Você está na página 1de 18

BAHAGIAN A PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENGENALAN
Menurut Ramaiah 1999, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh
di sekolah. Kepimpinan guru besar adalah bergantung kepada kedudukan formal dalam struktur
organisasi sekolah dan ini dinamakan sebagai kepimpinan formal. Guru besar diberi
pengiktirafan dan memiliki status yang berwibawa dalam kedudukan organisasi sekolah sebagai
ketua sekolah serta mempunyai kuasa atas segala aspek pengurusan sekolah. Dalam kontek
kepimpinan dalam pendidikan, guru besar perlu melaksanakan dasar - dasar yang digubal oleh
kementerian dengan memastikan bahawa semua warga sekolah memahaminya. Tambahan
lagi, guru besar juga perlu memastikan bahawa sebarang peraturan yang digubalnya mestilah
bersesuaian dengan dasar yang sedia ada.
Pendidikan merupakan nadi kejayaan kepada peningkatan taraf hidup sesuatu bangsa.
Kemajuan sesebuah Negara adalah berdasarkan sistem pendidikan yang diterima oleh
rakyatnya. Terdapat banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem
pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) dan diteruskan lagi dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan
masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Selain itu, terdapat juga pengisian yang
perlu dilaksanakan di sekolah seperti Sekolah Bestari yang merupakan suatu cabaran kepada
para guru. Justeru, kepimpinan guru besar dilihat sebagai fokus utama dalam usaha mencapai
kecemerlangan dalam pendidikan.
2.0 DEFINISI
2.1 Kepimpinan
Jamilah & Lambak, (2001) menyatakan bahawa kepimpinan merupakan satu proses yang
dinamik, berbeza daripada satu suasana ke satu suasana yang lain dan bergantung kepada
pemimpinnya, pengikut, persekitaran dan struktur kelompok. Manakali definisi kepimpinan
menurut Razali, (1993) adalah satu proses mengadakan perbincangan dan membuka ruang
untuk pengikut mengemukakan idea-idea mereka sebelum sesuatu polisi dirumuskan dan akan
memberikan kepuasan kepada pengikut. Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983)
1

menyatakan bahawa kepimpinan ialah satu proses bagi seorang guru besar mendapatkan
kerjasama kakitangan kea rah penyempurnaan matlamat tertentu.
Selain itu, kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh perseorangan yang diarahkan
melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu matlamat sepertimana yang dinyatakan
oleh Fleishman (1973) manakala Hersey dan Blanchard (1977) pula menyatakan kepimpinan
adalah proses mempengaruhi kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha mencapai
matlamat dalam sesuatu tindakan. Tambahan lagi, kepemimpinan menurut Bass (1990) adalah
sebagai pengaruh, seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang
dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat bersama. Oleh itu, dapat
dirumuskan dengan konsep yang lebih mudah bahawa kepimpinan merupakan suatu proses
yang memerlukan seorang ketua dan ahli perlu bekerjasama bagi mencapai ke arah matlamat
tertentu.
2.2 Guru Besar
Menurut Rosemblum dalam Hussein Mahmood, (1993) menyatakan bahawa Guru besar
merupakan individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Beliau perlu
bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinannyalah yang
menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap professionalisme dan moral guru serta
darjah keprihatinan terhadap masa depan pelajar. Di samping itu, Ibrahim Mamat (1998)
mendefinisikan guru besar sebagai orang yang mengetuai atau memimpin sesebuah sekolah.
Sebagai tambahan, Sabri Salleh (1998) turut menyatakan bahawa guru besar merupakan orang
yang bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif bagi menggerakkan perubahan di sekolahnya
kerana kepimpinan yang ditunjukkan adalah ciri penampilan seorang guru besar yang hebat
dan disegani.
3.0

KEPEMIMPINAN GURU BESAR DALAM ORGANISASI SEKOLAH


Guru besar merupakan orang yang paling utama di peringkat sekolah yang menjadi

ketua untuk memimpin ahli dibawahnya bagi memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang
berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk
mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti. Guru besar juga haruslah
berpandangan jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa
depan pelajar mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman. Dengan ini, pencapaian
2

