Você está na página 1de 11

Semangat Kejiranan

1) Kesefahaman rukun tetangga asas perpaduan antara kaum


Satu faktor penting ke arah perpaduan adalah dengan amalan saling kenalmengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Perpaduan bukanlah
sesuatu yang memerlukan kita meninggalkan identiti dan prinsip diri. Dengan
mengenali adat resam, pantang-larang serta kepercayaan satu sama lain, jalinan
persaudaraan yang lebih mesra dan utuh dapat dibentuk. Sukan memberi
peluang dan ruang untuk interaksi melangkaui bangsa dan agama. Aktiviti ziarah
menziarahi dapat dipupuk bagi membentuk perpaduan dalam kawasan kejiranan
setempat.
2) Toleransi kejiranan kunci kemajuan negara
Dalam usaha melakar kejayaan kerjaya dan potensi diri, kerjasama atau amalan
saling bantu-membantu adalah penting dan harus dipupuk dalam jiwa
masyraakat. Rakyat perlu saling memberi dorongan serta bantuan antara ahli
rukun tetangga agar tidak dihimpit kesusahan hidup atau masalah keluarga.
Perpaduan bukanlah sesuatu yang memerlukan kita meninggalkan identiti dan
prinsip diri. Dengan mengenali adat resam, pantang-larang serta kepercayaan
satu sama lain, jalinan persaudaraan yang lebih mesra dan utuh dapat dibentuk.
Kesefahaman merentasi budaya, agama dan bangsa adalah amat perlu bagai
mencapai aspirasi masyrakat berwawasan minda kelas pertama dalan usaha
membangunkan negara sebagai model demokrasi dan sosioekonomi yang
dikagumi di rantau ini.
3) Memperkasakan aktiviti gotong-royong
Penglibatkan penduduk dalam aktiviti kemasyarakatan serta sukarela bagi
menyumbangkan tenaga bagi ahli rukun tetangga yang memerlukan dapat
memberi nafas baru dalam usaha membangunkan modal insan serta komuniti
yang harmoni. Berbekalkan dengan semagat partriotik serta rasa ingin
membantu golongan yang tidak bernasib baik, ahli rukun tetangga akan lebih
sensitif terhadap kebajikan komuniti setempat.
4) Kejiranan yang sihat katalis generasi minda kelas pertama
Generasi muda cenderung untuk bereksperimentasi. Mencuba perkara baru dan
melahirkan identiti yang unik. Ibu bapa serta para pendidik harus bijak dalam
memantau perkembangan sosial golongan remaja. Pengamalan budaya barat
yang tidak sihat seperti penyakit sosial yang melibatkan dadah, rokok, hubungan
kekasih, dan sebagainya turut menjadi ancaman besar terhadap proses
perkembangan potensi remaja. Disamping membantutkan perkembangan intelek
serta emosi remaja, penyakit sosial akan menyebabkan remaja leka dan alpa
dalam dunia hiburan. Namun, ada kala, generasi berada di luar pemantaun
dewasa. Kejiranan yang akrab serta peka akan kebajikan ahli rukun tetangga
memainkan peranan penting dalam proses pemantauan generasi muda. Jiran
yang mengambil berat mampu membendung aktivit tidak sihat seperti melepak.

Usaha-usaha memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja


1. Sokongan dari Ibu bapa
Melentur buluh biar dari rebungnya. Minat untuk bersukan haruslah dipupuk
sejak awal zaman kanak-kanak. Negara Melaysia adalah antara negara di Asia
yang mempunyai kadar obesisti yang tinggi. Didikan terhadap ibu bapa tentang
cara-cara mendirikan keluarga yang cergas dan sihat adalah penting bagi
memupuk minat untuk bersukan
2. Prasarana yang lengkap di kawasan perumahan
Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan bandar memastikan penduduk
setempat mempunyai akses prasarana asas sukan, misalnya trek larian, padang
bola sepak, atau gelanggang bola keranjang. Proses penyelenggaraan
kemudahan asas sukan perlu dilakukan dengan teliti agar sentiasa berada dalam
keadaan baik dan selamat. Prasana yang berada dalam keadaan baik akan
menggalakkan penduduk sekitar untuk meluangkan masa di pusat-pusat rekreasi
sebagai pilihan mengisi masa lapang.
3. Dana sukan bagi sekolah-sekolah
Pihak sekolah perlu sokongan dana bagi memastikan para pelajar dapat
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulim. Untuk itu, alatan sukan
yang lengkap, bersama jurulatih yang berpengalaman adalah perlu bagi
memastikan potensi penglibatan para remaja dapat di perkembangkan dan
membuahkan hasil, Rutin latihan yang mantap mampu menjadikan sukan
sebagai aset bagi para remaja dalam melangkah ke alam menara gading.
Pencapaian sukan yang aktif adalah sangat berguna dalam usaha mendapat
tempat di universiti dan biasiswa. Sekiranya, pihak sekolah dapat menjadikan
platform sukan di sekolah masing-masing dengan efektif, sudah pasti remaja
akan lebih berminat dan serius dalam melibatkan diri dalam sukan.
Sambutan Hari Guru
Guru ibarat lilin yang membakar dirinya demi memberikan cahaya kepada para
pelajar. Begitu banyak pengorbanan dan jasa guru dalam usaha membentuk
modal insan pelajar sejajar aspirasi pendidikan negara. Iaitu mewujudkan
generasi masyarakat minda kelas pertama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah
jasa guru di abadikan setiap 15 Mei (tak ingat tarikh haha.. Hentam je ni, awak
check balik) melalui sambutan Hari Guru yang di adakan di seluruh negara setiap
tahun

