Você está na página 1de 27

1.

0 Pendahuluan
Menurut kamus dewan, globalisasi merujuk kepada fenomena yang menjadikan dunia semakin
kecil dari disebabkan kepesatan teknologi maklumat. Malcom waters, mentakrifkan Globalisasi
adalah sebuah proses sosial yang pembatasan geografis pada keadaan sosial budaya menjadi
kurang

penting,

yang

terjelma

didalam

kesadaran

orang.Globalisasi merupakan satu proses yang meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama
tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi meliputi
pelbagai bidang dan merupakan suatu fenomena yang multi- dimensi di mana meliputi ekonomi,
politik, budaya, ideologi, bahasa dan segenap aspek dalam hidup masyarakat. Globalisasi juga
merupakan satu fenomena yang bergerak seiring dengan perkembangan dunia masa kini. Setiap
perkara yang terjadi sama ada di dalam atau luar negara, kesemua negara- negara di dunia ini
akan mendapat akses isu- isu antarabangsa. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan
medium utama kepada agenda globalisasi dunia kini. Hal ini telah dikaitkan dengan pengecilan
ruang lingkup dunia masa kini serta dianggap sebagai satu era baru dalam sejarah manusia yang
membawa

kepada

terhapus

nya

kepentingan

sempadan.

Globalisasi

dari

perspektif

pengantarabangsaan dilihat oleh kebanyakan sarjana sebagai keadaan saling bergantung


manakala dari segi liberalisasi pula dikatakan merujuk kepada proses penyingkiran halanganhalangan kerajaan ke atas pergerakan di antara negara- negara dengan tujuan untuk mewujudkan
ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan. Oleh itu, sesebuah negara bangsa perlu
berhati- hati terhadap impak yang bakal dihadapi sekiranya gagal menguruskan negara dengan
betul dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus globalisasi. Tegasnya, Malaysia sebagai
salah sebuah negara membangun tidak terkecuali dalam berhadapan implikasi arus globalisasi
yang mendesak dari prospek politik, ekonomi dan sosial dan terpaksa akur dengan kesan
fenomena tersebut walaupun menghadapi cabaran kritikal demi pembangunan negara.

2.0 Globalisasi Ekonomi Negara Membangun


Globalisasi ekonomi merujuk kepada sempadan ekonomi negara-negara di dunia yang semakin
runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah,
pantas dan rapat. Selain itu, globalisasi ekonomi juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan
dalam perdagangan dunia. Globalisasi dalam ekonomi ini adalah menerusi ledakan dan kemajuan
dalam teknologi ICT kerana segala pergerakan modal, teknologi, kepakaran Research and
Development (R&D), informasi pasaran dan perdagangan menembusi mana-mana negara yang
mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had dan batas-batas tanpa sempadan. Kecanggihan
teknologi menjadikan segala urus niaga menjadi lebih cepat dan mudah. Oleh demikian, pada
dunia hari ini, arus globalisasi bergerak dari negara maju kepada negara dunia ketiga ataupun
negara-negara sedang membangun.
Namun demikian, globalisasi juga menimbulkan pro dan kontra di antara negara-negara di dunia
termasuklah negara-negara yang sedang membangun. Sebahagian negara yang mendukung
globalisasi adalah kerana globalisasi dipercayai akan membawa dunia dan negaranya ke arah
kemajuan ekonomi. Harapan negara-negara tersebut adalah untuk menghapuskan kadar
kemiskinan, untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, meluaskan peluang pekerjaan, dan
memperkecilkan jurang ekonomi antara negara dunia. Sementara itu, terdapat juga negara-negara
yang menentang globalisasi ekonomi tersebut. Memandangkan wujudnya globalisasi justeru,
akan mewujudkan ketidakadilan, ketidaksamarataan kemakmuran, dan mengukuhkan lagi jurang
ekonomi antara negara-negara maju dengan negara-negara yang sedang membangun di dunia ini.
Selain itu, globalisasi juga akan meningkatkan kadar kemiskinan di peringkat negara yang
tertindas dan di peringkat dunia. Oleh demikian, sebab itulah terdapat negara-negara yang tidak
mendukung gagasan globalisasi ini diwujudkan.
Globalisasi ekonomi semakin jelas dalam dunia hari ini kerana terdapat hubungan kerjasama
bebas di pelbagai kawasan seperti International Monetary Fund (IMF) atau Tabung Kewangan
Dunia. IMF telah ditubuhkan pada 27 Disember 1945 dan telah mula beroperasi pada 1 Mac
1947 yang berpusat di Washington DC Amerika Syarikat[2]. Terdapat beberapa tujuan IMF telah

