Você está na página 1de 5

ALAT MUZIK SARAWAK :- KAUM IBAN

Muzik ini boleh didefinasikan sebagai salah satu seni yang dihasilkan sama ada secara
individu atau berkumpulan. Ianya dapat dimainkan dengan pelbagai jenis alat muzik.
Diantara alat-alat muzik yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

TAWAK

Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian
permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan
bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan
bunyi seperti 'chak, dong, peng'.

SAPE

Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir
empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati
ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.

ENGKROMONG
Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya.
Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat
muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki.
Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan
oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk
hari perayaan mereka, iaitu Hari Gawai ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama
para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya
dinegara ini.

TARIAN NGAJAT IDENTITI ISTIMEWA


MASYARAKAT IBAN

Tarian ngajat adalah merupakan indentiti utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan
kebudayaan di Sarawak. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan
suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam
masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban
yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku
kaum pribumi lain di Sarawak.

TARIAN HARI GAWAI

Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran
dalam hasil menuai padi sepanjang tahun ini. Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan
perayaan utama bagi suku kaum Iban yang merupakan 30% daripada jumlah penduduk
Sarawak dan ethnik yang terbesar di negeri tersebut yang disambut pada awal bulan Jun
setiap tahun.Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai
sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan
selepas mereka kembali dari berperang. Ngajat dengan kata lain adalah sejenis tarian
pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.

Jenis Tarian ngajat


Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh,
Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat
Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ).Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan
kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan
perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada
tanaman padi.
Ngajat berbunuh
Di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini merupakan satu
peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka
lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti
memburu.
Ngajat Induk
Merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan
kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri.
Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan
aktiviti seharian masyarakat Iban.
Tarian Ngajat Lesong
merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat
jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari
lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan
dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki
sahaja.
Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu )
Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya
tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi
yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.
Ngajat Kuta
Merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan
perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah
persembahan kebudayaan dan sebagainya.

Ngajat Pua Kumbu


Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat.
Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan
wanitaMemandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari
sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.
Gagung ( Baju Burung)
Penari ngajat akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari
juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju
yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak
dijahit kiri dan kanannya. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada
bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulubulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi
tidak dijahit kiri dan kanannya
Rentak tarian
Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan
melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan
upacaranya. Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri
dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan
menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Muzik/ Lagu Iringan


Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak,
bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Kesimpulan
Kini persembahan tarian ngajat yang merupakan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat
dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah diperkembangkan dan
dikomersialkan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan memperkasakan
budaya di Sarawak

Você também pode gostar