Você está na página 1de 29

BAB VI

ANALISA DATA DAN PERBINCANGAN

6.0

Pengenalan

Analisa dilakukan adalah mengikut ketiga-tiga objektif yang hendak dicapai.


Bab ini membincangkan tentang hasil yang diperolehi daripada analisa borang soal
selidik. Analisa ditekankan disini adalah dalam menilai kualiti perlu ada sebagai
syarat dan kelayakan minimum seorang jurutera tapak yang baik dan berkaliber, gaya
kepimpinan bersesuaian dengan keadaan untuk memimpin pekerja dalam situasi
berbeza-beza dan juga cabaran dihadapi sepanjang perlaksanaan projek menguruskan
pekerja dan projek sebagai wakil pengurus baris pertama dalam pembinaan. Klaus
seterusnya merupakan huraian serta analisa dilaksanakan oleh penyelidik.

6.1

Analisa Latar Belakang Responden

Analisa latar belakang responden dikaji lebih awal untuk menunjukkan


bahawa hubung kait antara latar belakang tersebut dengan objektif kajian yang
dijalankan. Ini dapat ditunjukkan seperti berikut.

79
6.1.1 Kelas dan Gred Kontraktor

Jadual di bawah menunjukkan jurutera tapak yang mewakili pengurus baris


pertama dalam kontraktor terdapat di gred G7 hingga G2 manakala dalam kelas PKK
(Pusat Khidmat Kontraktor) antara kelas A hingga kelas D. Gred dan kelas selain
dinyatakan tidak mempunyai jurutera. Mengikut kajian dilakukan, kelas tersebut
hanya dijalankan untuk projek-projek kecil dan tidak ada syarat dalam kontrak
menyebut tentang perlu adanya seorang jurutera.

Jadual 6.1 : Kelas dan Gred Kontraktor


Gred
CIDB
G7
G6
G5
G4
G3
G2
G1
TOTAL

Jumlah
16
2
1
5
10
4
0
38

Peratus
42.11%
5.26%
2.63%
13.16%
26.32%
10.53%
0.00%
100.00%

Kelas PKK Jumlah


A
16
B
3
C
5
D
14
E
0
F
0
TOTAL
38

Peratus
42.11%
7.89%
13.16%
36.84%
0.00%
0.00%
100.00%

6.1.2 Gender Responden

Rajah 6.1 menunjukkan carta pai bagi gender responden hasil daripada kajian
yang dijalankan melalui soal selidik.

Gender
Perempuan
26%

Rajah 6.1 Gender Responden

Lelaki
74%

80
Hasil kajian yang dilaksanakan mendapati kebanyakan responden terdiri
daripada lelaki sebanyak 74% dan selebihnya perempuan 26%. Lelaki banyak dalam
kategori itu disebabkan oleh jurutera tapak terdiri dalam golongan lelaki dan
perempuan kebanyakannya bekerja di pejabat sebagai konsultan untuk reka bentuk
pelan binaan. Lelaki amat sesuai berada di tapak kerana sifat dan keupayaan mereka
untuk bekerja dengan lebih lasak dan masa yang tidak menentu sepanjang
menyiapkan projek.

6.1.3 Umur Responden

Rajah 6.2 pula menunjukkan umur responden hasil daripada kajian yang telah

Peratus

dijalankan seperti berikut.

70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%

Umur
57.89%
42.11%

20-29

Tahun

30-39

Rajah 6.2 Umur Responden

Jurutera tapak kebanyakan terdiri daripada berumur antara 20 hingga 29


tahun iaitu 57.89% dan 42.11% adalah dalam lingkungan 30 hingga 39 tahun. Umur
antara 20 hingga 29 tahun adalah umur paling ideal sebagai jurutera tapak. Ini
disebabkan selepas umur tersebut kebanyakan jurutera telah banyak pengalaman
menguruskan projek dan seterusnya

memperoleh kenaikan pangkat

menyebabkan jurutera berpindah untuk menguruskan pula projek di pejabat.

yang

81
6.1.4 Pengalaman Bekerja

Rajah 6.3 berikut adalah menunjukkan pengalaman bekerja bagi responden


yang dikaji.

Pengalaman Bekerja
50

50

Peratus

40
30

28.95
21.05

20
10
0
<2 tahun

2-5 tahun
Tahun

5-10 tahun

Rajah 6.3 Pengalaman Bekerja

Responden daripada jurutera tapak menunjukkan analisa pengalaman bekerja


pertengahan adalah 28.95% antara 2 hingga 5 tahun bekerja. Pada tahun pengalaman
begini adalah berhubung kait dengan umur jurutera antara 20 hingga 29 tahun yang
masih baru hendak belajar dan meningkatkan pengalaman. Pada pengalaman bekerja
kurang daripada 2 tahun adalah 21.05% manakala antara 5 hingga 10 tahun
pengalaman adalah 50%. Nilai yang banyak pada pengalaman 5 hingga 10 tahun
diantara faktornya adalah jurutera dalam masa itu telah berjaya mengukuhkan
ilmunya dalam pembinaan dan kebanyakannya terdiri daripada senior yang boleh
memimpin dengan cemerlang pekerja-pekerja ditapak bina.

Jurutera ini lebih

dipercayai untuk menguruskan projek yang besar dan boleh memantau kerja dengan
lebih berkesan lagi.

82
6.1.5 Projek Disiapkan dalam Lima Tahun

Carta pai yang ditunjukkan dalam Rajah 6.4 adalah projek yang disiapkan
dalam masa lima tahun pernah diuruskan oleh responden.

Projek Disiapkan Dalam 5 Tahun


> 15
18%
10-15
11%

<5
45%

5-10
26%

Rajah 6.4 Projek disiapkan dalam Lima Tahun

Jumlah projek disiapkan dalam masa lebih daripada lima tahun seperti rajah
yang ditunjukkan adalah melebihi 5% daripada projek yang kurang daripada lima
tahun. Ini menunjukkan dalam masa lima tahun banyak projek yang disiapkan dan
diuruskan. Salah satunya adalah jurutera tapak sendiri yang memainkan peranan
penting untuk menguruskan tapak bina dengan baik supaya perancangan dan
penjadualan antara di pejabat dengan di tapak bina adalah seiring mengikut matlamat
yang disetkan.

6.1.6 Bilangan Kakitangan

Rajah 6.5 berikut adalah menunjukkan bilangan kakitangan dalam satu


syarikat yang diwakili masing-masing. Hasil kajian ditunjukkan seperti carta pai
tersebut.

83

Bilangan Kakitangan
> 50
11%

30-50
8%

< 15
39%

15-30
42%

Rajah 6.5

Bilangan Kakitangan

Kakitangan yang paling besar peratusnya adalah antara 15 hingga 30 pekerja


sebanyak 42% diikuti 39% untuk kurang daripada 15 pekerja, 11% untuk lebih
daripada 50 pekerja dan 8% untuk 30 hingga 50 pekerja. Ini menunjukkan bahawa
apabila semakin ramai kakitangan dalam syarikat maka, dapat belajar cara
pengurusan pekerja dengan baik sebagai pemimpin atasan.
menunjukkan

pengaruh

pengurus

syarikat

dalam

Ini seterusnya

mencorakkan

personaliti

kepimpinan jurutera tapak itu sendiri untuk memimpin pekerja ditapak bina secara
umumnya. Ini seperti dijelaskan dalam klaus 3.1.6 paragraf dua.

6.1.7 Tahap Pendidikan Responden


Graf di bawah menunjukkan tahap pendidikan responden daripada hasil
kajian yang telah dijalankan. Ini dapat ditunjukkan seperti berikut.

