Você está na página 1de 19

PENGENALAN

Audio merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam sesuatu interaksi antara
komputer dengan pengguna. Elemen muzik, suara latar dan kesan bunyi merupakan antara
beberapa contoh penggunaan audio yang boleh digunakan dalam sesebuah aplikasi
multimedia. Seperti juga elemen multimedia yang lain, audio mampu menyampaikan
maklumat dengan lebih berkesan, menimbulkan suasana yang lebih menyerlah dan menarik
tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka edisi keempat, audio berkaitan dengan bunyi atau pendengaran, yang mana ianya
merupakan salah satu daripada satu bahasa perhubungan melalui saluran pendengaran.
Selain itu, ia juga berkaitan dengan bunyi atau penghasilan semula bunyi.
Bunyi adalah gelombang yang dihasilkan oleh getaran molekul-molekul dalam
medium seperti udara. Gelombang bunyi juga disebut sebagai gelombang mekanikal.
Kekuatan bunyi yang diterima dikenali sebagai sebagai amplitud dan diukur dalam unit
decibels (dB). Reka letak audio merupakan ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk
meletakkan dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang
menarik. Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada
pada kaset audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) sebagai pengadun audio
(audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.

1.0 Fungsi Audio


Audio berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.
Misalnya, dalam penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Audio juga dapat
membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan. Melalui penggunaan
audio mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat
mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Hal ini kerana, ia dapat menimbulkan
suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang
dipersembahkan.
Terdapat 5 jenis audio yang digunakan dalam multimedia iaitu :
a) HiperAudio
Dimainkan secara berulang kali. Audio dibenarkan untuk dimainkan secara selari
dengan persembahan multimedia, dirujuk sebagai hiperaudio.
b) MP3
Format fail audio yang boleh menggunakan codec audio MPEGuntuk enkod dan
dekod muzik yang dirakam.Boleh mampat track audio CD dalam saiz yang kecil.
Pemain MP3 untuk memainkan fail MP3.
c) Audio Cakera Padat.
CD audio boleh menyimpan data selama 75 minit dengan kadar sampling 44,100
sampels per saat. Keupayaan cepat untuk merakam video. Banyak digunakan untuk
lagu yang dirakam dan berkualiti.
d) Audio
Digunakan untuk merakam bunyi yang didengar. Bentuk gelombang pada bunyi
menerangkan tentang amplitude, frekuensi dan kandungan yang harmoni.Format fail
audio ialah wave.
e) Midi
Kemudahan yang efisien untuk merakam muzik. Merakam maklumat persembahan
dalam chip sound pada komputer untuk memainkan muzik. Terdapat MIDI kod untuk
mengubah suai muzik menjadi perlahan, kuat, tukar kualiti dan tambah kesan bunyi.
Kebaikan Midi ialah mempunyai fail yang lebih kecil dan padat, kualiti muzik yang

bermutu serta mudah untuk melakukan ubahsuai fail. Kelemahan Midi pula tidak
boleh digunakan untuk memainkan dialog perbualan.

2.0 Format Fail Audio


Dalam aspek format pengfailan, audio digital bergantung kepada platform yang hendak
digunakan. Terdapat pelbagai format fail untuk mengkodkan fail data. Terdapat 2 kategori fail
bagi audio digital iaitu fail audio bunyi dan MIDI (Musical Instrument Digital interface). Fail
audio boleh dimampatkan untuk mengurangkan ruang storan kerana ia mempunyai
beberapa format tertentu bergantung kepada system pengendalian (OS) yang digunakan.
Contoh format fail yang dimainkan di komputer iaitu .wav dan .aiff. Fail jenis .wav merupakan
fail bunyi piawai bagi Microsoft. Ia boleh dijanakan di komputer desktop dengan
menggunakan kad bunyi dan perisian penyuntingan bunyi seperti Sound Edit 16. Fail jenis
.aiff pula merupakan versi Macintosh bagi fail .wav. Ia boleh dimainkan pada Macintosh dan
komputer peribadi.
MIDI merupakan skim pengkodan untuk merekodkan dan memainkan alat muzik
pada komputer. Ia pada asalnya merupakan piawai untuk menukarkan maklumat antara
music synthesizer. MIDI synthesizer selalunya dibekalkan pada semua sound card di
komputer.

