Space.
Zaini.O,. et.al. 2012. The Economic Performance Of The Amanah Ikhtiar Malaysia Rural Microcredit
Programme: A Case Study In Kedah.

JADUAL 1: Profil Responden


Pemboleh ubah
Agama:Islam
Hindu
Kristian
Buddha

Bilangan
Sahabat (orang)

Peratus
(%)

336
2
0
0

99.4
0.6
0.0
0.0

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

1349

Lain-lain
Jumlah
Etnik:Melayu
India
Cina
Lain-lain
Jumlah
Taraf Perkahwinan:Bujang/Tidak berkahwin
Ibu Tunggal
Berkahwin
Jumlah
Umur:18 hingga 27 tahun
28 hingga 37 tahun
38 hingga 47 tahun
48 hingga 57 tahun
58 hingga 67 tahun
68 hingga 77 tahun
Jumlah
Min
Minimum
Maksimum
Tanggungan:Tiada
1 hingga 2 orang
3 hingga 4 orang
5 orang ke atas
Jumlah
Min
Median
Mod
Bilangan isi rumah:1 hingga 2 orang
3 hingga 4 orang
5 hingga 6 orang
7 orang ke atas
Jumlah
Min
Median
Mod
Tahap Pendidikan:Tidak bersekolah
Sekolah Rendah
SRP/PMR Dan Setaraf Dengannya (Menengah Rendah)
SPM Dan Setaraf Dengannya (Menengah Atas)
STPM Dan Setar Dengannya
Sijil/Diploma/Ijazah Dan Setaraf Dengannya
Jumlah
Sumber: Kaji selidik 2013

0
338

0.0
100.0

336
2
0
0
338

99.4
0.6
0.0
0.0
100.0

6
48
384
338

1.8
14.2
84.9
100.0

66
126
92
42
11
1
338
42 tahun
24 tahun
75 tahun

19.5
37.3
27.2
12.4
3.3
0.3
100.0

9
55
120
154
338

2.7
16.3
35.5
45.6
100.0
3.24
3
4

27
88
141
82
338

8.0
26.0
41.7
24.3
100.0
2.82
3
3

14
50
80
166
20
8
338

4.1
14.8
23.7
49.1
5.9
2.4
100.0

JADUAL 2: Profil Pembiayaan Mikro


Pemboleh ubah
Tempoh Penyertaan:Kurang dari 1 tahun
1 hingga 2 tahun

Bilangan
Sahabat (orang)

Peratus
(%)

23
51

6.8
15.1

1350

Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar

3 hingga 4 tahun
Lebih daripada 5 tahun
Jumlah
Sebab menyertai AIM:Mudah mendapat modal kewangan untuk menjalankan projek
Mendapat galakan dari sahabat AIM sebelum ini
Mendapat sokongan daripada sahabat sekumpulan
Menambah pendapatan keluarga
Lain-lain
Jumlah
Taraf Pinjaman:Skim Pinjaman Ikhtiar Mesra
Skim Pinjaman Ikhtiar Srikandi
Skim Pinjaman Wibawa
Skim Pinjaman Wawasan
Skim Pinjaman Sejahtera
Skim Pinjaman Bistari
Jumlah Pinjaman:RM500 RM1000
RM1001-RM2000
RM2001-RM3000
RM3001-RM4000
RM4001-RM5000
RM5001 dan ke atas
Jumlah
Sumber: Kaji selidik 2013

79
185
338

23.4
54.7
100.0

280
84
62
212
7
338

82.8
24.9
18.3
62.7
2.1
100.0

198
162
15
14
109
19

58.6
47.9
4.4
4.1
32.2
5.6

9
9
39
22
49
210
338

2.7
2.7
11.5
6.6
14.5
62.1
100.0

JADUAL 3: Jumlah Pendapatan Bulanan Sahabat


Jumlah Pendapatan Bulanan
kurang daripada RM440
RM441 - RM750
RM751 - RM1000
RM1001 - RM2000
RM2001 ke atas
Jumlah
Nilai p
Sumber: Kaji selidik 2013

Sebelum
Selepas
Bilangan
Peratus %
Bilangan
Peratus %
123
36.4
3
0.9
92
27.2
54
16.0
81
24.0
110
32.5
39
11.5
96
28.4
3
0.9
75
22.2
338
100.00
338
100.00
0.000

JADUAL 4: Status Tanah, Jenis Pemilikan Rumah, Bilangan Bilik Tidur Sahabat dan Anggaran
Perbelanjaan Bulanan
Pemboleh ubah
Status Tanah:Milik sendiri
Milik keluarga
Milik kerajaan
Sewa
Jumlah
Nilai p
Jenis Pemilikan Rumah:Milik sendiri
Milik keluarga
Sewa
Lain-lain
Jumlah
Nilai p

Sebelum
Bilangan
Peratus %
125
122
27
63
338

Selepas
Bilangan
Peratus %

37.0
36.1
8.3
18.6
100.0

151
112
26
29
338

44.7
33.1
7.7
14.5
100.0

201
83
49
5
338

59.5
24.6
14.5
1.5
100.0

0.000
169
98
63
8
338

50.0
29.0
18.6
2.4
100.0
0.000

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

Bilangan Bilik Tidur:1


2
3
4 ke atas
Jumlah
Nilai p
Perbelanjaan Bulanan:kurang daripada RM1000
RM1001 - RM2000
RM2001 - RM3000
RM3001 - RM4000
Jumlah
Minimum
Maksimum
Min
Paired Sampel Test (Ujian-t)
Nilai p
Sumber: Kaji selidik 2013

49
128
135
26
338

1351

14.5
37.9
39.9
7.7
100.0

15
84
180
59
338

4.4
24.9
53.3
17.5
100.0

143
160
29
6
338

42.3
47.3
8.6
1.8
100.0

0.000
216
108
12
2
338

63.9
32.0
3.6
0.6
100.0
RM 215
RM3230
RM963.17

RM270
RM3930
RM1259.59
-10.834
0.000

JADUAL 5: Peralatan Dapur Dan Peralatan Rumah Sahabat


Pemboleh ubah
Bil
(Ada)
Peralatan Dapur :Peti sejuk
311
Dapur gas
327
Peralatan Rumah:Meja/kerusi makan
153
Sofa
62
Kabinet
127
Katil
234
Televisyen
331
Radio
163
Mesin Basuh
252
Kipas Elektrik
318
Seterika Elektrik
327
Sumber: Kaji selidik 2013

Sebelum
%
Bil
(Tiada)

Bil
(Ada)

Selepas
%
Bil
(Tiada)

Nilai
p

92.0
96.7

27
11

8.0
3.3

334
335

98.8
99.1

4
3

1.2
0.9

0.000
0.000

45.3
18.3
37.6
69.2
97.9
48.2
74.9
94.1
96.7

185
276
211
104
785
175
85
20
11

54.7
81.7
62.4
30.8
2.1
51.8
25.1
5.9
3.3

301
262
302
318
334
271
331
334
334

89.1
77.5
89.3
94.1
98.8
80.2
97.9
98.8
98.8

37
76
36
20
4
67
7
4
4

10.9
22.5
10.7
5.9
1.2
19.8
2.1
1.2
1.2

0.000
0.002
0.002
0.000
1.000
0.000
0.001
0.001
0.000

Você também pode gostar