Você está na página 1de 20

LAPORAN

KAJIAN
TINDAKAN
DALAM BILIK
DARJAH

ISI KANDUNGAN
BIL.

PERKARA

MUKASURAT
19

1.

ISI KADUNGAN DAN PENGHARGAAN


20 - 21

2.
3.

TAJUK DAN ABSTRAK


REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LALU
ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

21
21 - 22

4.
5.

OBJEKTIF KAJIAN , SOALAN KAJIAN DAN


KUMPULAN SASARAN (SAMPLE KAJIAN)

22 - 23
23 - 29

6.

MERANCANG TINDAKAN
29 - 30

7.

DAPATAN KAJIAN
30

8.
9.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


SENARAI RUJUKAN

10.

LAMPIRAN

31
32 - 36

PENGHARGAAN.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan
atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang
saya menjalankan dan menyiapkan kajian tindakan ini
Kepada:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pn Hjh. Che Engku Hasmah bt Che Engku Awang.PPT(Guru
Besar SK. Matang Jelutong)
En .Mohd Tarli bin Talib(Pen.kanan Pentadbiran)
Tn. Hj. Tarmizi bin Mohd.Arif (Pen. Kanan HEM)
En. Mat Zin bin Ibrahim ( Pen. Kanan KOKU)
Semua guru Sek. Keb. Matang Jelutong
Murid Tahun 5 Sek. Keb. Matang Jelutong

TAJUK
KAJIAN TINDAKAN UNTUK MENINGKATKAN
KEBOLEHAN PELAJAR TAHUN 5 USAHA UNTUK
MENGENAL PASTI PEMBOLEHUBAH DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH UJIKAJI
Nama penyelidik:
PN. NOORAZIYAH BT. ALI
Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong 34300 Bagan Serai,
Perak Darul Ridzuan.
1.0 ABSTRAK :
Kajian ini dijalankan bertujuan

untuk meningkatkan kebolehan mengenalpasti

pembolehubah di kalangan murid tahun 5 Usaha. Selepas sesi pengajaran makro yang
telah saya jalankan pada 19hb Oktober 2012 iaitu hari Jumaat, saya telah memberikan
soalan bahagian B kepada murid-murid tahun 5 Usaha tersebut berkaitan tajuk yang
dipelajari sebagai aktiviti pengayaan. Saya mendapati terdapat segelintir murid yang tidak
boleh mengenalpasti pembolehubah. Saya perlu membuat perubahan segera kerana
memandangkan murid-murid tahun 5 ini akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun
hadapan. Tiga jenis pembolehubah ini iaitu pembolehubah dimanipulasikan (apa yang
diubah) , pembolehubah bergerakbalas (apa yang diperhatikan / diukur) dan
pembolehubah dimalarkan (apa yang sama) yang menjadi asas utama untuk menjawab
soalan-soalan di bahagian B kertas

peperiksaan Sains .Dalam peperiksaan penggal

pertama bagi tahun 5, kebanyakkan murid mendapat keputusan yang baik dalam bahagian
A kertas peperiksaan Sains tetapi memperolehi keputusan yang rendah dalam bahagian B
kertas peperiksaan tersebut. Ini menjadikan keputusan

keseluruhan peratusan kelulusan

subjek Sains merosot. Sebahagian besar murid berasal dari keluarga kelas pertengahan
dan kebanyakan dari mereka tidak menghadiri kelas tuisyen. Oleh itu, apa yang dapat saya
simpulkan di sini adalah kebanyakan murid hanya bergantung kepada pengajaran dan
pembelajaran sains di dalam kelas yang hanya berjumlah lima waktu dalam seminggu.
Oleh yang demikian, saya menjalankan kajian dan membuat perancangan untuk
menyelesaikan masalah ini dengan menekankan kepada mengenalpasti tiga jenis
pembolehubah yang mesti dikuasai oleh murid dalam tempoh 3 minggu. Hasilnya, saya
mendapati murid yang terlibat

dapat mengenalpasti dan membezakan tiga jenis

pembolehubah ini seterusnya dapat menjawab soalan bahagian B dengan lebih baik yang
menyumbang kepada peratus kelulusan yang lebih tinggi dalam kertas peperiksaan Sains
bagi peperiksaan Akhir Tahun.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.
Saya berpengalaman mengajar matapelajaran Sains selama 16 tahun.
pengalaman yang