sekolah akan melonjak ke peringkat yang lebih cemerlang. Sebagai tambahan, Fiedler dalam
kajiannya merumuskan bahawa keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan di
antara dua pemboleh ubah iaitu gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran.
3.1 Pemimpin-ahli
Terdapat tiga dimensi kritikal iaitu hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan dan
kedudukan kuasa dalam tugasan ataupun perhubungan antara manusia. Oleh itu, guru besar
perlu menjaga hubungan pemimpin-ahli dengan baik bagi memperoleh kerjasama yang erat
daripada guru-guru dan seluruh warga sekolah. Apabila hubungan guru besar dan guru berada
dalam keadaan baik, guru akan berasa lebih mudah untuk menjalankan tugas sekaligus dapat
meningkatkan motivasi guru untuk mengajar murid-murid. Justeru, guru akan berusaha untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam kelas sekaligus menjadikan muridmurid berasa seronok untuk belajar di dalam kelas yang kondusif bersama guru yang
bersemangat dan inovatif.
Mengikut kajian Arfah (1994) ke atas 85 orang guru dan 5 orang guru besar sekolah rendah di
Kedah didapati faktor-faktor motivasi yang tinggi dikalangan guru ialah kesefahaman dengan
guru besar, sokongan dari guru besar, persekitaran kerja yang sihat dan hubungan baik dengan
rakan sekerja. Oleh itu, hubungan interpersonal dengan guru besar dan rakan sejawat
merupakan faktor motivasi yang tinggi di kalangan para guru. Guru besar perlu cekap dalam
hubungan manusia iaitu hubungan personal dan komunikasi dalam pengurusan. Kemahiran ini
amat penting dalam kepimpinan pengajaran kerana guru besar perlu berinteraksi dan
memimpin ahli-ahli yang sama di dalam dan di luar kelas. Kemahiran komunikasi yang
diperlukan guru besar meliputi kemahiran dalam menyuruh, memotivasi dan berunding dengan
orang lain.
Guru besar dan pengetua perlu memainkan peranan penting dalam menentukan budaya
persekitaran dan kecemerlangan sekolah. Seseorang pemimpin yang diterima ahli berpeluang
untuk memimpin ahli ke tahap yang lebih berkesan dan akan menjadi pemimpin yang dihormati.
Kepimpinan guru besar selalu dijadikan fokus yang utama oleh masyarakat kerana ibubapa
kebiasaannya menaruhkan kepercayaan yang tinggi kepada sesebuah sekolah yang
mempunyai kepimpinan guru besar yang berkualiti.

3.2 Struktur Tugasan


Dari aspek struktur tugasan pula, guru besar perlu merancang dengan teliti struktur
tugasan dalam organisasi di sekolah. Antara aspek-aspek berkaitan dengan struktur tugasan
yang perlu diberikan perhatian oleh guru besar adalah seperti penyusunan serta pembahagian
tugas, penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah, menghayati dan mengamalkan
peraturan-peraturan atau arahan yang ditetapkan, penghasilan berkualiti dan budaya kerja
cemerlang selain daripada menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik.
Selaras dengan pernyataan Hussien (1997) yang berpandangan bahawa untuk menjadi
guru besar yang mempunyai kepimpinan yang berkesan perlulah menyatakan matlamat
sekolah dengan jelas kepada semua guru, staf sokongan, ibu bapa, masyarakat serta pelajar
yang mempunyai kepentingan bersama. Sebagai pemimpin, guru besar bukan sahaja perlu
memastikan segala pembahagian tugasan dilakukan secara adil dan saksama tanpa ada rasa
ketidakpuasan hati dari mana-mana pihak malah perlu memahami masalah yang dihadapi oleh
guru-guru serta memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan berhemah.
Selain itu, seorang guru besar mesti dapat mengawal dan mendorong supaya wujud
suasana kerjasama di kalangan guru dan kakitangan. Andrew dan Soder (1987) menyatakan
pemimpin pentadbiran mengambil tindakan mengarah staf, menggunakan sumber-sumber yang
ada di sekolah masing-masing supaya visi dan matlamat sekolah dapat dicapai. Sebagai
pemimpin pentadbiran para guru besar perlu memberi pertolongan kepada staf kerana fungsi
utama kepimpinan pentadbiran ialah untuk memudahkan pencapaian matlamat dan objektif
sekolah melalui penyediaan system maklumat tentang dasar, peraturan dan undang-undang
sebagainya kepada para guru (Sergiovanni 1977).
3.3 Kedudukan Kuasa
Seterusnya ialah kedudukan kuasa yang dimiliki oleh seorang guru besar atau
pengetua. Proses kepimpinan di sesebuah sekolah dapat dilihat menerusi tindakan guru besar
yang mempunyai kuasa rasmi yang kukuh untuk melantik, mendisiplin, menukar, dan
menentukan naik pangkat seseorang guru biasa. Tambahan lagi, guru besar juga perlu bijak
menggunakan kedudukan kuasa yang dimiliki untuk mengawal guru-guru dengan baik dan
seterusnya mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan dalam organisasi di
4

sekolah. Seorang pemimpin yang berjaya mestilah mempunyai kewibawaan dan kekuasaan
dalam membuat sebarang keputusan.
Ciri-ciri utama seorang pemimpin berjaya seperti yang dinyatakan oleh Dwyer, et al
(1984) dan Blumberg dan Greenfied (1986) ialah memberi lebih perhatian kepada pelajar,
mampu mengubahsuai cara apabila diperlukan dan menjadi pembaharu yang mengekalkan
matlamat asas. Selain itu, terdapat tiga perkara asas yang perlu dilaksanakan oleh guru besar
untuk mempertingkatkan pembelajaran di sekolah iaitu disiplin, kursus-kursus yang diajar dan
penyeliaan pengajaran. Sebagai contoh, guru besar perlu mewujudkan persekitaran
pembelajaran di sekolah dan memastikan isi kandungan pembelajaran adalah kukuh dan tekal.
Kepimpinan pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan
pembelajaran malah dapat memupuk kebolehan guru serta membentuk dan menyelaras daya
usaha guru.
4.0

