Você está na página 1de 11

Artikulasi dan Artikulator

Artikulasi Vokal
FONOLOGI
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut
manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Pertuturan ialah
bunyi-bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami
perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi
bahasa. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat
artikulasi. Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonemik.
Fonetik: Fonetik ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang
mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan:

KAJIAN
FONETIK
1) Alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi
2) Sifat bunyi atau fonetik akustik
3) Pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori
Fonemik: Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu
pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
Fonem: Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya
katabayang dan layang. Bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b] dan
[l]. Tentulah bunyi-bunyi ini yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan
/l/ ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.
Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata yang berikut merupakan fonemfonem yang berasingan.
tabah - tapah

tekak

- tegak

sabun - sabung

baru

wang - bang

siang - tiang

- balu

Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi
kedua-dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan,
dinamakan pasangan
minimal atau pasangan
terkecil. Sekiranya
pasangan

perkataan yang mempunyai perbezaan yang minimal tadi tidak berbeza maknanya,
maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi
merupakan alofon dari satu fonem. Keadaan ini disebut variasi atau kelainan
bebas. Contoh: /faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/.
Fonem Vokal: Terdapat enam (6) fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, / /,
/e/, /u/, /o/. Cuba lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan contoh-contoh
perkataan yang menunjukkan penyebarannya dengan menggunakan transkripsi
fonetik.
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Fonem

Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)


Awal
Tengah
Akhir
[abu]
[sah]
[uda]

/a/
/e/*
/e/*
/i/
/o/
/u/
* Fonem /e/ di atas terdiri daripada /e/ pepet dan /e/ taling. Kenal pasti yang
mana bentuk /e/ bagi perkataan emas dan yang mana cerek.

Fonem Konsonan: Terdapat 25 fonem konsonan dalam bahasa Melayu seperti yang
terdapat dalam jadual. Lengkapkanlah jadual di bawah dengan memberikan
contoh-contoh
perkataan
yang
menunjukkan
penyebarannya dengan
menggunakan transkripsi fonetik.

Bil.

Huruf

Fonem

1.

/b/

2.

/c/

3.

/d/

4.

/f/

5.

/g/

Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)


Awal
Tengah
Akhir
[buku]

[tebu]

[adab]

Bil.

Huruf

Fonem
Awal

6.

gh

/x/

7.

/h/

8.

/j/

9.

/k/

10.

kh

/x/

12.

/l/

13.

/m/

14.

/n/

15.

ng

/n/

16.

ny

/n/

17.

/p/

18.

/q/

19.

/r/

20.

/s/

21.

/s/

22.

/t/

23.

/v/

24.

/w/

25.

/z/

Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)


Tengah
Akhir

Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ


yang menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara
dari paru-paru dipam ke organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah
untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan

darah. Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi
bahasa. Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem
pernafasan dan organ sebutan. Organ-organ ini penting dalam sistem aliran udara
yang menyebabkan penghasilan bunyi.

1.
bibir atas
2.
bibir bawah
3.
gigi atas
4.
gigi bawah
5. gusi
6.

lelangit keras
7.
lelangit
lembut
8.
anak tekak
9.
hujung lidah
10. hadapan lidah
11. tengah lidah
12. belakang lidah
13. akar lidah
14. epiglottis
15. pita suara
16. rongga tekak
17. rongga hidung
18. rongga mulut
19. rahang

Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang
bergerak. Udara keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak
dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila
udara tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini.

Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar


daripada paru-paru? Ya, mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua
membran yang anjal/ elastik yang terletak dalam peti suara. Membran itu adalah
seperti pita yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke
belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa
halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.
Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa? Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah
2.4). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan penghasilan sesetengah bunyi
seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat,
glotis tertutup (Rajah 2.5). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh
menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan
tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu
pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi,
pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.
Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari
rongga tekak udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung
(nasal). Manakala lelangit manusia terbahagi dua. Di sebelah depan
dinamakan lelangit kerasdan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit
lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak tekak. Lelangit lembut
dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit
lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup
rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu a ialah bunyi
oral. Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga
hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup
dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.
Fonem Segmental: Organ-organ yang dinyatakan di atas ialah organ-organ penting
yang menghasilkan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Yang berikut
diperjelaskan organ sebutan yang melibatkan penghasilan bunyi vokal.
Bunyi Vokal: Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal jua ialah
bunyi bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral
dengan tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan
bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan,
vokal tengah dan vokal belakang. Rajah 3 memperlihatkan kedudukan bunyi
vokal.
Vokal Hadapan: Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah
dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras itu
terdapat saluran sempit untuk udara keluar. Huruf akhir pada perkataan geli,
dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang fonetik. Manakala bunyi [e] pada

perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak
setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i].