2.1 Prinsip pembinaan bahan audio


Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik,
audio, video dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses
komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Kita perlu membuat penilaian atau keputusan yang tepat tentang bahan audio yang
boleh dan tidak boleh dipilih untuk dikumpul atau disimpan. Asas pemilihan bahan audio
perlulah memenuhi kriteria berikut :
i. Kandungan maklumat
Bahan atau maklumat yang berkualiti yang ingin disampaikan

ii. Carrier / kandungan


mengasingkan carrier, iaitu bahan fizikal (fizikal filem, cakera atau pita) dari karya
(work), kandungan (content) atau rakaman (bunyi dan/atau imej yang dimasukkan
secara bersama di dalamnya) bagi memastikan kelangsungan hayat kandungannya
dan kehilangan maklumat yang paling minimum.
iii. Nilai estetika kandungannya
Harus ada nilai estetikanya untuk nilai audiovisual dan boleh menarik minat
pengguna
iv. Kualiti
Kualiti imej dan/atau bunyi perlulah dijaga sebaik mungkin.
v. Kelangsungan hayat
Bahan yang dibina mampu bertahan lama dan mudah dipelihara agar dapat diakses
dalam jangka masa panjang.
vi. Pendokumentasian
Pendokumentasian secara terperinci perlu dilakukan terhadap proses perolehan,
penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan bahan audio video.

3.0

4.0 DOKUMEN STANDARD KOKORIKULUM STANDARD PENGJARRAN (DSKP)


TAHUN 1
BIDANG 1: MENGGAMBAR
(LUKISAN Tema : Alam Semula Jadi)
Menghasilkan gambar menggunakan media kering dengan teknik lukisan yang menekankan
aspek garisan.
1.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada
karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan selari (olahan garisan yang menghasilkan rupa)
1.1.1.2 Rupa organik dan geometri (dihasilkan daripada garisan)
1.1.1.3 Warna primer (biru, kuning dan merah)
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Imbangan ruang
1.1.2.2 Kepelbagaian garisan
1.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya
seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Media kering kering atas kering (pensel dan pensel warna)
1.2.1.2 Bahan kertas lukisan
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik lukisan
1.3 Ekspresi Kreatif

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan, warna, jalinan dan rupa) dalam penghasilan karya
1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual
1.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual.
1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

5.0 SKRIP PENGHASILAN AUDIO

PELAKON /

DIALOG/TEKS

MUZIK

KESAN BUNYI

PENYAMPAI
Penyampai

Pada suatu hari, ada seekor Minus

(Pembaca)

semut

sedang

One

Lagu

berjalan- Hijau Zainal Abidin

jalan mencari makanan di


pinggir sungai seperti biasa.
Dia berjalan dengan riang
tanpa

menghiraukan

keadaan di sekelilingnya.
Tiba-tiba,

ia

terjatuh

ke

dalam sungai.
Semut

Aarrgghhhh!

Bunyi percikan air

Penyampai

Arus sungai yang deras

Air mengalir deras

(pembaca)

menyebabkan

semut

tenggelam

timbul

permukaan

air

itu
di
dan

kelelahan kerana berusaha


untuk menyelamatkan diri
tapi tidak berhasil.
Semut

Tolong! Tolong!

Bunyi air berkocak

Penyampai

Seekor

(pembaca)

yang kebetulan bertenggek

burung

merpati

Bunyi hutan

di sebatang ranting pokok


yang

melintang

di

atas

sungai melihat semut yang


hampir

tenggelam

dan

merasa simpati.
Burung

Eh, eh. Ada seekor semut

Merpati

yang

Bunyi hutan

tenggelam.

Kasihannya dia. Aku mesti


menolongnya.
Penyampai

Burung

(pembaca)

sehelai

merpati
daun

menjatuhkannya

memetik
dan

Bunyi hutan

berhampiran semut. Semut


merayap naik ke atas daun
dan

akhirnya

berhasil

menyelamatkan

dirinya

dengan

bantuan

tersebut.