CIRI-CIRI KEPIMPINAN GURU BESAR SEKOLAH CEMERLANG

Bagi melahirkan sekolah berkesan dan cemerlang, kepimpinan guru besar hendaklah
menunjukkan kualiti yang tinggi. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Hussein Mahmood
(1993) menunjukkan bahawa kepimpinan guru besar bergantung kepada banyak faktor dan
antaranya termasuklah faktor guru besar sendiri, sikap dan orientasi (reaktif atau proaktif),
komitmen dan gaya kepimpinan. Manakala menurut Clark F (1996), pemimpin berkualiti ialah
mereka yang mempunyai hala tuju yang jelas, dapat menyesuaikan diri dengan perubahan,
dapat menyusun, memotivasi dan memberi dorongan kepada stafnya. Jelasnya pemimpin ini
mempunyai strategi, dasar, struktur dan budaya. Ubben dan Hughes (1997) juga menyatakan
guru besar sekolah cemerlang menunjukkan gaya kepimpinan yang mantap, tegas, berwibawa
dan berkemampuan mengawal suasana yang teratur serta memberi penekanan pada
pencapaian kecemerlangan.
Sementara Zaidatol (1990) menyatakan pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang
mengambil kira kebajikan pekerja dan berkebolehan merancang dan mengelola serta
mengawasi perjalanan sesuatu organisasi. Persell dan Cookson (1982) telah menjalankan
kajian tentang keberkesanan kepimpinan di sekolah dan telah mengenalpasti lapan ciri yang
ada pada guru besar yang dapat mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan. Antara
lapan ciri itu ialah guru besar menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap matlamat sekolah,
5

mewujudkan iklim jangkaan yang tinggi, berfungsi sebagai ketua institusi, bersedia berbincang
secara berkesan dengan rakan lain, dapat mewujudkan suasana yang teratur dan berdisiplin,
berupaya menggerakkan sumber, dapat menggunakan masa yang baik dan boleh menilai
keputusan.
Terdapat beberapa bentuk perubahan dari segi kepimpinan sekolah yang perlu diberi
perhatian oleh guru besar. Antaranya ialah pemimpin perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas. Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi,
komunikasi serta pengetahuan semasa. Ilmu ikhtisas pentadbiran pendidikan amat penting bagi
memastikan komuniti pendidikan dibawahnya seperti guru, kakitangan sekolah, serta murid
dapat diurus dengan sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping memenuhi
aspirasi pendidikan negara. Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti psikologi dan komunikasi
amat diperlukan oleh pemimpin di sekolah bagi memastikan layanan dan kemesraan yang
diwujudkan sesama ahli komuniti berjalan dengan baik disamping dapat mengelakkan konflik.
Sementara itu, pengetahuan yang luas tentang isu semasa juga bakal menjadikan
minda pemimpin akan sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi
sebarang kemungkinan yang mendatang. Pemimpin sebegini sudah tentu merupakan guru
yang pakar di bidang pengurusan serta bidang profesionnya. Pengurusan kewangan juga
penting kepada pemimpin bagi menambahbaik corak kepimpinannya di sekolah. Pemimpin
perlu faham dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan memastikan
penggunaan wang berlaku secara optima. Contohnya, pemimpin perlu mengagihkan
peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum, pembelian alat
dan kelengkapan sekolah. Pemimpin juga bertanggungjawab terhadap akaundan kewangan
sekolah seperti Buku Tunai dan Buku Suwa. Contohnya dibawah akaun kerajaan, pemimpin
bertanggungjawab atas gaji guru-guru dan kakitangan lain di sekolah serta perkapital Grant
berdasarkan jumlah murid.
Selain itu, bentuk perubahan yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin di sekolah adalah
mengetahui keperluan fizikal untuk memenuhi segala kehendak kurikulum dengan memastikan
suasana fizikal seperti bilik darjah, bilik guru, kantin, pejabat sekolah dan bilik-bilik khas
mestilah kondusif bagi membolehkan aktiviti akademik berjalan dengan lancar. Selain itu,
kawasan sekolah seperti padang permainan, kawasan rehat dan kawasan rekreasi juga perlu
ada untuk menjalankan aktiviti kokurikulum dengan berkesan. Tambahan lagi, pemimpin perlu
6