Tahap
Pendidikan

Tahap Pendidikan

84.21

Ijazah Sarjana
Muda

15.79

Ijazah Sarjana

20

40

60

Peratus

Rajah 6.6

Tahap Pendidikan Responden

80

100

84
Kelayakan yang ideal bagi seorang jurutera tapak adalah ijazah sarjana muda.
Ini kerana tahap pendidikan sebegini adalah memenuhi sebagai salah satu syarat
profesional sebagai seorang jurutera. Ini dibuktikan lagi dengan analisa daripada
graf diatas iaitu 84.21% adalah tahap pendidikan ijazah sarjana muda dan selain itu
ijazah sarjana 15.79%. Tahap pendidikan tinggi adalah asas untuk menjadi jurutera
yang berkaliber dalam memimpin pekerja dan menguruskan projek mengikut
standard yang diberikan dalam kontrak. Jurutera tapak lebih mengetahui hal-hal
perjalanan projek dan kelayakannya meliputi seperti yang dipelajari dalam akademik.
Tahap ijazah sarjana pula adalah jurutera matang dalam penilaian sesuatu perjalanan
projek.

6.2

Kepimpinan Jurutera Tapak dalam Pembinaan

Kepimpinan jurutera tapak dalam pembinaan membincangkan analisa data


yang diperolehi daripada soal selidik. Analisa ini menekankan analisa kualiti, gaya
kepimpinan dan cabaran yang dihadapi oleh jurutera tapak. Disamping itu, turut
disertakan juga analisa sampingan lain yang berkaitan dengan topik kepimpinan ini.

6.2.1 Kualiti Jurutera Tapak

Analisa kualiti jurutera tapak ini, penulis mengetengahkan dua kaedah iaitu
analisa kaedah indeks purata dan indeks relatif serta analisa kaedah data reduction
factor. Kedua-dua analisa ini untuk membuktikan bahawa kualiti yang paling utama
diperlukan oleh jurutera tapak bina.

85
6.2.1.1 Analisa Kaedah Indeks Purata dan Indeks Relatif

Kualiti jurutera tapak dianalisa dengan menggunakan kaedah indeks purata


dan indeks relatif seperti jadual yang ditunjukkan berikut.

Jadual 6.2 : Kualiti Kepimpinan Jurutera Tapak


Terubahsuai FA

Analisa Frekuensi (FA)

Indeks
Kualiti Kepimpinan Jurutera Tapak 1
KPJ-Seorang yang jujur dan amanah 0
KKJ-Mendahulukan
tugas
yang
teramat penting berbanding tugas yang
kurang penting
0
KKrJ-Pandai
berdelegasi
dengan
pekerja, klien dan semua pihak ditapak
bina
0
KMJ-Berkebolehan
mengadaptasi
maklumat
0
KMJ-Kreativiti
tinggi
mencipta
0
kaedah kerja yang lebih tersusun
KKJ-Bekerja keras dengan komitmen
1
dan dedikasi
KPJ-Berkebolehan
menggabungkan
semua maklumat diberikan
1
KKJ-Berani menghadapi risiko dan
cabaran
0
KPJ-Mempunyai
karisma
dalam
0
kepimpinan kerja
KKrJ-Persisten
atau
tekun
0
melaksanakan tugas

KKJ-Kualiti Karektor Jurutera


KMJ-Kualiti Mental Jurutera

relatif
Tidak
Bersetuju Bersetuju (RI)

Indeks
purata
(AI)
Rank Skala

0%

0 0%

5.3% 8

21.1% 28 73.7% 0

36

0.94

4.68

Sangat
Penting

0%

1 2.6% 0

0% 9

23.7% 28 73.7% 1

37

0.94

4.68

Sangat
Penting

0%

0 0%

2.6% 12 31.6% 25 65.8% 0

37

0.93

4.63

0%

0 0%

5.3% 15 39.5% 21 55.3% 0

36

0.90

4.50

0%

0 0%

7.9% 13 34.2% 22 57.9% 0

35

0.90

4.50

2.6% 0 0%

5.3% 11 28.9% 24 63.2% 1

35

0.90

4.50

Sangat
Penting
Sangat
Penting
Sangat
Penting
Sangat
Penting

2.6% 0 0%

5.3% 12 31.6% 23 60.5% 1

35

0.89

4.47

Penting

0%

0 0%

7.9% 15 39.5% 20 52.6% 0

35

0.89

4.45

Penting

0%

0 0%

5.3% 18 47.4% 18 47.4% 0

36

0.88

4.42

Penting

0%

0 0%

2.6% 20 52.6% 17 44.7% 0

37

0.88

4.42

10

Penting

KPJ-Kualiti Personaliti Jurutera


KKrJ-Kualiti Kerja Jurutera

KFJ-Kualiti Fizikal Jurutera

Analisa daripada data diatas menunjukkan bahawa sepuluh kualiti yang


paling utama dan signifikan asas bagi seorang pemimpin. Jurutera tapak adalah
seorang yang jujur dan amanah, mendahulukan tugas yang teramat penting
berbanding tugas yang kurang penting, pandai berdelegasi dengan pekerja, klien dan
semua pihak ditapak bina, berkebolehan mengadaptasi maklumat, kreativiti tinggi
mencipta kaedah kerja yang lebih tersusun, bekerja keras dengan komitmen dan
dedikasi, berkebolehan menggabungkan semua maklumat diberikan, berani
menghadapi risiko dan cabaran, mempunyai karisma dan tekun melaksanakan tugas.
Seorang jurutera yang jujur dan amanah adalah sangat penting kerana dengan ini
barulah

timbul

kepercayaan

pengurusnya

untuk

menyerahkan

tugas

dan

86
tanggungjawab di tapak bina. Jurutera ini melakukan tugas dengan penuh dedikasi
dan mengikut ditetapkan dalam kontrak. Kualiti bijak mendahulukan tugas teramat
penting adalah apabila jurutera terpaksa memikul projek dalam tangan yang banyak
dan kualiti ini penting semasa berhadapan dengan bebanan kerja yang sentiasa ada.
Selain itu, jurutera yang pandai berdelegasi memudahkannya menguruskan kerja
dengan sistematik dan efisien. Jurutera juga hendaklah pandai mengintegrasikan
maklumat untuk digunapakai pada masa yang sesuai dengan keadaan memerlukan.
Tambahan lagi, jurutera itu haruslah berkebolehan mengadaptasi maklumat dan
menyalurkan maklumat kepada pekerja pimpinannya dengan bijaksana.

Stogdill (1974) menyatakan dalam kajiannya yang menunjukkan kualiti


personaliti adalah kualiti amat penting sekali.

Ini kerana pemimpin dapat

menjalankan tugas dengan baik apabila personaliti ditunjukkan memberi tanggapan


yang baik bagi pekerja dan seterusnya boleh menguruskan projek dengan sempurna.
Personaliti dipamerkan boleh mempengaruhi motivasi pekerja.

Apabila jurutera

tapak jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya, ia menimbulkan kepercayaan


semua pihak terhadapnya dalam memikul tugas yang penting. Oleh itu, jurutera
tapak perlu mempunyai sepuluh kriteria kualiti yang telah ditunjukkan dalam jadual
diatas sebagai asas untuk menjadi seorang jurutera yang sempurna pemilihannya.

