Você está na página 1de 3

UCAPAN SEMPENA PERSARAAN EN.

IBRAHIM SULONG

Subhanakala illama alamtana innaka antalalimulhakim


Rabbisrahli sodri wasasirli amri wahlulukdatan millisani yafkahukauli

Terima kasih kepada pengerusi majlis.


Assalamualaikum wbkth dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Pengetua En Aminuddin Jusoh @ Yusof


Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Hj Johari Mahmud
Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Anuar Mohd Amin
Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Ust Rosman Daud

Yang Dipertua PIBG En._________________________________________________

Serta Yang diraikan En. IBRAHIM SULONG

Seterusnya guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan
kepada saya untuk menyampaikan serangkap bicara mewakili guru sempena majlis persaraan seorang guru yang
sangat kita hormati, En Ibrahim Sulong.

Majlis ini amat bermakna bukan sahaja kepada guru-guru bahkan juga kepada semua warga SMAS.
Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh
tuan.

Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan tuan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah selama hampir 30
tahun telah membawa SMAS ke satu tahap yang lebih baik dan membanggakan pada hari ini. Dalam hal ini, kita

amat terhutang budi terhadap perkhidmatan , pengorbanan dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh beliau
sepanjang berkhidmat di sini. Beliau juga seorang pendidik yang tidak pernah jemu mendidik pelajar ke arah
pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang berterusan.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan amat menyedihkan dan menyakitkan.
Apabila mengenangkan kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis
yang tidak dapat dilupakan. Bagi saya, beliau bukan saja sebagai guru bahkan juga sebagai abang sulung kepada
guru-guru dan sebagai bapa kepada pelajar kita dalam keluarga SMAS.

Begitulah perasaan yang kita rasai sekarang. Berat sungguh bagi kita untuk melepaskan pemergiannya kerana
sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak menyumbangkan jasa terhadap kemajuan dan
perkembangan SMAS.

InsyaAllah, ini akan menjadi dorongan kepada kita yang masih berkhidmat untuk terus mengejar kejayaan dan
seterusnya meningkatkan ketahanan serta kecekalan untuk mengharungi cabaran pada masa hadapan. Setiap
kebaikan yang ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan pendorong semangat kepada kita. Segala jasa baik
dan tunjuk ajar tuan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Terbang merpati ke pohon meranti,


Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan tuan tersayang.

Tiada kata seindah bicara,


Dapat dilafazkan seiring jasa,
Tiba ketika tuan bersara,
Bakti dicurah di ingatan sentiasa.

Guru-guru dan para pelajar sekalian,


Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT akan melimpah rahmat dan peliharaan kepada beliau dan
seisi keluarga agar dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan serta ditambahkan ilmu pengetahuan bagi
manfaat agama dan bangsa.

Bagi mengakhiri ucapan, saya mewakili rakan-rakan yang lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada
tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan tuan sama ada disedari mahupun tidak
disedari. Halalkan segala ilmu, makan & minum yang telah tuan berikan kepada kami selama ini. Terima kasih di
atas segala-galanya. Terima kasih tuan.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Berkilau-kilau cincin permata,


Begitu indah cantiknya rupa,
Biarpun kelak jauh di mata,
Namun di hati tidak kan lupa,

Sekian, terima kasih.