Semut

daun
berjaya

mendarat di tepi sungai.


Penyampai
(pembaca)

Apabila

selamat

tiba

di

Derap kasut pemburu

daratan, semut terlihat ada


seorang pemburu sedang
membidik burung merpati
itu dari kejauhan.

Semut

Nampaknya

burung

Bunyi mendebarkan

merpati dalam bahaya. Aku


harus melakukan sesuatu.
Penyampain
(pembaca)

Semut

menghampiri

pemburu

Bunyi mendebarkan

kemudian

menggigit kaki si pemburu


sehingga pemburu merasa
kesakitan

menyebabkan

tembakannya tersasar.
Pemburu

Aduhhh! Sakitnyaa!!

Penyampai

Mendengar

(pembaca)

pemburu

jeritan

yang

Bunyi tembakan
si

Burung berserakan

kesakitan

digigit oleh semut, burung


merpati
kewujudan
sehingga
pun

baru

tersedar

si

pemburu

burung

merpati

terbang

untuk

membebaskan diri. Burung


merpati berjumpa dengan
semut untuk mengucapkan
terima kasih kerana telah
menyelamatkan nyawanya.
Burung

Terima

kasih,

semut.

Bunyi hutan

Merpati

Kamu adalah semut yang


pintar dan baik hati.

Semut

Sama-sama, merpati. Aku Sahabat - Pitahati


juga

ingin

terim

mengucapkan
kasih

atas

pertolongan yang engkau


lakukan.

WATAK-WATAK :
a) Pembaca
b) Semut
c) Burung Merpati
d) Pemburu

*Arahan kepada murid : Lukiskan situasi gambaran anda berdasarkan cerita yang
disampaikan sebentar tadi di atas sehelai kertas lukisan yang telah disediakan.

6.0 APLIKASI PENGGUNAAN AUDIO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


(P&P)
Menurut Norasiah Abdullah (2011), peralatan audio merupakan media pengajaran bunyi
yang digunakan sebagai bahan dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
Perlatan audio merupakan satu komunikasi sehala. Hal ini kerana, apabila sesuatu audio
dipasang, pendengar atau audiens hanya perlu mendengar dengan teliti tanpa perlu
memberi respons. Menurut Noriati A.Rashid (2012), media audio dikatakan dapat meransang

proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Walaubagaimanapun, penggunaan media


audio yang berkesan memerlukan kefahaman tentang proses pendengaran serta bergantung
pada pemilihan bahan berdasarkan objektif pengajaran. Oleh yang demikian, seorang guru
harus bijak memilih bahan yang akan didengarkan pada murid supaya murid faham dan jelas
lantas mencapai objektif yang ingin dicapai.
Audio yang akan dipasang akan meransang murid untuk lebih peka pada pendengaran.
Hal ini akan membuatkan murid akan memberi tumpuan yang lebih tanpa melakukan aktiviti
yang lain kerana sebarang aktiviti lain yang dilakukan pada ketika itu akan menyebabkan
murid akan terlepas bahagian-bahagian audio yang penting. Audio yang dihasilkan harus
menarik dan kreatif. Ianya bertujuan menarik perhatian murid supaya murid dapat
memberikan tumpuan yang lebih.
LANGKAH 1

Guru memperkenalkan kaedah atau teknik pengajaran yang baru iaitu


bersumberkan audio. Hal ini menjadi suatu tarikan pada murid kerana
kaedah ini berbeza dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain
kerana murid tidak perlu memberi respons pada audio sebaliknya hanya
perlu mendengar dengan teliti.

LANGKAH 2

Guru memastikan persekitaran luar dan dalam kelas senyap supaya ianya
tidak mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini perlu
dititikberatkan supaya guru tidak perlu memainkan audio tersebut berulang
kembali. Sebolehnya, guru hanya perlu memainkan hanya dua sesi audio
tersebut. sesi pertama sebagai pendedahan dan pengenalan kepada
pelajar manakala sesi kedua adalah sebagai pemerolehan maklumat oleh
murid. Pada sesi kedua, murid akan cuba untuk mengingat setiap butir
penceritaan.

