Você está na página 1de 9

TUGASAN 1

Perbandingan Peranan Guru Dahulu Dengan Peranan Guru Sekarang


Guru adalah pengajar atau pendidik dalam sesebuah institusi pendidikan.
Walaupun pada masa kini pelbagai gelaran digunapakai, hakikatnya, guru tetap
guru sama ada dipanggil cikgu, sir, teacher, ustaz, ustazah, pensyarah, doktor,
professor, atau lain-lain lagi. Tugas mereka adalah sama yakni mangajarkan ilmu
pengetahuan kepada anak murid atau pelajar. Oleh sebab itu, pada pendapat saya,
adalah sangat baiknya jika pelajar dapat mengucapkan selamat hari guru kepada
pensyarah mereka. Namun pada zaman kini, pensyarah amat mudah menghina
pangkat guru tersebut. Bagi kebanyakan orang guru hanyalah mereka yang
mengajar di peringkat sekolah sama ada rendah atau menengah. Salahfahaman ini
amatlah sukar untuk dibendung.
Walaubagaimanapun, berbalik kepada tajuk kita di atas, guru pada zaman dahulu
dan sekarang amatlah berbeza. Perbezaan yang ketara wujud dalam pelbagai
bentuk. Pertama, perubahan penerimaan masyarakat terhadap guru, seterusnya
perubahan taraf guru dalam sistem pendidikan dan juga perubahan guru itu sendiri.
Apakah penyebab semua ini berlaku dan bagaimana ia berlaku adalah melibatkan
pelbagai faktor yang meliputi semua pihak.
Perubahan dalam masyarakat menyebabkan kedudukan guru di mata
masyarakat sekarang amatlah berbeza daripada dulu. Dapat dilihat dengan ketara,
guru kini tidaklah lagi dihormati sebagaimana pada suatu masa dulu. Buktinya, lihat
sahaja di dada-dada akhbar atau media-media massa lain, terdapat banyak kes
saman terhadap guru. Ibu bapa kini lebih sanggup menyaman guru apabila berlaku
sesuatu terhadap anak-anak berbanding membiarkan anak mereka dididik ke arah
yang betul. Benarlah, tidak semua kes adalah kerana keegoan ibu bapa, dan ada
juga yang disebabkan kelampauan guru itu sendiri. Namun, jika dibandingkan
dengan masa lalu, tidak pernah wujud kes sebegini. Dahulu, ibu bapa akan
menghantar anak-anak ke sekolah dan berpesan kepada guru jika anak mereka
berbuat salah, maka pukullah asal tidak patah riuk. Anak-anak juga apabila pulang
ke rumah selepas dirotan guru tidak akan berani mengadu kepada ibu bapa kerana

pasti akan bertambah dos mereka nanti. Sebagai contoh, apabila pulang kerumah
selepas dirotan di sekolah dan memberitahu ibu, perkara pertama akan disebut ibu
atau bapa saya ialah Kamu ada buat salah lah tu, kamu buat apa sampai cikgu
marah?. Betullah pada masa itu, cikgu tidak akan pukul jika tidak buat salah.
Sebagai warga pendidik, kita dapat memahami apa yang dirasai oleh guru-guru
pada masa kini.
Selain daripada itu, sistem pendidikan juga semakin hari semakin diubah.
Kedudukan guru juga dilihat semakin berbeza daripada dahulu. Dahulu, pekerjaan
sebagai guru dianggap paling menjamin masa depan. Anak-anak lepasan sekolah
yang menyertai maktab perguruan adalah sangat disanjung tinggi. Berdasarkan
pengalaman, dahulu apabila habis sekolah, ramai ibu bapa menggalakkan anakanak menceburi jurusan perguruan. Selalu kita mendengar dahulu, ibu berkata
kepada anak-anak yang gagal; Kalau dulu jadi cikgu kan dah senang. Tetapi di
zaman kini amat berbeza, bukanlah kerana gaji guru makin sedikit atau apa.
Malahan guru adalah lebih mewah sekarang berbanding dahulu. Apa yang dilihat
sekarang anak-anak muda lebih mahu menjadi doktor, jurutera, saintis dan
sebagainya. Cita-cita sebegini turut diterapkan oleh ibu bapa. Kita semakin menuju
ke alaf baru, alaf sains. Semua berkejar-kejar menjadi pakar dalam bidang-bidang
berkenaan. Sudah tidak ramai yang benar-benar ikhlas ingin menjadi guru. Kerana
itulah sekarang dikatakan guru banyak makan gaji buta. Masuk kelas, suruh pelajar
salin nota dalam buku teks, kemudian dibiarkan sahaja. Bukanlah semua guru
begini, hanya sebahagian kecil sahaja.
Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut
kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat.