ditubuhkan,

antaranya

adalah

untuk

mewujudkan

kerjasama

kewangan

dunia

dan

memperluaskan perdagangan antarabangsa. Selain itu, IMF juga membantu mengadakan sistem
pembayaran multilateral terhadap perjanjian-perjanjian yang sedang berlaku antara anggota dan
memberi bantuan kewangan kepada negara-negara anggota. Kewujudan Asia Pasific Economic
Corporation (APEC) atau kerjasama ekonomi Asia Pasifik. Dasar penubuhan APEC adalah untuk
membawa perubahan yang cepat dalam bidang ekonomi dan politik di samping memberi
perlindungan kepada negara anggotanya.[3]
2.1 Impak Positif
Globalisasi ekonomi telah memberi impak yang positif kepada negara-negara yang sedang
membangun terutamanya dari segi modal. Globalisasi ekonomi telah menambahkan keupayaan
modal dalam negara-negara yang sedang membangun dalam sektor ekonomi dan perdagangan.
Negara-negara Asia Pasifik atau lebih dikenali dengan negara-negara yang sedang membangun
tidak mempunyai keupayaan modal yang secukupnya untuk menggerakkan dan melibatkan diri
dalam sektor ekonomi moden. Oleh demikian globalisasi ekonomi yang berlaku akan memberi
suntikan baru yakni suntikan modal asing yang membolehkan industri negara membangun ini
berkembang. Jika industri yang terdapat dalam negara-negara membangun ini berkembang maka
ia secara langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan pengangguran,
meningkatkan taraf hidup serta memutuskan lingkaran kemiskinan yang terdapat dalam negaranegara membangun.
Selain itu, globalisasi ekonomi juga akan menggalakkan pemindahan teknologi dari
negara maju kepada negara yang sedang membangun. Melalui globalisasi teknologi moden dan
pemindahan kepakaran dari negara maju dapat membangunkan struktur ekonomi moden negara
membangun. Dalam pemindahan ekonomi ini, rakyat akan diajar kaedah pengendalian teknologi
melalui latihan lanjutan dan usaha sama dalam konteks kajian dan pembangunan (R&D) tenaga
manusia. Latihan yang dijalankan akhirnya akan melahirkan rakyat tempatan yang dapat
mengusai kepakaran asing dan memajukan negara sendiri. Keadaan ini dapat kita lihat sendiri
dalam teknologi HITEC di Malaysia yang bergantung pemindahan teknologi dari Jepun,
teknologi reka bentuk, kawalan mutu, teknologi komunikasi serta kepakaran dalam pengurusan
yang lain.

Impak positif kesan daripada globalisasi ekonomi yang seterusnya adalah ia akan
memperluaskan

pasaran.

Perluasan

pasaran

yang

dimaksudkan

adalah

penghapusan

Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal serta provokasi pasaran
akan memberikan peluang kepada produk negara yang sedang membangun menembusi pasaran
negara maju dengan hak yang sama rata. Keadaan ini berlaku kerana globalisasi ekonomi
memberi kuasa mutlak kepada pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dalam urus niaga
barangan dan perkhidmatan. Di Asia Tenggara pengenalan kepada Asean Free Trade Agreement
(AFTA) iaitu perjanjian yang berorientasikan perdagangan bebas di Asia Pasifik yang termeterai
pada tahun 2003. Melalui AFTA barangan dalam kalangan negara ASEAN akan dapat memasuki
pasaran negara-negara anggota dengan lebih mudah dan mendapatkan faedah pasaran bersama
dalam kalangan anggota.
2.2 Impak Negatif
Selain dari memberi impak yang positif, globalisasi ekonomi juga telah membawa kesan negatif
ke atas negara-negara yang sedang membangun. Antara kesan yang nyata ekoran daripada
globalisasi ekonomi adalah kegawatan ekonomi. Kegawatan ekonomi ini berlaku apabila aliran
masuk modal antarabangsa yang begitu besar ke dalam negara serantau Asia Pasifik atau negara
sedang membangun akan menyebabkan kewangan negara serantau tersebut menjadi lebih mudah
berubah. Keadaan ini berlaku kerana wang boleh bergerak dengan hanya keluar merentasi
sempadan sesebuah negara dengan hanya menekan computer sahaja. Oleh demikian, dengan
penarikan keluar modal asing secara mendadak dari sesebuah negara, maka sesebuah negara
tersebut akan menjadi muflis. Ekoran daripada itu, operasi industri boleh terhenti dan ini akan
meningkatkan pengangguran serta meningkatkan beban hutang.
Kesan yang seterusnya akibat globalisasi ekonomi adalah serangan spekulator. Maksudnya di
sini adalah kegawatan ekonomi berpunca daripada kejatuhan nilai mata wang dan pasaran saham
akibat mainan spekulator. Apabila nilai mata wang jatuh, maka keyakinan pelabur turut hilang
menyebabkan pelabur menarik keluar modal untuk menggelakkan kerugian kepada diri mereka
dalam jangka masa panjang. Contohnya adalah krisis kewangan Asia pada tahun 1997 yang
mana telah membuka mata seluruh dunia apabila George Soros spekulator kewangan yang
terkenal telah memanipulasikan nilai Pound Sterling sehingga menyebabkan kejatuhan Bank of