memiliki visi dan misi yang jelas dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi bagi
memastikan organisasi di bawah tanggungjawabnya cemerlang dari segala aspek dan dicontohi
oleh yang lain.
Di samping itu, pemimpin harus mempunyai ketinggian peribadi yang kukuh dari segi
tutur kata dan penggunaan bahasa penuh hemah malah mereka harus bijak untuk
berkomunikasi dengan semua peringkat umur. Ketinggian peribadi juga boleh diukur dengan
tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan kepada
semua pihak tanpa memilih bulu dan penuh hikmah. Segala komen dan kritikan yang diberikan
seharusnya bersifat membina dan bukannya merendah-rendahkan martabat seseorang.
Justeru, pemimpin perlu bijak mengatur kata, penuh hikmah perlakuannya serta mempunyai jati
diri dan integriti yang tinggi.
Dengan kata lain, pemimpin juga harus menunjukkan contoh tauladan kepada komuniti
di bawahnya melalui perlakuannya. Sebagai contohnya pemimpin yang ingin melihat
kakitangannya datang awal ke tempat kerja pasti akan datang lebih awal daripada ahli yang
lain. Pemimpin juga harus mampu membimbing kakitangannya bagi menjamin budaya kerja
yang berkualiti . Guru-guru yang baru mula bertugas perlu dibimbing agar boleh menyesuaikan
diri dalam sistem pendidikan. Manakala guru senior pula yang mempunyai kepakaran
berteraskan pengalaman dibimbing untuk terus kekal aktif terutamanya dalam menginovasikan
proses pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan budaya kajian tindakan.
Sehubungan dengan itu, pemimpin perlu sedar bahawa tugas mereka bukanlah mudah.
Mereka juga dikenali dan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,
penyelia, pengawal dan sebagainya. Seseorang pemimpin hendaklah berupaya membuat
keputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik untuk dirinya sendiri tetapi terbaik kepada semua
pihak yang lain. Justeru itu, pemimpin perlu melakukan perubahan yang sesuai dalam aspek
kepimpinannya supaya organisasi sentiasa maju ke hadapan dan berjaya memperoleh
kecemerlangan yang maksima.
Oleh itu dalam keadaan yang mencabar ini, corak kepimpinan guru besar sekolah mesti
berubah. Guru besar harus tahu bentuk-bentuk kepimpinan dan pengurusan moden yang boleh
mempengaruhi kepimpinannya di sekolah. Selain itu, beliau juga mesti tahu selok belok
pengajaran dan pembelajaran yang terbaharu dan bersikap terbuka, berterus terang dan boleh
7

bertimbang rasa. Sebagai tambahan, guru besar harus pandai berhubung dengan guru, murid,
masyarakat dan orang atasan bagi mengekalkan kerjasama yang diperlukan demi nama baik
sekolah. Hal ini selaras dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Mohd, Salleh Lebar (2000)
iaitu seorang guru besar juga perlu mewujudkan personaliti yang baik, jujur, ikhlas,
berprofesional,

ada matlamat dan senang berinteraksi dengan orang ramai (Mohd. Salleh

Lebar 2000).
5.0

PENUTUP

Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan negara
dalam aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan itu peranan
dan tanggungjawab Guru Besar sebagai pemimpin telah mengalami perubahan dari semasa ke
semasa dan mereka perlu berusaha mengubahnya mengikut masa dan situasi. Jika seseorang
Guru Besar mempunyai ciri-ciri berkesan, maka misi dan visi untuk menjadikan sesebuah
sekolah cemerlang akan tercapai.
Sebaliknya jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri yang lemah dalam
kepimpinannya maka pencapaian sesebuah sekolah tidak akan menunjukkan prestasi yang
baik. Justeru, guru besar perlu berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran
sosial yang sihat dan memberansangkan pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan
kepimpinannya dalam bidang pendidikan dengan menentukan matlamat sekolah, mengelola
sekolah, memajukan lagi cara-cara membuat keputusan dan melaksanakan perubahan
pendidikan.

BAHAGIAN B TEMUBUAL
6.0

SOALAN TEMUBUAL
6.1 Soalan Temubual Kepada Guru Penolang Kanan
1)
2)
3)
4)
5)

Berapa lama cikgu Md. Sayuti B Ghazali menjadi seorang guru?


Berapa lama cikgu berpengalaman menjadi Guru Penolong Kanan?
Sepanjang menjadi GPK, apakah cabaran yang paling sukar?
Kongsikan ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada seorang Guru Penolong Kanan.
Boleh nyatakan apakah perbezaan kepimpinan GPK dengan kepimpinan guru
permulaan?

6.2 Soalan Temubual Kepada Guru Permulaan?


1) Nyatakan cabaran sebagai guru permulaan?
2) Apakah perbezaan semasa menjadi guru pelatih dengan menjadi guru permulaan yang
sebenar.
3) Boleh nyatakan perbezaan kepimpinan guru permulaan dengan GPK?
7.0

ANALISIS TEMUBUAL

Setelah menjalankan temubual berstruktur dengan salah seorang pimpinan Sekolah


Kebangsaan Banggol Peradong, iaitu Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dan seorang
guru permulaan, banyak input baru yang telah saya perolehi. Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas, Encik Md. Sayuti B Ghazali telah berkongsi bagaimana kepimpinan yang telah
dijalankannya sepanjang menjadi salah seorang pimpinan di sekolah. Manakala, Puan Suzita Bt
Yusof pula berkongsi kepimpinan sebagai seorang guru permulaan.
Secara keseluruhannya, sebagai seorang Guru Penolong Kanan, pimpinan amat
penting bagi memastikan guru-guru dan staff di bawah seliaan GPK untuk memberikan
kerjasama terhadap semua aktiviti dan membantu pentadbiran. Melalui temubual bersama
GPK, pengalaman menjadi seorang guru dan seterusnya GPK yang berjumlah hampir 14 tahun,
banyak membantu beliau dalam memperkemaskan pentadbirannya. Menjadi ketua bagi
lingkungan Pendidikan Khas di sekolah Kebangsaan Banggol Peradong pasti bukan perkara
yang mudah buat GPK. Walaupun mempunyai bilangan guru dan PPM yang berjumlah 10
orang, dan murid berjumlah 38 orang, menurut GPK PK, ciri-ciri kepimpinan tetap perlu ada.