Sambutan hari guru merupakan suatu peluang yang baik bagi para pelajar untuk
menunjukkan penghargaan mereka terhadap guru. Di samping hari khusus untuk
meraikan guru, saya berpendapat, sebagai seorang pelajar, antara cara lain
yang boleh kita amalkan adalah dengan berusaha untuk belajar dengan gigih

dan tekun. Sememangnya kejayaan akademik kita sudah cukup bagi memuaskan
penat lelah seorang guru

Disamping itu, penghargaan terhadap guru melahirkan rasa hormat dalam diri
para pelajar. Sudah menjadi sebati dalam nilai Ketimuran kita dimana martabat
seorang guru dijunjung tinggi. Sekiranya penghargaan serta penghormatan
terhadap guru terhakis, sudah pasti kita akan menyaksikan peningkatan dalam
isu masalah disiplin pelajar.

Industri Herba
1) Menjana pendapatan ekonomi tempatan
Malaysia antara negara yang mempunnyai koleksi herba yang unik dan
mendapat permintaan tinggi bagi pasaran global. Dengan memperkasakan
industri berasakan herba, pelbagai peluang pekerjaan yang boleh dinikmati oleh
masyarakat luar bandar. Kegiatan memungut hasil, logistik dan juga pengurusan
bisnes dapat memberi manfaat bagi pelbagai pihak.

2) Membuka ruang kajian secara mendalam


Dengan kegiatan ekonomi berasakan herba yang semakin rancak, keperluan bagi
industri untuk menghasilkan produk yang semakin berkualiti meningkat. Kajian
yang lebih mendalam terhadap herba dapat di taja oleh syarikat korporat bagi
tujuan optimisasi produk.

3) Memperkasakan Produk Warisan


Di samping nilai dari segi kualiti herba tempatan yang bermutu tinggi, herba
tempatan juga mempunya nilai sentimental yang tinggi. Kita perlu berbangga
dengan hasil penemuan nenek moyang yang begitu kreatif mencari jalan
merawat penyakit secara organik. Keupayaan warga tempatan untuk memberi
nilai komersial bagi herba warisan merupakan suatu pencapaian yang harus kita
banggakan.

4) Pembanggunan ekonomi negara secara menyuluruh


Hasil pengelolaan industri penternakan secara optimal dan maju dapat
meningkatkan kapasiti serta kualiti pengeluaran. Dengan peningkatan standard
hasil tani, sudah pasti negara dapat mengurangkan kebergantungannya
terhadap produk yang diimport dari luar negara. Secara tidak langsung
mengurangkan pengaliran mata wang tempatan ke mata wang asing.
Langkah-langkah memajukan Industri Kecil dan Sederhana

1) akses bantuan latihan pengurusan perniagaan disediakan oleh pihak


kementrian
2) loan pinjaman yang kompetitif serta proses pembayaran semula yang tidak
membebankan.
3) penaja pendidikan menyalurkan graduan cemerlang untuk berkhidmat
membantu proses urus takbir perniagaan di peringkat eksekutif.
4) meletakkan standard yang tinggi ke atas pemberian tender dan sebagainya
untuk menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana agar kekal
kompetitif dan berkembang

Kepentingan industri penternakan

1) Menjana pendapatan penduduk setempat


Malaysia antara negara yang mempunnyai kawasan tanah subur yang sesuai
untuk kegiatan penternakan. Disamping cuaca yang kosisten sepanjang tahun
serta akses pengairan yang baik, Malaysia terpelihara dari virus-virus yang boleh
membahayakan haiwan penternakan. Oleh yang demikian tahap pengeluaran
produk ternakan sepanjang tahun boleh di kekalkan pada tahap yang optimum.
Dengan memperkasakan industri penternakan, pelbagai peluang pekerjaan yang
boleh dinikmati oleh masyarakat luar bandar dan sekitar kawasan penternakan.
Kegiatan mengurus ladang ternakan, logistik produk dan juga pengurusan bisnes
dapat menjadi sumber pendapatan pelbagai pihak.

