Você está na página 1de 23

menyelesaikan konflik di Iraq?

Ditulis oleh Suzalie Bin Mohamad. Posted in Artikel


Jangkaan kegagalan untuk mengembalikan keamanan di Iraq setelah
penaklukan Amerika dan sekutunya menjadi kenyataan apabila usaha-usaha
penyelesaian kemelut di Iraq terus menghadapi kegagalan dan kebuntuan.
Keganasan yang dilakukan oleh tentera Amerika dan anti-Amerika di Iraq
semakin hari semakin berleluasa. Pastinya, ramai anak-anak kecil, wanita
dan orang tua menjadi korban kerana kerakusan dan perebutan kuasa politik.
Sejak

kejatuhan

kerajaan

pimpinan

Saddam

Hussein,

timbul

pula

permasalahan besar apabila puak Shia dan Sunni bertelaga sesama sendiri.
Keadaan ini sudah pasti memaksa Amerika dan sekutunya dilihat masih
berkaitan dan diperlukan di Iraq.
Mungkin rakyat Iraq masih memerlukan pemimpin setegas Saddam
untuk memimpin dan memerintah Iraq? Saddam sekarang dihadapkan ke
mahkamah

di

luar

bidang

kuasa

mahkamah

antarabangsa,

sebuah

mahkamah ditubuhkan dengan restu Amerika yang diletakkan di bawah


kuasa rakyat atas kerajaan baru Iraq. Keadaan ini unik dan membingungkan
masyarakat antarabangsa kerana dalam dunia moden hari ini, bagaimana
seorang Presiden sebuah negara boleh digulingkan oleh satu kuasa luar yang
tidak mendapat restu daripada Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Bayangkan, yang Presiden Bush digulingkan oleh tentera Iraq, apa agaknya
tindakbalas masyarakat antarabangsa? Ini menunjukkan bahawa dunia telah
kembali kepada zaman batu di mana yang kuat akan terus menindas, tidak
ada perimbangan kuasa dan negara yang besar dan kuat akan terus
melaksanakan kerakusan kuasa tanpa menghiraukan nilai-nilai kemanusiaan.
Di sinilah kita melihat peranan penting yang dimainkan oleh agama dalam
siasah untuk mengelak apa yang berlaku di muka bumi pada hari ini.
Peranan agama sebagai landasan untuk nilai-nilai berteraskan faham

kemanusiaan

yang

mampu

membataskan

kerakusan

nafsu

manusia

menindas hak orang lain.


Serangan yang dilakukan oleh Amerika dan sekutunya ke atas Iraq
berikutan peristiwa serangan pengganas pada 11 Sept 2001 menjanjikan
keganasan antarabangsa dapat ditumpaskan, namun siri keganasan; letupan
bom terus berlaku di serata dunia yang disasarkan ke atas kepentingan
Amerika dan sekutunya sekaligus mengheret negara-negara berkecuali ke
dalam kancah kemusnahan.
Sekiranya undang-undang antarabangsa dengan jelas melindungi
sesebuah negara berdaulat daripada diserang, mengapa tidak ada sebarang
tindakan

undang-undang

untuk

mengheret

Presiden

Bush

ke

meja

pengadilan antarabangsa di atas kesalahan melakukan jenayah peperangan


atau jenayah ke atas kemanusiaan? Sudah jelas, Bush telah meningkatkan
lagi keadaan huru hara dunia dan menghindari ketetapan PBB dalam
tindakannya menyerang Iraq dan Afghanistan. Ini menunjukkan PBB adalah
institusi yang lemah.
Hari ini, keadaan politik di Iraq adalah amat teruk. Rantau Asia Barat
berhadapan dengan gambaran ketidakpastian, belenggu dan dilema yang
mencacatkan perkembangan ekonomi dunia. Janji manis Amerika terhadap
rakyat Iraq dan masyarakat antarabangsa untuk mengembalikan keamanan
gagal dicapai setelah 4 tahun penaklukan Iraq. Jumlah kematian rakyat Iraq
semakin

bertambah.

Di

awal

penaklukan

Iraq,

kematian

disebabkan

serangan penaklukan tentera, tetapi di pasca penaklukan Iraq; penambahan


jumlah kematian disebabkan letupan bom berani mati dan perbalahan di
kalangan rakyat Iraq semakin menjadi-jadi. Andaikan kalau dalam sehari 5
orang mati disebabkan tindakan ketenteraan, keganasan, kekurangan
makanan dan sebagainya, sebulan 150 kematian, setahun seramai 1800 dan
untuk tempoh 4 tahun mencecah 7200 kematian. Jumlah ini belum

mengambil kira korban jiwa semasa serangan udara dilakukan yang sudah
tentu membunuh lebih banyak nyawa.
Kegagalan Amerika untuk memulihkan Iraq sudah dijangka oleh ramai
penganalisa dan pengamal politik serta dirasai oleh pengamal politik. James
A. Baker, bekas Setiausaha Negara Amerika, tidak menafikan kegagalan ini
dengan mengesyorkan perubahan dasar Bush terhadap Iraq. Baker, yang
mempengerusikan Bipartisan Iraq Study Group' yang akan mengeluarkan
laporan lengkap penghujung November 2006 telah menyuarakan untuk
melibatkan Syria dan Iran untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di Iraq.
Menurut temuramah bersama Baker di BBC, peranannya sebagai mediator
konflik di Iraq akan meminta Iran dan Syria untuk melibatkan diri secara
langsung menyelesaikan perbalahan/konflik di antara Shia dan Sunni.

