Você está na página 1de 14

[Seram] Kisah Disebalik Pembersihan di Kawasan 'Ayah Pin'

Seram sejuk admin baca kisah Hj Lokman ini semasa dia mengadakan satu upacara membersihkan kawasan yang
dikatakan bekas ajaran 'Ayah Pin' dijalankan.. Pelbagai perkara-perkara pelik dan seram yang tejadi hasil gangguan drpd
jin yang menapak dikawasan itu.. Mari ikuti Kisah Hj lokman ini dan semoga memberi manfaat kepada para pembaca
sekalian..

Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya
kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama
Namun, ramai yang tak tahu kisah benar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin.
Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam
memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.
Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung
seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal
bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan
struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak
pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.
Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar
negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di
Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikutpengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari
pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan
Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam
permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.
Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003,
saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur.
Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang
bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.
Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada
masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung
bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman
Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat
kawasan Kerajaan Langit di Besut.
Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk
merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang
pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya
bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah
dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu
tenaga pengajar mereka.
Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah
yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.
Saya juga scan setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah

semangat atau bermasalah.


Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja.
Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan
juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau road block bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi
road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk
mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk
menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas
yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang
sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya
melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan
dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat
melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat
pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal
nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh
pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau quick survey di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam
kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jinjin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya
mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada
golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak
serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu
suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya
basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.
Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali seekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu
berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari
adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu.
Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah
kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana
memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala
Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang
dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran
Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu
dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian
sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah
lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Hj. Lokman
19 November 2010

Ada apa Dengan Ayah Pin


Kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan
mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan
bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya
sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

Penutupan..
Sunday, January 15, 2006

Setelah berfikir beratus kali.. Dengan ini dan pada hari ini saya sebagai Webmaster Ada apa dengan Ayah
Pin secara rasminya menutup blog ini dan dipindahkan kepada weblog saya yang baru di Tak Habis-Habis
Dengan Blog atau Nuansa dari seorang Helpdesk. Segala informasi terkini Ayah Pin boleh didapati di
weblog tersebut. Walaubagaimanapun segala Informasi yang terkandung di weblog ini akan tetap berada
disini sampai bila-bila agar menjadi rujukan kepada semua - Itupun selagi Blogspot terus wujud. Terima
kasih kepada anda yang tidak terhingga kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Harapan saya semoga
anda tidak terjebak dengan perkara-perkara yang boleh menyesatkan dan menduakan Allah SWT. Terima
Kasih dan Sayonara..........Jika ada Komen silakan, Feedback dari anda amat penting bagi saya untuk
menjayakan dunia Blog ini....Yang benar...Ex Pin Vader....

Pengumuman dari Webmaster....


Wednesday, November 09, 2005

Saya sebagai Webmaster Ayah Pin nie berbanyak mintak Maaf di atas jangkamasa yang agak lama untuk
meng"update"kan BLog nie... Sebenarnya saya telah berpindah kerumah baru dan malang sekali rumah baru saya
tiada talian telefon maka dengan itu... tiadalah update.. Minta maaf sekali lagi (kebetulan pulak sekarang ini bulan
Syawal) diatas kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Mulai
sekarang saya cuba meng'update'kan kembali blog ayah pin nie... tetapi sumber-sumber yang agak terhad dikala
ini membuatkan saya hampir tidak dapat memastikan dimana saya harus mencari sumbernya dan jika sesiapa ader
yang terlihat dan terbaca kisah ayah Pin yang paling 'latest' saya meminta jasa baik anda untuk mengirimkannya
kepada saya di e-mail Add : ayah.pin@gmail.com. Semoga pertolongan anda diberkati Allah hendaknya.
.Sila Lawati personal Blog saya.
Untuk pengetahuan semua saya ada terdengar baru-baru ini dari sumber yang kepastian/kesahihan agak
diragukan yang mengatakan bahawa ayah Pin telah mati secara misteri - Seperti ada perancangan teratur oleh
pihak tertentu agar menamatkan riwayatnya dimana mereka (pencerita) juga tidak pasti siapa. Jika ada diantara
anda pernah mendengar atau menerima cerita ini sila e-mail kan kepada saya untuk kita berkongsi bersama
(pastikan kisah anda tidak direka-reka). Saya pasti banyak diantara kita diluar sana sedang ternanti-nanti apa
kesudahannya cerita ayah Pin ini. Kisah orang tua ini (ayah Pin) nampaknya tidak lagi "hot" seperti dahulu.
Memandangkan blog ini ternanti-nanti cerita ayah Pin (terkini) yang saya tidak pasti sampai bila.. saya ingin
meneruskan informasi yang mirip dengan ayah Pin (sesat dan perkara yang boleh merosakkan akidah) agar blog ini
tidak mati begitu sahaja dan menjadi rujukan kepada kita semua agar tidak sesat seperti pengikut ayah Pin. Saya
tidak mahu kita kehilangan satu persatu saudara islam kita disebabkan manusia seperti ayah Pin durjana nie.
Sebelum saya meneruskan niat saya itu saya haruslah mendapatkan 'feedback' dari anda. Saya akan membuat polls
(undian) untuk mendapatkan feedback dari anda semua.