Tingkahlaku pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan ataupun perhubungan antara


manusia dan diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal iaitu,hubungan pemimpin-ahli, struktur
tugasan, dan kedudukan kuasa. Sepanjang temubual yang dijalankan, saya mendapati GPK PK
telah mengaplikasikan ketiga-tiga unsur seperti yang dinyatakan, iaitu, hubungan pemimpun
ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa.
Menurut GPK PK, ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pertamanya ialah kesabaran,
begitu juga dengan kenyataan guru permulaan, kesabaran amat penting bagi memudahkan
urusan sebagai seorang guru baharu. Sekiranya tidak sabar, akan berlaku stress, dan
kesabaran jga penting agak guru baharu dapat membiasakan diri dengan suasana yang baru.
Bagi GPK Pendidikan Khas pula, kesabaran amat penting bagi menangani masalah-masalah
dari pihak atasan, guru-guru, staf dan keluarga murid khasnya. Guru yang penyabar akan
memberikan persepsi yang positif terhadap ahlinya ataupun orang di persekitarannya.
Selain itu, kematangan juga penting dalam membuat keputusan. Antara kematangan
yang dimaksudkan oleh GPK PK, adalah dari segi membuat keputusan, sebagai seorang ketua,
beliau tidak boleh membuat keputusan secara sendiri ataupun autokratik. Keputusan biasanya
dilakukan dengan berkongsi pendapat daripada pelbagai pihak. Setiap kali ingin menetapkan
sesuatu keputusan yang besar, GPK PK akan meminta pendapat daripada pihak atasan terlebih
dahulu. Setelah itu, setiap perkara, GPK PK akan panjangkan ke pengetahuan guru-guru lain.
Disini akan berlaku perbincangan, pro dan kontra dan sebagainya. GPK PK akan mengambil
kira pendapat daripada semua pihak sebelum membuat keputusan, hal ini kerana menurut GPK
PK, keputusan secara autokratik adalah tidak relevan, dan keputusan yang diambil bersama
akan memuaskan hati semua pihak.
Pada pendapat saya, GPK PK akan lebih dihormati kerana sikapnya yang berbincang
terlebih dahulu bersama dengan guru-guru akan merangsang percambahan idea, dan ini akan
membawa kepada penyelesaian masalah yang lebih baik. Bagi guru permulaan pula,
kematangan dalam menerima cabaran dan setiap arahan daripada pihak atasan merupakan ciri
yang amat baik. Menurut guru permulaan yang telah ditemuramah, sekiranya tiada kematangan
dalam dirinya, pasti akan berlaku masalah pengurusan masa yang seterusnya boleh membawa
kepada kegagalan pengurusan emosi yang baik. Sebagai guru baru, pastinya perlu
membiasakan diri dengan persekitaran baru, sekiranya tidak matang, guru permulaan ini akan

10

tidak dapat menyuasaikan diri termasuklah kegagalan dalam bekerjasama dengan guru-guru
yang lebih senior.
Selain itu, GPK PK turut mengatakan bahawa, ciri-ciri kepimpinan yang paling penting
ialah struktur tugasan. Cara pembahagian tugasan yang dilakukan GPK PK adalah sangat
menitik beratkan keadilan. Hal ini kerana, menurut beliau, sekiranya semua tugasan hanya
diletakkan di atas bahu sebelah pihak sahaja pasti akan berlaku ketidakadilan, selain
menyusahkan guru tersebut, kredibiliti dan kualiti pengajaran guru tersebut akan berkurangan
kerana bebanan tugas yang tinggi. Menurut pendapat saya, guru yang terlalu dimanjakan tanpa
tugasan akan menyebabkannya kurang pengetahuan selain menjadi seseorang yang tidak
berfungsi di sekolah. Walaupun tidak mempunyai pengetahuan tertentu, tapi sekiranya kita
belajar, kita pasti dapat melakukan tugasan yang telah diamanahkan.
Sebagai guru permulaan pula, rata-rata mengakui bahawa akan berlaku lambakan
tugasan kepada mereka. hal ini kerana biasanya ada guru-guru senior akan menggunakan guru
permulaan ini untuk menyiapkan tugasan mereka walaupun tanpa pengetahuan pimpinan
sekolah. Oleh itu adalah amat penting bagi seorang guru permulaan untuk mengetahui batasan
tugas yang perlu dilakukan, kerana tugasan yang telah dibahagikan sudah bersesuaian dengan
keupayaannya. Walaubagaimanapun, tidak salah bagi seorang guru baru untuk belajar benda
baru melalui bantuan yang diberikan kepada guru-guru senior
Seterusnya dari sudut ICT, guru permulaan diakui lebih cepat menggunakan bahan yang
berasaskan ICT, kerana pendedahan yang diberikan lebih meluas kepada guru permulaan
sebagai contoh guru permulaan lepasan PISMP, kursus yang ditawarkan sepanjang lima tahun
setengah hampir melibatkan seratus peratus penggunaan dan penglibatan ICT. Semasa
semester 5 sebagai contoh, terdapat subjek khas bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam pendidikan. subjek ini bagi menggilap kemahiran ICT secara lebih mendalam lagi
bagi guru permulaan.
Walaubagaimanapun, kursus ICT juga banyak ditawarkan kepada guru lama dan GPK
sekolah bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran supaya lebih bersesuaian dengan era
globalisasi dan lebih moden, sebagai contoh, sistem markah yang menggunakan aplikasi
online, selain itu, kehadiran murid juga diisi online, kebanyakannya dilakukan oleh GPK 1
dibantu kerani yang berkaitan. Namun begitu, GPK Pendidikan Khas di sekolah saya
11