Reaksi Iran dan Syria dengan jelas meletakan syarat ketat pengunduran
tentera bersekutu Amerika sebelum tawaran tersebut diterima. Mungkin
Baker akan menggunakan pelbagai strategi untuk mempengaruhi Iran dan
Syria untuk bekerjasama dengan Amerika. Di Iraq pula, satu perjumpaan
umum telah dibuat di antara Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki dan juga
pemimpin puak Shia Iraq, Muktadar al-Sadr untuk menentukan hala tuju
penyelesai konflik melalui pembentukan sistem pemerintahan yang akan
diterimapakai, samada pentadbiran Iraq akan ditadbir mengikut sistem
federalisme ataupun sempadan autonomi. Kata sepakat telah dicapai di
pertemuan ini bahawa hanya rakyat Iraq yang berhak menentukan bentuk
kerajaan yang ingin mereka bentuk.
Baker

mungkin

mencadangkan

paling

kurang

enam

langkah

penambahbaikan dasar luar Amerika terhadap Iraq. Pertama, menukar


kerajaan pimpinan Nouri al-Malik kerana dia tidak cukup kuat untuk
menyatukan puak Shia dan Sunni. Kedua, mengundurkan kesemua tentera
Amerika dan sekutunya dari Iraq. Ketiga, membahagikan Iraq kepada tiga

bahagian mengikut puak Shia' Sunni dan Kurdis berlandaskan sistem


federalisme. Keempat, menghantar lebih banyak tentera ke Iraq. Kelima,
menghantar tenaga pelatih Amerika dan sekutunya yang berpengalaman
untuk melatih tentera Iraq. Keenam, menetapkan tarikh akhir kepada
kerajaan pimpinan Nouri al-Maliki untuk mencapai kata putus penyatuan di
antara puak Shia, Sunni dan Kurdis dan seterusnya mengadakan satu
perjanjian dengan negara Jiran Iraq dan kuasa-kuasa besar untuk membantu
memulihkan dan menstabilkan Iraq. Kemungkinan besar, candangan kelima
dan keenam adalah yang paling berkaitan kepada Amerika.
Pelawaan Baker menunjukkan pendekatan mudah Amerika Syarikat
untuk memindahkan tanggungjawab memulihkan Iraq kepada negara-negara
Islam. Duta Syria ke Amerika Syarikat, Imad Muostpha semasa ditemuramah
oleh pihak BBC menyampai pesanan yang amat jelas berhubung pelawaan
Baker, iaitu tentera Amerika dan sekutunya mesti serta merta keluar dari
Iraq sebelum mereka boleh membantu dan memberikan hak kepada rakyat
Iraq untuk mencapai musyawarah tanpa pengaruh Amaerika dan sekutunya.
Menurut beliau, konflik di Iraq memberi kesan yang buruk kepada rantau
Asia Barat dan bependapat bahawa jika kemelut di Iraq tidak dibendung
dengan baik, ianya akan menjejas kestabilan politik dunia dan keganasan
antarabangsa.
Persoalannya sekarang ialah bukankah negara-negara Islam wajib
menolong menyelesaikan sebarang masalah yang timbul sekiranya dipinta,
khususnya Iraq? Adakah negara-negara Islam perlu memberi tindakbalas
yang baik terhadap saranan Baker setelah mengetahui konflik di Iraq
berpunca daripada dasar luar Amerika? Sejak daripada awal penaklukan Iraq,
rancangan dan agenda pembangunan Iraq merupakan perkara eksklusif
Amerika dan sekutunya. Iraq yang kaya dengan sumber minyak mentah itu
menjadi milik mutlak Amerika kerana tidak ada negara lain yang boleh
menyertai usaha membaik-pulih Iraq melainkan setelah mendapat restu
daripada Amerika.