Izinkan Saya Tangkap Ayah Pin - Dr. Muhammad Idrus.


Sunday, September 25, 2005

"Izinkan saya menangkap manusia bernama ayah Pin nie tanpa sebarang upah kerana kes ini menyentuh kesucian
agama Islam". Itulah yang sering dikatakan oleh seorang Paranormal Indonesia. Dr. Muhammad Idrus, 48 sepanjang
perbualan berkenaan Isu ayah Pin. Dr Muhammad Idrus yang sememangnya terkenal di Indonesia gara-gara kes
bomoh Ahmad Suraji (Dukun AS) iaitu telah berjaya membongkar mayat korban bomoh tersebut. Selain itu beliau
juga telah berjaya dengan beberapa kes lain yang berkaitan. Dr Idrus ingin bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia
untuk menyelesaikan kes ayah Pin yang sememangnya telah mencemarkan kesucian agama Islam.
*

Menurutnya, beliau berani berkata demikian kerana baru-baru ini beliau telah menerima sebatang paku
yang katanya datang dari alam Ghaib, Paku tersebut diperolehinya pada tanggal 17 Ogos yang lalu pada
jam 10 pagi. Semasa itu saya menghadiri satu majlis. Sebelum saya masuk ke dalam Wisma Duta Indonesia
dimana majlis itu berlangsung saya berdoa kepada dan memohon kepada Allah SWT. Kalau benarlah ajaran
ayah Pin tidak usahlah kau turunkan apa-apa tapi jika tidak benar, kau temukanlah aku dengannya. Selang
beberapa minit kemudian sewaktu beliau sedang menjamu selera tiba-tiba beliau dikejutkan dengan
kehadiran paku yang tertulis kalimah Allah betul-betul jatuh ke cawannya.
*

Paku ini saya gelarkan Paku Arasy, ini bukan barang


mainan atau pusaka kerana ianya jatuh pada siang hari selepas selesai berdoa. Paku ini juga boleh
membuat ayah Pin terbunuh. Saya hanya nak minta agar kerajaan Malaysia membenarkan saya memburu
ayah Pin. Jika tidak saya akan pulang ke Indonesia dengan hati yang sedih dan kecewa. "Ayah Pin tidak
punyai apa-apa dan dia hanya ada pedamping iaitu Jin yang membantunya. Apa yang saya tahu dia kini
berasa di Sri Lanka. Jika ditangkap cara biasa nampaknya mustahil dan harus dibuat secara batin
Insyallah akan berhasil. Saya boleh secara sendiri namun jika ada paranormal dari Malaysia yang ingin
membantunya secara ikhlas dipersilakan kerana ini berkaitan akidah Islam dipijak orang. Saya tidak mahu
Rasulullah di duakan . Nasib dia tidak sebut dia utusan Allah. Kalau dia cakap macam tuh detik ini saya
akan menghentamnya" ujar Dr dari tanah seberang ini. Ujarnya lagi.. "Jika paku ini diragui, paranormalparanormal di Malaysia boleh mencuba kekuatan paku tersebut tanpa mengira berapa ramai yang mahu".
*

Pada saya jika emas jatuh ke lubang najis pun ia tetap dipanggil emas. Saya bukan bomoh komersial,
Saya tampil adalah bukan kerana untuk popular tapi untuk kerja besar berkaitan umat Islam dan sekali
lagi ingin saya katakan. Izinkan saya menangkap ayah Pin.
Pedoman; Katakanlah : Demi sesungguhnya jika bersatu alam manusia dan Jin untuk berbuat seumpama
Al-Quran ini, mereka tidak dapat membuat yang seumpamanya, sekalipun sebahagian mereka membantu
yang lain. (Surah Al-Isra : 88)
Dipetik dari : Mingguan Misteri...