merupakan seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang ICT, menurut beliau, walaupun
orang lama, tapi jika kita rajin belajar benda baru, tiada istilah sukar menggunakan ICT ni.
Dari segi ilmu, GPK PK berpendapat, GPK mempunyai pengalaman yang lama dan
matang daripada guru permulaan. Gaya pengajaran GPK biasanya berdasarkan pengalaman
dan mengikut kesesuaian semasa. Manakala bagi guru permulaan pula, gaya pengajaran yang
ditonjolkan lebih segar dan terkini, hal ini mungkin kerana banyak teknik baru yang diajar
sewaktu latihan perguruan dijalankan. Walaubagaimanapun, pengajaran melalui pengalaman
dan pengajaran gaya terkini kedua-duanya mampu menarik minat murid dan mempunyai
kelebihan yang tersendiri. Berdasarkan temubual kedua-dua individu ini, kami mendapati
kelebihan ilmu pastilah lebih kepada GPK, namun dari segi idea dan ilmu baru, guru permulaan
banyak menyimpan input terkini dan bersesuaian dengan keadaan semasa.
Kesimpulannya, berdasarkan temubual yang telah kami laksanakan, dapat disimpulkan
bahawa guru permulaan dan GPK Pendidikan Khas masing-masing mempunyai kelebihan dan
bakat semulajadi dalam profesion ini. Walaubagaimanapun sebagai bakal guru permulaan,
kami sedar, sejauh mana tinggi kami menuntut ilmu, pengalamanlah guru yang paling hebat
dalam membentuk profesionalisme keguruan. Namun begitu, guru permulaan tetap mempunyai
kelebihan terutama dari segi kaedah pengajaran lebih terkini dan pelbagai. Seorang guru baru
perlulah tekun menuntut ilmu dan berkongsi pengalaman daripada guru-guru lama supaya
dapat diaplikasikan oleh guru permulaan dalam menempuhi profesion kegurusn .

8.0
Bil

JADUAL SPESIFIKASI PERBANDINGAN


Ciri-ciri kepimpinan

Guru Penolong Kanan

Guru Permulaan
12

Kesabaran
1
Kematangan
2

Struktur tugasan
3

Penguasaan ICT

Perlu sabar denga kerenah

Untuk menyesuaikan diri

pihak atasan, guru-guru,

dengan situasi baharu, perlu

staff dan ibu bapa murid.


Kematangan dalam

sabar.
Kematangan dalam

membuat keputusan dan

menerima tugasan dan

berbincang dengan ahli

cabaran baru sebagai guru

yang lain.
Perlu pandai

baharu.
Lambakan tugasan

membahagikan tugas

memerlukan guru baharu

dengan adil dan saksama.

lebih peka dengan cara

GPK Pendidikan Khas disini

menguruskan tugasannya.
Guru Baharu pastilah

amat menguasai ICT hasil

penguasaan ICT amat baik

daripada kursus yang telah

memandangkan ada subjek

disediakan.

khusus yang diajarkan


berkaitan dengan ICT

Pengetahuan
5

Kaedah pengajaran rata-

semasa di maktab
Kaedah pengajaran lebih

rata mengikut pengalaman.

segar dan terkini. Banyak

Input baru sentiasa

input baru yang dapat

diperolehi melalui latihan

sewaktu belajar di maktab.

kursus.