2) Membuka ruang kajian saintifik secara mendalam


Dengan kegiatan ekonomi industri penternakan yang semakin rancak, keperluan
bagi industri untuk menghasilkan produk yang semakin berkualiti meningkat.
Kajian yang lebih mendalam terhadap baka ternakan yang sihat dapat di taja
oleh syarikat korporat bagi tujuan optimisasi produk. Usaha sebegini dapat
memberi daya saing bagi produk tempatan di peringkat global.

3) Pembanggunan ekonomi negara secara menyuluruh


Hasil pengelolaan industri penternakan secara optimal dan maju dapat
meningkatkan kapasiti serta kualiti pengeluaran. Dengan peningkatan standard
penternakan, sudah pasti negara dapat mengurangkan kebergantungannya
terhadap produk yang diimport dari luar negara. Secara tidak langsung
mengurangkan pengaliran mata wang tempatan ke mata wang asing.

Ciri-ciri sahabat yang baik


1. Sahabat yang memberi semangat kepada anda untuk bekerja keras dan
berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang akademik, sukan, atau kareer
dengan cita-cita mengharumkan nama negara di persada antarabangsa - dengan
menyemai cita-cita dan wawasan untuk berjaya, secara tidak langsung remaja
akan lebih fokus dalam usaha membina potensi diri

2. Sahabat yang menggalakkan anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti


kemasyarakatan serta sukarela bagi menyumbangkan tenaga bagi warga negara
yang memerlukan - menyantuni masyarakat yang kurang berkemampuan atau
dalam kesempitan.

3. Sahabat yang sentiasa memberi panduan serta dorongan kepada anda untuk
menerapkan modal insan kelas pertama - remaja memerlukan sokongan dan

bantuan untuk berjaya. - tekanan sosial yang cenderung ke arah budaya negatif
membantutkan potensi remaja. Menjauhkan diri dari sahabat yang dapat
memberi pengaruh buruk adalah amat wajar.

Kebaikan dan Keburukan Media Sosial


Kebaikan
1. Sumber pengetahuan am yang luas. Sesiapa sahaja boleh mengakses gedung
ilmu ini dengan mudah pada bila-bila masa dengan mudah
2. Menjadi hub pembelajaran sosial dan kolaboratif merentas kawasan secara
percuma dan efektif
3. Menjadi alat menghubungkan tali silaturrahim antara ahli keluarga, dan
sahabat handai. Terutamanya bagi yang belajar atau bekerja jauh di perantauan.
4. Perkongisian maklumat tentang isu semasa dapat berlaku secara pantas dan
efektif
5. Menjadi alat bagi para peniaga melariskan produk jualan melalui iklan-iklan
yang disiarkan melalui media sosial

Keburukan
1. Tiada cara mudah untuk menyekat penyalah gunaan media sosial dari
mengakses info yang tidak betanggunjawab
2. Seringkali ketagihan terhadap media sosial menyebabkan individu tidak
produktif dalam aktiviti seharian. Masa banyak dihabiskan di laman sosial
3. Perhubungan yang tidak terbatas mengundang masalah gejala sosial dan
kebobrokan rumah tangga. Pelbagai kes rumah tangga menjadi porak peranda
apabila didapati media sosial disalah guna untuk berhubung dengan individuindividu lain
4. Pemantauan terhadap info-info yang di kongsi di media sosial tidak dapat
dilakukan secara menyeluruh mengakibatkan potensi bagi fitnah tersebar
semakin berleluasa,
5. Info peribadi sekiranya tidak di jaga dengan baik akan mudah di curi dan
dieksploit pihak tidak bertanggunjawab

Kesan pengambilan makanan segera


Salah satu keburukan makanan segera ialah makanan itu menjadi penyebab
penyakit. Sebagai contoh, penyakit kencing manis. Hal ini kerana makanan
segera banyak mengandungi gula. Contohnya ialah donut dan kek. Oleh itu,
makanan segera dapat menjadi penyebab penyakit berbahaya.Selain itu,
makanan segera juga dapat menyebabkan kegemukan / obesiti. Hal ini kerana,
makanan segera banyak mengandungi lemak. Sebagai contoh, ayam goreng,
pizza dan burger. Kandungan lemak dalam ayam goreng sangat tinggi. Oleh hal
yang demikian, makanan segera dapat menyebabkan berat badan .