6.2.1.2 Analisa Kaedah Data Reduction Factor

Kualiti jurutera tapak turut dianalisa dengan menggunakan kaedah analysis


data reduction factor. Tujuan analisa menggunakan kaedah ini untuk menentukan
faktor kualiti yang paling kritikal dalam keseluruhan data yang diperolehi (Sid dan
Jakkapan, 2004). Analisa awal adalah dilakukan dengan kaedah ujian Kaiser-MayerOlkin (KMO) dan Barletts test of sphericity. Ujian KMO adalah untuk mengetahui
data dianalisa dalam keadaan mencukupi dalam terma pengagihan nilai.

Nilai

diterima mestilah lebih daripada 0.5. Barletts test of spherericity untuk menentukan
korelasi matrik adalah matrik identiti barulah analisa boleh dilakukan.

Jadual

dibawah menunjukkan ujian itu dan kesesuaian pembolehubah untuk menganalisa

87
faktor. Ujian KMO menunjukkan 0.619>0.5, Barletts test of sphericity adalah tinggi
iaitu 839.552 dan pada kebarangkalian p<0.000. Maka, analisa Ho ini diterima.

Jadual 6.3 :

Ujian KMO dan Bartlett's

Kaiser-Meyer-Olkin
Adequacy.
Bartlett's
Test
Sphericity

Measure

of Sampling
.619

of Approx. Chi-Square
df
Sig.

839.552
325
.000

Kemudian data di ekstrak dengan factor extraction. Faktor yang diekstrak


dengan nilai yang tinggi menunjukkan faktor itu adalah kritikal. Bagi menentukan
bilangan faktor, eigenvalues dan peratus variance telah digunakan.

Dalam

eigenvalue faktor mempunyai relatif/hubungan tinggi ditahan manakala yang relatif


rendah diabaikan iaitu eigenvalue faktor melebihi 1.00 ditahan.

Bagi peratus

variance pula, faktor diektrak hendaklah sekurang-kurangnya 60% daripada


keseluruhan variance. Selepas itu, melakukan pusingan faktor (factor rotation).
Faktor yang di rotate akan memaparkan faktor maksima kepada satu faktor khusus
dan hingga faktor minima yang dikehendaki. Rotation ini dengan menggunakan
orthogonal varimax dalam principal component analysis.

Ia dipilih untuk

menghasilkan keputusan yang menunjukkan korelasi diantara faktor yang diekstrak.

Jadual dibawah menunjukkan rotated component matrix yang mewakili


kekuatan faktor kualiti kepimpinan yang berlaku dikenalpasti sebanyak 25
pembolehubah (variables) dan hanya 7 komponen daripada 25 pembolehubah
tersebut adalah faktor-faktor paling kuat yang wujud diantaranya komponen 1
menunjukkan hubungan kekuatan tinggi berkurangan hingga ke komponen 7 iaitu
kekuatan paling rendah dan nilai r juga semakin berkurangan. 25 komponen itu
dipecahkan dan kemudian dikumpulkan kepada kumpulan yang sama pembolehubah.
Kemudian diberikan satu nama baru kepada kumpulan tersebut. Korelasi tersebut
bertujuan menunjukkan bahawa antara satu faktor dengan faktor yang lain adalah
saling berkait. Faktor kritikal dapat ditentukan dengan mengambil nilai komponen

88
paling tinggi dan positif daripada rotated component matrix. Hasil diperoleh adalah
seperti berikut.

Faktor 1 : Kualiti Personaliti


Komponen yang kritikal adalah INTEGRASI, 0.739 dan INSPIRASI, 0.726.
Komponen lain adalah ETIKA, 0.782, KEUTAMAAN, 0.935 dan TAHAN LASAK,
0.866.

Faktor 2 : Kualiti Karektor


Komponen yang kritikal adalah TENAGA, 0.601 dan KOMITMEN, 0.560.
Komponen lain adalah INOVATIF, 0.772, MULTI-DISIPLIN, 0.784 dan
PERANCANGAN, 0.525.

Faktor 3 : Kualiti Kerja


Komponen yang kritikal adalah BOLEH DIHARAPKAN, 0.556, INISIATIF, 0.600
dan TEKUN, 0.549. Komponen lain adalah KREATIF, 0.521 dan PENGHAKIMAN,
0.809.

Faktor 4 hingga faktor 7 tidak dibincangkan kerana faktor tersebut telah


menunjukkan nilai kurang daripada 0.5 yang bermaksud hubungan antara
pembolehubah itu tidak ketara lagi.

Daripada faktor yang dikeluarkan daripada

ekstrak, terbuktilah bahawa faktor personaliti adalah faktor teramat penting sekali
pada seorang jurutera tapak dalam menguruskan projek.

Kemudian diikuti oleh

kualiti karektor dan kualiti kerja. Kesemua tujuh komponen faktor tersebut saling
berhubung-kait antara satu dengan lain dan tidak semestinya kualiti personaliti
sendiri.

Ia turut disertakan dengan kualiti karektor, kerja, sosial, mental dan

sebagainya. Kaedah ini adalah rujukan daripada ujian Fang et al. (2004).

89
Jadual 6.4 :

Rotated Component Matrix(a)


KOMPONEN
1

KUALITI KAREKTOR ETIKA

.782

.029

.399

.017

.093

.058

-.008

TENAGA

.459

.601

.378

-.101

.212

.009

.051

KEUTAMAAN

.935

.080

-.084

-.005

.107

.072

.057

BERANI

.444

.353

.079

-.105

.044

.551

-.088

KOMITMEN

.566

.560

.128

.086

-.160

.175

-.088

.356

.250

.205

.619

.257

.240

.077

KUALITI
KARISMA
INTEGRASI

PERSONALITI

.739

.227

-.135

.480

.161

.104

.003

INOVATIF

.060

.772

-.005

.464

-.053

.209

.138

INSPIRASI

.726

.176

.277

.292

.108

.116

-.190

JUJUR

.227

.167

.279

.651

-.165

-.037

.312

.860

-.029

-.053

.125

.057

.172

.267

KUALITI FIZIKAL TAHAN


LASAK
TEKUN

.672

.123

.205

.276

.154

.410

.051

KESIHATAN

.230

.032

.060

.083

-.004

.870

.085

KUALITI MENTAL VISI

.209

.185

.274

.286

.412

.582

-.028

ADAPTASI

.153

-.016

.019

.696

.456

.238

.209

KREATIF

-.016

.439

.521

.093

.448

.235

.203

MULTI DISIPLIN

.046

.784

.372

.042

.139

.086

.091

PENGHAKIMAN

.062

.153

.809

.191

-.019

.004

.025

.285

.089

.556

-.036

.602

.198

-.071

KUALITI KERJA
DIHARAPKAN
INISIATIF

BOLEH

.145

.332

.600

-.066

.242

.223

.336

DELEGASI

.083

-.013

.111

.115

.799

.020

.388

TEKUN

.063

.116

.549

.380

.415

.156

.133

PERANCANGAN

.303

.525

.060

.184

.562

-.070

.014

-.005

.079

.061

.294

.054

.558

.505

.024

.414

-.022

.065

.219

.122

.798

.065

-.221

.312

.355

.183

-.043

.735

KUALITI
KOMUNIKASI
INTERAKSI
MEMPENGARUHI

SOSIAL

Extraction Method: Principal Component Analysis. Rotation Method: Varimax with Kaiser Normalization.
a Rotation converged in 22 iterations.

90
6.2.2 Kualiti Kemahiran Jurutera Tapak

Kualiti kemahiran jurutera tapak ditunjukkan analisanya seperti berikut.


Analisa ini menggunakan kaedah indeks purata dan indeks relatif bagi menunjukkan
rank dari turutan menurun.

