Você está na página 1de 4

Grille Cipher

Grille Cipher iaitu sifer jeriji lebih dikenali sebagai Grille Cardan. Ia dinamakan sempena
nama pengasasnya iaitu Girolamo Cardano pada tahun 1550. Beliau dikenali sebagai
Jrme Cardan dan beliau merupakan seorang ahli matematik dan cryptologist yang
terkenal di Itali. Sepertimana sifer-sifer lain, sifer ini juga adalah bertujuan untuk
merahsiakan mesej yang ingin disampaikan. Sifer Grille adalah merupakan salah satu
sifer jenis transposisi dimana huruf-huruf dalam plain text masih dikekalkan dalam
cipher text. Jeriji Cardan ini diperbuat daripada sehelai kertas yang agak keras atau
logam nipis.

Proses Encrypt
Kepingan kertas atau logam ini ditebuk bagi membolehkan penghantar mesej menulis
huruf bagi plain text. Kepingan ini akan diletakkan pada sehelai kertas dan penyampai
mesej akan menulis huruf pada kertas tersebut melalui ruang-ruang yang ditebuk.
Setelah itu jeriji dialihkan dan penyampai mesej akan melengkapkan ayat bagi teks
tersebut menggunakan ayat yang langsung tidak berkaitan dengan mesej yang ingin
disampaikan. Hal ini supaya mesej sebenar dapat disembunyikan dan mengelirukan
pihak-pihak tidak sepatutnya yang cuba mendapatkan maklumat melalui mesej
tersebut.

Ruangan yang ditebuk tidak terhad kepada satu huruf sahaja malah boleh juga ditulis
satu suku kata atau satu perkataan. Contohnya adalah seperti berikut:
1) Plain Text ditulis dalam ruangan jeriji yang telah ditebuk : Spain sails in May to
arms.

2) Ruang lain dilengkapkan dengan ayat yang tidak berkaitan.

Berdasarkan gambar di atas, Cipher Text ialah seperti berikut :

Sir John regards you well and spekes


again that all as eightly nails him is yours
now and ever. May he tone for past alaya
with many charms.

Decrypt
Hanya individu yang memiliki jeriji berkenaan yang dapat membaca plain text iaitu
mesej sebenar yang disampaikan. Jeriji dan helaian cipher text akan disimpan dan
secara berasingan. Jika hanya terdapat satu salinan bagi jeriji dan helaian cipher text
dan salah satunya hilang maka mesej tersebut tidak akan dapat didekodkan.
Penerima mesej perlu mempunyai jeriji yang sama bagi membolehkan proses decrypt
dilakukan. Jeriji tersebut boleh dipadankan dengan helaian cipher text dalam empat
kedudukan kerana ia berbentuk segi empat tepat. Hal ini akan menyukarkan manamana pihak yang tidak sepatutnya bagi membongkarkan mesej tersebut seandainya
mereka berjaya mendapatkan jeriji dan helaian cipher text.
1) Setelah jeriji dipadankan dengan betul pada helaian kertas yang mengandungi
cipher text, penerima akan dapat memahami mesej yang sebenar yang ingin
disampaikan. Cara untuk membaca plain text ialah bermula dari kiri ke kanan
dan dari atas ke bawah.

Berdasarkan gambar di atas, Plain Text :


SpainsailsinMaytoarms

Spain sails in May to


arms

Ketika waktu sekitar 1950, cipher ini sering diaplikasikan dalam komunikasi contohnya
surat-surat peribadi dan surat-surat diplomatik. Setelah beberapa ketika cipher ini
dikembang lagi dan terhasilnya Turning Grilles di mana jeriji tersebut di mana jeriji
tersebut dipadankan dalam empat kedudukan dan dipusingkan mengikut arah jam. Hal
ini akan meningkatkan lagi tahap keselamatan mesej yang ingin dihantar.

Você também pode gostar