Você está na página 1de 3

Mengurangkan risiko artherosclerosis

(penyempitan saluran darah)

Pengenalan
Atherosclerosis ialah sejenis penyakit dimana penyempitan berlaku di saluran
darah akibat oleh pengumpulan lemak. Kita sedia maklum bahawa jantung merupakan
organ yang bertugas untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien
untuk di sebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel badan berfungsi
dengan sempurnanya. Jika otot jantung tidak dapat menerima bekalan oksigen dan
nutrien yang mencukupi, ini akan menyebabkan radangan berlaku dan sekaligus akan
menyebabkan individu mendapat serangan penyakit jantung.
Bagi denyutan jantung individu normal adalah diantara 80-90 denyutan seminit.
Bagi pesakit yang mengidap atherosclerosis, denyutan jantungnya adalah lebih cepat
sekiranya melakukan aktiviti fisikal ataupun ketika berada dalam keadaan tertekan.
Malah sekiranya Atherosclerosis ini berada ditahap yang kronik dan tidak dirawat, maka
denyutan boleh menjadi cepat walaupun tidak melakukan aktiviti fisikal.

Penyakit ini biasanya dikaitkan dengan masalah pemakanan yang tidak


seimbang.

Atherosclerosis boleh berlaku dan memberi kesan pada arteri yang bersaiz
sederhana dan besar pada otak, jantung, buah pinggang, anggota vital yang lain serta
kaki.

Atheriosclerosis bermaksud pengerasan (sclerosis) pada arteri (arterio) iaitu


penyakit yang menyebabkan dinding arteri menjadi tebal dan kurang elastik.

Terdapat 3 jenis iaitu Atherosclerosis, Arteriosclerosis dan Monckeberg's


arteriosclerosis.

Atherosclerosis adalah jenis yang paling utama iaitu pengerasan yang berkait
dengan Atheromas iaitu deposit bahan lemak. ia terjadi pada arteri saiz medium dan
besar.

Arteriosclerosis pula adalah pengerasan pada arteriole (arteri kecil). Ia terjadi


pada bahagian dalaman dan pertengahan lapisan arteriole menyebabkan dindingnya
tebal dan menyempit. oleh itu organ-organ yang dihubungkan dengan arteriole yang
terlibat tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.

Mockeberg's arteriosclerosis pula terjadi pada arteri kecil dan saiz medium.
kalsium terkumpul diantara dinding arteri hingga menyebabkan ia tegang dan
menyempit.

Berikut adalah teori-teori bagaimana terjadinya Atherosclerosis.


Kolesterol tinggi

Jika paras kolesterol dalam darah tinggi akan menyebabkan kecederaan pada
lapisan arteri dan menyebabkan reaksi keradangan hingga membolehkan kolesterol
dan bahan-bahan lemak yang lain terkumpul didalamnya.

Kecederaan pada dinding arteri juga boleh berlaku akibat sistem imun dan juga
dari bahan toksin.

Dalam kedua-dua kes ini terdapat perubahan yang menyebabkan formasi


atheromas.

Inflamasi

Sesetengah sel darah putih-lymphocytes, monocytes, dan macrophages hadir


ketika pembentukkan Atherosclerosis. Sel-sel ini hanya berkumpul ketika inflamasi
terjadi.

Atherosclerosis bermula bila monocytes di aktifkan dan dikeluarkan dari aliran


darah melalui dinding arteri. Disana ia akan bertukar menjadi foam cell (sel berbuih),
yang mengumpulkan kolesterol dan bahan-bahan lemak yang lain.

Dalam waktu yang sama, ia membentuk kumpulan kolesterol, bahan-bahan


lemak dan foam cell. Kumpulan ini membentuk menjadi atheromas (deposit yang
tertampal) pada lapisan dinding arteri. Ini lah yang menyebabkan arteri menjadi tebal.

Jangkitan

Jangkitan juga boleh menyebabkan terjadinya Atherosclerosis dimana bakteriabakteria seperti Chlamydia pneumoniae (yang boleh menyebabkan pneumonia) atau
Helicobacter pylori (yang boleh menyebabkan ulser perut) atau dari virus-virus tertentu
yang masih belum dikenal pasti.

Jangkitan ini boleh menyebabkan kerosakkan pada lapisan dinding arteri dan
membolehkan berlakunya Atherosclerosis.

Você também pode gostar