Jadual 6.5 : Kualiti Kemahiran Pemimpin


Kualiti

Kepimpinan

Jurutera Analisa Frekuensi (FA)

Tapak

Kemahiran Pemimpin
KI-Bertanggungjawab dalam tugas
yang diamanahkan
0
KT-bijak menguruskan masa antara
tugas dan peribadi
0
KT-Cekap dalam tugas yang
0
diberikan
KI-Mempunyai kematangan emosi
dalam melakukan tindakan
0
KK-Memberi penerangan/maklumat
dalam bahasa mudah difahami
pekerja
0
KI-Boleh menjadi teladan dan
contoh kepada pekerja
0
KK-Pembuat keputusan yang baik 0
KK-Mempunyai impian yang tinggi
dalam merealisasikan sesuatu projek 0
KT-Berpengalaman luas dalam
tugas/projek dilakukan
0
KK-Seorang yang bermotivasi dan
0
boleh memotivasikan pekerja
KI-Seorang yang fleksibel dalam
semua perkara dilakukan
0
KT-Mempunyai kelulusan atau
kelayakan dalam tugas dilaksanakan 0
KT-Boleh menguruskan hal-hal
1
kewangan projek
KK-Suka cabaran dan mengambil
1
risiko
KI-Menggunakan
kuasa
ada
padanya dengan bijaksana
0

KI-Kemahiran Interpersonal

Terubahsuai
Indeks Indeks
FA
relatif purata
Skala
Tidak
(AI)
Rank
setuju Setuju (RI)

0% 0 0.0% 0

0.0% 9

23.7% 29 76.3%0

38

0.95

4.76

Sangat Penting

0% 0 0.0% 2

5.3% 14 36.8% 22 57.9%0

36

0.91

4.53

Sangat Penting

0% 0 0.0% 2

5.3% 17 44.7% 19 50.0%0

36

0.89

4.45

Penting

0% 0 0.0% 1

2.6% 20 52.6% 17 44.7%0

37

0.88

4.42

Penting

0% 1 2.6% 2

5.3% 16 42.1% 19 50.0%1

35

0.88

4.39

Penting

0% 0 0.0% 2

5.3% 21 55.3% 15 39.5%0

36

0.87

4.34

Penting

0% 0 0.0% 3

7.9% 22 57.9% 13 34.2%0

35

0.85

4.26

Penting

0% 1 2.6% 5

13.2% 18 47.4%14 36.8%1

32

0.84

4.18

Penting

0% 1 2.6% 6

15.8% 18 47.4%13 34.2%1

31

0.83

4.13

Penting

0% 1 2.6% 5

13.2% 20 52.6%12 31.6%1

32

0.83

4.13

Penting

0% 1 2.6% 6

15.8% 19 50.0%12 31.6%1

31

0.82

4.11

10

Penting

0% 5 13.2% 3

7.9% 16 42.1% 14 36.8%5

30

0.81

4.03

11

Penting

2.6% 1 2.6% 10 26.3% 13 34.2%13 34.2%2

26

0.79

3.95

12

Penting

2.6% 1 2.6% 14 36.8% 15 39.5%7

18.4% 2

22

0.74

3.68

13

Penting

21.1% 18 47.4%1

26

0.67

3.34

14

Penting

0% 1 2.6% 1

2.6% 8

KT-Kemahiran Teknikal

KK-Kemahiran Konsepsual

Kualiti kemahiran yang perlu ada pada jurutera tapak yang paling utama
mengikut turutan ranking adalah bertanggungjawab dalam tugas yang diamanahkan,
bijak menguruskan masa antara tugas dan peribadi yang menunjukkan skala yang
sangat penting. Dua faktor lain pada skala penting adalah cekap dalam tugas yang
diberikan, mempunyai kematangan emosi dalam melakukan tindakan dan memberi
penerangan/maklumat dalam bahasa mudah difahami pekerja. Kesemua kualiti ini

91
adalah korelasi antara kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal yang
menunjukkan skala yang lebih menonjol berbanding kemahiran konsepsual.

6.2.3 Gaya Kepimpinan Jurutera Tapak

Gaya kepimpinan jurutera tapak ini dapat dilihat penggunaan analisa kaedah
ujian Friedman. Ujian Friedman ini adalah untuk menunjukkan perbezaan antara
gaya yang dipraktiskan oleh jurutera tapak. Ini dijelaskan secara terperinci seperti
berikut.

6.2.3.1 Analisa Kaedah Ujian Friedman

Analisa ujian Friedman ini adalah untuk menentukan perbezaan yang lebih
daripada tiga faktor dalam subjek yang dikaji. Ia juga kaedah yang paling mudah
untuk membuat perbandingan lapan faktor daripada empat gaya kepimpinan.
Analisa ini diperoleh dengan menggunakan analisa non-parametric bagi ujian untuk
beberapa sampel yang berkaitannya (tests for several related samples). Hasil ujian
Friedman adalah seperti ditunjukkan dibawah.

Jadual 6.6 : Output Ujian Friedman


Rank
Rank Purata
FAKTOR
1
GAYA KEPIMPINAN 2

Ujian Statistik a
N
Chi-Square
df
Asymp. Sig.
a. Ujian Friedman

16
16
1
0

Output menunjukkan signifikan analisa adalah 0 dengan penggunaan kaedah


analisa Chi-Square hasil daripada 16 jumlah nilai yang dikaji.

Df (degree of

freedom) menunjukkan pada tahap 1 dalam kajian terhadap faktor dan gaya
kepimpinan yang hendak ditentukan perbezaannya.

92
Jadual 6.7 :
Faktor

Gaya Kepimpinan Jurutera


Pengukuran Rank (Ranked Measurement)

Gaya Kepimpinan
Orientasi
Pengarahan Sokongan Penyertaan Matlamat
0.76
0.81
0.74
0.72
0.73
0.83
0.83
0.73
0.57
0.82
0.84
0.79

Autokratik
Kawalan
Keupayaan
Perlaksanaan
Tugas
0.66
Kuasa
0.78
Hubungan Tugas0.71
Kepuasan
0.77
Prestasi
0.75
n=8 faktor

0.71
0.65
0.75
0.79
0.81

0.71
0.72
0.76
0.72
0.88

Orientasi
PengarahanSokongan Penyertaan Matlamat
2
1
3
4
3.5
1.5
1.5
3.5
4
2
1
3

0.78
0.75
0.69
0.85
0.85

4
1
3
3
4

2.5
4
2
2
3

2.5
3
1
4
1

1
2
4
1
2

Jumlah
Purata

24.5
3.0625

18
2.25

17
2.125

20.5
2.5625

Jadual diatas menunjukkan data dengan menganalisa menggunakan ujian


Friedman iaitu untuk mengukur sejauh manakah faktor-faktor itu mempengaruhi
gaya kepimpinan yang berbeza seperti gaya pengarahan, sokongan, penyertaan dan
orientasi matlamat diguna-pakai oleh jurutera baris pertama. Faktor-faktor tersebut
adalah autokrasi, kawalan mencapai matlamat, keupayaan melaksanakan tugas untuk
mencapai matlamat, struktur tugas untuk kerja yang berulang-ulang, kuasa formal,
perhubungan kerja, kerja kumpulan penyumbang kepuasan kerja dan prestasi kerja.
Kaedahnya adalah memasukkan skor RI pada setiap gaya berkenaan daripada data
diperolehi daripada soal selidik.

