1. Amalina Biofuel (ABF) diperkenalkan sebagai penyelesaian kepada krisis pemanasan global melalui proses pirolisis bahan api bio yang bersih dan mesra alam.
2. Proses R&D ABF dibiayai oleh Amalina Holdings dan bermula di Jepun pada 2009, menghasilkan bahan api bio pertama.
3. ABF menyumbang pengurangan gas CO2 dan mematuhi dasar bahan api bio kebangsaan.
1. Amalina Biofuel (ABF) diperkenalkan sebagai penyelesaian kepada krisis pemanasan global melalui proses pirolisis bahan api bio yang bersih dan mesra alam.
2. Proses R&D ABF dibiayai oleh Amalina Holdings dan bermula di Jepun pada 2009, menghasilkan bahan api bio pertama.
3. ABF menyumbang pengurangan gas CO2 dan mematuhi dasar bahan api bio kebangsaan.
1. Amalina Biofuel (ABF) diperkenalkan sebagai penyelesaian kepada krisis pemanasan global melalui proses pirolisis bahan api bio yang bersih dan mesra alam.
2. Proses R&D ABF dibiayai oleh Amalina Holdings dan bermula di Jepun pada 2009, menghasilkan bahan api bio pertama.
3. ABF menyumbang pengurangan gas CO2 dan mematuhi dasar bahan api bio kebangsaan.
Amalina Biofuel (ABFTM) kini hadir sebagai jalan penyelesaian
1
yang progresif terhadap krisis pemanasan global. Proses baru
yang telah dipatenkan ini (dimiliki bersama oleh Hj Ramlan Majid dan Encik Nishida) dibangunkan di Jepun, dan ia telah dirumuskan sehingga menjadi bahan api bio serba guna yang terbersih setakat ini. Proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam kaedah pengeluaran ABF dibiayai oleh Amalina Holdings, dan ia bermula di Jepun. Pada tahun 2009, bahan api bio ABF yang pertama seumpamanya telah berjaya dihasilkan di Kangsai. Kini Haji Ramlan bin Abdul Majid, Encik Nishida dan Encik Kazuhiro Hamada boleh berbangga dengan pencapaian mereka dalam memperkenalkan bahan api yang paling mesra alam kepada dunia. Ia turut mematuhi Polisi Bahan Api Bio Kebangsaan yang menggalakkan pengurangan terhadap penggunaan bahan api fosil, disamping meningkatkan daya saing industri pertanian dan industri yang berasaskan komoditi. Amalina Biofuel Generasi terbaru bahan api yang berasaskan biojisim untuk generasi kini dan akan datang yang lebih peka terhadap alam sekitar. Ia menyumbang terhadap ketara terhadap pengurangan gas C02 di atmosfera memandangkan ia 100% berasaskan biojisim.
Umat manusia di seluruh dunia kini menghadapi satu krisis yang
sama pemanasan global, dan kita tidak boleh lagi berpeluk tubuh. Andainya tahap C02 tidak dapat dikurangkan dengan ketara, bukan sahaja generasi kita, malah generasi akan datang akan mengalami satu masalah besar, terutama sekali anak-anak
Insertion of PICTURE / MOVIE
TIME
kita. Hamada Boiler dari Jepun, dengan kelengkapan mereka yang 2
serba canggih, telah membangunkan sebuah teknologi baru untuk
memproses bahan api bio menggunakan Teknologi Pirolisis Haba Terma (Pyrolysis Thermal Heat Technology). Kami menggelarkannya sebagai Projek Amalina Biofuel (ABF). Ia akan menyumbang terhadap pengurangan gas C02 di atmosfera dengan ketara kerana ia bersifat biojisim.
- Bahan api diesel untuk kegunaan automotif dan sektor industri,
oleh kerana ia bersifat fosil, telah membawa kepada kandungan gas C02 yang banyak di atmosfera.
- Apabila bahan api bersifat fosil digantikan dengan bahan api
fosil bersifat biojisim, ia akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas merbahaya ke udara dengan ketara, dan ini akan memberi impak kepada dimensi politik dan sosial di seluruh dunia.
- Memandangkan Malaysia adalah di antara negara pengeluar
minyak sawit terbesar di dunia, HAMADA Group percaya bahawa tiada negara lain yang lebih sesuai untuk projek seperti ini.
- Marilah kita berganding bahu dalam merealisasikan penggunaan
100% Amalina Biofuel untuk sektor industri dan automotif demi kesejahteraan generasi akan datang.