Oleh yang demikian, negara-negara Islam harus melakukan sesuatu


dengan

menyuarakan

teguran

membina

khususnya

kepada

Presiden

Amerika. Pada masa yang sama, agama Islam mengkehendaki umatnya


berhati-hati

dalam

mengambil

sebarang

tindakan

yang

boleh

membahayakan dirinya dan juga diri orang lain. Sudah tiba masanya,
pemimpin-pemimpin negara Islam bersepakat untuk meyuarakan suara umat
Islam dan memberi nasihat ke atas kepincangan dasar Amerika di Iraq.
Penderitaan umat Islam di serata dunia akibat khianat, merupakan
kesengsaraan kita bersama. Menurut sebahagian daripada hadis Qudsi yang
bermaksud

"Barangsiapa

yang

melapangkan

seorang

mukmin

suatu

kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan


dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan
barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya
Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan
menutup keaibannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya,
selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya". Maka jelaslah bahawa
tanggungjawab dan usaha untuk menyelesaikan sebarang masalah orang
lain yang memerlukannya merupakan satu kewajiban kepada kita dan kunci
kejayaan di akhirat kelak.

Misi Kemanusiaan Kontinjen Malaysia Di Afghanistan


Diterbitkan: Isnin, 3 Januari 2011 12:00 AM
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Kembara 40 anggota pasukan perubatan Angkatan
Tentera

Malaysia

(ATM)

ke

Bamiyan,

Afghanistan

memberi

pelbagai

pengalaman kepada pasukan kontinjen Malaysia di negara bekas perang itu.

Buat pertama kalinya, ATM menjejakkan kaki di bumi Afghanistan


selepas

kerajaan

Malaysia

bersetuju

menerima

jemputan

Kerajaan

Afghanistan dengan menghantar satu kontinjen, yang diklasifikasikan


sebagai bukan negara ahli NATO, bagi menyumbang kepada pembinaan dan
pembangunan semula Afghanistan.
Sebelum ini Malaysia sememangnya dikenali di mata dunia sebagai
negara yang sering melibatkan diri dalam misi pengaman seperti di Somalia,
Bosnia, Kemboja, Timor Leste, Sahara Barat, Namibia dan Lubnan.

MALCON ISAF BUKAN TUGAS KOMBAT


Misi

yang

dikenali

sebagai

Pasukan

Bantuan

Keselamatan

Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (MALCON ISAF) ini adalah


khusus untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan tidak terlibat dengan
sebarang penugasan perang.
Penugasan adalah menjurus kepada bidang perubatan yang kritikal
meliputi khidmat kesihatan, pergigian dan bantuan kemasyarakatan selain
membantu paramedik di kalangan warga tempatan serta memberi latihan
dalam pendidikan kesihatan, alam sekitar dan kesihatan umum.

Misi ini melibatkan tujuh pegawai dan 33 anggota lain-lain pangkat


termasuk tujuh wanita yang antara lain melaksanakan Operasi Interim
bantuan dan sokongan nasional ke Afghanistan (Op INSAF) yang bukan
sekadar memenuhi misi kemanusiaan, sebaliknya mampu mengukuhkan
hubungan serta kerjasama antara Malaysia dan Afghanistan.
Kumpulan ini berada di Wilayah Bamiyan, yang terletak di tengah
Afghanistan, dan bertugas bersama Pasukan Pembangunan Semula Wilayah
dari New Zealand dari tempoh enam hingga sembilan bulan.

DUA CHARLIE DIGUNAKAN


Kira-kira 500 orang termasuk sanak saudara 30 pegawai dan anggota
Pasukan Perubatan ATM membanjiri perkarangan Pangkalan Udara TUDM
Subang pada 19 Oktober lepas bagi mengucapkan selamat jalan pasukan
berkenaan
Sebelum itu kumpulan pertama yang berperanan sebagai pasukan
peninjau yang turut merangka pelan tempat tinggal kumpulan ini di Bamiyan
telah berlepas pada 16 Julai.
Dua pesawat udara Hercules C-130 Hercules, atau lebih dikenali
sebagai Charlie digunakan untuk mengangkut kumpulan terbabit yang pada
masa sama mencipta sejarah bagi pesawat pengangkut itu tiba di bumi
Qatar buat pertama kalinya di bawah kendalian anak tempatan.
Selain membawa kumpulan terbabit untuk penerbangan selama 50
jam ke Afganistan, pesawat terbabit juga membawa bersama 18.4 tan
pelbagai barang, peralatan kesihatan dan keperluan asas kumpulan misi itu.
MENEMPUH RANJAU PENERBANGAN Selepas berlepas kira-kira satu jam
dari Subang, kembara kumpulan ini singgah di Maldives bagi mengisi minyak
sebelum bertolak menempuh perjalanan kira-kira lebih lima jam menuju
Pangkalan Udara Al-Udeid, Qatar.