Akhirnya dapat Peguam - Kamariah (Ustazah yang murtad)


Saturday, September 03, 2005

Empat daripada 45 pengikut ajaran sesat ayah Pin diwakili seorang peguam syarie tempatan. Wan Haidi Wan
Josuh hadir dihadapan hakim Mohammad Abdullah iaitu sebagai peguam yang mewakili ke-empat pengikut
ajaran yang tegar iaitu:
1. Kamariah Ali, 54
2. Amirah Mohd, 29
3. Noraini Mdd Yaakub
4. Deraman Mamat, 56

Kamariah turut menghadapi tuduhan mengikut seksyen 7, enakmen yang sama kerana mengaku bukan
lagi beragama Islam. Peguam itu juga meminta agar hakim tidak membenarkan media menyiarkan
namanya semasa perbicaraan itu berlangsung. Namun hakim menolak permohonan itu kerana tidak ada
peruntukan dalam undang-undang seperti itu dan menyerahkan budi bicara media samaada menyiarkan
atau tidak. Ketua pendakwa memohon mahkamah mengarahkan Kamariah memakai tudung ketika dalam
perbicaraan kerana ia merupakan peraturan yang ditetapkan oleh mahkamah syariah.
Kamariah nie memang degil nak mampus. Bukan saja telah murtad malah degil dengan perintah
mahkamah. Sedangkan Lady Diana dulu pun semasa melawat masjid pun masih menghormati agama
islam dengan memakai tudung dier nie pulak selamba ajer. Memang kamu sudah menjadi kafir... tapi
kamu harus menghormati Islam. Kamu dikira beruntung kerana kamu berada di Malaysia, Jika kamu
berada di Timur Tengah entahlah apa nasib kamu.

Pengikut cari katak, jadi bomoh ekor.


Wednesday, August 31, 2005

Beberapa pengikut ajaran sesat Ayah Pin dikatakan pernah mencari


rezeki dengan melakukan pelbagai kerja pelik termasuk menjual katak kepada restoran bukan Islam dan menjadi
bomoh judi nombor ekor.
Perkara ini didedahkan oleh beberapa penduduk Kampung Batu 13 yang mengakui pengikut kumpulan itu
sanggup melakukan pekerjaan yang menjelekkan dan menyalahi agama bagi mendapatkan wang untuk menyara
kehidupan mereka.
Seorang peniaga kedai runcit yang dikenali sebagai Ibrahim, 55, berkata, kedainya kerap kali didatangi oleh
beberapa pengikut Ayah Pin yang hendak membeli bateri lampu suluh bagi mencari katak pada waktu malam.
Saya hairan kerana mereka datang tiga atau empat kali seminggu untuk membeli bateri dan pernah bertanyakan
tentang perkara itu kepada pengikut kumpulan berkenaan. Mereka beritahu yang bateri cepat habis kerana
lampu suluh digunakan untuk menyuluh dan menangkap katak pada waktu malam di kawasan ladang getah di
sekitar kampung ini,'' katanya ketika ditemui di sini, petang semalam.
Sebanyak 58 pengikut kumpulan itu telah ditahan dalam satu serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
yang dibantu polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin lalu.
Perkampungan yang mempunyai beberapa bangunan dan replika gergasi seperti cerek dan payung itu kini
lengang dengan hanya beberapa kanak-kanak yang menghuninya selepas operasi tersebut. Ibrahim memberitahu,
pengikut kumpulan itu boleh mendapat sehingga empat hingga lima kilogram (kg) katak pada setiap malam dan ia
kemudiannya dijual kepada peraih Cina. Mengikut kata mereka, katak-katak itu dijual dengan harga RM15 hingga
RM17 sekilogram dan ia akan dijadikan hidangan kepada pelanggan di restoran-restoran bukan Islam di beberapa
tempat termasuk di Kota Bharu, Kelantan,'' ujarnya.
Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, markas kumpulan itu juga pernah menjadi
tempat tumpuan kepada kaki-kaki judi dari beberapa kawasan berdekatan untuk mendapat nombor ekor.

