Você está na página 1de 2

SEJARAH PENGGERAK MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYA

Sejarah penubuhan gerakan mahasiswa ini adalah bermula pada 21 Disember


2008 di Unversiti Malaya. Berikutan kebangkitan besar yang dilakukan oleh Pro
Mahasiswa semasa Pilihan Raya Kampus sesi 2008/2009. Penubuhan gerakan
mahasiswa yang bersifat pro-establishment ditunjangi oleh Presiden-presiden
Kolej Kediaman, Persatuan Cina Universiti Malaya, Persatuan India Universiti
Malaya dan turut disertai oleh beberapa persatuan lagi yang memerlukan
sebuah gerakan yang mempunyai nafas baru kepada university.
Dengan menggunakan slogan falsafahnya iaitu Dari Mahasiswa Kepada
Mahasiswa Untuk Mahasiswa sedikit sebanyak Penggerak Mahasiswa telah
berjaya memperoleh sokongan pelajar, khususnya yang menetap di kolej-kolej
kediaman. Sehubungan itu, dengan berteraskan prinsip Agama, Ilmu, Perpaduan
dan Kebajikan. Penggerak Mahasiswa kini dilihat sebagai sebuah gerakan proestablisment yang sangat berbeza pembawakannya daripada Aspirasi yang
dilihat seperti dikawal oleh individu tertentu.
Maksud empat prinsip yang dibawa oleh Penggerak Mahasiswa adalah:
1) Agama
Dengan menjadikannya sebagai prinsip yang pertama, ia adalah
merupakan asas penyatuan kepada mahasiswa. Dalam membawakan
prinsip ini, titik persamaan dicari dan menolak api perpecahan. Hal ini
adalah selaras dengan Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan
kepada Tuhan.
2) Ilmu
Prinsip ini diambil memandangkan universiti adalah tempat bagi golongan
mahasiswa untuk menimba ilmu. Perkara ini sekaligus melahirkan budaya
intelektual dalam kalangan mahasiswa agar dapat terus menyumbang
ilmu yang diperolehinya itu kepada masyarakat di luar sana. Sehubungan
itu, pencapaian akademik adalah menjadi keutamaan di samping bergiat
aktif dalam pelbagai bidang yang diceburi.
3) Perpaduan
Dalam usaha untuk menentukan hala tuju sebuah gerakan/organisasi.
Elemen perpaduan turut menjadi asas penting kerana demi memastikan
suara atau idea yang dibawa tercapai apabila wujudnya persetujuan
dalam kalangan ahli-ahli kumpulannya sendiri. Hal ini mengambil kira dari
pelbagai aspek seperti agama, bangsa dan budaya kerana melalui konsep
perpaduan yang dicapai inilah akan memperlihatkan utuhnya sebuah
organisasi itu.
4) Kebajikan
Demi untuk menyelaraskan pendirian dengan persetujuan yang dicapai
sewaktu penubuhannya dahulu bahawa, kesinambungan untuk
meneruskan terdahulu adalah mestilah kepada berpaksikan mahasiswa.

Hal ini kerana platform melalui pemilihan MPP adalah salah satu solusi
untuk memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa.

Você também pode gostar