Pengkalan tentera ini terletak di Barat Doha dan mempunyai rumah


anggota dan pegawai tentera Udara Amerika Syarikat dan dipercayai
dijadikan pangkalan bagi menyerang Iraq satu ketika dahulu.
Kembara ini perlu mendapatkan kebenaran pelepasan penerbangan
untuk memasuki ruang udara Afghanistan bagi tujuan keselamatan dan
walaupun proses ini dilihat merumitkan, namun hampir kesemua anggota

berpuas hati dengan kerjasama diberikan pasukan keselamatan Qatar dan


tentera Amerika Syarikat.
Di pengkalan ini juga, kembara ini akan singgah untuk urusan logistik
dan penukaran pesawat pengangkut di mana difahamkan amat sukar untuk
memasuki ruang udara Afghanistan kecuali dengan menggunakan pesawat
yang dikendalikan tentera Amerika.
Akhirnya selepas lebih 24 jam menempuh pelbagai kesukaran,
perubahan cuaca dan pertukaran pesawat, Pasukan Perubatan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) tiba di Bamiyan, Afghanistan pada 22 Oktober dan
mendarat di Pangkalan Udara Bamiyan setelah melalui Bagram, sebuah
daerah berdekatan kira-kira pukul 11.45 pagi waktu tempatan menaiki
pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), C130.
Ketibaan mereka disambut Pengarah Pasukan Pembangunan Semula
Wilayah (PRT) New Zealand, Richard Newland dan Komander MALCON ISAF,
Leftenan Kolonel Norazan Omar.
PENEMPATAN ANGGOTA SEPERTI DI NEGARA SENDIRI
Tiga blok bangunan milik Pasukan Perubatan anggota ATM di Kem
Pasukan Pembangunan Semula Wilayah (PRT) New Zealand yang siap
sepenuhnya

di

Bamiyan

ini

dijangka

dapat

membantu

anggota

mempersiapkan diri dalam misi bantuan perubatan di Afghanistan.


Komander Malcon Isaf, Lt Kol Norazan Omar berkata, "kemudahan ini
sangat selesa, cantik dan yang paling lengkap di Bamiyan dengan adanya
air, elektrik, internet dan rumah penginapan yang dilihat sangat sesuai untuk
menjalankan misi ini".
Tiga blok itu dilengkapi dengan dapur, blok penginapan pegawai dan
lain-lain pangkat, tandas, surau, dewan makan dan blok pejabat.

Pengarah Urusan Dwi Makna Sdn Bhd, syarikat yang dilantik kerajaan,
Major (R) Mohamed Yussof Datuk Tahwil Azar berkata projek pembinaan yang
bermula 1 September lepas mengambil masa 45 hari untuk siap.
Projek

yang

dibuat

dengan

kerjasama

syarikat

Afghan

Bamica

Construction Company (ABCC) itu menggunakan kepakaran jurutera negara


dan dibantu kira-kira 50 hingga 80 tenaga buruh tempatan.
Mohamed Yussof berkata antara cabaran yang dihadapi dalam
menyiapkan projek ialah membawa masuk peralatan ke kawasan yang tidak
mempunyai struktur jalan yang baik itu.
CUACA DAN PERMUKAAN MUKA BUMI YANG EKSTREM
Suhu yang terlalu sejuk hingga mencapai tahap -40 darjah Selsius
adalah antara cabaran besar anggota ATM dalam misi ini.
Ketua Pengurusan Logistik Perubatan Kumpulan Induk Malcon-ISAF,
Mejar Hassan Masro berkata masalah suhu sejuk yang ekstrem itu memang
telah dikenalpasti pasukannya.
"Semua pegawai dan anggota sudah dipersiapkan dari segi mental dan
fizikal untuk menghadapinya", katanya.
Selain itu, Pasukan Perubatan juga berdepan dengan kawasan tempat
tinggal dan pusat operasi yang terletak di permukaan bumi yang tinggi iaitu
kira-kira 9,200 kaki, namun ianya menyejukkan mata dengan keindahan
laluan sutera yang terdapat di kebanyakan kaki bukit Bamiyan.
Perbezaan waktu juga merupakan satu lagi cabaran Pasukan Perubatan
iaitu Bamiyan awal lebih kurang lima jam berbanding waktu di Malaysia dan
Pasukan Perubatan perlu mengubah jam, waktu bangun, waktu solat, waktu
tidur mereka untuk tempoh enam bulan berikutnya.