Ujarnya, beberapa pengikut Ayah Pin mendakwa mereka boleh


mendapat keputusan nombor ekor lebih awal dengan upacara `menurun' pada setiap malam Jumaat. Katanya,
setiap kaki judi yang hendak mendapatkan nombor yang hendak dibeli perlu membayar di antara RM20 hingga
RM50 kepada pengikut Ayah Pin yang kononnya boleh membantu dengan kuasa dari Kerajaan Langit. Saya sendiri
pernah cuba untuk mendapatkan nombor daripada mereka, tetapi tak berhasil kerana nombor yang saya beli tak
`naik'. Sebab itu saya sedar ini semua tipu,'' katanya ketika ditemui di Kampung Batu 13 dekat, sini. Menurutnya,
selain itu para pengikut Ayah Pin juga melakukan beberapa kerja lain seperti penoreh getah, peneroka, tukang
rumah, pemandu van pekerja dan juga penjual batu nisan.
Sumber : Utusan Malaysia

Sisa replika `Kerajaan Langit' dibuang ke lombong'

Sebuah lombong terbiar di Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut dekat
sini menjadi tempat pembuangan sisa replika gergasi dan premis yang dirobohkan dari perkampungan `Kerajaan
Langit' Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.
Beribu-ribu tan sisa runtuhan dipunggah keluar dari markas kumpulan ajaran sesat itu dan dibuang ke kawasan
berkenaan sejak operasi meroboh dimulakan Ahad lalu.
Antara yang dirobohkan termasuk replika payung gergasi, kendi, cerek, bahtera dan dewan perhimpunan yang
dipercayai dibina dengan kos RM2 juta.
Bagaimanapun 34 rumah pengikut kumpulan itu tidak dirobohkan. Tinjauan di kawasan lombong yang terletak
kira-kira sembilan kilometer dari perkampungan Ayah Pin mendapati, sisa runtuhan dilonggokkan di situ sebelum
diratakan menggunakan jentolak. Beberapa tiang replika payung gergasi dan bumbung dewan perhimpunan
kumpulan itu yang berwarna merah juga bertaburan dan tertimbus di kawasan tersebut.

Cebisan zink dan besi turut diasingkan di sebuah kawasan lain dan dipercayai akan
dipungut oleh pembeli besi. Semua runtuhan itu diangkut dari perkampungan berkenaan menggunakan 20 lori
Pejabat Tanah Besut, Majlis Daerah Besut, Jabatan Kerja Raya dan beberapa lori yang disewa daripada pihak
swasta. Mereka memulakan kerja sejak pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4.15 petang ini. Operasi
merobohkan perkampungan itu dibuat setelah kumpulan berkenaan didapati membina bangunan atas tanah
berstatus pertanian yang sekali gus melanggar Kanun Tanah Negara.
Tanah yang menempatkan markas utama ajaran sesat Ayah Pin itu adalah milik isteri pertama Ayah Pin, Che
Minah Ramli, 58.
Sementara itu, seorang pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Jaafar berkata, semua replika sudah
dimusnahkan dan ditanam di kawasan itu.
"Antara replika terawal yang dibuang ialah kendi dan diikuti replika payung namun replika-replika itu sudah jadi
kenangan kerana sudah ditimbus di lombong ini,'' katanya.
Beliau percaya kerja-kerja merobohkan replika gergasi itu akan dapat membanteras terus kegiatan ajaran sesat
berkenaan.
Sumber : Utusan Malaysia..