Kalau dulu guru sering

diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar,
ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian
besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka.

Guru-guru diperlekehkan

oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik.

Guru-guru

disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa
hormat

murid

semakin

pudar

bersama

keangkuhan

ibu

bapa

yang

tidak

menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan,


kealpaan

dan ketidakprihatinan mereka

sendiri dalam mendidik anak-anak.

Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk
lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai
murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu
bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah
yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan
kesalahan.
Kedapatan juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak
mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang
terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat
pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru
perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana. Hukuman
yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus
memberi

keinsafan

dan

kesedaran

terhadap

salah

laku

yang

dilakukan.

Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini


memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai
pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini,
peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran.
Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan
situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak
untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal
guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca
pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis.

Sekarang, lebih banyak bilik darjah

ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan


komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun,
kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan
maklumat yang betul.
Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi
diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan
sesebuah negara.

Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian

besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan.


pengeluaran

tenaga kerja

Ini kerana persediaan bagi

negara di semua sektor bermula dari sekolah yang

sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru.

Guru juga adalah model

manusia

berkelakuan baik.

Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan

sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan. Selain itu, kelayakan
akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di timbangkan.

Ini kerana

profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Maka, adalah


wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan kadar
pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke sekolah rendah.
Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara,
sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan
akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa
berkhidmat. Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru
meningkatkan
termasuklah

kelayakan
kursus

akademik

dalam

melalui

perkhidmatan,

pelbagai

program

galakan

guru

dan

bukan

galakan
siswazah

melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah


biasiswa melanjutkan

pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran

merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.


Kesimpulannya, guru merupakan satu institusi terpenting dalam negara
untuk membentuk anak bangsa. Tidak kiralah diperingkat sekolah, kolej, universiti
atau apa sekalipun. Hormatilah setiap insan bergelar guru. Kita tidak dapat berjalan
jika tidak ada tangan yang mengangkat kita dahulu. Kepada ibu bapa khususnya
dan msyarakat amnya, guru mempunyai darjat yang tinggi, malah disisi Tuhan
sekalipun guru dihormati. Oleh itu, kita haruslah berusaha kearah yang lebih baik.

Bagaimana Guru Dapat Melaksanakan Konsep Pembelajaran


Sepanjang Hayat Bagi Meningkatkan Profesionalisme Keguruan.
Dasar pendidikan sentiasa berubah-ubah sejajar dengan tuntutan perubahan
yang berlaku dalam ekonomi dan pemodenan kehidupan. Terkini, pembelajaran
sepanjang hayat telah menjelma sebagai suatu dasar yang mula diambil berat oleh
negara maju dan negara membangun di dalam konteks globalisasi dan pemodenan.
Idea pembelajaran sepanjang hayat bukanlah sesuatu yang baru. la terlakar dalam
sejarah seawal 1920-an melalui usaha-usaha oleh cendekiawan (antaranya Basil
Yeaxlee, Eduard Lindeman, Albert Mansfield, R. H. Tawney, John Dewey) sehinggalah
kini. Malah sedari zaman Plato, 'education is life' adalah tonggak asas falsafah
beliau. Barangkali, gerakan yang paling agresif dilakukan oleh Edgar Faure melalui
laporannya

berjudul

'Learning

To

Be'

(1972).

Sebagai

golongan

yang

dipertanggungjawabkan memacu sistem pendidikan negara ke tahap unggul, guru


adalah penjawat awam yang memikul amanah dalam kemandirian kemajuan negara
dan maruah bangsa. Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat penting
dalam membangunkan modal insan cemerlang bagi menghasilkan tenaga kerja
mahir supaya hasrat menjadi negara membangun menjelang 2020 tercapai.