BUKAN MUHRIM, CARA HIDUP DAN PENJAGAAN DIRI PENDUDUK


BAMIYAN
Salah satu cabaran dalam misi ini adalah faktor bukan muhrim tidak
boleh bercampur dengan mana-mana individu dan dalam perkara ini,
Pasukan Perubatan telah pun bersedia dengan doktor dan pembantu doktor
lelaki dan wanita.
Pemerhatian pasukan ini mendapati pada mulanya rata-rata penduduk
malu untuk bertegur sapa atau mendapatkan pemeriksaan awal di klinik
yang dilawati kecuali antara sesama jenis.
Namun selepas beberapa kali lawatan, penduduk mulai menerima
kehadiran pasukan ini dan penduduk tempatan boleh berkomunikasi dan
memahami apa yang cuba disampaikan mereka termasuk kepada petugas
dan doktor tempatan.
Pegawai Perubatan MALCON ISAF Mejar Dr Mohammad Azim Che Azmi
berkata sikap penduduk tempatan dalam penjagaan diri dan kesihatan
mereka dilihat sangat rendah memandangkan mereka selesa dalam keadaan
itu sejak sekian lama.
Beliau berkata kedatangan Pasukan Perubatan itu bukanlah untuk
mengubah cara hidup mereka sebaliknya menunjukkan cara asas penjagaan
diri bermula dengan cara membasuh tangan dengan ringkas tetapi mengikut
prosedur yang betul.
Seorang lagi pegawai perubatan MALCON ISAF Kapten (Dr) Ummi
Khaltum Mohamed Taib pula berkata ada di kalangan penduduk tempatan
yang tidak memakai sarung tangan ketika musim sejuk sebaliknya hanya
menggosok tangan dengan batu bagi menyerap kesejukan dan mendapatkan
haba.
BAMIYAN PERLUKAN BANTUAN DUNIA

Pemerhatian Pasukan Perubatan itu juga mendapati berlaku masalah


kekurangan doktor dan jururawat tempatan di sini, menyebabkan mereka
terpaksa merawat pelbagai penyakit di luar bidang mereka dalam sesuatu
masa.
Bamiyan yang mempunyai lebih 60,000 penduduk ini juga kekurangan
pakar menyambut kelahiran, sakit mata, pemakanan dan kesihatan umum
untuk menangani pelbagai penyakit bawaan yang boleh menyebabkan
kematian seperti batuk kering, malaria dan taun.
Rata-rata anggota Pasukan Perubatan berpendapat, sesungguhnya
Bamiyan sangat memerlukan bantuan dunia dalam membantu memajukan
wilayah ini ke arah yang lebih moden dan lengkap dari segi keperluan awam
seperti jalan raya dan hospital.
Mereka mengakui struktur muka bumi di paras tinggi dan cuaca
ekstrem mungkin antara halangan namun tidak mustahil jika wilayah yang
mempunyai monumen patung Buddha yang diiktiraf UNESCO sebagai tapak
tinggalan sejarah ini menjadi pusat pelancongan terkenal satu hari nanti.
KEPAKARAN DAN KESUNGGUHAN MALAYSIA DISEGANI
Kepakaran dan kesungguhan Malaysia melibatkan diri dalam misi
bantuan kemanusian antarabangsa mendorong Afghanistan menjemput
Malaysia menyalurkan misi bantuan kesihatan untuk rakyatnya.
Gabenor Bamiyan, Habiba Sarabi berkata kepakaran Malaysia selain
faktor agama yang sama adalah antara penyebab yang menarik perhatian
kerajaan Afghanistan.
Pihaknya sangat menghargai usaha murni kerajaan Malaysia yang sudi
menerima jemputan mereka walaupun kawasan itu mempunyai pelbagai
masalah seperti bekalan air bersih, elektrik, laluan darat yang berdebu dan

berbatu serta kekurangan tenaga pakar dalam bidang sakit puan, sakit mata,
pemakanan dan kesihatan umum.
Beliau turut berharap pelabur Malaysia sudi melibatkan diri dalam
pelbagai bidang pembangunan seperti eko-pelancongan dan makanan
memandangkan Bamiyan terkenal dengan kentangnya.

MISI YANG BERJAYA


Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata pasukan di Afghanistan akan ditambah daripada 40 kepada 120
orang pada penghantaran pasukan ketiga pada bila-bila masa.
"Kita juga sedang berunding agar ada pihak negara ketiga yang boleh
bersama-sama membiayai pembinaan dan penghantaran pasukan itu kerana
ia memakan kos yang tinggi.
"Dalam lawatan panglima tentera darat British baru-baru ini, saya
meminta supaya dengan budi bicara beliau mencari beberapa rakan sahabat
untuk membantu dari segi penanggungan kos dan kalau boleh kita mahu
negara-negara Islam yang lain seperti Indonesia dan Brunei menyertai misi
kita," katanya.
Misi MALCON ISAF begitu besar nilai sumbangannya jika dilihat dengan
cabaran yang terpaksa dilalui di Afghanistan dan pada masa yang sama ia
berusaha

untuk

mengekalkan

rekod

baik

pengaman dan kemanusian yang disegani.