Dengan

begitu panjang ini, saya berasa ada satu kekurangan daripada

pengajaran saya. Mengapakah ada segelintir murid tidak boleh menguasai kemahiran
mengenalpasti pembolehubah dengan betul dan baik. Setiap kali ujian dan peperiksaan
dijalankan, ada murid yang gagal dan tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Terdapat 5
orang murid

yang sering mendapat markah rendah. Memang tidak dinafikan , murid-

murid ini sememangnya agak lemah dalam semua mata pelajaran.


Setelah diamati secara mendalam punca kegagalan mereka dalam menjawab bahagian B,
Ini adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti pembolehubah dengan betul
berdasarkan soalan. Saya tidak mahu mereka terus ketinggalan dalam mata pelajaran
Sains. Saya ingin membantu mereka mengatasi kelemahan mereka ini dan seterusnya
dapat lulus dalam kertas peperiksaan Sains khususnya dalam UPSR kelak.Oleh itu saya
perlu memikirkan satu pendekatan baru atau mengubahsuai gaya mengajar supaya dapat
membantu murid-murid ini untuk meningkatkan kompetensi mereka dalam pembelajaran
sains sekaligus meningkatkan pencapaian mereka dalam setiap kali ujian sains yang akan
datang memandangkan mereka akan menghadapi peperiksaan yang sangat penting iaitu
UPSR pada tahun hadapan.
Maklum balas yang saya terima menunjukkan sebenarnya murid-murid ini amat
berminat untuk belajar subjek Sains . Saya amat gembira daripada maklum balas yang
diberikan, dan saya berazam untuk terus memberikan pengajaran yang terbaik kepada
murid-murid ini dan ini mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan ini. Saya telah
meneliti sukatan matapelajaran bagi tahun 5 dan telah mendapati bahawa objektif dan hasil
pembelajaran

adalah

berfokus

kepada

menyatakan,

mengenalpasti,

menerangkan,

memperihalkan dan meramal. Banyak dari topik di dalam sukatan pelajaran ini boleh
dikaitkan dengan ujikaji. Oleh sebab itu saya telah mengambil keputusan untuk
menggunakan ujikaji sebagai kaedah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran
mengenalpasti pembolehubah.
3.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Berdasarkan ujian bulanan

dan peperiksaan pertengahan tahun yang lepas , berikut

dikemukakan analisis prestasi markah 5 orang murid yang dikaji bagi subjek Sains :

BIL.

1.

NAMA
MURID

MEI(PPT)

JUN

JULAI

BAH. BAH. JUM. BAH.A BAH.B JUM. BAH.A BAH.B JUM.


A
B

MUHD.
ADAM B.
SAIPAUDIN
IRFAN
HAKIM B.
KHALID

11

32%

12

34%

11

34%

10

32%

11

32%

10

30%

3.

AZEEM B.
AZZARUDIN

12

32%

10

28%

10

30%

4.

NUR DIANA
BT. YAZID

12

34%

10

32%

10

32%

5.

NUR
NAJWA BT.
WAHID

11

30%

12

32%

12

32%

2.

CARTA ANALISIS PRESTASI UJIAN 5 ORANG MURID KAJIAN


35
30
25
20

MEI(PPT)

15

JUN

10
5
0

JULAI

ADAM
IRFAN

AZEEM
DIANA

NAJW
A

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian 5 orang murid tahun 5 Usaha di
Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak dalam kebolehan mengenal
pasti pembolehubah yang merupakan sebahagian daripada kemahiran proses sains.Secara
khususnya pula kajian ini dijalankan adalah untuk :

Meningkatkan kemahiran murid dalam peperiksaan terutamanya bahagian B.

