Você está na página 1de 3

Apakah yang dinamakan dengan akhlak

Pegertian akhlak:

 Menurut bahasa:

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al –akhlaaku) iaitu kata jama daripada
perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,perangai,tingkahlaku,matuah,adat
kebiasaan,malah ia juga bererti agama itu sendiri.

Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian,ciptaan dan juga bermaksud


kejadian yang indah dan baik.Apabila dirujuk kepada kejadian manusia,ia
bermaksud strutur tubuh badannya yang indah dan seimbang.Jika dirujuk kepada
kejadian alam semesta,ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang
indah,tersusun rapi,menurut undang-undang yang tepat.

 Menurut istilah:
Antara definisi akhlak menurut istilah ialah:sifat yang tertanam didalam diri yang
dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa
pemikiran,penelitian dan paksaan.

Ibn miskawaih,ahli falsafah islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai
keadaan jiwa yang mendorong kea rah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan
penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu mengatakan:akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di


dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa
memerlukan pemikiran dan penelitian.Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik
dan terpuji menurut syara dan aqal,perbuatan itu dinamakan akhlak yang
mulia.Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk;ia dinamakn akhlak yang
buruk.
Pegertian akhlak menurut islam:

 Islam mempunyai 2 sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan
dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat.Kedua-dua sumber itulah juga
ynag menjadi sumber akhlak islamiyyah.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan
kepada dua sumber yang mutlak ini,dapatlah dirumudkan difinisinya seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai,hokum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu
bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dikhayati,diamalkan dan
mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhkan dengan tujuan membersihkan jiwa
berasaskan wahyu ilahi bagi mencapaikan keredhaan allah S.W.T.

Lima contoh akhlak:


 Mentaati kepada kedua-dua ibubapa.
 Menghormati kepada orang yang lebih tua.
 Menjaga cara permakaian diri.
 Melaksanakan kewajipan seperti menunauikan solat.
 Merendahkan suara ketika berada di majlis-majlis.
Perbezaan antara akhlak mahmudah dan mazmudah

 Mahmudah:

Você também pode gostar