Kepentingan teknologi maklumat


1. Mampu mempercepatkan kerja kita. Hal ini terbukti apabila majoriti populasi
masyarakat di Malaysia kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka
hanya daripada Internet.Mereka tidak mencari bahan yang mereka perlukan di
perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah mencari buku-buku
yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang disusuni
dengan ribuan buku.
2. Dapat membuatkan kita berhubung dengan orang yang jauh. Misalnya,
seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh
daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa
mereka dengan hanya menelefon mereka.
3. Membantu pembelajaran mereka juga antara kepentingan teknologi maklumat
kepada manusia. Senario ini dapat dilihat apabila sudah ada banyak laman blog
yang berkaitan dengan sesuatu subjek mengikut sukatan pembelajaran di
sekolah yang memenuhi Internet. Dalam blog tersebut, terdapat banyak cara
menjawab soalan peperiksaan dan tips yang diberikan untuk menghafal sesuatu
sukatan pembelajaran.

Sains dan teknologi dalam kehidupan harian


Kebaikan
1. Sumber akses pengetahuan am yang luas. Sesiapa sahaja boleh mengakses
gedung ilmu ini dengan mudah pada bila-bila masa dengan mudah
2. Menjadi hub pembelajaran sosial dan kolaboratif merentas kawasan secara
percuma dan efektif. Tidak perlu menghabis wang yang banyak bagi membeli
buku,
3. Menjadi alat menghubungkan tali silaturrahim antara ahli keluarga, dan
sahabat handai. Terutamanya bagi yang belajar atau bekerja jauh di perantauan
4. Perkongisian maklumat tentang isu semasa dapat berlaku secara pantas dan
efektif melalui telefon, emel dan media sosial
5. Menjadi alat bagi para peniaga melariskan produk jualan melalui iklan-iklan
yang disiarkan melalui media sosial dan media elektronik
Keburukan
1. Tiada cara mudah untuk menyekat penyalah gunaan teknologi dari
penyalahgunaan
2. Seringkali ketagihan terhadap media sosial menyebabkan individu tidak
produktif dalam aktiviti seharian. Masa banyak dihabiskan di laman sosial
3. Perhubungan yang tidak terbatas mengundang masalah gejala sosial dan
kebobrokan rumah tangga. Pelbagai kes rumah tangga menjadi porak peranda
apabila didapati media sosial disalah guna untuk berhubung dengan individuindividu lain
3. Pemantauan terhadap info-info yang di kongsi di media sosial tidak dapat
dilakukan secara menyeluruh mengakibatkan potensi bagi fitnah tersebar
semakin berleluasa,

4. Info peribadi sekiranya tidak di jaga dengan baik akan mudah di curi dan
dieksploit pihak tidak bertanggunjawab.

Usaha-usaha melahirkan remaja berwawasan


1) Mengikuti perkembangan sosial generasi baru
Para pendidik harus berusaha meneliti perkembangan psikologi generasi
Millenials. Peredaran zaman turut membawa peredaran mentaliti. Kegagalan
pihak pendidik seperti ibu bapa, guru-guru dan kementrian pendidikan untuk
mengambil faktor perkembangan psikologi remaja turut menjejaskan usaha
untuk berkomunikasi dengan baik. Akibatnya remaja merasakan diri mereka
terasing dan tidak difahami. Komunikasi yang sihat adalah amat perlu bagi
memastikan remaja berasa selesa untuk berkongsi aspirasi serta masalah yang
menghalang mereka untuk berjaya dan menggarap wawasan yang maju.

2) Memperkasakan aktiviti khidmat masyarakat


Penglibatkan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan serta sukarela bagi
menyumbangkan tenaga bagi warga negara yang memerlukan dapat memberi
nafas baru dalam usaha meningkatkan potensi dan kebolehan diri. Berbekalkan
dengan semagat partriotik serta rasa ingin membantu golongan yang tidak
bernasib baik, remaja akan semakin mengambil berat perihal isu masa depan.