Memastikan bahawa murid boleh menjawab soalan yang memerlukan mereka


mengenal pasti pembolehubah dari gambar, jadual dan graf.

Memastikan mereka mendapat pengalaman dari konsep eksperimen dan pemboleh


ubah.

Mendedahkan mereka kepada pelbagai istilah yang berkaitan dengan pembolehubah


seperti:
- dimalarkan / apa yang sama
- dimanipulasikan / apa yang diubah
- bergerakbalas / apa yang diperhatikan/ diukur

Meningkatkan kemampuan mereka untuk mengenal pasti pembolehubah melalui


ujikaji .

5.0 SOALAN KAJIAN


Adakah dengan menggunakan ujikaji dapat meningkatkan kebolehan 5 orang murid
tahun 5 Usaha SKMJ untuk mengenal pasti pembolehubah ?
6.0 KUMPULAN SASARAN (SAMPLE KAJIAN)
Kajian ini telah dijalankan dengan hanya melibatkan 5 orang murid tahun lima usaha
sebagai kumpulan sasaran. Mereka terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan. Secara
amnya umur sample ini berada dalam linkungan 11 tahun. Majoriti daripada sample
berbangsa Melayu .
Walaubagaimanapun dari segi pencapaian untuk subjek sains pencapaian mereka adalah
pada tahap gagal tetapi masih boleh diperbaiki dengan sedikit usaha. Kesemua sample
mengikuti sesi persekolahan secara normal iaitu lima waktu seminggu.
7.0 MERANCANG TINDAKAN
7.1 Pengenalan.
Tindakan segera perlu diambil untuk menyelesaikan masalah. Setelah

membuat

pemerhatian dan mengenal pasti punca permasalahan murid , saya telah membuat
keputusan untuk menggunakan ujikaji sebagai cara penyelesaian masalah. Dari segi istilah
sains, didefinisikan sebagai ujian yang memerlukan hanya satu faktor yang berubah dalam
satu masa dan faktor lain yang juga memberi kesan ujikaji tersebut manakala terdapat foktor
lain yang kekal malar. Kaedah eksperimen atau ujikaji dipilih kerana ia merangkumi proses
mengenal pasti dan mengawal pembolehubah. Dengan menjalankan ujikaji, murid secara
automatik akan menjana idea dan membina pengetahuan sendiri berdasarkan pengalaman
yang mereka lalui.

7.2 PERANCANGAN LANGKAH TINDAKAN


Saya telah memilih tiga pendekatan khusus yang disesuaikan untuk digunakan bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu pendekatan ini juga dapat
digunakan untuk meningkatkan kemahiran proses sains murid. Ketiga-tiga langkah adalah
seperti berikut:
1. Mengajar semula tentang konsep, maksud dan jenis pembolehubah kepada murid.
2. Melakukan ujikaji sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membiasakan murid
mengenal pasti pembolehubah.
3. Latih tubi yang berterusan sebagai aktiviti pengayaan selepas melakukan ujikaji.
7.2.1.Pengajaran semula
Setiap hari murid akan belajar banyak perkara baru dan jika saya mahu membuat
pengajaran semula bagi keseluruhan topik, ianya agak susah untuk menghabiskan sukatan
pelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadi, pengajaran semula disini bermaksud
mengajar semula tentang cara mengenal pasti pembolehubah. Selain pembolehubah, saya
juga dapat menerapkan kemahiran proses sains yang lain secara tidak langsung. Dengan
ini, murid bukan sahaja mempertingkatkan kemahiran mereka dalam mengenal pasti
pembolehubah tetapi juga dalam kemahiran proses sains.
Langkah 1:Pengenalan kembali kepada definisi pembolehubah.
Langkah 2:Menggunakan Power Point bergambar untuk mengajar tajuk pembolehubah
tentang kata kunci konsep pembolehubah.
7.2.2. Perlaksanaan Ujikaji .
Sains adalah proses memahami prinsip atau konsep. Konsep dan prinsip boleh dibuktikan
kesahihannya dengan melakukan eksperimen atau ujikaji. Melalui ujikaji,murid akan belajar
menguasai kemahiran proses sains secara tidak langsung.Ujikaji sangat berkait rapat
dengan kebolehan untuk mengenal pasti pembolehubah. Murid yang membuat ujikaji
sendiri, boleh menguasai sesuatu pengetahuan itu dan ianya dapat disimpan lebih lama
dalam memori mereka. Berdasarkan fakta ini, saya telah memastikan murid-murid saya
melakukan eksperimen sekurang-kurangnya satu ujikaji dalam tempoh seminggu.Semasa
murid melakukan ujikaji , saya akan memastikan semua murid membuat pemerhatian dan
mengenal pasti pembolehubah di dalam ujikaji tersebut dengan meminta mereka melihat
apa yang sama, apa yang berbeza dan kesan bagi perubahan perbezaan ini. Secara
tidak langsung murid akan memahami bahawa perkara yang sama adalah pembolehubah
dimalarkan, perbezaan adalah pembolehubah yang dimanipulasi dan kesan dari