25 perkara punca ajaran Ayah Pin difatwa sesat

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu terdapat 25 perkara yang menyebabkan ajaran Ayah Pin
difatwakan sebagai sesat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Wan Mohd. Wan Hassan
berkata, antara perkara yang terdapat dalam ajaran Ayah Pin adalah dia pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan.
Katanya, di dalam ajaran itu juga;
Menyatakan Rukun Islam dan hukum-hukum syarak seperti puasa dan zakat tiada kena mengena dengan
Allah.
Ayah Pin mendakwa pergi ke Mekah menunaikan haji adalah sia-sia. Kiamat tidak akan berlaku kerana
Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan.
Jika seseorang itu hendak menjadi Islam, perlulah menjadi kafir terlebih dahulu. Dia juga mendakwa alQuran yang ada sekarang adalah tidak benar,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan
daripada wakil pembangkang, Harun Taib (Pas-Manir) pada sidang DUN di sini hari ini. Wan Mohd.
berkata, antara kandungan yang terdapat dalam ajaran itu ialah Ayah Pin satu-satunya orang yang boleh
membawa Islam sebenar sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w.
Ayah Pin mendakwa syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan orang lain adalah seperti babi
(Khinzir) belaka (kotor).
Mendakwa dia akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti dan juga pernah naik ke langit serta duduk
di atas arasy.
Ajaran Ayah Pin juga tidak percaya kepada Rasulullah kerana Rasulullah adalah manusia dan boleh
mengatasinya dengan berzikir.
Berzikir adalah lebih afdal daripada sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk,
kasyaf, maka sembahyang lima waktu digugurkan.

Inilah antara perkara-perkara yang menyebabkan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk
menghapuskan ajaran tersebut kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,'' ujarnya.

Hubungan Mus dengan ayah Pin


Thursday, August 25, 2005

Dalam wawancaranya dengan Kosmo, Mus.. (penyanyi kumpulan MAY) yang tidak usah saya
perkenalkan lagi telah memberikan sedikit komentar mengenai hubungannya dengan ayah Pin. "Saya tidak perlu
menafikan apa-apa, Jika ada yang bertanya saya jawab. Jika tiada mengapa saya perlu tampilkan diri?. Saya juga
tidak berasa tertekan dengan situasi ini. Jika ada yang bertanya adakah saya pengikut ayah Pin, Saya ingin
tanyakan kembali, apa maksud pengikut atau mengikut itu. Saya tidak paham". Sewaktu bertanya bagaimana dia
mula terjebak dengan ajaran sesat tersebut, Mus menerangkan. "Saya tidak ke kuil. Saya tidak berbuat apa-apa
yang salah. Saya hanya menyanyikan lagu tersebut kerana mereka tiada penyanyi. Saya pernah ke kerajaan langit
tetapi tidak nampak apa-apa yang salah, itu cerita tahun 2003. Saya tidak tahu kalau itu pun dianggap salah".

Kunjungannya kesana untuk mendapatkan perubatan secara tradisional selepas diperkenalkan oleh seorang
rakan. Mus hanya menegaskan "Saya tidak risau atau tertekan. Jika dia bersalah, Buktikan kesalahannya.
Sumber : Kosmo

