Você está na página 1de 3

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

1. IKHLAS NIAT Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat


ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan
dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang
mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang
menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat
Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi
kita mesti terus berusaha ke arahnya.
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam
pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan
malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan
membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset
ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara
ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun
tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya.
3. MENJAUHI MAKSIAT Kita mestilah menghidupkan budaya amar maruf
dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada.
Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita
perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya
yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala
jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat
untuk bertapak di hati kita.
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita
ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu
sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi
kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim
pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh
serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita
turut sama memperolehinya.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara


berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas
kerana ulama sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh
menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin
memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang mathur selepas
solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh
mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan
oleh Rabbul Izzati.
6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri
dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa
kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana
kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu
merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh
daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik
dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang
dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga
perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak
menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil
berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia
dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita
dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung
kepada keredhaan ibubapa terhadap kita.
8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi
segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh
kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar
bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat
Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak
melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam
Malik kerana menghormati gurunya.

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita


mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita.
Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak
beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu
daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng
daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di
dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat
yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam
masyarakat.

Você também pode gostar