Você está na página 1de 3

ISL MINGGU 15

STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH

Rajah 1- contoh struktur organisasi sekolah

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) mendefinisikan jangkaan ialah sebagai


suatu bentuk dugaan atau ramalan. Dalam hal ini, ia berkait rapat dengan ramalan
atau jangkaan guru terhadap prestasi pelajar dalam bidang akademik di sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) juga, guru bermaksud pembimbing atau
pendidik yang menyampaikan ilmu. Dalam konteks ini, guru sentiasa bersedia
merancang unit-unit pengajaran, memotivasikan serta menilai pelajar dari semasa
ke semasa.
Jangkaan guru ialah harapan dan keinginan guru yang sangat kuat untuk
memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan.
Sebagai contoh, kajian tentang jangkaan guru telah dibuat oleh Palardy (1967)
tentang kebolehan pelajar membaca di sekolah USA dan tersiar dalam Elementary
School Journal yang bertajuk 'what teacher believe- what children achive'. Mengikut
pendapat beliau, pelajar lelaki yang belajar dengan guru yang menjangkakan

pencapaian sama dengan pelajar perempuan maka menunjukkan ada berlaku


peningkatan. Sebaliknya kalau guru tidak meramalkan pelajar lelaki adalah sama
atau lemah dengan perempuan maka pencapaian pelajar lelaki dalam sesuatu ujian
tidak akan meningkat.

Rajah 2- Empat Bentuk Jangkaan

Terdapat empad bentuk jangkaan iaitu:

Jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran

Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir


dapat memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguhsungguh

Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti e.g merancang strategi bg


membina jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan pihak
sekolah

Jangkaan terhadap diri sendiri e.g meletakkan jangkaan bahawa guru


berpeluang yg luas dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut
kebajikan
Bagi jangkaan terhadap fungsi dan peranan unit/bahagian pentadbiran

sekolah dalam membantu perkembangan sebagai seorang guru di sekolah,


khususnya merujuk pada struktur organisasi sekolah, jangkaan guru yang perlu dan
sesuai ialah:

Pihak pentadbir khususnya GB, GPK 1, GPK HEM dan GPK KO sentiasa
memberi sokongan penuh terhadap tugas dan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan oleh guru di sekolah sama ada sokongan dari segi kewangan,
moral ataupun kerjasama. Hal ini akan membantu dan memudahkan tugas
guru untuk proses P&P di dalam kelas, pelaksanaan program-program untuk
pelajar di sekolah serta membantu kelancaran sesuatu perkara yang
dianjurkan.

Rakan-rakan

sejawat

sentiasa

bekerjasama,

bermusyawarah

dan

melaksanakan yang terbaik untuk murid-murid dan sekolah dalam apa jua
program yang dilaksanakan.

Setiap unit dan panitia mata pelajaran yang terdapat di sekolah menjalankan
tanggungjawab masing-masing ke arah kecemerlangan murid dan sekolah.

Pengurusan dan pentadbiran kurikulum yang sistematik dapat membantu


melancarkan urusan-urusan berkaitan panitia mata pelajaran, jadual waktu,
PSS, penilaian dan peperiksaan dan lain-lain.

Pengurusan hal ehwal murid yang mantap dapat membantu guru dari segi
kawalan disiplin murid di sekolah, urusan-urusan seperti SPBT, RMT serta
kebersihan dan keceriaan sekolah.

Pengurusan kokurikulum yang berdisiplin dari segi pelaksanaannya. Hal ini


secara tidak langsung membantu guru menigkatkan pengetahuan terhadap
ilmu, kemahiran dan skil menurut unit beruniform, kelab dan persatuan serta
sukan dan permainan yang diwakilinya.

Você também pode gostar