Você está na página 1de 2

Saya berasa bersyukur dan gembira kerana dapat menyiapkan tugasan kerja kursus

ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pada mulanya tugasan ini nampak seperti susah
dan saya beranggapan bahawa saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dalam
tempoh yang ditetapkan. Namun galakan dan dorongan pensyarah saya iaitu Encik
Mohamad Sobri bin Harun serta rakan-rakan saya telah membolehkan saya untuk
menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.
Pendidikan seks merupakan pendidikan tentang fungsi sistem reproduktif manusia,
penjagaan kesihatan, masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks serta kesannya.
Kajian yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1997
membuktikan bahawa pendidikan seks telah melambatkan usia remaja untuk melakukan
hubungan seks sekaligus menurunkan kadar perlakuan seks, kehamilan luar nikah di
kalangan remaja serta pengguguran bayi.
Sebagai seorang bakal pendidik, saya perlu menimba ilmu yang lengkap sebelum
mengajar murid saya. Melalui tugasan satu, saya telah dapat banyak ilmu serta kaedah
yang boleh diaplikasikan di sekolah untuk mengajar pendidikan seks ini kepada murid.
Walaupun jurnal yang telah saya cari bagi tugasan satu ini dalam bahasa Indonesia, ia
berkaitan dengan kursus Pendidikan Kesihatan Seksualiti. Tajuk yang telah saya dapat bagi
tugasan dua ialah persenyawaan dan kehamilan. Walaupun topik ini pernah saya belajar
ketika di bangku sekolah dahulu, Tugasan ini juga telah menjadikan saya seorang penyelidik
yang baik. Saya telah mencari pelbagai informasi berdasarkan persenyawaan dan
kehamilan daripada pelbagai sumber seperti buku teks Sains tingkatan 3 serta internet. Hal
ini telah membolehkan saya untuk mengimbas kembali apa yang telah saya pelajari dahulu
ketika di bangku sekolah serta meneroka ilmu yang baru.
Walaupun, saya bertungkus lumus
bahawa tugasan ini adalah satu

untuk menyiapkan tugasan ini, saya tahu

latihan yang baik kepada saya seorang bakal guru.

Tugasan ini membantu saya untuk memahami kursus ini serta kepentingannya secara
dalaman serta saya dapat tulis sebuah ulasan artikel berdasarkan jurnal yang diberi dalam
tempoh yang singkat. Semua pengetahuan yang saya mendapat semasa melakukan
tugasan ini akan membantu dan membimbing saya untuk menjadi seorang guru masa
depan yang sempurna.
"Kamus adalah satu-satunya tempat dimana kejayaan datang sebelum kerja keras.
Kerja keras adalah kunci kepada kejayaan dan bekerja keras boleh membantu anda
mencapai apa-apa. "
Vince Lombardi Jr

Kesimpulannya, melalui tugasan ini saya telah menyedar bahawa saya perlu
sentiasa menepati masa yang ditetapkan dalam melaksanakan sesuatu kerja yang telah
diamanahkan kepada saya kerana masa itu emas dan masa yang dilalui tidak akan
kembali. Bagi mengakhiri refleksi, saya merakamkan seinfiniti terima kasih kepada semua
warga IPGKTB yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya.

Você também pode gostar