Você está na página 1de 1

analisis

no 17.

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan sebanyak 90% pelajar menggunakan aplikasi whats app
untuk berkomunikasi dengan rakan mereka melalui telefon pintar. Selain whats app terdapat juga
golongan besar pelajar UTP dan UiTM yang menggunakan Facebook Messenger dan instagram atas
alasan untuk berkongsi gambar-gambar harian mereka. Golongan minoriti terdiri daripada pelajar
yang menggunakan iMessage , telegram dan juga BBM. Hal ini demikan kerana perbezaan jenama
telefon pintar menggunakan applikasi yang khas untuk telefon pintar tersebut sahaja. Dalam pada
itu, dengan menggunakan applikasi tersebut, terdapat 70% pelajar UTP dan UiTM yang
menggunakan telefon pintar mereka hanya untuk tujuan pembelajaran seperti persoalan berkaitan
masa kelas ganti, persoalan berkaitan kerja kursus, berkongian idea-idea dan juga persoalan
berkaitan pemahaman sesuatu topik dalam kelas tertentu. Selain itu, terdapat sebanyak 21% pelajar
UTP dan UiTM yang mengatakan bahawa mereka menggunakan telefon pintar bagi tujuan bersosial
seperti bertanya tentang tempat untuk bermakan bersama-sama, bertanya khabar, dan juga bertanya
pasal kesihatan keluarga rakan mereka. Pelajar UTP dan UiTM yang lain lebih berminat untuk
menggunakan telefon pintar mereka bagi berbual kosong, berbincang soal agama, soal politik dan
juga hubungan cinta serta bergosip.
no 18.
Daripada maklum balas soal selidik kajian ini, terdapat sebanyak 89% pelajar UTP dan UiTM yang
mengakui bahawa penggunaan telefon pintar membantu mereka berkomunikasi secara efektif
kerana pengantara yang digunakan adalah rankaian internet yang bermaksud pelajar UTP dan UiTM
tidak perlu membayar duit untuk kredit telefon. Dalam pada itu, didapati juga 8% pelajar UTP dan
UiTM berpendapat bahawa telefon pintar membolehkan mereka berkomunikasi dalam jarak jauh
melalui panggilan dan penggunaan applikasi Whats app yang lebih efisien dan cepat. Selain itu,
tedapat juga golongan minoriti pelajar yang memanfaatkan penggunaan telefon pintar untuk
berkomunikasi secar efektif dengan rakan mereka melalui penggunaan recorder dan screen shot
dengan mendengar dan melihat informasi secara repetitif untuk memahaminya. Akhirnya, terdapat
seorang pelajar yang sangat konfiden bahawa telefon pintar dapat menggekalkan hubungan akrab
antara rakan-rakan mereka apabila mereka berkomunikasi secara kerap dan efektif.

Você também pode gostar