perbezaan ini adalah pembolehubah bergerak balas. Selain itu, saya juga memerhatikan
kemajuan mereka secara berterusan dengan menggunakan senarai semak yang telah
disediakan. Dengan merujuk kepada senarai semak ini, saya dapat memastikan sama ada
sasaran yang saya letakkan tercapai atau tidak. (*Rujuk prosedur ujikaji di lampiran E).
7.2.3.Latih tubi yang berterusan
Latih tubi bertindak sebagai penguat dan pengukuhan kepada pemahaman dan penguasaan
murid tentang konsep mengenal pasti dan mengawal pembolehubah.Latih tubi juga
digunakan bagi tujuan menilai perkembangan murid. Tambahan pula kepekaan murid bagi
menyiapkan latihan juga membantu mereka mengulangkaji sesuatu topik sekaligus
menolong

meningkatkan

penguasaan

mereka

berkenaan

suatu konsep itu.

memastikan murid-murid tersebut dapat mencapai sasaran, saya

Bagi

telah mencuba untuk

mengaitkan latih tubi ini dengan soalan berkaitan ujikaji seperti di dalam buku teks.
7.3.PENGUMPULAN DATA
Dalam menjalankan kajian ini, saya menggunakan dua instrumen khusus untuk mengumpul
data dan maklumat. Dua instrumen khusus yang telah dipilih adalah Ujian Pra dan Ujian
Pos serta Pemerhatian.
7.3.1. Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra dan dan ujian pos merupakan satu rangkaian soalan bagi menguji kesan
tindakan rawatan ke atas sample menggunakan bahan iaitu soalan . Di antara ujian pra
dan ujian pos terdapat selang masa bagi perlaksanaan tindakan rawatan. Instrumen ini
dapat digunakan untuk memberi gambaran kepada guru tentang keberkesanan proses
tindakan rawatan yang telah diambil. Kebolehpercayaan dan kesahihan menggunakan
kaedah uji dan uji semula.
Dapatan ujian pra, boleh dijadikan rujukan atau gambaran awal tentang pengukuran
penguasaan murid terhadap kebolehan murid untuk mengenal pasti pembolehubah.
Selepas itu tindakan rawatan akan dilaksanakan dan disusuli dengan ujian pos.
Daripada kedua-dua ujian ini kita dapat melihat sama ada akan berlaku perubahan atau
tidak ke atas sample selepas berlakunya tindakan rawatan. Analisis akan dilakukan
menggunakan analisis peratus perubahan peningkatan atau penurunan.
7.3.2. Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu lagi instrumen pengumpulan data yang telah dijalankan
sepanjang kajian ini. Satu senarai semak yang ringkas telah dibina bagi memantau
perkembangan murid sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Beberapa aspek telah
7

dinilai berdasarkan pemerhatian. Pemerhatian ini adalah pemerhatian yang berstruktur