BAHAGIAN C - REFLEKSI
Nor Farah Diyana binti Md Azman
(910625-01-7068)

13

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, saya dan
ahli kumpulan saya (Asmaa Bt Mohd Sobri) dapat menyiapkan tugasan kerja kursus
yang diberikan bagi subjek Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesionalisme
Guru (EDU 3083) dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan. Jutaan terima kasih
kepada pensyarah bimbingan saya bagi subjek ini iaitu En. Muhammad Yusof bin
Husin kerana telah sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memastikan kami
mendapat ilmu yang secukupnya untuk subjek ini dan sekaligus dapat melaksanakan
tugasan yang diberikan dengan jayanya.
Bentuk perubahan yang akan diperkenalkan dalam menambahbaik organisasi
sekolah.
Setelah selesai menjalani internship selama sebulan di SK Banggol Peradong. Terdapat
pelbagai ilmu yang saya perolehi melalui keadaan sekeliling di sekolah dan pergaulan
bersama organisasi sekolah. Saya juga dapat melihat guru besar sekolah ini sangat
berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin sekolah. Beliau
sangat bersikap professional terhadap sistem organisasi sekolah dan warga sekolah
yang lain. Tambahan lagi, kemesraan yang ditunjukkan oleh beliau telah membuatkan
semua guru atau pun orang luar yang hadir ke sekolah berasa selesa.
Walaupun begitu, berdasarkan pengamatan saya terhadap sekolah ini, terdapat
beberapa perubahan yang perlu dilakukan terhadap organisasi sekolah ini bagi
menambahbaik lagi sistem tersebut dan memastikan kelancaran dan kestabilan
organisasi dapat dikekalkan. Penambahbaikan yang perlu ada ialah memperbesarkan
bilik guru bagi memastikan keselesaan guru-guru untuk membuat persediaan sebelum
sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan. Hal ini kerana, setiap
pengajaran yang dirancang rapi sebelum pelaksanaannya di dalam kelas akan
membuahkan hasil yang baik seperti sesi pembelajaran yang berjaya. Sebagai contoh,
rancangan pengajaran harian (RPH) yang disediakan oleh guru dalam keadaan yang
selesa akan menjadi RPH yang terbaik kerana sudah pasti terdapat pelbagai aktiviti
14

pengajaran akan diselitkan bagi menarik minat murid untuk belajar dan memperoleh
keputusan yang cemerlang.
Selain daripada perancangan mengajar yang baik sebelum pelaksanaan sesi
PdP, saya berpendapat bahawa pengajaran yang disertakan dengan penggunaan LCD
amatlah sesuai terutama sekali dalam era globalisasi yang semakin canggih
teknologinya. Saya pasti dengan penggunaan LCD ini, sekolah bukan sahaja dapat
melahirkan murid yang celik IT malah dapat menjadikan sekolah sebagai sekolah
wawasan yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah
hebat di Negara luar. Oleh itu, semua guru digalakkan untuk menggunakan LCD itu dan
saya harapkan pihak sekolah sekurang-kurangnya dapat menyediakan beberapa LCD
dalam kelas walaupun tidak kesemua kelas memperolehnya. Hal ini juga bukan sahaja
dapat menjadikan pengajaran guru lebih berkesan malah dapat mengelakkan daripada
berlakunya perebutan dalam menggunakan makmal computer sebagai tempat untuk
menggunakan LCD.
Sebagai tambahan, guru juga dapat menggunakan kaedah baru dalam PdP dan
tidak lagi menggunakan kaedah yang lama iaitu hanya bercakap dan menggunakan
papan hitam. Sekiranya pihak sekolah dapat menambahbaik kemudahan bahan bantu
mengajar ini, kegiatan ponteng sekolah mungkin dapat diatasi kerana murid berminat
terhadap pengajaran guru dan sekaligus menjadikan prestasi sekolah akan terus
meningkat cemerlang. Seterusnya, pembahagian kerja terhadap sesuatu tugasan
adalah salah satu penambahbaikan yang akan saya perkenalkan. Saya melihat
pembahagian tugas yang tidak sama rata akan membuatkan guru itu terlalu sibuk
dengan tugasan yang diberikan sehingga berlaku pengabaian terhadap jadual waktu
mengajar dan guru tidak dapat melaksanakan pengajaran. Saya juga dapati bahawa
emosi guru juga turut terganggu jika berlakunya tekanan tugasan yang terlalu banyak.
Hal ini akan menjejaskan hubungan antara pemimpin dan ahli di dalam sesuatu
organisasi iaitu guru besar dan para guru. Justeru, pembahagian tugas yang diberi
sama rata dan tidak tertumpu kepada guru baru sahaja akan dapat menghasilkan kerja
15

yang lebih berkualiti kerana segala ilmu dan pengalaman guru lama boleh dikongsikan
bersama guru baru. Struktur organisasi sekolah juga akan meningkat baik dan
hubungan antara pemimpin dan ahli juga akan lebih kukuh. Kesimpulannya,
penambahbaikan

yang

diperkenalkan

adalah

semata-mata

untuk

memastikan

kestabilan struktur organisasi sekolah ini kerana saya pasti ia akan memberi impak
yang besar terhadap kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh itu, struktur organisasi
sekolah hendaklah sentiasa dipantau oleh pemimpin itu sendiri iaitu guru besar agar
tidak berlaku sebarang masalah.
Pengalaman

dalam

internship

mampu

meningkatkan

kefahaman

dalam

perkembangan profesionalisme guru.


