Você está na página 1de 3

ANAK AWAL PERSEKOLAHAN

Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan titah perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Ketahuilah bahawqa tidak ada sesuatu yang diberikan
Allah yang nilainya lebih baik selain dari taqwa.

Bersempena dengan musim cuti sekolah yang sedang berjalaan sekarang, mimbar
jumaat hari ini mengingatkan jemaah yang dihormati sekalian tentang pembentukan
syahsiah diri anak-anak agar menjadi Insan soleh yang cemerlang dan mutaqqin.

Anak-anak merupakan asset yang paling berharga kepada kedua-dua ibu bapa.
Mereka merupakan penyeri atau perhiasan dalam sesebuah rumahtangga. Apatah lagi
jika anak-anak berkenaan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga,
masyarakat dan Negara. Sudah tentu kedua ibu bapanya mendapat nikmat di dunia.
Manakala ganjaran pahala di akhirat begitu tinggi dan besar ertinya yang bakal diterima
di akhitar kelak.

Sebaliknya, jika anak-anak yang tidak mendengar kata nasihat ibubapa, degil,
engkar, liar, melakukan dosa dan maksiat kepada Ynag Maha Esa, sudah pasti ianya
menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan Negara.

Ibubapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak


sepertimana yang dikehendaki oleh Islam, bukan mengikut corak yang mereka pilih atau
sukai. Oleh itu, anak-anak perlu dididik, diasuh dan dijaga dengan sebaik-baiknya supaya
hidupnya kelak sentiasa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Proses pendidikan anak-anak bermula di peringkat awal lagi, iaitu semasa masih
dalam kandungan. Bermula dari sini proses pertumbuhan janin mengikut cara, amalan
pemakan dan doa si ibu bapa. Dalam hal ini juga, Rasullullah s.a.aw amat menekan
kepada keutamaan memilih pasangan yang beragama daripada memilih lain-lain
criteria, dalam usaha mempastikan agar zuriat yang bakal dilahirkan nanti adalah anak-
anak yang soleh.
Oleh sebab itu, menjadi faktor utama bahawa ibu bapa yang melahirkan anak,
hendaklah ibu yang beriman kepada Allah s.w.t dalam erti kata lain, ibu yang taat
menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Begitu juga halnya dengan
soal pemakanan yang diambil oleh ibu-ibu yang mengandung. Mereka hendaklah makan
makanan yang halal, bersih dan berzat kerana ianya boleh mempengaruhi
perkembangan dan pembesaran anak-anak samada dari aspek fizikalnya mahupun
tabiat akhlaknya. Pengambilan makanan dari sumber-sumber yang tidak halal (haram),
nescaya akan meninggalkan kesan yang negative kepada anak-anak yang bakal
dilahirkan : seperti kecacatan, kerencatan akal fikiran, dungu dan sebagainya.
Rasullulllah s.a.aw bersabda :

Bagi membentuk anak-anak menjadi insan cemerlang, kedua ibu bapa hendaklah
juga terdiri daripada manusia yang cemerlang, bagaimana mungkin ibubapa yang
derhaka, rumahtangga yang porak peranda, dapat membentuk keluarga sejahtera.
Pendidikan dan asuhan yang diberikan oleh ibubapa adalah asa untuk anak-anak
bertapak apabila mereka dewasa kelak. Ibubapa adalah cermin yang mudah dijadikan
tontonan oleh anak-anaknya. Oleh itu, dalam mendidik anak-anak supaya beriman
kepada Allah dan berakhlak mulia. Maka ibubapa juga hendaklah terlebih dahulu
memiliki sifat yang mulia ini. Contoh yang baik dari ibubapa akan menjadi ikutan kepada
anak-anak begitu jugalah sebaliknya. Doa yang baik perlu diamalkan ketika ibu
mengandung lagi, bagi mendapat insan soleh.

Pendidikan Aqidah hendaklah disemai sejak kecil lagi selaras dengan tuntutan
islam supaya setiap anak yang baru dilahirkan hendaklah diazankan atau di iqamatkan.
Apabila anak-anak mencapai umur mumayyiz hendaklah disuruh melaksanakan
sembahyang dan lain-lain ibadat yang difardhukan dengan akhlak yang mulia
(mahmudah) dan melrang dari melakukan sifat-sifat cela (mazmumah)

Jika ibu bapa atau penjaga telah dapat menyempurnakan amanah mendidik dengan
sebaik-baiknya, nescaya anak-anak mereka akan menjadi anak yang soleh. Antara tanda-
tanda yang dapat dilihat sebagai anak yang soleh ialah :

 Taat kepada Allah s.w.t dan Rasul s.a.w dalam ertikata melaksanakan yang
diperintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, serta tidak
menyekutkan Allah, baik secara terang mahupun sembunyi.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, seharusnya kita berusaha memanfaatkan
percutian ini bersama anak-anak dengan aktiviti berfaedah seperti membawa anak-anak
ke perpustakaan, kem-kem berkhemahan motivasi atau balik ke kampung untuk
menziarahi datuk nenek dan juga ahli keluarga.

Mimbar jumaat hari ini ingin menarik perhatian jemaah sekalian, khususnya ibu
bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, supaya tidak melupakan
persiapan persekolahan anak-anak kita menjelang persekolahan awal tahun hadapan.
Harus diingat, untuk mendapatkan ilmu di zaman moden ini, memerlukan wang ringgit
bagi menyediakan kelengkapan persekolahan. Anak-anak yang bersekolah memerlukan
kepada pakaian, peralatan tulis-menulis,buku-buku teks, yuran dan sebagainya.

Cuba bayangkan bagaimana perasaan anak-anak kita bersekolah dengan keadaan


serba kekurangan, sedangkan rakan di sebelahnya lengkap dengan semua peralatan dan
keperluan. Ini tentu sahaja boleh menimbulkan rasa rendah diri dan menjejaskan
prestasi pembelajaran anak-anak. Menyedari keadaan ini, pihak kerajaan telah
memberikan bonus dan elaun di akhir tahun bagi menampung sebarang kekurangan,
ibubapa pula hendaklah membelanjakannya bagi kemajuan dan kecermelangan anak-
anak.

Anak-anak adalah amanah Allah, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa


memastikan anak-anak kita kukuh pegangan akidahnya. Kerana apabila anak-anak kita
kukuh akidahnya ia dapat menangkis sebarang bentuk ancaman dan tidak mudah
terperangkap dengan gerakan ajaran menyeleweng lebih-lebih lagi ajaran yang telah
difatwa oleh pihak berkuasa.

Você também pode gostar