Kemudian setiap faktor gaya di rank daripada

tertinggi diberikan rank =1 dan seterusnya. Selepas itu, setiap gaya dijumlahkan dan
dapatkan puratanya. Melalui perbandingan diperolehi ditunjukkan seperti Rajah 6.7.
Ujian ini sesuai kerana setiap kumpulan gaya itu adalah saling berkait dan
menunjukkan signifikan gaya paling digemari oleh jurutera dalam menjalankan tugas
dan tanggungjawabnya. Gaya ini dianalisa melalui perbandingan mean measurement
dimana min tinggi adalah menunjukkan gaya paling digemari oleh jurutera tapak.
Gaya

yang ditunjukkan

boleh

mempengaruhi pekerja bawahannya untuk

melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan efektif.

93

Gaya Kepimpinan Disukai


3.5

3.0625
2.5625

2.25

2.5

Purata

2.125

2
1.5
1
0.5
0
Pengarahan

Sokongan

Penyertaan

Orientasi
Matlamat

Gaya Kepimpinan

Rajah 6.7

Gaya Kepimpinan Disukai

Hasil kajian penulis menunjukkan gaya pengarahan adalah pada skala


tertinggi diikuti orientasi matlamat, sokongan dan penyertaan. Gaya pengarahan
adalah gaya paling sesuai untuk jurutera tapak dalam memberi pengarahan dalam
melicinkan lagi perjalanan projek dipegang dan diuruskan.

Kemudian dengan

hadirnya gaya orientasi matlamat sebagai gaya kedua menunjukkan setiap tugas
dijalankan mestilah meletakkan satu matlamat untuk mencapai objektif diakhir
projek. Tambahan lagi pekerja ditapak bina memerlukan gaya sokongan daripada
jurutera tapak bagi membantu menjelaskan tugas yang kurang jelas difahami oleh
pekerja disebabkan pekerja kebanyakan adalah dalam kategori kurang profesional.
Akhir sekali gaya penyertaan untuk melahirkan pekerja cekap apabila bersama-sama
berganding bahu dalam memperbaiki kekurangan masing-masing. Gaya penyertaan
menunjukkan nilai rendah disebabkan jurutera boleh melaksanakan tugas sendiri
tanpa perlu pada kumpulan kerja. Ini kebiasaannya untuk kontraktor kelas kecil
mampu melakukan sendiri kerana bebanan projek adalah kurang.

Hasil analisa menunjukkan setiap gaya memainkan peranan penting pada


suatu keadaan dan masa yang sesuai. Jurutera tapak tidak semestinya menggunakan
satu gaya pada dirinya. Ini diyakinkan lagi apabila Badawy (1993) menyatakan
dalam kajiannya setiap gaya kepimpinan perlu perubahan bergantung pada bila,

94
dimana, kepada siapa dan keperluan digunakan. Setiap pemimpin mempunyai gaya
yang bersesuaian dengannya dan mempunyai gaya yang berbeza untuk mencapai
matlamat projek (Koorosh dan Kerry, 2003).

Fiedler (1978) pula menyatakan

pemimpin perlu gaya pengarahan atau gaya orientasi tugas semasa mempunyai tinggi
atau rendah kawalan kuasa terhadap pekerja. Gaya ini berubah kepada gaya orientasi
pekerja apabila kawalan terhadap pekerja adalah sederhana. Ini bertujuan untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza. Secara teorinya mesti ada satu
gaya sahaja bersesuaian dengan personaliti jurutera tapak tetapi secara praktikalnya
semua gaya itu digunakan oleh jurutera tapak bagi melicinkan lagi tugasnya.

6.2.3.2

Perbandingan Gaya Kepimpinan Lelaki dan Perempuan

Analisa seterusnya adalah untuk menentukan perbezaan gaya kepimpinan


antara lelaki dan perempuan. Ujian Friedman yang telah dianalisa dapat dilihat
dalam Jadual 6.8 bagi gaya kepimpinan lelaki dan Jadual 6.9 pula bagi gaya
kepimpinan perempuan. Hasil analisa adalah ditunjukkan seperti berikut.

Jadual 6.8 : Gaya Kepimpinan Lelaki


Faktor

Gaya Kepimpinan

Ranked Measurement

Pengarahan Sokongan Penyertaan Orientasi Matlamat Pengarahan Sokongan Penyertaan Orientasi Matlamat
Autokratik

5.54

5.92

5.38

5.27

Kawalan

6.04

5.35

5.35

6.04

1.5

1.5

Keupayaan

4.19

5.96

6.15

5.81

Perlaksanaan Tugas4.81

5.19

5.15

5.69

Kuasa

5.69

4.77

5.23

5.5

Hubungan Tugas

5.15

5.5

5.58

5.08

Kepuasan

5.62

6.12

5.23

6.19

Prestasi

5.5

5.92

6.46

6.19

Jumlah

18

20.5

20.5

21

Purata

2.2500

2.5625

2.5625

2.6250

95
Jadual 6.9 : Gaya Kepimpinan Perempuan
Faktor

Gaya Kepimpinan

Ranked Measurement

Pengarahan Sokongan Penyertaan Orientasi Matlamat Pengarahan Sokongan Penyertaan Orientasi Matlamat
Autokratik

3.33

2.58

2.92

2.92

3.5

3.5

Kawalan

3.17

3.75

3.75

3.17

1.5

3.5

3.5

1.5

Keupayaan

4.17

4.17

2.83

1.83

3.5

3.5

Perlaksanaan Tugas4.33

4.17

2.92

1.58

3.5

3.5

1
4

Kuasa

1.58

2.33

2.75

Hubungan Tugas

3.17

2.67

1.92

1.92

1.5

1.5

Kepuasan

2.75

1.42

3.5

1.25

Prestasi

2.92

1.17

3.42

Jumlah

20.5

21.5

22.5

15.5

Purata

2.5625

2.6875

2.8125

1.9375

Graf bar seperti di bawah adalah menunjukkan hasil analisa yang telah di
interpretasikan dalam bentuk rajah yang boleh dilihat seperti berikut.

Gaya ini

adalah untuk menunjukkan perbezaan gaya kepimpinan lelaki berbanding


perempuan.

Mean Measurement

Gaya Kepimpinan Lelaki Berbanding Perempuan

2.56

2.56 2.69

2.56

2.81

2.63

2.25
2.5

1.94

Lelaki

1.5

Perempuan

1
0.5
0

Pengarahan

Sokongan

Penyertaan

Orientasi
Matlamat

Gaya Kepimpinan

Rajah 6.8 Gaya Kepimpinan Lelaki Berbanding Perempuan

Rajah diatas diringkaskan berdasarkan daripada Jadual 6.8 dan Jadual 6.9.
Gaya kepimpinan antara jurutera lelaki dan jurutera perempuan adalah berbeza.
Gaya kepimpinan digemari oleh jurutera lelaki adalah gaya orientasi matlamat
manakala jurutera perempuan menggemari gaya penyertaan. Faktor perbezaan ini
adalah kemungkinan disebabkan jurutera lelaki tujuan utamanya menguruskan projek

96
adalah bagi mencapai objektif projek dirancangkan.

Faktor-faktor lain yang

mempengaruhi adalah kurang penting berbanding mencapai matlamat.

Jurutera

perempuan pula lebih kepada memerlukan kerjasama dalam kumpulan dan


memerlukan perbincangan dengan subordinat supaya pekerja berpuas hati dalam
menjalankan tugas serta faktor keupayaan pemikiran perempuan kadangkala tidak
berpandangan jauh. Ini adalah salah satu penyebab corak gaya kepimpinan diantara
keduanya adalah berbeza.