LANGKAH 3

Guru memilih murid secara rawak bertanyakan pada murid beberapa


soalan supaya murid mengingati kembali setiap butir penceritaan.
Antara contoh soalan yang ditanyakan:
Soalan 1 : Berdasarkan audio yang anda dengar sebentar tadi, nyatakan
berapa jenis haiwan yang ada dalam penceritaan tersebut?
Soalan 2 : Nyatakan ringkasan atau sinopsis semula cerita tersebut.
Soalan 3 : Apakah pengajaran dan nilai murni yang diperoleh daripada jalan
cerita tersebut.

LANGKAH 4

Guru memberi arahan yang jelas pada murid. Lukiskan situasi gambaran

anda berdasarkan cerita yang disampaikan sebentar tadi di atas sehelai


kertas lukisan yang telah disediakan.
LANGKAH 5

Guru mengingatkan kembali watak yang ada supaya murid tidak tersasar
dari jalan penceritaan tersebut.

LANGKAH 6

Guru membetulkan kesalahan murid dari segi penghasilan lukisan seperti


dari aspek garisan dan rupa.

LANGKAH 7

Guru memastikan murid menyiapkan tugasan yang diberikan.

Rajah 1 : Langkah-langkah pengajaran bersumberkan audio.

7.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AUDIO


BIL
1

JENIS AUDIO
Minus

One

Lagu

JUSTIFIKASI

Melambangkan

mendamaikan.
Membuatkan mood dan perasaan murid untuk berasa

lebih santai.
Memberikan kesedaran pada murid supaya menjaga

dan menghargai alam.


Melambangkan situasi semasa semut jatuh ke dalam

sungai.
Bunyi ini membolehkan murid untuk membayangkan

Hijau Zainal Abidin

Bunyi percikan air

suasana

dan

persekitaran

yang

situasi tersebut tanpa melalui penglihatan secara


3

Air mengalir deras

visual.
Menunjukkan suasana yang kecoh semasa semut

sedang lemas.
Aliran air deras ini menimbulkan perasaan cemas dan

Bunyi air berkocak

gelisah pada pendengar.


Bunyi yang terhasil daripada

pergerakan

membuatkan pendengar merasakan


5

Bunyi hutan

Derap

kasut

Bunyi mendebarkan

seperti berada

dalam situasi semut tersebut.


Menimbulkan perasaan tenang dan suasana damai di

dalam hutan.
Menunjukkan detik cemas apabila si pemburu ingin

pemburu
7

semut

memburu burung merpati.

Apabila bunyi mendebarkan ini dimainkan, pendengar


juga akan tertunggu-tunggu detik selepasnya sama ada
berakhir

Bunyi tembakan

dengan

kesudahan

yang

gembira

atau

menyedihkan.
Bunyi tembakan ini akan membuatkan pendengar
terkejut dan ianya merupakan klimaks pada jalan

Burung berserakan

penceritaan ini.
Menunjukkan suasana yang kecoh selespas terdengar
bunyi tembakan. Bunyi ini membuatkan pendengar
tertanya-tanya tentang keadaan burung merpati sama

10

Bunyi hutan

ada masih hidup atau tidak.


Bunyi hutan yang tenang melambangkan suasana
kedamaian dan merupakan peleraian pada jalan

11

Sahabat - Pitahati

penceritaan ini.
Lagu ini menerapkan tentang nilai murni iaitu hubungan
persahabatan

yang

tidak

ternilai

tanpa

mengira

perbezaan yang wujud sama dari segi jantina, kaum


dan agama.