Terdapat

beberapa

cara

seseorang

pendidik

dapat

mengamalkan

pembelajaran sepanjang hayat antaranya ialah pelan pembelajaran peribadi. Pelan


pembelajaran peribadi meliputi proses pembelajaran peribadi, belajar cara belajar,
pendidikan berterusan dan persekitaran pembelajaran kendiri (PPK). Pembelajaran
sepanjang hayat ini juga sekaligus dapat melonjakkan kecemerlangan dalam diri
guru tersebut mahupun ditempat mereka ditugaskan. Menurut Dr Syarifah Hayati,
aktiviti pembelajaran bukan sahaja berlaku di sekolah sahaja, malah pada masi kini,
aktiviti pembelajaran berlaku ditempat kerja (universiti Malaya) . Sebagai contoh,
guru masa kini sering menjalankan aktiviti latihan dalam pembelajaran (LADAP).
Dalam aktiviti tersebut, para guru akan bersama-sama berbengkel tentang sesuatu
kemahiran ataupun program-program baharu pihak pendidikan dari semasa ke
semasa. Ini dapat meningkatkan proses pengajaran guru di dalam kelas seterusnya
mencapai kehendak pihak kementerian. Menurut Cheah & Lim (2010), guru yang
menghadiri kursus LDP selalunya dikehendaki untuk melatih guru-guru lain apabila
mereka kembali ke sekolah. Secara umum, ia kelihatan seperti sangat efisyen
kerana lebih ramai guru yang akan terdedah dengan teori dan pedagogi baru dalam
masa yang singkat.
Para guru masa kini adalah menjadi satu kemestian untuk mahir dalam
bidang Teknologi Maklumat komunikasi atau (ICT). Ini kerana kehendak negara yang
semakin maju memerlukan penggunaan ICT dimaksimumkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, guru memerlukan suatu bentuk
program sokongan yang berterusan terhadap pembangunan profesional supaya
mereka kekal efektif untuk memberikan perkhidmatan terbaik. Menurut Cheah &
Lim (2010) pembangunan guru melibatkan dua proses iaitu melupakan imej
tradisional dan membina imej baru bagi trend amalan mengajar yang terkini.
Pembangunan guru juga melibatkan tugas berterusan untuk melupakan cara lama
dan

mempelajari

pengetahuan

baru.

Bagi

mengimplimentasikan

ICT

dalam

pengajaran dan pembelajaran ini, guru perlu belajar bangaimana mengendalikan


peralatan ICT seperti LCD, komputer riba dan juga projektor dengan betul dan
selamat. Selain itu juga , guru diberi latihan asas tentang cara-cara menggunakan
beberapa program yang memerlukan kemahiran ICT contohnya egtukar, e-gaji,
keharidan murid, rekod pencapaian murid dan berbagai lagi program yang
berkaitan dengan pendidikan. Pelancaran FrogVle oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia telah membuka satu sejarah yang baharu dimana guru-guru perlu
membuat

satu

laman

sesawang

berbentuk

pendidikan

dan

pengurusan

pembelajaran secara maya. Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi


dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual
Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana
sahaja yang mempunyai capaian Internet. Guru-guru masa kini perlu belajar
bagaimana untuk mengendalikan program ini dengan jayanya melalui proses
pembelajaran sepanjang hayat. Ianya jelas dapat meningkatkan lagi mutu dan juga
profesionalisme keguruan itu sendiri.
Cabaran dalam dunia pendidikan pada masa kini memerlukan ketahanan
mental dan fizikal bagi diri seseorang guru. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai
kaedah guru untuk sama-sama menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 ini
dengan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Kolaborasi antara
guru begitu penting bagi meghasilkan produk pendidikan yang berkualiti. Para guru
berkolabirasi dengan berkongsi bahan pengajaran, maklumat serta kemahiran
tertentu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan diri. Kolaborasi yang baik ini
dapat menyelesaikan, belajar dan juga membuat keputusan yang reflektif terhadap
satu-satu masalah yang timbul di sekolah. Antara kaedah kolaboratif ialah program
Lesson Study. Ia merupakan satu pembangunan professional berasaskan sekolah
yang telah dibuktikan sangat berjaya di Jepun dan semakin popular di kebanyakan
negara ialah Lesson Study. Lesson Study merupakan suatu program pembangunan
guru yang berterusan dan menggalakkan guru bekerja secara kolaboratif dengan
melibatkan sokongan rakan sekerja serta amalan reflektif dilihat berpotensi untuk
mengubah amalan pengajaran guru dan meningkatkan pembelajaran pelajar.
Program ini telah diguna pakai di Malaysia dalam usaha menambahbaik kualiti guru.
Satu kajian telah dibuat (Nurhana Mohamad Rafiuddin, Proceeding of the Global
Summit on Education (GSE2013) ) yang mana hasil dari kajian tersebut ialah
Penilaian program pembangunan profesional adalah perlu dilakukan bertujuan
untuk mengetahui tahap keberkesanan program dalam mencapai matlamat dan
objektifnya. Kajian ini bermanfaat untuk perancangan proses penambahbaikan
terhadap program pembangunan professional guru dan dapat dijadikan asas untuk
membuat keputusan yang lebih berkesan pada masa akan datang dari pihak