Melalui tugasan yang diberikan, dapatlah saya fahami dengan jelas bahawa
pengalaman

dalam

internship

mampu

meningkatkan

kefahaman

tentang

perkembangan profesionalisme guru. Terdapat banyak pengalaman yang saya peroleh


setelah menjalani internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Banggol
Peradong,

Manir. Antaranya

adalah

pengalaman

mengikuti

pengurusan

dan

pentadbiran sekolah. Melalui gaya pengurusan dan pentadbiran oleh pentadbir dan
kerjasama yang diperoleh daripada guru-guru serta pelbagai kerenah murid-murid telah
memberikan saya cabaran sekaligus menjadikan saya lebih matang dalam berfikiran
bahawa saya perlu menghadapi situasi ini dengan lebih professional iaitu saya perlu
memahami segala perilaku mereka sebagai pentadbir dan rakan guru yang lebih senior
dan arif berbanding saya. Oleh itu, saya perlu mengikuti cara pengurusan sesebuah
sekolah kerana saya pasti setiap sekolah mempunyai pengurusan dan pentadbiran
yang berbeza. Jadi, saya akan lebih selesa untuk bekerja dan melaksanakan tugastugas yang diberikan serta dapat membina hubungan yang baik bersama warga
sekolah.
Selain itu, interaksi dalam bilik darjah dan jadual waktu masa mengajar juga
amat penting kepada saya kerana sebagai seorang penjawat awam atau kakitangan
kerajaan, saya ditugaskan untuk melaksanakan segala dasar kerajaan dalam bidang
16

pendidikan. Dalam konteks institusi pendidikan iaitu sekolah, saya terikat dengan
berbagai-bagai etika dan peraturan. Contohnya, saya perlu hadir ke sekolah dengan
awal sebelum loceng dibunyikan dan perlu mengikuti segala program yang
dilaksanakan dengan memberikan kerjasama bersama para guru. Pengalaman
sepanjang menjalani internship ini telah memberikan seribu pengajaran kepada saya
sekiranya saya terlewat hadir ke sekolah dan lewat masuk ke kelas untuk mengajar. Hal
ini akan memberi kesan kepada diri saya kerana saya telah menyalahgunakan
tanggungjawab saya dengan melanggar peraturan dan etika sekolah manakala kelas
juga akan menjadi tidak terkawal kerana ketiadaan guru. Andainya perkara ini
berterusan, saya tidak dapat meningkatkan perkembangan profesionalisme keguruan.
Guru besar bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada saya jika terdapat
sebarang ralat atau kesilapan yang dilakukan sama ada disengajakan atau tidak. Hal ini
penting bagi memastikan saya tidak tergelincir daripada landasan yang sepatutnya
yang mungkin akan menjejaskan profesion perguruan. Oleh itu, saya perlulah mematuhi
segala peraturan dan etika yang telah ditetapkan bagi mengekalkan prestasi
perkhidmatan yang baik dan tidak boleh dipertikaikan pihak lain.
Tambahan lagi, pengalaman mengikuti aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di
sekolah dapat membantu saya dalam meningkatkan lagi profesionalisme keguruan. Hal
ini kerana semua guru perlu sentiasa berdisiplin dan segala urusan perlu dilaksanakan
dalam keadaan tersusun serta bersistem. Saya mendapati bahawa peranan guru masa
kini sangat berbeza dengan masa lalu. Guru merupakan agen yang akan mencorakkan
sistem pendidikan masa depan negara. Justeru, saya sebagai guru pelatih
bertanggungjawab

untuk

membuat

perancangan

dan

persediaan

mengajar,

menyampaikan isi pelajaran, bertindak sebagai pengurus dan kaunselor serta


mengawal disiplin murid. Saya juga perlu berakhlak mulia dan berinteraksi dengan baik
dengan warga sekolah khususnya dan masyarakat setempat amnya bagi menjayakan
wawasan profesion keguruan dengan cemerlang sehingga mencapai tahap yang
maksimum kerana guru sering menjadi contoh kepada masyarakat. Di samping itu,
aspek masa yang agak terhad dan singkat telah menjadikan saya lebih menghargai
masa. Saya perlu membahagikan masa dengan baik dalam melaksanakan tugas yang
17

diberikan oleh pihak sekolah dan tugasan penyelidikan tindakan yang perlu saya
siapkan. Dengan ini, saya dapati bahawa pengurusan masa amat penting dan ia
merupakan asas kepada pembentukan profesionalisme guru.
Kesimpulannya, amalan profesional Internship dilihat mampu memberi impak
positif

yang

maksimum

kepada

saya

dalam

meningkatkan

perkembangan

profesionalisme guru. Banyak lagi cabang yang perlu dipelajari dan ditimba agar saya
dapat mempersiapkan diri menghadapi dunia pendidikan yang penuh dengan cabaran
lebih-lebih lagi pada zaman globalisasi yang tiada sempadan.

18

Você também pode gostar