6.2.4 Cabaran Jurutera Tapak

Cabaran jurutera tapak boleh dilihat analisanya seperti berikut iaitu dari aspek
penggunaan kaedah indeks purata dan indeks relatif. Di samping itu, analisa lain
yang bersesuaian dengan kaedah yang berbeza juga turut diperbincangkan. Semua
ini dijelaskan dalam klaus seterusnya.

6.2.4.1 Analisa Kaedah Indeks Purata dan Indeks Relatif

Cabaran jurutera tapak dianalisa dengan kaedah indeks purata dan indeks
relatif seperti berikut. Analisa ini untuk menunjukkan cabaran paling utama dihadapi
oleh jurutera tapak dalam menjalankan tugasnya.

Jadual 6.10 : Cabaran Jurutera Tapak

97
Terubahsuai
FA

Indeks
relatif
Setuju (RI)

Indeks
purata Rank
(AI)
Skala

2.6% 5 13.2% 4 10.5% 22 57.9% 6 15.8% 6

28

0.74

3.71

Kerap

10.5% 5 13.2% 7 18.4% 16 42.1% 6 15.8% 9

22

0.68

3.39

Sederhana

2.6% 7 18.4% 13 34.2% 12 31.6% 5 13.2% 8

17

0.67

3.34

Sederhana

2.6% 9 23.7% 10 26.3% 13 34.2% 5 13.2% 10

18

0.66

3.32

Sederhana

7.9% 9 23.7% 9 23.7% 13 34.2% 4 10.5% 12

17

0.63

3.16

10

Sederhana

13.2% 6 15.8% 16 42.1% 7 18.4% 4 10.5% 11

11

0.59

2.97

19

Sederhana

15.8% 9 23.7% 11 28.9% 10 26.3% 2 5.3% 15

12

0.56

2.82

26

Sederhana

21.1% 11 28.9% 10 26.3% 8 21.1% 1 2.6% 19

0.51

2.55

30

Sederhana

Analisa Frekuensi (FA)


CABARAN JURUTERA TAPAK
1
CE-Pengguna semakin matang menilai
terutama terhadap mutu bangunan
1
CPo-Campurtangan pihak ketiga dalam
hal berkenaan dengan mendapat tender
dan sebagainya
4
CPs-Kurangnya
pengetahuan
dan
pengadaptasian berkenaan teknologi
canggih CIT dan ICT
1
CP-Masalah pengawalan projek dari
aspek kos, masa dan kualiti
1
CS-Masalah hubungan kerjasama dengan
pelbagai pihak
3
CPB-Maklumat disampaikan melalui
komunikasi kepada pekerja kadangkala
tidak diterima
5
CB-Masalah kewujudan budaya malu
6
bertanya dikalangan pekerja
CA-Masalah rendah moral dan tidak
berdisiplin serta menyeleweng daripada
landasan agama
8

CPB-Cabaran Projek Binaan


CS-Cabaran Sosial
CPo-Cabaran Politik

CP-Cabaran Personaliti
CA-Cabaran Agama
CPs-Cabaran Persekitaran

Tidak
setuju

CB-Cabaran Budaya
CE-Cabaran Ekonomi

Rajah 6.9 menunjukkan graf daripada ringkasan cabaran yang dihadapi oleh
jurutera mengikut kategori hasil daripada jadual dinyatakan seperti di atas.

Indeks Min

Cabaran Jurutera Tapak


5
4.5
4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0

3.71
2.55

CA

2.97

2.82

CB

CE

CPB

3.32

CP

3.39

3.34

CPO CPS

3.16

CS

Kategori Cabaran

Rajah 6.9 Cabaran Jurutera Tapak Mengikut Kategori

Cabaran yang ditunjukkan adalah hasil analisa mengikut rank paling tinggi
bagi setiap kategori cabaran ekonomi, politik, persekitaran, personaliti, sosial, projek
binaan, budaya dan agama. Pada skala kerap adalah cabaran ekonomi iaitu pengguna
semakin matang menilai terutama terhadap mutu bangunan. Kenyataan ini disokong

98
oleh Adb. Rashid dan Abd. Aziz (1999), pengguna/klien adalah pandai dalam
menilai kualiti bangunan disiapkan oleh kontraktor mengikut spesifikasi kontrak
mahu pun mengikut kehendak diingini olehnya. Bangunan siap disini adalah siap
sempurna sebelum menyerahkan projek kepada klien.

Jurutera tapak perlu

memahami tujuan dan dasar klien supaya tidak berlaku perkara seperti bangunan siap
dibina tetapi bukan siap sempurna seperti dikehendaki.

Cabaran kedua tertinggi adalah cabaran politik iaitu campurtangan pihak


ketiga dalam projek dijalankan. Autoriti adalah salah satu contoh iaitu jurutera
biasanya berhadapan dengan polisi ditetapkan dalam hal menjaga alam sekitar dan
juga sumber-sumber dengan baik sebelum dan selepas pembangunan dijalankan.
Dengan ditambah pula berlakunya konflik antara pihak terbabit dengan jurutera
maka, menyebabkan gangguan dalam prestasi dan produktiviti pekerja. Disinilah
jurutera tapak perlu mengetahui serba sedikit kemahiran politik dalam hubungan
dengan autoriti (Andrew, 1998). Oleh itu, cabaran yang ditunjukkan dalam jadual
diatas adalah cabaran utama dihadapi oleh jurutera tapak. Sementara itu, jurutera
tapak juga berhadapan dengan cabaran lain dimasa hadapan yang lebih komplek,
berkonsepkan teknologi tinggi, perkara tidak pasti atau tidak diduga dan sebagainya
(Hans, 2004).

6.2.4.2 Analisa Kaedah Ujian Mann-Whitney

Analisa kaedah ujian Mann-Whitney adalah analisa lain fungsinya juga untuk
menunjukkan perbezaan antara kontraktor dan bukan kontraktor.

Hasil analisa

adalah ditunjukkan seperti berikut.

Jadual 6.11 : Ujian Mann-Whitney bagi Analisa Kontraktor dan Bukan Kontraktor

99
Rank

Ujian Statistik

Mann-Whitney U

CABARAN
28.500

Wilcoxon W
Z

623.500
-6.748

CABARAN

Asymp. Sig.
.000
(2-tailed)
a Grouping Variable: PERANAN

PERANAN
KONTRAKTOR

N
34

Rank
Purata
18.34

Jumlah
Rank
623.50

BUKAN KONTRAKTOR

34

50.66

1722.50

Total

68

Hasil analisa menunjukkan ujian Mann-Whitney bagi analisa non-parametric


untuk menentukan perbezaan antara kontraktor dan bukan kontraktor bagi dua
kumpulan berbeza dalam analisa dua sampel ujian independen (two independent
sample tests). Data yang dikumpulkan daripada 68 faktor cabaran dihadapi oleh
kumpulan kontraktor dan bukan kontraktor telah disusun berdasarkan data RI yang
dihitung terlebih dahulu.

Diperolehi bahawa skor kontraktor adalah rendah

berbanding bukan kontraktor. Mengikut analisa penulis, ini disebabkan oleh cabaran
dihadapi oleh kontraktor bukanlah tidak kritikal pada pandangan kontraktor tetapi
disebabkan masalah yang sama berlaku dan seringkali tugas dilaksanakan adalah
sama untuk sesuatu projek menyebabkan cabaran itu tidak ketara lagi kepada
kontraktor. Seperti diketahui industri pembinaan adalah suatu yang unik dimana
setiap projek disiapkan adalah berbeza cabaran dan situasinya. Ini sepatutnya seperti
dijangkakan cabaran jurutera tapak dalam pembinaan adalah berisiko tinggi.

