Você está na página 1de 3

[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet

semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar
mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370]
MH 370
1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga
penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang
salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.
2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam
keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh
berhubung dengan KLIA. Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi
KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan
stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang
sepatutnya.
3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah
tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih
untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidaktidaknya kemudian.
4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba
(maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja
mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha.
Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidaktidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut
dilumpuhkan (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah dilumpuhkan (oleh
siapa juga)?
5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan
teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia
mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat
mengenai mana-mana pesawat di mana jua siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan
siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.
6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan
mungkin GPS.
7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali
oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di
atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya
kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat
Boeing)
8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon
bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah
dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah
dilumpuhkan.

9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah
segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata
lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia
tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak
mampu menjelaskan isu terbabit.
10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah
benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti
rampasan dan keganasan? Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan
MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing
dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?
11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada
bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi
bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan
begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?
12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam
lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa
meninggalkan sebarang petunjuk)
13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba
ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak
berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing
langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong
proses pencarian.
14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada
rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin
membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan
membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada
kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah dilumpuhkan sama sekali (melalui cara yang
tidak kita ketahui)
15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua
kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung
tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja
secara total di tengah-tengah udara.
16. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi
pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. SIapa yang harus
bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut..
iaitu Boeing Aircraft Corporation
[Tun Mahathir bercakap benar, sesuatu yang kita memang fikirkan selama ini. Kami bersama
Tun Mahathir!]

Você também pode gostar