kerana pemerhatian dibuat adalah berdasarkan senarai semak.
Sepanjang tempoh kajian saya telah melakukan pemerhatian secara terus dengan
memantau sample setiap kali murid melakukan ujikaji .Sekurang-kurangnya sepanjang
tempoh kajian, saya telah membuat pemerhatian secara langsung sebanyak tiga kali
sepanjang tempoh tindakan rawatan dijalankan. Berikut merupakan senarai semak yang
telah dibina bagi tujuan pemerhatian. Data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan
analisis kualitatif berdasarkan senarai semak seperti dibawah (rujuk lampiran D).
Jadual Senarai Semak Untuk Pemerhatian Kajian Tindakan
NO.

ASPEK

Eksperimen 1

Eksperimen

Eksperimen 3

Tarikh:

Tarikh :

Tarikh :

Masa:

Masa:

Masa

Pelajar boleh mengenalpasti


pembolehubah yang
dimalarkan / apa yang sama

Pelajar boleh mengenalpasti


pembolehubah yang
dimanipulasikan / apa yang
diubah

Pelajar boleh mengenalpasti


pembolehubah yang bergerak
balas / apa yang diperhatikan /
diukur

Pelajar boleh mengenalpasti


sasaran eksperimen dengan
menggunakan pembolehubah

Pelajar boleh menulis 3


pembolehubah dengan betul.

7.4: ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI


Dalam analisis dan interpretasi data saya telah melakukan penganalisian terhadap
semua data mentah yang telah dikumpul sepanjang tempoh perlaksanaan kajian.
7.4.1 Ujian Pra dan Ujian Pos
Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos kesemua sample seramai 5 orang telah terlibat dalam
menjawab soalan bagi kedua-dua ujian ini. Ujian ini dilakukan sebanyak dua kali iaitu
sebelum dan selepas tindakan rawatan diambil. Soalan untuk Ujian Pra danUjian Pos

adalah sama cuma berlaku perubahan nombor soalan sahaja bagi mengelakkan murid
menjawab secara hafalan.Segala dapatan yang dikumpul akan dikategorikan mengikut
bahagian

dapatan

menunjukkan

sebelum

tindakan

dan

selepas

tindakan.

Jadual

dibawah

dapatan selepas ujian dilaksanakan. ( rujuk lampiran ). Data yang

dikumpul telah dianalisis mengunakan kaedah analisis kuantitatif mudah dan peratus.
PERBANDINGAN DAPATAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS
JENIS UJIAN
PERATUS
UJIAN PRA

UJIAN POS

PENINGKATAN (+)
/ PENURUNAN ( - )

NAMA MUIRID
MUHD. ADAM

B.

SAIPAUDIN

B- 9

IRFAN HAKIM

DIANA

BT.
BT.

WAHID

B - 11 = 48%

+ 6%

A 12

B. A 10

YAZID
NUR NAJWA

= 42%

B - 9 = 40%

AZZARUDIN
NUR

A 13

B. A 11

KHALID
AZEEM

A - 12

B - 11 = 46%

+ 6%

A 12

B - 9 = 38%

B - 10 = 44%

A 12

A 13

B - 10 = 44%

B - 11 = 48%

A 11

A 12

B 10 = 44%

B - 11 = 46%

+ 6%
+ 4%
+ 2%

CARTA ANALISIS PRESTASI UJIAN PRA DAN UJIAN POS 5 ORANG MURID KAJIAN
50
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0

UJIAN
PRA
UJIAN
POS
ADAM
IRFAN

AZEEM
DIANA

NAJW
A

7.4.2 Pemerhatian
Berpandukan senarai semak, pemerhatian telah dibuat ke atas murid untuk
memperolehi data yang akan dianalisis menggunakan analisis kualitatif mudah dengan
menggunakan senarai semak. Melalui senarai semak ini, segala maklumat yang
diperolehi ini dicatatkan untuk menunjukkan sebarang perubahan yang berlaku
sepanjang

tempoh tindakan rawatan. Melalui

dapatan ini saya telah melakukan

analisis mudah dengan menggunakan kaedah analisis kualitatif mudah menggunakan


senarai semak . Saya telah membandingkan antara dapatan pada awal tindakan dan
akhir

tindakan selesai dijalankan.Semua maklumat dan keputusan dicatatkan dalam

bentuk jadual dan graf untuk tujuan interpretasi.