Cabaran bukan kontraktor sepatutnya kurang tetapi menunjukkan analisa


berlainan daripada jangkaan.

Ini disebabkan faktor bahawa bukan kontraktor

mempunyai cabarannya sendiri yang berbeza dengan kontraktor. Tambahan lagi


soalan soal selidik adalah lebih kepada skop kontraktor maka, signifikan pada bukan
kontraktor adalah tinggi. Bukan kontraktor lebih terdedah dalam kumpulan kerjanya
manakala kontraktor lebih terdedah dengan pihak yang berbeza-beza bidang
profesional. Oleh itu, cabaran kontraktor adalah berbeza dengan bukan kontraktor.
Ini dibuktikan apabila Z= -6.748 dan p = 0.000 signifikannya. Apabila p > 0.1 maka,
kontraktor dan bukan kontraktor adalah saling berkait tetapi hasil diberikan
menunjukkan p < 0.000 iaitu terdapat perbezaan cabaran antara keduanya.

100
Graf dibawah menunjukkan graf perbezaan antara kontraktor dengan bukan
kontraktor dengan signifikan z-test iaitu z = -6.687 pada tahap kebarangkalian
p< 0.001.

Manakala average rank bagi kontraktor adalah 18.34 dan bukan

kontraktor 50.66. Kontraktor menduduki tempat bawah dan bukan kontraktor berada
ditempat atas pada kedudukan pertengahan skor.

.5

.4

CABARAN

.3

.2

28

.1
N=

34

34

KONTRAKTOR

BUKAN KONTRAKTOR

PERANAN

Rajah 6.10

Perbezaan antara Kontraktor dan Bukan Kontraktor

6.2.4.3 Analisa Kaedah ANOVA

ANOVA atau pun analysis of variance adalah satu kaedah lain digunakan
untuk menganalisa cabaran dihadapi oleh jurutera tapak diantara perempuan dengan
lelaki. Teknik menganalisa adalah one-way ANOVA bagi LSD (least significant
difference) pada level 0.05 signifikan. Disini untuk menunjukkan adakah perbezaan
lelaki dan perempuan ketara dalam menghadapi cabaran dalam pembinaan dengan
membuat perbandingan mean dalam one-way ANOVA. Jadual 6.12 menunjukkan Fstatistik berdasarkan F-ratio iaitu menguji null hypothesis Ho tidak berbeza mean
cabaran antara lelaki dan perempuan. Nilai kebarangkalian (nilai signifikan) yang
rendah bermaksud Ho tidak boleh diterima kenyataan itu. Apabila p<0.05 memberi
gambaran tahap tinggi perbezaan antara keduanya (Carolynn et al. 2000).

101
Jadual 6.12 : Perbezaan Cabaran Jurutera Lelaki dan Jurutera Perempuan
Cabaran Jurutera Tapak
CP-PEMANTAUAN CTQ
CS-CABARAN HUBUNGAN SOSIAL
CE-PELANGGAN MATANG
CPo-CABARAN POLITIK PIHAK KETIGA
CB-BUDAYA MALU
CA-RENDAH MORAL
CPskt-CABARAN PERSEKITARAN CIT

Total
3.32
3.16
3.71
3.39
2.82
2.55
3.34

Purata
Lelaki
3.36
3.14
3.71
3.29
2.61
2.46
3.29

Perempuan
3.20
3.20
3.70
3.70
3.40
2.80
3.50

Sig.

0.156
0.018
0.002
0.846
3.699
0.642
0.319

0.695
0.895
0.969
0.364
0.062
0.428
0.576

Hubungan antara cabaran lelaki dan perempuan di atas pada cabaran budaya
malu menunjukkan ujian yang gagal iaitu F-ratio 3.699 dan signifikan yang dicerap
kurang daripada 0.062; boleh menolak kenyataan Ho yang mencadangkan cabaran
antara lelaki dan perempuan adalah sama. Ia juga disokong dengan nilai mean
berbeza antara lelaki (2.61) dan perempuan (3.40). Secara keseluruhan menunjukkan
bahawa ujian terhadap cabaran perempuan adalah melebihi lelaki.

Contohnya,

cabaran politik pada campur tangan pihak ketiga menunjukkan perempuan lebih
besar cabarannya berbanding lelaki (mean 3.70>3.29).

Cabaran berbeza antara jurutera lelaki dan perempuan adalah disebabkan


beberapa faktor, antaranya faktor personaliti dan tahap keupayaan berhadapan
dengan situasi yang membebankan atau tekanan. Jurutera perempuan kebiasaanya
walaupun dipandang pada satu perspektif ia sama dengan jurutera lelaki berupaya
untuk menghadapi cabaran di tapak bina. Walau bagaimanapun, pada satu tahap,
jurutera perempuan lebih menghadapi cabaran itu disebabkan faktor persekitaran dan
sebagainya. Ditambah lagi dengan emosi dan keupayaan fizikal yang sederhana
menjadikan cabaran tersebut begitu signifikan kepada kumpulan ini. Ini disokong
kuat dengan analisa menunjukkan kebanyakan jurutera lelaki ditempatkan di tapak
bina adalah tinggi berbanding jurutera perempuan.

102
6.2.4.4 Analisa Korelasi

Hasil analisa korelasi dapat ditunjukkan seperti berikut. Analisa ini untuk
mendapatkan bukti hubung kait antara kualiti, gaya dan cabaran jurutera tapak.
Pemberat nilai-nilai korelasi hubungan kekuatan tersebut diperoleh daripada Jadual
5.2 seperti yang telah dibincangkan dalam bab lalu.

Analisa korelasi kaedah

koefisien Pearsons ini adalah secara umum dan korelasi kaedah koefisien Kendalls
Tau_b adalah untuk menunjukkan korelasi antara tiga faktor mempunyai kekuatan
tinggi sahaja dianalisa. Ini dijelaskan dalam Jadual 6.13 dan Jadual 6.14.

Jadual 6.13 : Korelasi antara Kualiti, Gaya dan Cabaran Jurutera Tapak
Faktor

Korelasi

Hubungan Kekuatan

KEUTAMAAN

0.688

Sederhana

TAHAN LASAK

0.621

Sederhana

INSPIRASI

0.603

Sederhana

KF-TAHAN LASAK

0.594

Sederhana

KOMITMEN

0.556

Sederhana

TENAGA

0.549

Sederhana

PRESTASI KERJA

0.529

Sederhana

KP-PERSONALITI

0.528

Sederhana

INTEGRASI

0.526

Sederhana

PERLU SOKONGAN

0.511

Sederhana

KKRJ-BOLEH DIHARAPKAN 0.495

Sederhana

LIBERAL

0.421

Sederhana

INISIATIF

0.409

Sederhana

BERANI

0.370

Rendah

PERANCANGAN

0.356

Rendah

CAPAI MATLAMAT

0.336

Rendah

TEKUN

0.332

Rendah

Korelasi kaedah koefisien Pearsons dalam Bivarite correlations seperti


jadual diatas membuktikan bahawa hubungan antara ketiga-tiga objektif adalah
saling berkait diantara satu dengan lain. Hubungan sederhana pada objektif kualiti
dan gaya manakala hubungan korelasi rendah bagi cabaran dihadapi oleh jurutera
tapak. Nilai korelasi ini diambil pada komponen pertama dalam analisa korelasi
yang merupakan hubungan paling kuat.

Ini telah membuktikan bahawa kajian

daripada literatur adalah tepat dengan data analisa yang diperolehi daripada
responden jurutera tapak.