KESIMPULAN
Dalam aktiviti pembelajaran, media boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang boleh
membawa maklumat dan pengetahuan dalam interaksi yang berlangsung antara pendidik
dengan murid. Pelbagai media dapat dibahagikan menjadi tiga, berdasarkan sifatnya,
keupayaan jangkauannya, dan berdasarkan cara atau teknik pengajarannya. Fungsi
pengajaran media pembelajaran dalam proses belajar, dapat membangkitkan keinginan dan
minat yang baru, membangkitkan motivasi dan rangsangan kegiatan belajar, bahkan
membawa pengaruh-pengaruh psikologi terhadap murid. Penggunaan media pembelajaran
akan sangat membantu keberkesanan proses pembelajaran dan penyampaian mesej dan isi
pelajaran pada masa itu.
Media audio visual terdiri daripada audio visual diam, iaitu media yang memaparkan
suara dan gambar diam seperti filem bingkai suara ( sound gambar ), filem rangkai suara.
Audio visual gerak, iaitu media yang boleh memaparkan unsur suara dan gambar yang
bergerak. . Media ini mempunyai kemampuan yang lebih, kerana media ini bergantung
kepada dua indera sekaligus, iaitu deria pendengaran dan deria penglihatan. Dengan media
tersebut diharapkan dapat membangkitkan motivasai dalam belajar dan menjelaskan konsep
yang ingin disampaikan.

REFLEKSI MUHAMMAD ASSRI BIN SHAMSUDDIN (941009-07-5485)

Saya Muhammad Assri bin Shamsuddin pada mulanya amat risau ketika mula
mendapat tugasan ini kerana masih kurang faham dengan tajuk tugasan yang diberikan.
Setelah diberi penerangan oleh pensyarah, barulah saya memahami tentang tugasan ini.
Daripada tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai maklumat mengenai cara-cara
untuk menghasilkan audio yang baik. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil
perhatian sebelum memulakan proses pengahsilan audio. Langkah-langkah ini perlu
diikuti supaya audio yang diahasilkan berkualiti. Selain itu, saya juga mempelajari
tentang cara-cara untuk merekod audi yang baik. Semasa melakukan proses merekod
audio, saya harus memastikan bahawa keadaan sekeliling dalam keadaan sunyi supaya
suara yang saya akan rekod kedengaran jelas tanpa ada gangguan. Kesabaran
merupakan kunci utama dalam penghasilan kerja kursus penghasilan audio ini kerana
setiap yang dihasilkan tidak semestinya menjadi seperti yang diinginkan. Oleh yang
demikian, saya dan rakan-rakan kadang kala harus mengulangi proses merekod kerana
terdapat gangguan atau kesilapan kecil. Oleh yang demikian, melalui pengalaman
menghasilkan kerja kursus ini, saya belajar untuk lebih bersedia daripada pelbagai
perkara.
Tidak dinafikan, semasa penghasilan audio ini, terdapat banyak kekurangan yang
perlu saya hadapi seperti kekuranggan kelengkapan alat untuk merekod dan aplikasi
yang bersesuaian untuk menghasilkan audio yang baik. Oleh yang demikian, saya
menggunakan alternatif dengan merekod suara menggunakan komputer riba dan
menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma di internet. Selain itu,
aplikasi yang digunakan juga memerlukan kemahiran yang tinggi. Justeru, saya meminta
bantuan rakan yang mahir untuk mengajar saya menggunakan aplikasi tersebut.
Kemahiran saya dalam mencari maklumat semakin meningkat semenjak melakukan
tugasan ini. Hal ini kerana saya harus merujuk maklumat daripada pelbagai sumber
seperti internet, buku dan sebagainya. Saya juga sering ke perpustakaan untuk
memperoleh buku-buku yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini.

Di samping itu, kemahiran komunikasi saya bersama orang sekeliling saya semakin
bertambah semenjak melakukan tugasan ini kerana tugasan ini memerlukan saya untuk
berkomunikasi

dengan

ramai

pihak

termasuklah

perpustakaan, pekerja kedai peralatan dan sebagainya.

pensyarah,

rakan-rakan,

staf

Seterusnya, malalui tugasan yang saya lakukan ini, kematangan saya dari segi
pemikiran, peribadi dan sahsiah semakin bertambah. Hal ini kerana, tugasan yang
diberikan ini mengajar saya erti kesabaran, tidak mudah putus asa dan terus berusaha.
Kesimpulannya, tugasan yang diberikan ini banyak memberi manfaat dalam
kehidupan seharian saya dan sebagai persediaan supaya terus berusaha menjalani
kehidupan yang penuh dengan cabaran.