England dan sejarah hitam yang sukar dilupakan oleh pelabur saham iaitu Black Wednessday
pada tahun 1992. Kesan daripada ini, negara yang sudah mundur akan muflis dan berterusan
bergantung kepada negara maju untuk menjalankan ekonominya. Oleh itu, kesan dari kegawatan,
ia akan memaksa negara yang terlibat mengenakan kewangan yang ketat, menaikkan kadar
faedah dan perniagaan akan menjadi lemah, pelaburan domestik akan merosot dan permintaan
domestik akan terjejas.
Globalisasi ekonomi yang terlampau juga akan memberi tekanan ekonomi dan bebanan kepada
golongan miskin. Pendapatan negara-negara terlibat akan merudum, kemiskinan meningkat dan
mereka yang berkenaan dalam aktiviti perdagangan pada hari ini sangat berkurangan seperti 20
tahun lalu, contohnya adalah Afghanistan dan Republik Demokratik Congo. Kesan dari tekanan
ini, globalisasi turut mengakibatkan penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada
golongan miskin yang diamalkan untuk melindungi rakyat sebelum ini. Apabila subsidi
dihapuskan maka berlakunya peningkatan dalam harga barangan, perkhidmatan dan kos sara
hidup. Keadaan ini akan menyebabkan yang miskin akan terus menderita dan membolehkan
berlakunya kegawatan politik. Isi rumah terpaksa berhadapan dengan masalah inflasi berikutan
kejatuhan kadar upah, merosotkan kutipan cukai dan mengurangkan kewangan kerajaan. Justeru,
akan wujud keadaan monopoli bank tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh
pelabur asing.
Kesan seterusnya globalisasi ekonomi ke atas negara membangun adalah penjajahan baru
ekonomi. Pembukaan pintu ekonomi dan pasaran membolehkan monopoli ekonomi berlaku di
sesebuah negara. Keadaan ini sering berlaku terhadap negara-negara maju ke atas negara-negara
yang sedang membangun. Kekayaan ekonomi sedang membangun akan dikaut keluar oleh
pemodal asing. Setelah negara maju mengaut keluar ekonomi negara sedang membangun maka,
mereka juga akan mengeksploitasikan tenaga kerja tempatan dengan kadar upah yang rendah.
Oleh demikian keadaan ini dinamakan penjajahan ekonomi negara maju terhadap negara sedang
membangun.

2.3 Globalisasi dan krisis ekonomi


Peningkatan proses globalisasi dalam dua dekad ini telah mengubah secara asas struktur dan pola
antara perdagangan dan kewangan antarabangsa. Dengan pertumbuhan perdagangan
antarabangsa yang tinggi, maka semakin besarlah perkembangan pasaran modal antarabangsa
dalam pengagihan modal langsung untuk meningkatkan pergerakan kemasukan modal portfolio
swasta.[4] kemasukan modal portfolio swasta adalah merupakan fenomena penting yang
menunjukkan era baru hubungan antarabangsa antara negara-negara maju dengan negara-negara
membangun. Di samping itu, interaksi berskala antara perusahaan-perusahaan multinasional
melalui pelbagai agensi tambahan semakin bertambah, antaranya adalah joint venture,
subcontracting, licensing, dan persekutuan antara perusahaan (interfirm agreement) dan banyak
lagi yang telah menandatangani pola baru dalam hubungan aktiviti industri antarabangsa
(international inter-industrial linkage).
Perkembangan ini mengkehendakan liberalisasi, reformasi ekonomi dan kewangan sebuah
negara tersebut untuk memasuki dan menjadi bahagian dalam jaringan hubungan global yang
efisien dan berdaya saing untuk memanfaatkan peluang bagi kepentingan kesejahteraan nasional.
Perkembangan globalisasi juga telah menghasilkan suatu lingkungan perdagangan antarabangsa
yang mempunyai aras hubungan antara negara-negara untuk mewujudkan persaingan yang
semakin hebat di pasaran dunia. Laluan liberalisasi modal antarabangsa yang semakin tinggi
telah memberi ruang yang besar untuk kemasukan dana antarabangsa dalam membiayai projekprojek pembangunan untuk mendukung program pertumbuhan yang tinggi, namun begitu, ia
juga akan mengakibatkan tingginya pendedahan kewangan sesebuah negara terhadap arus
pulangan modal luar negara yang setiap masa boleh terjadi dan boleh menjurus ke arah krisis
mata wang dan kewangan.
Krisis ekonomi yang dialami oleh beberapa buah negara di Asia sejak pertengahan tahun 1997
sebenarnya disebabkan oleh tingginya pendedahan ekonomi negara-negara tersebut. Impak awal
krisis kewangan yang bermula dengan krisis pertukaran nilai adalah kesan kepada laluan
pulangan modal luar negara. Oleh itu kepercayaan mula hilang terhadap mata wang antarabangsa
dari penduduk negara yang berkenaan seperti di Indonesia. Dalam membendung masalah krisis
mata wang dan kewangan ini, pendekatan berdasarkan mekanisme pasaran yang dibuat memberi