103
Jadual 6.14 : Korelasi Kaedah Koefisien Kendalls Tau_b
Correlations

Kendall's
tau_b

KUALITI
PERSONALITI
KARISMA

PELANGGAN
MATANG

KERJA
KUMPULAN

KUALITI
PERSONALITI
KARISMA
PELANGGAN
MATANG

-0.06461

0.118687

-0.06461

0.179471

KERJA KUMPULAN

0.118687

0.179471

Jadual diatas menunjukkan hubungan korelasi diantara kualiti personaliti iaitu


berkarisma, gaya penyertaan dalam kategori prestasi kerja dan cabaran ekonomi
dalam kategori pengguna semakin matang menilai mutu bangunan. Korelasi ini
menggunakan koefisien Kendalls tau_b iaitu salah satu ujian dalam non-parametric.
Salah satu daripada mean yang tertinggi daripada kualiti, gaya dan cabaran diambil
untuk dianalisa. Hasil daripada korelasi itu didapati ketiga-tiga mempunyai
hubungan diantara satu dengan lain. Hubungan korelasi antara kualiti dan gaya
kemimpinan adalah positif manakala korelasi antara kualiti dengan cabaran dihadapi
adalah korelasi songsang iaitu negatif. Ini menunjukkan kualiti, gaya kepimpinan dan
cabaran dihadapi mempunyai hubung-kait diantara satu dengan yang lain. Oleh yang
demikian, korelasi kaedah Pearsons mahu pun Kendalls tau_b tetap menunjukkan
ketiga-tiga faktor kualiti, gaya dan cabaran yang dianalisa adalah mempunyai
hubungan diantara satu dengan yang lain.

6.2.4.5 Analisa Regrasi Linear

Jadual 6.15 seperti berikut adalah menunjukkan model regrasi linear bagi
model 1, 2 dan 3. Kaedah analisa dan pengiraan ditunjukkan dalam Lampiran Model
1, 2 dan 3 Regrasi Linear.

104
Jadual 6.15 : Model Regrasi Linear
Unstandardized Coefficients
Model

Ubahsuai R2

Kekuatan

2.6247

33.13%

Kurang baik

-10.4596

100%

Paling Baik

-10.4596

100%

Paling Baik

Analisa regrasi linear dibuat selepas analisa korelasi. Analisa ini adalah
berdasarkan data daripada hubungan antara tiga model iaitu kualiti,

kualiti

kemahiran, gaya dan juga cabaran jurutera. Analisa ini dilakukan dengan
menganalisa regrasi linear dan seterusnya memasukkan pembolehubah bersandar
iaitu faktor-faktor model dan juga pemboleh ubah tidak bersandar iaitu pengalaman
responden. Analisa ini dilakukan untuk mengetahui perkaitan antara model tersebut
dengan pengalaman, berperanan dalam tugas dan tanggungjawab kontraktor. Model
2 dan model 3 menunjukkan kekuatan paling baik manakala model 1 menunjukkan
kekuatan kurang baik berdasarkan peratusan dan juga nilai R square yang tinggi. Ini
bermakna ketiga-tiga model mempunyai regrasi linear yang baik. Nilai B diperoleh
dengan mencampurkan semua nilai dalam model tersebut. Nilai B positif adalah
menunjukkan model adalah baik dan nilai negatif adalah model menyongsang dari
arahnya (Rafiza, 2002).

6.3

Perbincangan dari Maklum Balas Responden

Hasil yang diperolehi daripada maklum balas responden amat memuaskan


daripada pihak kontraktor.

Tambahan lagi, sememangnya kajian penulis adalah

bertumpu pada satu skop kajian iaitu pihak kontraktor semua kelas. Soalan diajukan
adalah berdasarkan objektif kajian dan menepati untuk diberikan respon oleh jurutera
tapak dalam sektor pembinaan. Penulis respek terhadap pertimbangan mereka dalam

105
hal untuk menjawab atau tidak setelah dilampirkan beberapa salinan kepada jurutera
tapak tersebut dan tidak boleh terlalu memaksa bagi memperoleh data.

Secara keseluruhan responden yang diberikan soal selidik itu telah menjawab
bersungguh-sungguh dan hanya segelintir sahaja tidak memberikan respon yang
baik.

Ini bukanlah faktor utama penghalang dalam mendapatkan data untuk

penganalisaan. Perkara yang menggembirakan adalah beberapa responden telah


memberikan komitmen yang tinggi dan memberi sokongan padu dalam membantu
mendapatkan data bagi menyiapkan projek ini.

6.4

Permasalahan Dihadapi Semasa Sesi Soal Selidik

Masalah yang biasa dihadapi oleh penulis adalah seperti berikut:


1) Kebanyakan responden sibuk dan tiada masa meluangkan menjawab soal selidik
pada hari yang sama. Penulis terpaksa menunggu berhari-hari untuk mendapatkan
respon dari responden. Penulis juga menghadapi masalah juga apabila terpaksa
mencari waktu yang sesuai untuk diadakan perjumpaan dengan responden.
2) Responden ada yang menjawab sekadar memenuhi permintaan penulis dan
kadang-kala jawapan yang diberikan tidak seperti yang diperlukan.
3) Sesetengah pihak menyatakan bahawa soalan adalah terlalu banyak tetapi yang
sebenarnya soalan nampak banyak disebabkan penulis meletakkan sekali dwibahasa
dalam satu soalan.
4) Jarak perjalanan yang jauh dan masalah penggunaan kos yang banyak telah
menghadkan kajian. Borang soal selidik kebanyakan dihantar melalui pos.
Penggunaan kaedah elektronik seperti internet dan fax tidak boleh dilakukan kerana
lazimnya kaedah ini hanya membolehkan sedikit sahaja responden yang
mengembalikan semula borang berkenaan.
5) Masalah interaksi antara pihak tersebut sukar secara langsung disebabkan tidak
semua jurutera tapak berada di pejabat. Jurutera tapak hanya berada dipejabat apabila

106
ada hal sahaja di pejabat. Tambahan lagi, prosedur untuk ke tapak bina adalah
panjang. Oleh itu, penulis hanya menyerahkan borang dipejabat untuk diserahkan di
tapak.
6) Latar belakang responden mempengaruhi jawapan diberikan. Kadangkala ada
pihak yang menyerahkan kepada pihak atasan untuk semakan sebelum dihantar
kepada penulis. Ini melambatkan lagi proses pengumpulan data secara sistematik.

6.5

Kesimpulan

Lima kualiti yang paling utama dan signifikan asas bagi seorang pemimpin
untuk jurutera tapak adalah seorang yang jujur dan amanah, mendahulukan tugas
yang teramat penting berbanding tugas yang kurang penting, pandai berdelegasi
dengan pekerja, klien dan semua pihak ditapak bina, berkebolehan menggabungkan
semua maklumat diberikan dan berkebolehan mengadaptasi maklumat.

Secara teorinya mesti ada satu gaya sahaja yang bersesuaian dengan
personaliti jurutera tapak tetapi secara praktikalnya semua gaya itu digunakan oleh
jurutera tapak bagi melicinkan lagi tugasnya. Daripada jadual itu, gaya pengarahan
berada pada rank teratas mengikut kekerapan analisa data itu, diikuti gaya orientasi
matlamat, gaya sokongan dan gaya penyertaan.

Cabaran yang sering dihadapi oleh jurutera tapak adalah pengguna semakin
matang menilai terutama terhadap mutu bangunan, campurtangan pihak ketiga dan
kurangnya pengetahuan dan pengadaptasian berkenaan teknologi canggih CIT dan
ICT merupakan tiga diantara keseluruhan cabaran utama dalam kajian penulis.

Você também pode gostar