Jadual dibawah menunjukkan aspek senarai semak yang diperhatikan.
NO.

ASPEK

Murid boleh mengenalpasti

Eksperimen 1

Eksperimen

Tarikh:23/10/12

Tarikh:29/10/12

Eksperimen 3
Tarikh:1/11/12

(bil. orang)

(bil. orang)

(bil. orang)

2 drp. 5

3 drp. 5

5 orang

1 drp. 5

3 drp. 5

5 orang

1 drp. 5

3 drp. 5

5 orang

1 drp. 5

2 drp. 5

4 drp. 5

1 drp. 5

3 drp. 5

5 orang

pembolehubah yang
dimalarkan / apa yang sama
2

Murid boleh mengenalpasti


pembolehubah yang
dimanipulasikan / apa yang
diubah

Murid boleh mengenalpasti


pembolehubah yang bergerak
balas / apa yang diperhatikan /
diukur

Murid boleh mengenalpasti


sasaran eksperimen dengan
menggunakan pembolehubah

Murid boleh menulis 3


pembolehubah dengan betul.

Carta menunjukkan aspek senarai semak yang diperhatikan.

5
4.5
4
3.5
3

EKSP. 1
EKSP. 2

2.5

EKSP. 3

2
1.5
1
0.5
0
ASPEK 1

ASPEK 2

ASPEK 3

ASPEK 4

ASPEK 5

8.0 DAPATAN KAJIAN


Hasil kajian ini menunjukkan secara umumnya mendapati terdapat perbezaan yang
signifikan di antara sebelum tindakan dan selepas tindakan rawatan diambil. Melalui
data yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pos yang telah dianalis, juga mendapati
bahawa terdapat perubahan yang ketara bagi perbandingan markah diantara kedua-dua
ujian tersebut. Dalam ujian pra bilangan murid yang lulus adalah seramai empat orang
telah meningkat menjadi 5 orang

dalam ujian pos. Dari pemerhatian yang telah

dilakukan dengan menggunakan senarai semak yang dibina. Saya dapat melihat
perubahan positif terhadap kebolehan murid di dalam mengenal pasti pembolehubah.
Ini di buktikan dengan penambahbaikan yang telah dicapai di dalam setiap ujikaji yang
telah dijalankan. Apabila semakin banyak ujikaji dilakukan oleh murid, bilangan murid
yang dapat mengenal pasti pembolehubah semakin meningkat.Berdasarkan kajian dua
instrumen

ini,

jelaslah

menunjukkan

bahawa

ujikaji

dapat

digunakan

untuk

meningkatkan kebolehan murid dalam mengenal pasti pembolehubah. Ini sekaligus


telah menjawab soalan kajian bahawa dengan menggunakan ujikaji

ianya dapat

meningkatkan keupayaan murid untuk mengenal pasti pembolehubah. Selain itu saya
juga telah melihat bahawa murid juga dilihat tertarik untuk mengikuti sesi pengajaran

yang dijalankan kerana mereka secara aktif terlibat dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran.Rumusan daripada kajian ini telah menunjukkan bahawa ujikaji telah
dapat

meningkatkan

kemahiran

murid

dalam

mengenal

pasti

pembolehubah.

Diharapkan bahawa strategi pengajaran ini dapat dilaksanakan pada sesi pengajaran
dan pembelajaran sains yang akan datang supaya di samping sesi pengajaran menjadi
berkesan, murid juga berasa seronok untuk mempelajari sains.
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan

kajian

ini,

didapati

bahawa

penggunaan

kaedah

ujikaji

dapat

meningkatkan kebolehan murid dalam kemahiran mengenal pasti pembolehubah.