perhatian dari segi efisien untuk meminimumkan korupsi pasaran dengan memberi peluang yang
adil terhadap usaha ekonomi kecil dan sederhana. Keadilan merupakan sesuatu yang sukar
dilakukan ekoran krisis ekonomi, oleh itu, hal tersebut akan bertentangan dengan mereka yang
mengkaji penerapan konsep ekonomi yang berterusan.
2.4 Tahap Globalisasi Ekonomi
Dunia manusia kelihatan telah mencapai tahap global dan perlu diketahui bahawa kita terpaksa
mengikuti haluan baru ini[5]. Kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi persaingan dalam
pasaran global baru ini. Kita boleh membaca dan mendengar kenyataan ini hampir setiap hari
menerusi mana-mana media komunikasi yang terdapat dalam negara ini. Globalisasi ini telah
menjadi pegangan yang baru bagi perniagaan transnasional dan perlu dilihat bahawa fenomena
ini merupakan ulangan Darwinism sosial abad lalu dengan ukuran dan nilai tidak demokratik
yang sama (Hurtig 1991). Retorik mengenai padang permainan sama rata yang seolah-olah
menggambarkan keadilan sering digunakan.[6] Oleh demikian, perdagangan antarabangsa
diibaratkan sebagai gelanggang permainan sukan yang memberi kelebihan kepada pasukan
lawan jika melandai ke arah bertentangan. Dalam konteks ekonomi dan perniagaan transnasional
contohnya, gelanggang ini dianggap memberikan kelebihan kepada sebuah negara apabila
subsidi diberikan kepada sesebuah industri bagi membolehkannya mengurangkan harga eksport.
Walau bagaimanapun dalam konteks sebenar, keadilan telah dipersendakan seperti kata Barnet
dan Cavanaugh (1994), subsidi itu ditakrifkan secara sangat meluas untuk meliputi program
seperti program pembangunan wilayah, faedah insurans pengangguran yang lumayan, malah
penjagaan kesihatan pembiayaan awam[7]. Selain itu, perlu diteliti dengan jelas apa yang
dimaksudkan dengan istilah Globalisasi. Kita perlu mengkaji istilah ini dengan kritis supaya kita
melihat di mana kita akan dibawa oleh gagasan global. Terdapat sedikit unsur kelicikan dalam
penggunaan istilah ini dan kita wajar berwaspada terhadap globaloney iaitu istilah ciptaan Clare
Booth Luce yang bermaksud cakap karut mengenai globalisasi.
Zaman ini telah disebut zaman globalisasi yakni terlalu banyak kuasa sosial-sosial yang
menjurus kepada satu sama lain untuk menjadikan dunia ini semakin kecil. Globalisasi
transnasional mendatangkan sesuatu yang bertentangan dengan kekayaan yang didakwa

dihasilkannya di dunia ini. Kita dapat melihat bahawa perkembangan semasa dalam penyusunan
semula ekonomi global menyebabkan semakin meluasnya golongan bawahan kekal yang terdiri
daripada mereka yang kehilangan hak dan harta benda (Nozick 1992). Inilah dunia ekonomi dan
perniagaan transnasional. Tumpuannya hanya pada ekonomi dan perdagangan serta kelebihan
kompetitif dalam setiap jenis barang yang mampu difikirkan manusia
Globalisasi merupakan satu ideologi politik kapitalisme baru yang dirangka oleh negara
kaya dan negara maju. Ini menimbulkan masalah ketidaktentuan ekonomi, krisis ekonomi,
pengawalan ekonomi global, ketidakseimbangan pertukaran asing dan merupakan satu order
baru politik oleh negara kaya seperti Amerika Syarikat, Britain dan Negara Eropah yang
memberi kesan buruk kepada perkembangan ekonomi dan politik global.