- Amalina Biofuel diperbuat daripada bahan-bahan mentah seperti
Tandan Sawit Segar (FFB), kacang kastor dan jatropha yang tidak diproses. Tiada sebarang proses lain yang diperlukan, tidak seperti biodiesel yang menggunakan Minyak Sawit Mentah (CPO) sebagai bahan asasnya. Apa yang penting adalah proses ini tidak memerlukan sebarang penyediaan lain, dan FFB boleh digunakan dalam bentuk asalnya. Tandan yang terlebih masak mahupun rosak tetap boleh digunakan, kerana asid lemak bukanlah satu isu bagi teknologi baru ini, dan juga kerana produk siapnya (ABF) bukan bertujuan untuk digunakan dalam makanan.
- Antara kelebihan utama ABF adalah dari aspek Titik Cecair.
Biodiesel konvensional, apabila digunakan dengan cara lama hanya boleh bercampur dengan bahan api fosil sekitar 5%, dan nisbah campuran ini tidak boleh bertambah kerana Titik Cecair yang membekukan bahan api pada 13 darjah centigrade/celcius. Oleh kerana titik cecair yang terdapat pada biodiesel konvensional, ia tidak boleh digunakan di negara beriklim sejuk, di mana suhu berada di bawah 13 darjah celcius. Dengan ABF, Titik Cecair terletak pada paras suhu negatif 15 darjah celcius, maka ia boleh digunakan hampir di seluruh pelusuk dunia. Boleh dikatakan bahawa potensi produk siap ini tidak berpenghujung.
- Kaedah Pirolisis Baru tidak memerlukan sebarang penyediaan
sebelum proses dijalankan. Sebaliknya, proses bermula daripada Tandan Sawit Segar dalam bentuk asalnya, dan Kaedah Pirolisis Haba Terma diaplikasikan.
- Kaedah biodiesel konvensional menggunakan Pertukaran Ester
bersama Metanol dan Alkali sebagai pemangkinnya. Minyak diesel yang dihasilkan oleh kaedah konvensional tidak boleh bercampur dengan bahan api fosil lebih daripada 10% kerana kewujudan Gliserin pada kadar yang banyak, di mana ia akan menyumbat sistem penapisan bahan api. Satu liter bahan api fosil menghasilkan 2.6kg gas C02 apabila digunakan. Oleh itu, campuran pada kadar nisbah 10%, satu liter campuran biodieselfosil tetap menghasilkan 2.35 kg gas C02. Dengan bahan api baru ABF, langsung tiada pelepasan gas merbahaya kerana ia Bebas Karbon.
- Disamping Kilang minyak kelapa sawit menghasilkan Minyak
Sawit Mentah atau CPO, iaitu bahan asas untuk biodiesel, aliran bahan buangan yang turut terhasil memerlukan rawatan yang serius, itu belum termasuk lagi baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga menghasilkan lambakan Tandan Sawit Kosong (EFB) yang sukar untuk dilupuskan.
- Kaedah baru sistem ABF adalah sangat mesra alam kerana
tiada sebarang aliran bahan buangan yang terhasil daripada proses ini. Ia juga tidak memerlukan sebarang rawatan.
- Di dalam loji pemprosesan kami yang sebesar 2,000 kiloliter,
sebanyak 280 liter Minyak Ringan dihasilkan pada setiap jam sebagai produk sampingan, dan ia cukup untuk menjana kuasa untuk generator elektrik 1,800 KVA. Oleh itu, keperluan elektrik loji ini dijana oleh kemudahannya sendiri.
- Antara produk sampingan lain adalah Gas Metana. Dalam setiap
loji 2,000 kiloliter, 1,050 kilogram gas metana pada kadar 6,000 kilo kalori setiap kilogram dihasilkan, cukup untuk menghidupkan Relau Pemanasan. Sekali lagi, keperluan loji ini dijana oleh kemudahannya sendiri.
- Satu lagi produk sampingan adalah sisa-sisa karbon yang
sedikit sebanyak mempunyai nilai komersial. Dalam bentuk karbon, ia tidak mempunyai sebarang bau yang kurang enak, dan ia juga senang diuruskan.
HAMADA BOILER akan terus menyambung usaha penyelidikan
dan pembangunan di dalam Sektor Tenaga Bio, dan ia akan melibatkan diri dalam isu-isu alam sekitar dengan serius.
AMALINA HOLDINGS, Encik Nishida dan HAMADA BOILER
GROUP telah menandatangani MOU pada tarik April 29, 2009 dan kami berharap untuk memulakan projek loji ABF 2000 Kiloliter pada bulan Ogos tahun ini. Kami nekad untuk memberi komitmen kepada projek yang akan membawa kemakmuran kepada Malaysia, dan akan menyumbang kepada pengurangan gas C02 ke atmosfera, demi masa depan dunia yang lebih hijau.