Komen Webmaster : Baiklah brader Mus jika brader tidak faham apa itu pengikut atau mengikut ringan
tangan saya untuk menaip di blog untuk memberikan jawapan apa itu mengikut atau pengikut. Mengikut
atau pengikut diibaratkan sama seperti monyet dan beruk iaitu sama-sama memanjat pokok, berbulu, rupa
diantara dua spesis ini, kegemaran yang sama dan banyak persamaan yang lain lagi. Sama ada mengikut
atau pengikut 'rate' dosanya adalah se'level'. Ini berdasarkan jika anda nampak orang berzina tetapi
mendiamkan diri malah tidak mahu melaporkan perkara tersebut pada pihak berkuasa maknannya dosa
mereka yang melakukan perkara itu akan ada pada brader juga. Ini disebabkan... memang benar brader
tak mengikuti orang yang berzina tadi tapi brader ibaratnya menjadi pengikut (setuju) di keranakan brader
tidak melaporkan pada pihak berkuasa. Harap brader Mus paham perbezaan antara keduanya. Mengenai
tampilkan diri atau tidak terserahlah pada brader Mus, Jika brader ingin membantu kerajaan berilah serba
sedikit info mengenai ayah Pin sejauh mana yang brader tahu. Memang benar brader tidak ke kuil dan
tidak nampak apa yang salah mengenai ayah Pin tetapi "based" on VCD ayah Pin yang saya lihat semasa
brader mengambil gambar dangan ayah Pin dahulu... tidakkah brader tahu bahawa siapakah merekamereka yang berada disekeliling ayah Pin itu? Takkan itu pun brader tak tahu. Adakah brader jenis yang
tak mahu tahu atau buat-buat tak tahu?. Mengenai lagu pula, berikan peluang kepada saya memberi
komen (Terasa macam komentar Malaysia Idol pulak). Berbalik pada lagu ayah Pin yang menjadi
kontreversi masa kini... tidakkah brader membaca lirik lagu tersebut sebelum menyanyikannya dan
menyedari adanya unsur-unsur kurafat atau sewaktu dengannya?. Tidakkah brader sedar ader sesuatu
yang tidak kena pada liriknya atau pun -MAAF- Tidak keterlaluan saya katakan jika mata Brader telah di
tutup dengan duit ataupun ingin mendapat syafaat dari ayah Pin yang sesat tu. Bagi saya secara peribadi
kisah brader nie sama macam cerita Marianna Salim yang saya rasa tidak dapat diterima oleh akal sihat.
Jika brader ingin mendapatkan perubatan tradisional masih banyak tempat lain lagi yang disahkan oleh
kerajaan. seperti Cakra Alam (ewahh macam promosilah pulak.. maaf saya dan cakra alam tidak ada
share), dan berbagai bentuk perubatan tradisional yang lain, tak silap saya Datuk Harun Din pun
menawarkan servis sebegini. Mengapa tidak berjumpa mereka?. Adakah brader nie yakin pada ayah Pin
dapat membantu brader?. Fikirkanlah Brader selagi hayat dikandung badan.

Wajah terbaru Rosli...


Wednesday, August 24, 2005

Rosli Samad (kanan) pengikut setia atau orang kanan ayah Pin dan bukan ini bersama Azli Karsani (ntah siapa)
kelihatan sedang berbincang sesuatu selepas keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Besut. Kelihatannya Rosli
sedang membaca sesuatu.
Sumber : Metro

Hai abang Rosli mana Ayah Pin? takkan tak tahu kot? tak takut ker kena sumpahan ayah Pin atau kena bunuh dari
jarak jauh ker?. Agaknya abang Rosli nie sedang baca mentera macam mana nak elak dari kena sumpahan ayah
Pin kot. Dari saya secara ikhlas... sudahlah, baliklah ke pangkal jalan. kembalilah ke agama islam dan ke jalan yang
benar. Tidak ada pekdahnya ikut ayah Pin yang sesat tuh...

Saya Hanya Melancong

"Saya tidak tahu bahawa tempat itu diwartakan sesat, sebaik sampai saya terus ditangkap oleh
sekumpulan polis bersama yang lain, saya datang ke sana (Markas ayah Pin) hanya untuk melepaskan
tekanan dan melancong". Kata Marianna Salim, 22 yang mengaku salah didepan hakim wan Syarie Wan
Abdul Malik Wan Sidek di Mahkamah rendah Syariah Besut pada tanggal 23-08-2005.
Sumber : Metro