3) Mendidik toleransi dan kesefahaman ke arah perpaduan


Dalam usaha melakar kejayaan kerjaya dan potensi diri, kerjasama atau amalan
saling bantu-membantu adalah penting dan harus dipupuk dalam jiwa remaja.
Remaja perlu saling memberi dorongan serta galakan antara satu sama lain agar
tidak ada yang ketinggalan hanyut dalam kealpaan hiburan. Perpaduan bukanlah
sesuatu yang memerlukan kita meninggalkan identiti dan prinsip diri. Dengan
mengenali adat resam, pantang-larang serta kepercayaan satu sama lain, jalinan
persaudaraan yang lebih mesra dan utuh dapat dibentuk. Kesefahaman
merentasi budaya, agama dan bangsa adalah amat perlu bagai mencapai
aspirasi remaja berwawasan dalan usaha membangunkan negara sebagai model
demokrasi dan sosioekonomi yang dikagumi di rantau ini.

4) Membendung budaya tidak sihat.


Remaja cenderung untuk bereksperimentasi. Mencuba perkara baru dan
melahirkan identiti yang unik. Ibu bapa serta para pendidik harus bijak dalam
memantau perkembangan sosial golongan remaja. Pengamalan budaya barat
yang tidak sihat seperti penyakit sosial yang melibatkan dadah, rokok, hubungan
kekasih, dan sebagainya turut menjadi ancaman besar terhadap proses
perkembangan potensi remaja. Disamping membantutkan perkembangan intelek
serta emosi remaja, penyakit sosial akan menyebabkan remaja leka dan alpa
dalam dunia hiburan.

Keracunan makanan
Keracunan makanan banyak berlaku disebabkan oleh kelalaian pengguna itu
sendiri. Kebanyakan anggota masyarakat tidak mempunyai pengetahuan
tentang kesempurnaan pengjagaan makanan. Kita perlu sedar bahawa
kebersihan amat penting dalam proses penyediaan makanan. Namun, ada
antara kita yang tidak mengetahui cara yang betul membasuh bahan makanan
sebelum dimasak. Bahan-bahan seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan
amat sensitif dengan perubahan udara. Tanpa pembersihan yang teliti sebelum
dimakan atau pun dimasak, kuman di dalam bahan makanan akan
membahayakan kita.
Selain itu makanan yang tercemar pasti mengundang bahaya keracunan
makanan. Pencemaran makanan berlaku apabila makanan yang disediakan atau
dihidangkan itu terdedah. Keadaan persekitaran yang kotor juga dapat
mencemarkan makanan. Hal ini sudah tentu menyebabkan makanan dihinggapi
lalat, lipas dan tikus yang membawa kuman dalam makanan. Impaknya
keracunan makanan berlaku apabila kita makan makanan yang sudah tercemar
oleh kuman dan bakteria.
Keracunan makanan juga disebabkan kandungan racun yang berlebihan
dalam makanan. Para petani dan pekebun sayur yang menanam sayur-sayuran
biasanya menyembur racun serangga atau racun daun untuk memastikan
tanaman mereka itu hidup subur. Penggunaan racun yang berlebihan terhadap
tanam-tanaman seperti sawi, kalian, kobis dan bayam akan menyebabkan
kandungan racun terserap ke dalam daun. Kedaan ini sudah tentu
membahayakan para pengguna jika bahan-bahan tersebut tidak dibersihkan
dengan teliti.

Usaha-usaha Memupuk semangat patriotic dalam kalangan


remaja
1. Penerapan Nilai Semangat Patriotisme dalam diri. Individu juga memainkan
peranan yang penting dalam meningkatkan semangat patriotisme terhadap
negara. Di peringkat sekolah kita dapat lihat bahawa terdapat subjek pendidikan
moral dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan yang dapat mendorong
pemupukan semangat patriotisme dalam diri terutama pelajar. I
2. Sambutan Perayaan Beramai-RamaiUsaha ini dapat mengeratkan silaturrahim
melalui penghayatan perayaan dan tuan rumah berpeluang meraikan tetamu
yang datang dan memberikan layanan yang mesra. Majlis rumah terbuka yang
diadakan sempena sambutan perayaan ini akan membolehkan masyrakat
berbilang kaum beramah mesra sambil menikmati juadah yang disediakan
bersama-sama.

Kepentingan semangat patriotic


1) Menjalinkan hubungan mersa sesama rukun tetangga tanpa mengira kaum,
bangsa dan agama. Melalui usaha memupuk semangat kesatuan sebegini
negara akan dapat kekal harmoni
2) Kesefahaman merentasi budaya, agama dan bangsa adalah amat perlu bagai
mencapai aspirasi masyrakat berwawasan minda kelas pertama dalan usaha

membangunkan negara sebagai model demokrasi dan sosioekonomi yang


dikagumi di rantau ini. Oleh itu nilai patriotisme menjadi asas asas kepada
kemajuan negara

Você também pode gostar