3.0 Globalisasi Politik Negara Membangun


Globalisasi dalam konteks politik sering dikaitkan dengan aspek sosial dan ekonomi iaitu jika
fenomena globalisasi dicetuskan oleh mekanisme pasaran, maka reaksi politik adalah penting.
dalam konteks politik-ekonomi ini, globalisasi mungkin difahami sebagai tindak balas politik
terhadap perkembangan kuasa pasaran (Mittelman, 2000:12). Proses pendemokrasian semakin
jelas berlaku kesan daripada globalisasi. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa
menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem
demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat.
Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau
kerajaan demokratik. Proses pendemokrasian ini membawa kesan positif dan kesan negatif
kepada negara-negara membangun.
3.1 Kesan Positif
Dari aspek politik, globalisasi akan menyebabkan pemerintahan sesebuah negara menjadi
lebih liberal. Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam
fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan
pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsipprinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa
kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan
ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi
liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak
yang sama rata di bawah undang-undang.[8]
Dalam konteks demokrasi, kerajaan bertindak balas mendengar dengan baik dan
mempunyai sistem politik yang tulus dan mudah. Negara tidak boleh menyimpan rahsia daripada
dirinya sendiri dari konteks kerakyatan. Negara yang bermasyarakat terbuka tidak mempunyai
nilai autokratik dan semua pengetahuan diketahui oleh semua. Kebebasan berpolitik dan hak-hak
asasi manusia merupakan asas kepada masyarakat ini Bermula pada tahun 1980-an perubahan
ideologi dalam arena politik dunia telah melahirkan dan mengembangkan sistem ekonomi
terbuka yang demokratik serta berlandaskan pasaran bebas antarabangsa. Sebagai contoh, negara

China yang merupakan negara komunisme telah melaksanakan dasar ekonomi terbuka dan
begitu juga dengan Vietnam sebuah negara membangun telah membuka dasar mereka melalui
kerjasama ekonomi dengan negara-negara ASEAN. Hal ini memperlihatkan negara yang
mempunyai fahaman seperti Vietnam turut melaksanakan ekonomi terbuka untuk bersaing
dengan negara-negara lain.
Kebebasan bersuara negara-negara membangun merupakan kesan positif dalam aspek
politik. Peranan negara-negara membangun seperti negara-negara Selatan yang semakin berani
menyuarakan pandangan dalam mesyuarat antarabangsa. Contohnya, dalam mesyuarat Cancun
pada bulan September 2003, negara-negara Selatan enggan meneruskan perundingan kerana
pandangan dan permintaan mereka tidak di ambil berat dalam agenda WTO. Beberapa negara
Selatan juga mendakwa negara maju memeras ugut dan tidak adil terhadap negara sedang
membangun. Kelantangan suara bekas Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohamad juga
kedengaran dalam sidang kemuncak APEC tahun 2003 apabila beliau mendakwa perdagangan
bebas tidak sama dengan perdagangan adil, dan perdagangan adil boleh menjadi perdagangan
bebas. Beliau mendakwa negara Selatan memerlukan perdagangan yang adil mengambil kira
situasi negara-negara mundur. Tidak lama kemudian beliau menggegarkan dunia dalam
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dengan menyatakan bangsa Yahudi sedang mempengaruhi
Amerika Syarikat dan sedang menguasai dunia.[9]
3.2 Kesan Negatif.
Bagi kesan negatif pula, negara-negara membangun menghadapi ancaman kumpulan pendesak
yang telah mempengaruhi konsep negara bangsa negara tersebut. Peralihan zaman
memperlihatkan konsep negara bangsa moden bukan lagi menuntut kekuasaan mutlak tetapi
keseimbangan dan sempadan antara kedaulatan, wilayah kekuasaan, perundangan dan juga
demokrasi. Konsep kedaulatan dalam negara bangsa moden ialah autoriti politik sesebuah
komuniti dalam hal hak menentukan kerangka kerja pentadbiran dan dasar dalam wilayah
kekuasaan dan kebebasan pentadbirannya. Maka, kerajaan bebas berhak membentuk dasar
makroekonomi untuk tujuan mencapai matlamat ekonomi domestik tertentu seperti pertumbuhan
keluaran negara, mengurangkan pengangguran, mengawal inflasi dan memajukan sektor-sektor
ekonomi tertentu.