Hai Dik... umur dah besar panjang pun takkan tak tahu mana tempat nak melancongkot?. Bukan ker
banyak tempat lain kalau nak melancong?. Pulau Tioman ker, Pangkor ker, Langkawi ker... dan kalau nak
best pergi lah ke Sipadan ataupun Spratlly. Naper tempat ayah Pin tuh jugak pilihan ko. Aper... adik nie
dah jatuh cinta ke dengan teko gergasi dier. Dato' Seri Paduka Abdul Kadir kita dekat separuh mati buat
promosi pelancongan dalam negara takkan adik langsung tak tahu?. Pelik betullah adik nie. Kalau anda
semua nak tahu adik kita sorang nie sebenarnya dah beberapa kali pergi ke Batu 13 Besut nie kerana
tertarik dengan gaya kehidupan penduduk dikawasan sekitarnya. Nasihat saya pada diri saya dan adik
sendiri, jika ada masaalah peribadi dan ingin melepaskan tekanan.. ringan-ringankan kaki adik ke masjid
berdekatan dan dekatkan diri kepada Allah dan bukannya mendekati ayah Pin yang sesat nie.
Dipetik dari Berita Harian;
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) bagi memastikan pelajar, Marianna Salim yang diperintahkan berkelakuan baik selama
setahun oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut kelmarin kerana terbabit dengan ajaran sesat Ayah Pin
mematuhi perintah itu. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Shaikh Harun Ismail, berkata
kerjasama itu bertujuan memastikan pengikut Ayah Pin diberikan kursus pemulihan
akidah."Memandangkan dia bukan dari Terengganu, JHEAT akan memastikan dia menghadiri setiap
kelas pemulihan dan agama yang dikendalikan Jakim atau JHEAT."Apa yang cuba diketengahkan adalah
pemulihan akidah dan bukan hukuman penjara atau denda. Itu lebih penting bagi memastikan mereka
kembali kepada ajaran Islam sebenar," katanya semalam.Marianna, 22, graduan sebuah kolej swasta di
Kuala Lumpur mengaku salah mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)
(Terengganu) 2001 kerana melanggar perintah mufti yang mewartakan ajaran Ayah Pin sebagai sesat.Dia
ditahan bersama 20 pengikut ajaran itu pada 2 Julai kerana berada di perkampungan Ayah Pin atau
Ariffin Muhamad, 62, ketika serbuan.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam
Hadhari negeri, Wan Mohd Wan Hassan, berkata pihaknya akan memastikan pesalah hadir pada setiap
program pemulihan anjuran Jakim atau JHEAT."Kami akan pastikan pesalah hadir setiap program dan
jika gagal, tindakan tegas termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa yang mengeluarkan arahan akan
dibuat," katanya.

47 Penyelewengan ayah Pin

Mengenai 22 perkara baru yang bertentangan dengan Islam dilakukan oleh ayah Pin dalam ajarannya dimana
kebanyakkannya adalah untuk kepentingan diri sendiri antaranya pengikut perempuan perlu melucutkan pakaian
kerana ayah Pin mendakwa pakaian yang dipakai mereka tidak suci. Sebenarnya ada 22 dari 25 ajaran yang tidak
pernah didedahkan sebagai tambahan pada ajarannya.
Antaranya adalah;
Ayah Pin akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti.
Waktu Solat subuh berpanjangan hingga ke Zuhur.
Al-Quran yang ada sekarang tidak benar.
Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikkan alam dan merosakkannya kembali.
Apabila bermimpi anak gadis pengikutnya berkahwin, si bapa perlu 'menyerahkannya' kepada ayah Pin
untuk diserahkan kepada lelaki bertuah itu.
Anjur upacara pengampunan yang dilakukan ketika bulan mengambang dan pengikut wanita perlu
menanggalkan pakaian yang tidak suci serta perlu bersetubuh dangan 'tuhan' untuk mendapat lebih
berkat.
Pengikut perempuan dikehendaki bernikah secara batin dengan 'Tuhan' (ayah Pin)
Ayah Pin mempunyai keajaiban menyumpah orang menjadi batu dan menukarkan individu menjadi
muda.
Wang diberikan Ariffin tidak akan habis apabila dibelanjakan.
Ayah Pin boleh membawa roh pengikut untuk berjumpa nenek moyang setahun sekali.
Isteri ayah Pin bukan orang biasa tetapi Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong, Puteri Nanu dan Puteri
Matahari.
Semua benda boleh dimakan termasuk yang diharamkan oleh agama Islam.
Sumber : Metro

Kebanyakkan perkara sesat dan kepentingan ayah Pin ni banyak berkisar tentang perempuan dan seksnya,
Bersetubuhlah, kena bagi anak dara pada dialah, berkahwin dengan Puterilah dan bermacam-macam lagi.
Hmmmm tak paham saya dibuatnya. menyumpah macam sang kelembai pun ader jugak (menukar orang
menjadi batu). Bab menukar yang tua menjadi muda nie biasanya perempuan amat berminat dengan bab
nie. Ini adalah salah satu "attraction" untuk mensasarkan golongan wanita menjadi pengikutnya.

Che Minah Rameli, 58. Memfailkan permohonan menghina perintah mahkamah.