Malaysia

sebagai

pasukan

UNSC: Negara anggota PBB iktiraf peranan Malaysia


18 OKTOBER 2014
PBB PBB
KUALA LUMPUR - Sokongan yang diberikan negara anggota Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memilih Malaysia sebagai satu daripada
Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) memperlihatkan negara
ini

diiktiraf

dunia

antarabangsa

bagi

memainkan

peranan

penting

menyuarakan isu-isu kritikal keselamatan sejagat, demikian menurut ahli


akademik.
Kejayaan Malaysia mengisi satu kerusi daripada lima kekosongan
anggota tidak tetap UNSC bagi mewakili Asia Pasifik memberi peluang
kepada

negara

Islam

ini

menjadikannya

sebagai

platform

untuk

menggalakkan rundingan dalam menyelesaikan hal dan isu keselamatan


antarabangsa.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis
Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata
ketegasan

Malaysia

dalam

menyatakan

pendirian

berhubung

isu-isu

antarabangsa mengetengahkannya sebagai negara yang konsisten dan


berpegang kepada prinsip mencari kebenaran dan keadilan sejagat.
Malaysia negara konsisten Mengambil contoh isu Palestin dan Bosnia,
Mohamed Mustafa berkata Malaysia adalah negara yang menyuarakan
pendirian tegas dalam memperjuangkan isu ini sejak dahulu dan sehingga
kini.
"Kita melihat negara-negara dunia khususnya PBB tahu dan jelas
bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak menyokong kepada
kegiatan militan, tidak ekstrem atau negara yang membuat keputusan berat
sebelah.

"Kita sangat dramatik dan konsisten atas sebab itu mereka (negara
anggota PBB) melihat Malaysia adalah sebuah negara yang dihormati dan
selayaknya berada dalam Majlis Keselamatan," katanya.
Malaysia

dipilih

menjadi

anggota

tidak

tetap

UNSC

setelah

memperoleh 187 daripada 192 jumlah undi dalam proses pemilihan yang
berlangsung di dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu di New York pada Khamis.
Selain Malaysia, Angola, Venezuela, New Zealand dan Sepanyol turut
terpilih mengisi kekosongan dan menduduki kerusi berkenaan pada 1 Jan
2015 untuk berkhidmat dalam UNSC sehingga 31 Disember 2016.
Keanggotaan Malaysia di UNSC kali ini merupakan yang keempat. Kali
pertama ialah pada 1965 dan dipilih semula menyertai majlis itu pada
1989/1990.
Ia menduduki kerusi itu buat kali ketiga pada 1999/2000.

UNSC dianggotai 15 wakil dengan lima daripadanya adalah Anggota


Tetap Majlis Keselamatan, yang masing-masing mempunyai kuasa veto iaitu
China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Mohamed Mustafa berkata pemilihan Malaysia, sebagai sebuah negara
Islam dan negara membangun untuk menduduki UNSC, adalah satu peluang
keemasan untuk menyuarakan pandangan kepada dunia berhubung isu-isu
berkaitan Islam dan negara-negara membangun.
Wakil suara negara lain
"Pandangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
pandangan negara-negara membangun penting ini kerana kadang-kala
pandangan ini tidak diberikan perhatian atau diketepikan malah tidak
didengari.
"Terutamanya sekali dalam hal ehwal keselamatan dan keamanan
dunia kita dapat memberi penegasan dan mendesak atau mempengaruhi
anggota tetap untuk membuat keputusan lebih adil demi keadilan dunia
terutamanya negara Islam dan negara membangun," katanya.
Dalam isu Palestin yang seakan tiada kesudahannya, kata beliau
Malaysia boleh berperanan sebagai wakil kepada negara-negara lain atau
negara yang tidak mampu untuk menyampaikan suara.
"Kita melihat isu Palestin ini sudah begitu lama tertunggak dan PBB
masih gagal dan menguatkuasakan sebarang resolusi terhadap Israel sejak
sekian lama.
"Saya percaya Malaysia mempunyai keupayaan dan populasi yang
lebih baik untuk bercakap kerana kita telah menunjukkan pendirian yang
begitu konsisten," katanya.
Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai
kepelbagaian kaum, agama dan budaya Islam mampu membangun dengan

pesat dan stabil adalah satu kelebihan yang dapat digunakan untuk
mempromosikan kesederhanaan demi manfaat bersama dan keamananan
dunia sejagat.
Mohamed Mustafa berkata walaupun kedudukan Malaysia tidak sama
dengan lima kuasa besar yang mempunyai kuasa veto di UNSC, Malaysia
sekurang-kurangnya

boleh

menyuarakan

pandangan

mewakili

negara-

negara Asean.
Padangan dunia
Sementara itu, Pengerusi Yaysan Gerakan Kesederhanaan Global Tan
Sri Razali Ismail berkata kejayaan Malaysia menanggotai UNSCsebagai
anggota tidak tetap membuktikan bahawa masyarakat dunia mempunyai
keyakinan dengan Malaysia untuk memainkan peranan baharunya dalam
pertubuhan dunia itu.
"Saya bercakap dengan rakan-rakan dari luar negara dan mereka
melahirkan keyakinan terhadap Malaysia (untuk melaksanakan tugasnnya di
dalam UNSC)," kata bekas diplomat itu.