Antara cadangan yang boleh digunakan untuk memantapkan kajian adalah:
a) Peruntukan masa untuk perlaksanaan kajian perlulah dipanjangkan melebihi

minggu .
b) Guru perlulah menyediakan garis panduan prosedur yang tepat bagi perlaksanaan
eksperimen.
c) Pihak sekolah perlulah menyediakan segala keperluan alatan dan radas yang
mencukupi di dalam makmal bagi tujuan eksperimen.
Selain itu terdapat juga cadangan tentang kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan pada
masa akan datang seperti Kajian Tentang Bagaimana Untuk Meningkatkan Kemahiran
Saintifik Dan Manipulatif Dikalangan Pelajar Sekolah Rendah kerana semasa
menjalankan kajian ini saya

menyedari bahawa kebanyakan murid

terutamanya

sample yang digunakan oleh saya tidak mempunyai kemahiran saintifik dan manipulatif
yang baik. Oleh itu mungkin dengan melakukan kajian ini, ianya dapat meningkatkan
lagi kemahiran saintifik dan manipulatif murid .
Sebagai kesimpulan, diharapkan strategi pembelajaran menggunakan ujikaji dapat
diaplikasikan oleh guru sains sekolah rendah bagi meningkatkan kemahiran murid
dalam mengenal pasti pembolehubah sekaligus meningkatkan kemahiran proses sains
secara keseluruhannya.

SENARAI RUJUKAN

Abu Hassan bin Kasim (2001), Pendidikan Amali Sains, Kemahiran Sainstifik ,
UTMSkudai
Kertas Kerja di Bentang dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM
Kementerian
Sekolah

Pendidikan

Malaysia

(2002),

Kurikulum

Bersepadu

Rendah(KBSR), Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum


Othman Lebar,(2011) . Kajian Tindakan Dalam Pendidikan : Teori dan Amalan,
Tanjung Malim : Penerbit UPSI
Rohani Bt Tarmizi (1996), Pengukuran Kemahiran Sainstifik di Kalangan Pelajar
Lepasan SPM. Kertas Kerja di Bentang dalam Seminar Kebangsaan Penilaian
KBSM
Zurida bt Ismail. (1998). Penguasaan Kemahiran Proses Sains Pelajar Sekolah
Rendah

dan

Menengah.

Jurnal

Kurikulum,

Pusat

Perkembangan

Kurikulum,Kuala Lumpur.

http://www.scribd.com/doc/13289853/Laporan-Kajian-Tindakan-SAINS.15/10/2012
http://longkaiboyz.blogspot.com/2012/06/latihan-kajian-tindakan-soalan-ramalan.html.16/10/2012
http://id.scribd.com/doc/13289853/Laporan-Kajian-Tindakan-SAINS17/10/2012
http://id.scribd.com/doc/75459132/Kajian-Tindakan-Sains-2011.18/10/2012

LAMPIRAN (CONTOH SOAL AN)

1. Ahmad menjalankan satu penyiasatan menguji sifat kimia tiga jenis bahan
iaitu bahan X bahan Y dan bahan Z. Dia menguji bahan-bahan itu
menggunakan kertas litmus biru dan kertas litmus merah. Keputusan
penyiasatan seperti jadual di bawah.
BAHAN

PERUBAHAN WARNA KERTAS LITMUS

LITMUS BIRU MENJADI MERAH

LITMUS MERAH MENJADI BIRU

LITMUS TIDAK BERUBAH WARNA

a) Berdasarkan keputusan penyiasatan di atas, nyatakan pembolehubah


berikut :
i.

Dimanipulasikan/apa yang diubah


:_

ii.

Bergerakbalas / apa yang diperhatikan


:_

iii.

Dimalarkan / apa yang sama


:_

b) Apakah tujuan penyiasatan ini ?

c) Tulis satu pemerhatian berdasarkan keputusan penyiasatan mengenai


bahan X.

d) Berikan inferens bagi jawapan anda di 1 ( C ).

e) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?

LAMPIRAN (CONTOH SOALAN)


2.