Selepas
anda
menyebut
bunyi [i], pegang
tulang rahang dan
sebut
bunyi
[a]. Anda akan merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi
luas kerana depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan
luas (rujuk Rajah 4). Bagi vokal belakang, sebutlah bunyi akhir dalam
kata batu. Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan bunyi ini pula, bibir
dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Cuba
letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Pasti ada
perbezaan kerana vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah
lebih rendah dari menghasilkan bunyi [u].

Rajah 4: Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i].
Vokal tengah [] : Berdasarkan Rajah 4, terdapat vokal tengah dalam bahasa
Melayu, iaitu []. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat
dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata
pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi [e] iaitu [
dan
].
Vokal dinasalkan: Pada masa vokal-vokal hadapan dan belakang dikeluarkan
melalui rongga oral, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga nasal. Vokalvokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal ini dikenali sebagai vokal
yang dinasalkan (nasalisasi), iaitu ketika lelangit lembut diturunkan. Vokal ini
ditandakan dengan [~] atas lambang vokal. Contohnya [nani], semasa kata ini
dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila
[n] disebutkan ada aliran udara yang melalui rongga hidung lalu terjadilah
sengauan. Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang seterusnya, iaitu [na].

Diftong: Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata,
yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Dalam penghasilannya, terdapat
cirigeluncuran tetapi ada satu puncak. Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu
sebagaimana diperlihatkan pada Rajah 5:

Rajah
5: Pergerakan
lidah untuk membunyikan diftong
Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah mulamulanya berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada
kedudukan untuk vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i].
Contoh, [pakai].
Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada
kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u];
bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh, [pulau].
Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada
kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar
tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].
Konsonan: Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan
menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut,
tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak
bersuara.

Rajah 5: Carta
konsonan bahasa
Melayu

Konsonan Letupan: Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan
dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini
dipanggil letupan.
Konsonan [p] dan [b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian
udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut,
keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak
bersuarakerana pita suara tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan
dua bibir bersuara [b].
Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua
bibir, tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan
dan udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi
tak bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].
Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan
lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan
ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak
tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk
menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara
dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.
Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke
lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap
arus udara ke rongga hidung.
Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak
menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras
dilepaskan perlahan-lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama
dilakukan tetapi pita suara bergetar.
Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara
dirapatkan dan arus udara yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan
pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan
dihasilkan.
Konsonan geseran
[s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus
udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak
untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara
melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s],
bunyigeseran gusi tak bersuara.

[h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut
berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan
bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.
Konsonan getaran
[r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan
gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil
dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].
Konsonan getaran
[l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan
pita suara bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyisisian gusi bersuara [l].
Konsonan sengauan (nasal): Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Apakah
yang membezakan bunyi-bunyi nasal tersebut? Perbezaannya berlaku pada daerah udara
disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut
dinaikkan.
[m] - dua bibir dirapatkan untuk menhasilkan sengauan dua bibir bersuara [m].
[n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi untuk menghasilkan sengauan gusi bersuara [n].
[n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyi sengauan
lelangit
keras bersuara [n].
[n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menghasilkan sengauan lelangit
lembut bersuara [n].
Separuh Vokal: Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap,
tetapi bergerak dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh
vokal yang dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.
[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal
yang
lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
[j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak
kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit
keras
bersuara.

Konsonan Pinjaman: Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada


konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang
dipinjam. Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan
Melayu seperti bunyi-bunyi dari bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi
[g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi
asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu
ialah bunyi-bunyi geseran.
[f] dan [v] -bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga
apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita
suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir
gusi
tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar
yang
menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.
[z] bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila
pita
suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi
bersuara.
[s] pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah
dinaikkan
ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan dinamakan
geseran gusi lelangit keras.
Fonem Suprasegmental: Unsur-unsur bahasa yang kita bicarakan sebelum ini ialah
unsur-unsur segmental, kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau
penggalan daripada arus tuturan. Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagaibagai tingkat tekanan dan nada. Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat
kumpulan kata. Kata-kata itu diucapkan sama rata atau mendatar sahaja. Ada empat lagi
unsur bahasa yang perlu kita perhatikan, iaitu tekanan, nada, jeda dan panjangpendek. Unsur-unsur ini dinamakan suprasegmental.
Tekanan: Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras
atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk
tekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu
misalnya /buda?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.
3
2
Nada: Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi

sekali. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila
ada tekanan dan turun hingga 1.
Contoh: Saya hendak balik.
Dalam bahasa Melayu juga nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak
mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.
Jeda: Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara
unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang
digunakan untuk jeda ialah # . Unsur ini boleh membezakan makna.
Contoh: [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan
nasi # ema?].
Panjang-pendek: Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi
itu diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:]
bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora
dan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan
makna.
1.

Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling


Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Ab. Rahman Ab. Rashid et.al. (1997). Pengajian Melayu 1, Petaling Jaya:
Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
3. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi, Kuala
Lumpur:
PTS Professional Sdn. Bhd.
4. Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Você também pode gostar