ARKIB : 30/01/2013
Peranan antarabangsa Malaysia kian mencabar
Oleh MUHAMMAD AFIFI ABDUL RAZAK
afifi@uum.edu.my / afifirazak@gmail.com
PENULIS ialah pensyarah sains politik, Pusat Pengajian Antarabangsa,
Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara
Malaysia.

KEJAYAAN peranan antarabangsa Malaysia pada hari ini ialah usahanya


dalam konteks penyelesaian konflik serantau dan antarabangsa semasa.
Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan dan keselamatan sejagat,
Malaysia sangat perihatin terhadap pelbagai isu dan konflik yang boleh
menjejaskan keamanan negara, serantau dan antarabangsa. Malaysia telah
berjaya membuktikan kepada dunia bahawa strategi pengurusan konflik
secara aman telah berjaya membantunya menghapuskan ancaman komunis
dalam negara.

Di peringkat serantau, Malaysia telah bekerjasama dengan negaranegara yang berjiran dengannya serta menggunakan platform ASEAN bagi
menguruskan pelbagai konflik yang berlaku di sekitar sempadannya. Selepas
beberapa tahun, usaha diplomasi Malaysia ini telah terbukti berjaya.

Sebagai

contoh,

peranan

Malaysia

dalam

mengurus

dan

menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina telah mendapat


pujian daripada banyak pihak, pemerhati antarabangsa serta PBB. Misi
diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses
damai antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina.

Berikutan dengan kejayaan ini, Malaysia sedang cuba 'menjual'


peranan diplomasiya kepada beberapa buah negara lain yang sedang
menghadapi masalah yang sedemikian rupa seperti Myanmar (isu Rohinya)
dan Thailand (isu selatan Thai). Yang terkini, Malaysia sedang berusaha
sedaya upaya untuk menjadi 'perunding damai' di antara Hamas dan Fatah
di Palestin.

Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas
usaha dan keberanian beliau untuk berusaha menjejakkan kaki ke bumi
Palestin yang sedang hebat bergolak. Sesungguhnya, kehadiran Najib pasti
menjadi pembakar semangat kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat
Islam sejagat untuk terus berjuang bagi membantu rakyat Palestin yang
ditindas oleh rejim Zionis Israel.

Pun begitu, apa yang telah dicapai oleh Malaysia sekarang sebenarnya
hanya satu permulaan kepada satu episod baru dalam kancah dunia politik
antarabangsa era globalisasi. Apatah lagi, bagi sebuah negara kecil seperti
Malaysia yang ingin mencapai status sebagai sebuah 'negara kuasa
pertengahan' (middle power state), cabaran yang bakal dihadapinya mulai
daripada sekarang dan akan datang adalah semakin mencabar dan berliku.

'Negara kuasa pertengahan' ialah satu konsep yang merujuk kepada


status sesebuah negara yang bukan 'besar' dan bukan 'kecil' tetapi boleh
berdikari serta mampu memberikan impak penting dalam konteks politik
antarabangsa. Malaysia, pada ketika ini sedang mempersiapkan dirinya
menjadi sebuah 'negara kuasa pertengahan'.

Sememangnya, usaha dan peranan antarabangsa Malaysia khasnya


dalam menyokong idea PBB bagi memastikan keamanan dan keselamatan
dunia sejagat menerusi pendekatan penyelesaian konflik secara aman dan
tindakan

multilateralisme

yang

dijana

menerusi

platform

PBB

telah

memperlihatkan tindakan dasar luar Malaysia sebagai bakal sebuah 'negara


kuasa pertengahan'.

Dan sekiranya status ini berjaya dicapai oleh Malaysia, ia bakal


meletakkan negara ini sebaris dengan 'negara-negara kuasa pertengahan'
yang tersohor pada ketika ini seperti Kanada, Brazil, India, Korea Selatan,
dan Jepun.

Pendekatan Wasatiyyah yang dianjurkan oleh Malaysia dalam konteks


penyelesaian

konflik

antarabangsa

sememangnya

merupakan

satu

pendekatan yang baik dan bijaksana. Banyak negara dunia telah menyambut
baik pendekatan ini kerana ia bersifat sangat universal. Jikalau melihat
kepada logik akal, tiada siapa pun mahu melihat kemusnahan dan kematian.

Ramai yang pasti bersetuju sekiranya semua konflik dan krisis


antarabangsa

dapat

di

selesaikan

secara

aman

tanpa

melibatkan

kemusnahan dan pertumpahan darah. Tetapi persoalannya, apakah semua


pihak

yang

sedang

berkepentingan

serta

berkonflik

termasuk

negara-negara

kuasa

pihak-pihak
besar

tertentu

dunia

yang

benar-benar

bersetuju dengan pendekatan ini?

Dalam hal yang sebegini, bersikap positif dan berbaik sangka adalah
sesuatu yang sangat dialu-alukan. Tetapi kalau disingkap sejarah silam politik
antarabangsa, kita akan dapati keadaan sebaliknya sedang berlaku dan ia
sangat mengecewakan.