Z
X
Y

Rajah di atas menunjukkan satu penyiasatan. Empat objek W, X, Y dan Z yang


mempunyai luas tapak yang sama tetapi berbeza ketinggian diletakkan di atas
sekeping papan. Apabla kedua-dua tepi papan itu dinaikkan perlahan-lahan,
objek W akan jatuh dahulu diikuti oleh objek Z , X dan Y.
a) Berdasarkan keputusan penyiasatan di atas, nyatakan pemboleh ubah
berikut :
i.

Dimanipulasikan/apa yang diubah


:_

ii.

Bergerakbalas / apa yang diperhatikan


:_

iii.

Dimalarkan / apa yang sama


:_

b) Apakah tujuan penyiasatan ini ?

c) Tulis satu pemerhatian berdasarkan keputusan penyiasatan mengenai


objek W.

d) Berikan inferens bagi jawapan anda di 2 ( C ).

e) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?

LAMPIRAN (CONTOH SOALAN)

3. Jadual di bawah menunjukkan keputusan satu penyiasatan mengkaji


pemanasan air selama 10 minit. Suhu air dicatatkan pada setiap 2 minit.

Masa

2 minit

4 minit

6 minit

8 minit

Suhu air

15 C

18 C

21 C

24 C

10 minit

27

a) Berdasarkan keputusan penyiasatan di atas, nyatakan pembolehubah


berikut :
i.

Dimanipulasikan/apa yang diubah


:_

ii.

Bergerakbalas / apa yang diperhatikan


:_

iii.

Dimalarkan / apa yang sama


:_

b) Apakah tujuan penyiasatan ini ?

c) Nyatakan satu hipotesis yang boleh dibuat bagi penyiasatan ini.

d) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?

LAMPIRAN D

Jadual Senarai Semak Untuk Pemerhatian Kajian Tindakan


NO.

ASPEK

Pelajar boleh
mengenalpasti
pembolehubah yang
dimalarkan / apa yang
sama

Pelajar boleh
mengenalpasti
pembolehubah yang
dimanipulasikan / apa
yang diubah

Pelajar boleh
mengenalpasti
pembolehubah yang
bergerak balas / apa yang
diperhatikan / diukur

Pelajar boleh
mengenalpasti sasaran
eksperimen dengan
menggunakan
pembolehubah

Pelajar boleh menulis 3


pembolehubah dengan
betul.

Eksperimen 1

Eksperimen

2 Eksperimen 3

Tarikh:

Tarikh :

Tarikh :

Masa:

Masa:

Masa

LAMPIRAN E ( PROSEDUR UJIKAJI )


PANDUAN UJIKAJI.
UJIKAJI 1
1.Uji 3 jenis bahan X , Y dan Z menggunakan kertas litmus merah
dan biru.
2.Perhatikan perubahan warna pada kedua-dua jenis kertas
litmus.
3.Rekodkan pemerhatian kamu di dalam jadual pemerhatian 1.
Tugasan : Kenalpasti kesemua pembolehubah di dalam ujikaji itu.
UJIKAJI 2
1. Buat 4 gulungan yang sama saiz menggunakan kertas A4.
2. Potong 3 gulungan menjadikan ketinggiannya berbeza antara
satu sama lain.
3. Letakkan kesemua gulungan di atas sekeping papan.
4. Pegang kedua-dua tepi papan dan naikkanya perlahan-lahan.
5. Perhatikan gulungan manakah yang jatuh dahulu. Kenalpasti
urutan jatuhan gulungan. Catatkan pemerhatian kamu.
Tugasan : Kenalpasti kesemua pembolehubah di dalam ujikaji itu.

UJIKAJI 3
1.

Panaskan sebikar air menggunakan penunu Bunsen.

2.

Catatkan suhu air setiap 2 minit selama 10 minit.

3.

Rekodkan bacaan thermometer dalam jadual pemerhatian.

Tugasan : Kenalpasti kesemua pembolehubah di dalam ujikaji itu.

19

Você também pode gostar