Isteri pertama Ariffin Mohamad atau Ayah Pin, Che Minah Rameli, 58, semalam memfailkan permohonan
menghina perintah mahkamah terhadap Pentadbir Tanah Besut, Datuk Wan Zahari Wan Ngah.
Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi kira-kira 11 pagi oleh peguam Che Minah, Haris Mohamed
Ibrahim.Dalam permohonan itu, Che Minah turut menamakan Penolong Pentadbir Tanah Besut, Mohd Iskandar
Muhammad Aziz, sebagai responden kedua.
Che Minah adalah pemilik tanah yang menempatkan kerajaan langit' ajaran sesat Ayah Pin yang terletak di
perkampungan Batu 13, Hulu Besut, membabitkan kawasan seluas 2.2 hektar.
Haris berkata, anak guamnya membuat permohonan itu atas alasan Pentadbir Tanah Besut merobohkan premis,
termasuk replika gergasi dan menyifatkannya mengingkari perintah mahkamah.
Katanya, pada 21 Jun lalu Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Che Minah untuk membawa prosiding
semakan kehakiman berhubung notis yang dikeluarkan Pejabat Tanah Besut bertarikh 28 April lalu.
Katanya, permohonan itu dibuat untuk menentukan sama ada notis yang dikeluarkan Pejabat Tanah Besut sah
atau sebaliknya.
"Pada tarikh sama, mahkamah turut mengeluarkan arahan supaya segala tindakan yang berkaitan dengan notis
itu digantung sehinggalah satu keputusan muktamad. "Mahkamah menetapkan 14 Ogos untuk mendengar
permohonan semakan kehakiman dan pentadbir tanah. Selepas kejadian roboh, Pegawai Undang-Undang Negeri
meminta mahkamah menetapkan tarikh baru, tetapi mahkamah belum menetapkan tarikh itu, katanya.

Permohonan dua isytihar murtad 3 Oktober

Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 3 Oktober ini untuk mendengar permohonan dua pengikut ajaran sesat
Ayah Pin termasuk bekas ustazah yang mengisytiharkan keluar daripada Islam berhubung hak kebebasan
beragama.
Kamariah Ali, 54, dan Daud Mamat, 63, (plaintif) memohon supaya persoalan sama ada hak kebebasan beragama
seperti dalam Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan turut merangkumi hak seseorang beragama Islam yang
mencapai umur majoriti untuk keluar daripada agamanya, dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.
Antara alasan yang dikemukakan bagi permohonan itu adalah untuk mendapatkan perintah deklarasi berkenaan
kesan pengisytiharan yang dilakukan oleh mereka pada 1998, iaitu mereka tidak lagi menganuti dan
mengamalkan agama Islam.
Alasan kedua yang dikemukakan mereka untuk mendapatkan perintah berkenaan kerana Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu serta Kerajaan Negeri Terengganu (defendan) sedang bertindak terhadap kedua-dua
plaintif seolah-olah mereka masih lagi beragama Islam.
Plaintif berkata, Mahkamah Persekutuan pernah membenarkan persoalan yang hampir sama dengan hak
kebebasan beragama membabitkan plaintif sebagai sesuatu berkepentingan awam, tetapi disebabkan fakta kes,
persoalan itu tidak diputuskan.
Pada 15 Ogos lalu, plaintif yang mengemukakan saman pemula terhadap defendan memohon deklarasi antaranya
mereka mempunyai hak yang mutlak mengikut Artikel 11(1) untuk menganuti mana-mana agama serta
mengamalkan agama pilihan sendiri.
Mereka juga memohon deklarasi bahawa Artikel 11(1) itu mengatasi mana-mana undang-undang persekutuan
dan enakmen negeri berhubung pengakuan dan amalan agama pilihan mereka.
Selain itu, Kamariah dan Daud juga menuntut deklarasi bahawa peruntukan dalam mana-mana undang-undang
persekutuan atau enakmen negeri, atau Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang
bertentangan Artikel 11(1) adalah tidak sah.
Pada 21 Julai 2004, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Kamariah dan suaminya, Mohamed Ya (meninggal
dunia) dan dua lagi yang mengisytiharkan mereka murtad untuk mendapatkan deklarasi hak mutlak dan bebas
menganuti serta mengamalkan agama pilihan mereka.
Kamariah juga didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas dakwaan keluar daripada agama Islam
dan sedang menjalani perbicaraan. Dia ditahan bersama-sama dengan 59 pengikut Ayah Pin pada 20 Julai lalu di
Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan,
Sumber : Berita Harian

Você também pode gostar