Namun, dasar makroekonomi terbuka tertakluk kepada kekangan domestik dan antarabangsa.
Contohnya, peningkatan kebebasan aliran kewangan antarabangsa dipercayai merendahkan dasar
kewangan. Jika bank pusat merendahkan kadar bunga untuk merancang ekonomi, pelabur akan
memindahkan wang mereka dengan mudah untuk disimpan di negara yang menawarkan kadar
bunga yang tinggi. Pasaran ekonomi dan kapitalisme global dikatakan lebih berpengaruh dalam
dunia ekonomi tanpa sempadan. Peranan kerajaan dihadkan sekadar sebagai pentadbir dan
institusi penyelaras untuk mekanisme pasaran. Kawalan negara bangsa akan digantikan dengan
masyarakat global.[10]
Globalisasi ekonomi akan membina satu bentuk organisasi sosial yang baru yang akan
menggantikan negara bangsa yang tradisional sebagai unit ekonomi dan politik asas kepada
masyarakat dunia. Globalisasi dianggap pemesatan integrasi ekonomi dan keperluan dana global
menekankan kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi. Tekanan kapitalisme global ini
menyebabkan politik bukan lagi penggerak untuk memajukan negara tetapi lebih ke arah amalan
pengurusan ekonomi yang cekap. Kesannya, negara-negara membangun harus bijak menentukan
pengurusan ekonomi mereka dengan menyesuaikan diri dalam persaingan globalisasi.
Walau bagaimanapun, negara-negara membangun mempunyai risiko yang tinggi dalam campur
tangan politik daripada negara-negara yang berkuasa dalam era globalisasi. Pencerobohan
Amerika Syarikat dan sekutunya di Iraq telah mencetuskan kemarahan dunia. Serangan Amerika
Syarikat terhadap Iraq adalah untuk menguasai ekonomi minyak di samping faktor agama.
Agenda cetusan negara barat iaitu demokrasi dan globalisasi masih rancak. Berdasarkan ideologi
yang dipertahankan, barat masih mencengkam ekonomi global, mempengaruhi budaya politik
dan berkuasa dalam arena politik global.
Dunia tidak pernah berhenti daripada diancam masalah peperangan. Kesan peperangan di
Afghanistan belum berakhir, dan kesan Perang di Iraq mempengaruhi politik di seluruh dunia.
Peperangan boleh disebabkan oleh pencarian kuasa, kepentingan diri sendiri, nasionalisme,
mahupun ketamakan akibat penambahan senjata. Kemiskinan dan ketidakadilan juga boleh
menyebabkan konflik peperangan. Keganasan dan ketidakstabilan politik ada kalanya
disebabkan faktor demografi sesebuah negara, seperti negara miskin yang mencatatkan populasi
yang tinggi. Rangkaian komunikasi peringkat global juga mendedahkan semangat materialistik.

Kemajuan teknologi memaparkan bagaimana kehidupan negara kaya dan menaikkan rasa tidak
puas hati negara miskin yang merasakan negara kaya khususnya Barat menikmati kekayaan dan
kesenangan atas penderitaan mereka semasa mereka dijajah. Globalisasi yang menghapuskan
sempadan ini memudahkan lagi pertembungan ideologi politik dan kepentingannya untuk negara
maju.
Usaha sama antarabangsa merupakan harapan terbaik untuk mengawal masalah akibat
globalisasi. Peranan PBB sebagai penjaga keamanan dunia mesti diberikan penekanan sebagai
alternatif utama dan jalan penyelesaian yang terdahulu dalam mengekalkan keamanan.
Pembangunan di negara-negara miskin dan sedang membangun mesti mendapat layanan yang
saksama bagi keamanan dunia.

4.0 Kesan Globalisasi terhadap Budaya Tempatan Negara Membangun.


Perkembangan globalisasi ini menunjukkan bahawa ia bukan sahaja menyentuh tentang
hubungan antara pelbagai pelosok dunia, tetapi juga berkaitan dengan penyebaran budaya.
Walaupun kita tetap kekal di tempat kita tinggal, tetapi dengan globalisasi ini simbol budaya luar
akan datang kepada kita melalui perantara media. Masyarakat tempatan akan terdedah kepada
proses integrasi dan disintegrasi budaya di mana budaya luar menyerap dan diterima dalam
budaya tempatan di samping ia juga mengdisintegrasikan budaya yang sedia ada. Akibatnya
budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintegrasikan ciri-ciri budaya luar.
Hakikat ini diakui oleh Pieterse (1995:62), di mana beliau berpendapat bahawa dalam proses
globalisasi, budaya tempatan atau introvert culture yang telah wujud begitu lama dan dibayangi
ke belakang oleh budaya luar atau translocal culture akan secara beransur-ansur dibayangi ke
belakang oleh budaya luar yang mengandungi pelbagai unsur secara beransur-ansur menonjol ke
hadapan. Adalah sukar untuk meletakkan nilai moral dalam asimilasi budaya luar dengan budaya
tempatan. Ini disebabkan nilai moral itu adalah subjektif berdasarkan ruang dan masa. Namun
begitu, setiap generasi ingin mengekalkan ciri-ciri budaya positifnya untuk diwarisi. Ciri-ciri
budaya ini ada kalanya berkaitan dengan adat resam dan ada juga yang berkaitan dengan

