Você está na página 1de 14

Tugasan B : Esei Pendek

Tekanan atau stres adalah satu tindakbalas fisiologi dan psikologi terhadap
seseorang. Ini bermaksud, stres yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran
dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan
tersebut. Sekiranya tahap stres tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu
terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Hal ini menunjukkan
bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan
minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang
diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka
sudah pastinya stres yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi
dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan
menghadapi masalah yang lebih besar. Boleh dikatakan bahawa, stres bukanlah satu
perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk
berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya
seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam
pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang
membuktikan walau sekecil mana sekalipun stres tersebut sekiranya tidak diuruskan
dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka
yang terlibat.
Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental
dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori
stres atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak
spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.
selain itu, menurut Mohd Salleh (1994), stres adalah reaksi fizikal dan mental emosi
seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat
keselesaan hidup. Di negara kita, fenomena stres di kalangan guru sering
diperbincangkan dan dijadikan bahan kajian. Ini adalah kerana bidang pendidikan pada
hari ini semakin mendesak para guru untuk bekerja keras dengan lebih masa demi
mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping itu, usaha peningkatan
dan pelaksanaan tersebut telah menyebabkan guru-guru semakin tertekan dengan

bebanan kerjaya pendidikan ini. Guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan
memberi kesan kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran
dan pembelajaran. Isu sebegini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan
juga profesion perguruan yang akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah
masyarakat yang mampu membawa negara kita ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikan.
Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial
yang sungguh mencabar. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha
dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam
meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagaibagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin
mencabar. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan
guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan
kebimbangan.
Dalam kes Bisikan Misteri Arah Guru Amuk yang berlaku di SK Sabur,
Kota Kinabalu adalah amat serius kerana guru tersebut telah mengamuk sehingga
menggunakan pedang samurai dan menyebabkan seramai 14 orang guru termasuk dua
orang guru wanita terpaksa menyembunyikan diri dalam hutan paya bakau. Walaupun
tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku, akan tetapi tingkah laku guru
tersebut yang kurang waras telah mengancam keselamatan rakan sejawat yang lain. Ini
mungkin akan membawa sebarang kecederaan ke atas guru-guru yang tinggal
bersamanya. Sumber berkata bahawa suspek tersebut mendakwa terdapat suara
perempuan

yang

menyebabkan

sering

dia

mengganggunya

tidak

dapat

sejak

bertahan

beberapa
sehingga

minggu

lalu

dan

mengamuk.

Melalui pandangan masyarakat setempat yang mempercayai tahyul mungkin


berpendapat bahawa guru tersebut memang diganggu

oleh makhluk halus.

Walaubagaimanapun, pandangan yang lebih saintifik mengenai kes ini berlaku mungkin
disebabkan tekanan emosi yang telah dipendamkan oleh guru tersebut yang agak lama
sehingga dia tidak dapat berfikir dengan waras dan mendakwa dirinya mendengar
bisikan misteri yang mengganggu ketenteramannya. Akibatnya, tekanan emosi yang
serius ini telah menyebabkan guru berkenaan mengalami kecelaruan fikiran dan tidak

mempunyai kesedaran diri dan melakukan perbuatan yang tidak terkawal yang boleh
mengancam keselamatan orang lain.

Dengan itu, kes yang telah berlaku ini telah

membuktikan bahawa pada zaman kini, para guru sentiasa menghadapi cabaran yang
lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah
dan

kementerian

demi

meningkatkan

lagi

kualiti

pendidikan..

Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan
ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak
seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan.
Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat
kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat
sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat negeri atau wakil pengetua
atau guru besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan
bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Ini tidak
termasuk mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin
mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari.

Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran
seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan.

Guru

bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi juga
berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi
kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. ibu
bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar berdasarkan
kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain yang tidak
kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada
harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa
mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu
persekolahan bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.
Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan
guru-guru mengalami masalah stress. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan
pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan
tanggungjawab guru untuk menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak
semudah yang disangkakan. Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti
tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah,
menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. Perkara ini mungkin
dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang amat tinggi
kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang
berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari.
Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu
sehingga menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama
keluarga. Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi
mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau banyak.

Sebenarnya,

selain

mendapat

gangguan

emosi,

stress

juga

boleh

mengakibatkan beberapa masalah kesihatan. Antara penyakit-penyakit yang berpunca


akibat mengalami tekanan stres adalah sakit jantung, stroke, kencing manis, darah
tinggi dan sebagainya. Merujuk kepada isu guru tersebut telah mengalami kesukaran
tidur sehingga dia mengamuk. Kesukaran tidur atau dikenali sebagai insomnia adalah
salah

satu

penyakit

yang

berpunca

dari

tekanan

stress.

Terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan kes sebegini berlaku. Antaranya
adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif. Suasana kerja adalah amat penting bagi
seseorang guru kerana ruang kerja yang sempit dan sesetengah kelas yang terlalu
panas dan tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru berbanding
dengan individu lain yang bekerja di tempat yang berhawa dingin. Tambahan pula,
kemudahan-kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan diri dan
pelajarnya terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman akan menyebabkan
guru tersebut semakin stres.

Selain itu, kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang sentiasa menjadi
cabaran kepada seseorang guru juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
guru mengalami tekanan emosi. Murid sentiasa melakukan pelbagai aksi untuk menarik
perhatian guru tentunya akan menimbulkan masalah serta memberikan kesan kepada
emosi

guru

dan

lama-kelamaan

ia

akan

menjadikan

guru

berasa

stres.

Punca-punca peribadi juga merupakan antara faktor guru mengalami tekanan


emosi. Keadaan kesihatan guru terjejas ataupun berlakunya kemalangan dan kematian
dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan guru tersebut mengalami tekanan
emosi yang seirus. Selain itu, hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja
adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ia merupakan satu sokongan kepada
guru tersebut. Jika berlakunya perselisihan faham akibat masalah komunikasi yang
tidak berkesan maka ini boleh menyebabkan stres terhadap guru tersebut.

Pada zaman kini, taraf hidup yang semakin tinggi telah menjadi keperluan yang
biasa bagi semua orang. Oleh itu, perbelanjaan kehidupan seharian amatlah
memerlukan wang yang secukupnya. Kita sering diberitahu bahawa gaji guru adalah
rendah berbanding dengan profesion yang lain. Dengan itu, masalah kewangan telah
membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru. Ini telah menyebabkan
guru tersebut sukar untuk menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik kepada diri
dan keluarga mereka. Maka, masalah kewangan ini juga boleh menyebabkan guru
mengalami tekanan dan juga stress.

Berdasarkan faktor-faktor yang telah dibincangkan, banyak usaha dan


rancangan untuk mencari penyelesaian yang sesuai hendaklah dijalankan agar
mengatasi masalah beban guru sekolah agar isu ini tidak akan berterusan dan menjadi
semakin serius. Jika tidak, ia akan membawa kesan yang buruk sehingga guru tidak
suka akan kerja mereka dan secara tidak langsung ia mampu membawa kesan buruk
yang akan menjejaskan imej keguruan. Maka, pihak yang berkenaan haruslah

bekerjasama dan mengambil berat terhadap isu-isu guru mengalami tekanan emosi
akibat bebanan kerja

Dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk
menangani masalah beban tugas guru. Salah satunya adalah Kesatuan Perkhidmatan
Pengurusan Perguruan Kebangsaan (KPKK) telah memohon supaya skop kerja guru

dapat dispesifikan dan kebajikan guru dapat diutamakan. Selain itu, kemudahan asas
sekolah perlu lengkap dan program pemprosesan data dapat diringkaskan serta
penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat
dilaksanakan secara berpusat. Bukan sahaja begitu, pihak KPKK juga mencadangkan
agar mewujudkan jawatan pembantu murid untuk membantu urusan kerja-kerja
perkeranian dan mengasingkan guru akademik dan guru sukan agar guru dapat lebih
fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.
Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban guru
dan berusaha mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah tersebut.
Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Menteri
Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas
berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara dan diharapkan untuk
mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan bebanan guru.

Selain itu, tokoh akademik termasuklah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan
Sri Abdul Rahman Arshad telah meminta mengkaji mewujudkan jawatan pembantu guru
bagi membantu guru di setiap kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan
perkeranian. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencari penyelesaian

dengan melatih dan menghantar pembantu pentadbir di sekolah bertujuan untuk


mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas seperti tugas perkeranian dan
menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas sekolah oleh pembantu pentadbir
sememangnya dapat mengurangkan masalah beban kerja guru. Dengan ini, guru juga
dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan

Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, guru
tersebut seharusnya dapat memiliki penampilan yang baik dari segi mental dan dapat
menghadapi sebarang cabaran atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik.
Ini adalah kerana guru bukan sahaja memerlukan penampilan yang baik dari segi
fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani tekanan
emosinya dengan berkesan. Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan dan menguasai
kemahiran menyelesaikan masalah yang dapat membantu seseorang guru menangani
masalah tekanan emosi yang dihadapinya secara rasional, seterusnya merancang cara
penyelesaian secara sistematik.
Selain itu, sebagai seorang guru, dia juga seharusnya dapat menguasai
kemahiran pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja
menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang penting telah mengabaikan
tanggungjawab yang lain sehingga mereka berasa tugas mereka tidak dapat

diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami masalah
tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa dapat
membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan
melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya, seseorang guru perlu merancang jadual
bekerja dan meluangkan masa lapang individu yang secukupnya untuk kegunaan diri.
Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh
mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat membantu meredakan reaksi fizikal
terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi seperti
aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus nafas dengan
perlahan-lahan yang boleh menangani stres. Bukan sahaja begitu, seseorang guru
patut mengekalkan cara hidup yang sihat dan seimbang dengan bersenam, makan
makanan yang sihat, mempunyai tidur yang cukup dan tidak meminum air beralkohol
kerana badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara
hidup yang seimbang, seseorang guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi
atau aktiviti rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran
mereka terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat
persepsi yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan,
maka mereka dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya. Di
samping itu, ia juga dapat memahami reaksi yang diberi. Maka, dengan cara ini
dapatlah seseorang guru itu mengendalikan masalah dan tekanan emosi dengan lebih
berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau perlu menjalin hubungan yang baik
dengan rakan sejawatnya agar dapat berkongsi masalah yang dihadapi. Merujuk
kepada

kes

guru

tersebut,

guru

berkenaan

sepatutnya

menjelaskan

dan

membincangkan masalah bisikan misteri yang telah dihadapi olehnya kepada rakan
sejawat yang lain agar dapat sokongan yang baik untuk mencari cara penyelesaian
yang lebih berkesan.
Seseorang guru yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali
tekanan dan stres dengan baik. Oleh itu, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan juga
merupakan salah satu cara bagi seseorang guru untuk menangani masalah tekanan

stres kerana agama dapat memberi sumber harapan atau menjadi pegangan kepada
seseorang apabila diperlukan. Golongan yang bekerja termasuk guru adalah digalakkan
untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia dapat memberi mereka
perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Dengan ini, penampilan guru
dari segi sifat rohaniah dan kejiwaan dapat dipertingkatkan. Guru tersebut juga akan
lebih bersifat tenang dan mempunyai emosi yang mantap serta optimistik dalam
kehidupan. Selain itu, seseorang guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya
dan memupuk sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu
pengetahuan mengenai bidang atau profesion yang diceburinya demi memartabatkan
lagi profesion keguruan. Beliau juga seharusnya dapat memahami kekuatan dan
kelemahan dirinya. Sementara itu, fikiran yang positif patut disemai dalam kalangan
guru agar mereka dapat bersiap sedia menghadapi sebarang masalah dan bersikap
terbuka untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan.

Seseorang

guru

perlulah

sentiasa

bertanggungjawab

dan

memahami

akauntabilitinya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat
dan profesion keguruan agar dapat menunjukan prestasi yang terbaik ketika bekerja
terutamanya menjalankan peranannya untuk menyampai ilmu pengetahuan dan
merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar murid-murid dapat
mencapai objektif yang optimum. Pihak pengurusan sekolah pula harus berperanan
untuk membantu guru dalam menghadapi sebarang tekanan, konflik dan isu. Pihak
berkenaan perlu sedar akan kepentingan pemantauan ke atas tahap stres guru dari
semasa ke semasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan
masalah tersebut. Contohnya, pihak pengurusan di sekolah perlulah mengenal pasti
guru-guru yang mempunyai potensi mengalami tahap stres yang tinggi. Seterusnya,
pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat
Pelajaran Daerah dan di Jabatan Pelajaran Negeri agar mengadakan sesi pertemuan
untuk membantu guru yang berkenaan untuk memahami dirinya dan orang lain,
seterusnya mendapatkan alternatif terbaik yang boleh dilakukan dalam menangani
sebarang isu khususnya yang berkaitan dengan tekanan. Selain itu, pihak berkenaan
juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang

dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop kerja guru. Para guru perlu sentiasa
bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini
bagi mengelakan diri terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan karier diri
sebagai seorang guru.
Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang
cukup mencabar. Banyak pengorbananyang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk
memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera
oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini
membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan
tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada
cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusantekanan amat kritikal atau
diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi
segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang.
Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya
seorang guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal
diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja
akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula
atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam
persekitaran dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu
berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik
menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang
besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia
khasnya.
Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah
kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja
yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan
berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka
seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik.
Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan
masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya

usaha

melahirkan

generasi

pewaris

negara

berterusan

dan

tidak

terhenti.

Você também pode gostar