Realitinya, dalam konteks pengurusan dan penyelesaian konflik


antarabangsa, negara-negara kuasa besar dunia pada hari ini lebih menyukai
pendekatan secara kekerasan daripada pendekatan secara aman. Mereka

lebih cenderung kepada peperangan yang sudah pasti membawa kepada


kemusnahan dunia dan kematian manusia yang tidak berdosa.

Andaian ini boleh disokong dengan beberapa fakta yang sangat


menarik untuk difikirkan bersama, sebagai contoh:

(i) Perubahan peranan misi pengaman antarabangsa daripada hanya


misi

pengaman

kepada

'misi

campur

tangan

ketenteraan'

(military

intervention).

(ii) Peningkatan krisis dan konflik antarabangsa di negara-negara yang


menolak demokrasi.

(iii) Peningkatan jumlah misi pengaman antarabangsa sama ada di


bawah seliaan PBB dan agensi bukan PBB (seperti NATO, EU dan pertubuhanpertubuhan serantau).

(iv) Peningkatan jumlah pengeluaran dan penjualan senjata oleh


negara-negara kuasa besar dunia.

(v)

Peningkatan

jumlah

pembelian

senjata

oleh

negara-negara

membangun dan miskin seperti di Afrika, Asia dan Amerika Selatan.

(vi) Sokongan kuat sama ada oleh PBB dan negara-negara kuasa besar
dunia terhadap usaha campur tangan asing dalam konflik di negara-negara
membangun (seperti di Iraq, Afghanistan, Syria dan yang terkini di Mali).

PBB, sebagai badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal


berkaitan dengan tadbir-urus dunia sejagat (global governance) pula
semakin hari semakin hilang 'taring'nya. Hari ini, banyak usaha misi
pengaman

antarabangsa

yang

sebelum

ini diterajui

oleh PBB

telah

'diswastakan' kepada agensi bukan PBB yang jelas sekali mempunyai


pelbagai kepentingan yang terselindung.

Misi pengaman antarabangsa pada hari ini telah hilang sifat collective
security dan 'multilateralismenya'. Ia tidak
mempertahankan

kepentingan

nasional

ubah seperti misi untuk

negara-negara

tertentu

dan

berkepentingan di PBB.

Lihatlah

apa

yang

telah

berlaku

kepada

misi-misi

pengaman

antarabangsa di beberapa buah negara seperti Bosnia, Somalia dan Rwanda.


Ia adalah antara contoh misi-misi pengaman yang gagal sementara krisis di
beberapa buah negara lain seperti di Palestin dibiarkan berlarutan.

Banyak yang telah ditulis oleh sarjana-sarjana Barat mengenai sikap


negara-negara kuasa besar dunia ini. Sebagai contoh, Michael Pugh dalam
artikelnya

'Peacekeeping

and

Critical

Theory'

(2004)

terbitan

Jurnal

International Peacekeeping menulis mengenai bagaimana peranan 'New York


Orthodoxy' di PBB mencatur perkembangan politik antarabangsa.

Robert Cox dalam artikelnya yang bertajuk 'Critical Political Economy'


(1995) menulis mengenai bagaimana institusi kewangan antarabangsa
mengatur dan memanipulasi sistem ekonomi antarabangsa supaya lebih
menguntungkan negara-negara kuasa besar dunia dan menjadikan negaranegara lain yang bukan Barat untuk kekal menanggung hutang yang tinggi.

Mark Duffield pula dalam bukunya yang bertajuk 'Global Governance


and the New Wars: The Merging of Development and Security' (2001)
mengatakan bahawa sebenarnya isu global pada hari ini bukanlah sangat
mengenai isu terrorisme tetapi sebalik isu bagaimana negara-negara kuasa
besar dunia dapat menyuntik fahaman liberalisme dan demokrasi serta
membentuk jaringan konflik yang tidak liberal ke seluruh pelosok dunia
khasnya di negara-negara yang bukan Barat.

Demikianlah sikap 'talam dua muka' (double-standard) negara-negara


kuasa besar dunia terhadap negara-negara lain dalam konteks politik
antarabangsa semasa. Ini sebenarnya menjadi satu cabaran besar bagi
sebuah negara kecil seperti Malaysia untuk menempatkan dirinya sebagai
bakal 'negara kuasa pertengahan' berbekalkan prinsip Wasatiyyah.

Semoga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara contoh yang gigih


berusaha dengan segala kemampuan yang ada demi memastikan keamanan
dan keselamatan dunia sejagat terpelihara daripada 'ancaman' negara atau
pihak yang berkepentingan ini.

Artikel
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130130/re_07/Perananantarabangsa-Malaysia-kian-mencabar#ixzz3iIIua5Bt
Utusan Melayu (M) Bhd

Penuh:

Você também pode gostar