pegangan agama. Mungkin sesuatu generasi itu ingin mempertahankan apa yang dianggap teras
dalam gaya hidupnya.
Apa yang kurang disenangi oleh masyarakat tempatan dalam arus globalisasi ini kemungkinan
wujud satu budaya yang homogen iaitu yang berteraskan budaya Barat. Ini disebabkan
representasi simbolik yang diterima adalah melalui kebanyakannya adalah berpangkalan di
Barat. Tidak dapat dinafikan bahawa ada kalanya arus globalisasi ini songsang daripada Timur ke
Barat di mana gaya hidup Timur diterima sebagai gaya hidup Barat. Tetapi kekerapannya adalah
terlalu jarang. Walaupun terdapat hanya sedikit kesan positif kepada budaya tempatan negara
membangun, tetapi ia memberi faedah yang sangat berguna kepada negara-negara tersebut.
Contohnya, Malaysia mempraktikkan budaya kerja dan sebahagian cara hidup masyarakat Jepun
di dalam kehidupan mereka. Generasi muda kini lebih terbuka, suka mempersoalkan sesuatu dan
juga lebih kreatif. Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh jaringan teknologi seperti komputer
dan media interaktif.
Selain mengancam ekonomi, globalisasi seperti yang diertikan oleh Barat juga mencengkam
budaya. Globalisasi akan meninggalkan kesan seperti proses sejarah walaupun terhad dan tidak
luas dari segi ruang dan tidak mendalam seperti sekarang ini. Bagaimanapun, proses globalisasi
sekarang dan maknanya berbeza dan disengajakan. Teknologi canggih yang dimanipulasikan
Barat, bukan sekadar satelit dan teknologi maklumat, bahkan penemuan sains lain yang sentiasa
diusahakan seperti mencipta klon supaya membawa perubahan kebudayaan dalam kalangan
manusia[11].
Masalah ini merupakan suatu masalah yang kompleks kerana struktur dan peranan persekitaran
ke atas masyarakat kita hari ini. Masyarakat hari ini bukan lagi sebuah masyarakat yang
tradisional. Erti tradisional di sini ialah ia berkembang dengan kadar yang perlahan sehingga
untuk menerima perubahan memakan masa bertahun-tahun. Pada hari ini informasi maklumat
bergerak secepat kilat atau a click of the mouse. Kita boleh mendapat mendapatkan maklumat
mengenai apa yang berlaku di Amerika dengan merujuk ke internet sahaja. Berita informasi
berada di webpage BBC News berubah setiap minit. Beberapa detik, tragedi World Trade Centre
tersebar luas. Malangnya bukan hanya informasi berita yang cepat sampai ke pelosok dunia,

bahkan informasi muzik, filem dan pelbagai hiburan juga sepantas kilat disampaikan kepada
generasi muda melalui internet.
Pemasaran dan penyerapan budaya asing ini adalah secara senyap tetapi membunuh. Akhirnya
tanpa disedari ia sudah mempengaruhi cara berfikir dan bertindak generasi muda. Budaya lepak
dan budaya black mental yang hangat diperkatakan pada hari ini bukanlah suatu budaya yang
mengejutkan sebenarnya. Sebaliknya ia adalah suatu budaya yang sepatutnya dijangka oleh para
pemikir di negara. Ia adalah hasil daripada muzik Barat yang dipakej bersama dengan budaya si
penyanyi itu sendiri. Pada hari ini, dunia Barat terutamanya Amerika Syarikat telah membanjiri
dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang
mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, cita rasa dan lain-lain dari
Barat ke dunia luar. Ia dilahirkan secara material dan bukan material dalam kehidupan individu
dan kelompok iaitu satu fenomena yang sudah melepasi perbatasan negara.
Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau
organisasi. Pada zaman dahulu, manusia dalam sesebuah masyarakat sanggup berperang kerana
mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemari atau dicerobohi oleh pihak lain. Antara
cabaran globalisasi yang perlu diperbahasakan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia
adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosiobudaya
sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah
lain adalah lebih mudah.
Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya.
Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama
globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya
tidaklah sesuatu yang mengejutkan apabila sistem sosio-budaya masyarakat muda kini sudah
dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.
Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya
kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup Barat. (Utusan
Pengguna, 17 November 1997 : 23).

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-kesan
globalisasi budaya iaitu dalam aspek budaya makan, budaya fesyen, budaya kerja, budaya hidup,
budaya muzik dan hiburan serta budaya bahasa. Dalam aspek budaya makan, pelbagai jenis
makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia seperti spaghetti,
pasta, minuman bergas seperti Coca Cola. Budaya fesyen pula, anak-anak muda semakin ghairah
mengikuti segala perubahan fesyen yang berjenama seperti Maybeline, Christian Dior, Versace,
Bonia dan lain-lain menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar Hj. Mad
Aros et aI 2000 : 84).

Manakala dalam aspek budaya muzik dan hiburan, muzik jazz, rock, disco dan yang terkini
muzik black mental telah menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan
di luar dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987)
dan di Marne-La-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992).[12]
Budaya Bahasa iaitu bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi terpenting
antarabangsa dan digunakan secara global. Ini menunjukkan kejayaan globalisasi bahasa yang
diterajui oleh Amerika. Terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke seluruh
dunia, satu proses yang disebut sebagai ' McDonaldisation of Society'. Untuk mencapai maksud
itu, budaya konsumer perlu disebarkan seluas-luasnya supaya lahir penyeragaman budaya dan
gaya hidup.
Unsur-unsur budaya luar yang menghasilkan translocal culture ini bukan sahaja disebarkan
secara langsung melalui rangkaian media global atau internet dalam bentuk program, periklanan,
radio dan sebagainya tetapi juga melalui rangkaian media tempatan yang memperagakan bahanbahan yang diimport. Begitu juga ada kalanya budaya luar ini juga disajikan kepada khalayak
tempatan melalui watak-watak tempatan tetapi membawa mesej daripada budaya luar. Bagi
generasi muda yang sering meminati program media luar, sudah tentu secara sedar dan tidak
sedar terdedah kepada unsur-unsur budaya luar dan seterusnya mendatangkan implikasi yang
negatif kepada nilai-nilai dalam diri generasi muda.