REFLEKSI INDIVIDU AINAA NAWWARA BT KAMARUDIN (940203-01-6062)

Dalam penghasilan audio secara berkumpulan ini, saya dapati terdapat kekurangan serta
kelebihan yang mampu di atasi oleh semua pihak di dalam kumpulan saya ini. di awal
penghasilan audio ini saya tidak begitu yakin untuk melakukan rakaman suara kerana
rasa gementar dan berfikir sukar untuk melakonkan watak-watak seperti seekor semut,
burung merpati dan pemburu yang mana pada saya memerlukan kemahiran komunikasi
yang baik untuk melakonkan watak-watak tersebut. hal ini kerana, melalui audio, kita
hanya mendengar percakapan sambil mengimaginasikan keadaan atau situasi yang
digambarkan di dalam audio tersebut. Sekiranya, jalan penceritaan tidak dijalankan
dengan sebaiknya, maka gambaran yang terhasil tidak akan terlaksana dengan
berkesan.
Semasa melaksanakan rakaman suara, cabaran dan rintangan yang dihadapi adalah
suasana persekitaran yang kerap bising dan hingar-bingar dengan jiran-jiran dan
persekitaran lalu lintas sekitar kawasan penginapan saya. Walaupun menghadapi
masalah seperti ini, tetapi saya masih mampu lagi merakam suara dan suasana latar
dapat di atasi kerana suara yang dihasilkan dapat menyembunyikan keadaan di
persekitaran. Apabila digabungkan dengan suasana latar sebenar (keadaan di dalam
hutan, bunyi-bunyian hutan seperti kicauan burung, cengkerik dan sebagainya dapat
mengatasi masalah ini dan menghasilkan sebuah bunyi yang baik.
Selain itu, masalah seterusnya adalah penggunaan perisian audacity yang pertama
kali digunakan mengakibatkan saya serta ahli kumpulan yang lain agak lambat untuk
cekap dan mahir dalam penggunaannya berbanding perisian yang lain. Hal ini kerana,
selama ini, saya hanya menggunakan moviemaker untuk mengubah atau memotong
lagu-lagu atau suara yang diperlukan. Di dalam kerja kursus ini pula memerlukan saya
menggunakan audacity memberikan saya satu ilmu baharu tentang penggunaannya.
Serta saya dapat mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran ketika
saya di sekolah kelak.

Kelebihan yang saya dapati di dalam penghasilan audio ini adalah, dengan
menggunakan suara sahaja kita dapat menggambarkan sesuatu suasana. Hal ini
seragam dengan Pendidikan Seni Visual yang memerlukan kreativiti dan imaginasi
dalam menghasilkan sesuatu produk atau karya. Melalui imaginasi dan kreativiti dapat

menjadikan seseorang guru atau murid itu lebih berfikir dan menghasilkan idea baru
yang bernas dan segar untuk dikongsikan kepada orang lain.
Di dalam penggunaan audio di dalam Pendidikan Seni Visual dapat merangsang
pemikiran murid-murid dalam menjana pemikiran luar kotak. Hal ini kerana, melalui
pandangan saya, penggunaan audio secara penceritaan akan menjadikan mereka
(murid) fokus terhadap jalan cerita yang diperdengarkan, seterusnya akan merangsang
kotak pemikirannya yang secara tidak langsung akan menjadikan mereka berfikir untuk
mencakna jalan cerita tersebut. Maka, pencapaian guru dalam merangsang pemikiran
luar kotak murid dapat dilaksanakan.

8.0 RUJUKAN
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin
Wan Hasan (2012), Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Edisi
Kemas Kini.
Norasiah Abdullah, Rosmah Ahmad Zain, Mazilah Abdullah, (2011), Teknologi maklumat
dan Komunikasi, Penerbitan Multimedia.

Você também pode gostar