tertentu seperti pihak KPM, pihak pentadbir sekolah dan pihak guru. Kajian ini juga
dapat menimbulkan kesedaran bahawa program pembangunan guru sangat
bermakna dan dapat dilaksanakan dengan inisiatif guru tanpa bergantung
sepenuhnya

kepada

program

yang

dirancang

dari

pihak

lain

demi

untuk

memantapkan prestasi perkhidmatan guru.


Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah instrumen yang penting dalam
memenuhi
keperluan individu mahupun masyarakat dalam mewujudkan tenaga kerja yang
mahir di Malaysia. Sekiranya keperluan tenaga kerja mahir tidak dapat di penuhi
oleh anak tempatan, maka tidak dapat tidak kita terpaksa menerima lebih ramai
tenaga mahir dari luar dan sekaligus akan merencatkan usaha pembangunan
tenaga kerja yang mahir dan berkualiti di kalangan masyarakat kita. Sebagai
seorang guru. Adalah digalakkan untuk membuat amalan reflektif secara kritis bagi
menamanbahbaik kemahiran guru pada sesi pengajaran yang akan datang. Amalan
reflektif ini ialah amalan berfikir atau merenung kembali sesuatu pengalaman
bertujuan untuk penambahbaikan pada masa depan dan mengimbangi antara
pengalaman sendiri dengan golongan terdahulu. Berkongsi dan pengalaman dan
pandangan dalam penulisan refleksi, jurnal dan catatan peribadi. Ia juga merupakan
konsep pembelajaran sepanjang hayat yang dapat meningkatkan mutu pengajaran
guru serta mampu melahirkan guru yang cemerlang, pakar serta mahir dalam
bidangnya.
Setiap guru seharusnya memanfaatkan usaha kerajaan dalam meningkatkan
penyertaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat oleh pihak kementerian melalui
kursus-kursus yang relevan, inovatif dan memberi nilai yang tinggi kepada setiap
guru. Kesimpulannya,

guru yang mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang

hayat dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, menaikkan martabat seorang


guru.Guru masa kini harus lebih peka terhadap perkembangan terkini dalam
kehidupan seharian serta perkembangan terkini dunia pendidikan.
Rujukan
Barbara Means, (1994). Technology and Education Reform. Jossey-Bass Publishers.
Francisco.

San

Dr. Gan Siowck Lee, (2003). IT & Education In Malaysia. Longman Sdn. Bhd.

Selangor.

Gary G.Bitter and Melissa E.Pierson, (2002). Using Technology In The Classroom. A
Pearson Education Company. Boston.
Judy Lever-Duffy, Jean M. McDonald and Al P.Mizell, (2005). Teaching and Learning

with

Technology. Pearson Education,Inc. Boston.


Noriati A. Rashid dan rakan-rakan, (2010). Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran
Semasa. Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P, diperoleh daripada
www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf pad 25 Ogos 2013
Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, (2010). Guru dan
semasa, Selangor: Penerbitan Multimedia.

Laman Sesawang

eprints.uthm.edu.my/2713/1/22._PKPGB_2008_2.pdf
www.mohe.gov.my/psptn/index

cabaran

Você também pode gostar