Satu perkara yang mengghairahkan berlaku pada hari ini, hasil perkembangan globalisasi dan
teknologi penyiaran moden, lahir satu generasi remaja yang terdiri dari seluruh dunia, yang amat
taksub dan terpengaruh dengan ikon-ikon hiburan yang terdapat di Barat. Daripada cara berhibur,
berlanjutan ke cara berpakaian, yang seterusnya berlanjutan ke dalam cara hidup dan amalan
seluruh kehidupan, serta cara berfikir dan bertindak ikon-ikon tersebut, ditiru dan diaplikasikan
pula di dalam kehidupan generasi terbabit. Hasilnya, kita melihat betapa berleluasa gejala sosial
yang melanda remaja hari ini. Dadah, arak, zina, pil khayal dan rokok serta pendedahan aurat,
juga pengguguran haram menjadi mainan kehidupan mereka. Ketaksuban mereka meniru
segalanya, memungkinkan dan membenarkan mereka menderhaka kepada ibu bapa, guru dan
pemimpin, seperti yang berlaku hari ini. Kerosakan semua ini berpunca dari tersalah memilih
hiburan yang tidak berpaksikan keTauhidan kepada Allah, dan lari dari fitrah manusia. Akibat
dari itu, ada di antara mereka yang sesat terlalu jauh akibat dipandu syaitan, sehingga mereka
menyembah dan memuja musuh manusia dan Allah itu, seperti yang berlaku kepada Black Metal
dan JIT (Jangan Ikut Tuhan).
Segala bentuk hiburan yang melalaikan dan merosakkan, nampak sangat sedap dan menarik
tetapi, tidak mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan, malah dipenuhi racun berbisa yang
menular dan membunuh secara senyap tanpa disedari. Tidak ada unsur didikan dan panduan.
Hasilnya manusia makin liar, lalu terbentuklah peribadi yang rosak dan merosakkan. Akhirnya
memerangkap dan menjerat diri, hingga menyebabkan sukar untuk melepaskan diri dari
cengkamannya. Contoh yang jelas dan nyata ialah banyak yang mula mencuba rokok, dadah,
arak, seks dengan alasan sekadar untuk 'release tension' tapi, akhirnya apabila sudah terjebak, ia
mula memakan diri dan mengakibatkan kerosakan yang cukup besar dan kronik.

5.0 Globalisasi Pendidikan Negara Membangun


5.1 Pengantarabangsaan pendidikan
Antara kesan globalisasi terhadap pendidikan di negara- negara yang sedang membangun ialah
berlakunya pengantarabangsaan pendidikan. Hal ini kerana, era globalisasi mewujudkan trend
yang berbeza tentang bentuk baharu pengantarabangsaan pendidikan tinggi, kesan kewujudan
persaingan hebat antara negara dan kewujudan pelbagai blok wilayah dan perdagangan. Negaranegara membangun sedar bahawa rakyat harus mempunyai daya saing yang tinggi agar mereka
mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. Daya saing yang tinggi ialah prasyarat penting
jika mereka melibatkan diri dalam pertumbuhan ekonomi yang pesat. Oleh itu, untuk
menyesuaikan diri dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi, universiti perlu membentuk satu
kurikulum akademik yang akan menyediakan tenaga mahir hingga ke peringkat antarabangsa
dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang berdaya saing seiring dengan proses
globalisasi dunia sekarang.
Pengantarabangsaan pendidikan tinggi telah membawa kesan yang amat positif. Kehadiran
pelajar antarabangsa di sesebuah universiti bukan sahaja mempengaruhi budaya sosial dan
tempatan tetapi juga memberi pemahaman dan perspektif yang lebih luas kepada mereka tentang
pentingnya kerjasama antara pelbagai bangsa. Namun begitu, pengantarabangsaan pendidikan
juga boleh menjejaskan kualiti pendidikan. Hal ini kerana negara maju memperoleh lebih banyak
faedah berbanding dengan negara membangun kerana negara maju mempunyai kelebihan dalam
pendidikan tinggi. Contohnya negara- negara maju ini mempunyai tempat pengajian, peralatan
terkini untuk pelajaran dan penyelidikan serta mempunyai sumber kewangan dan manusia yang
mencukupi.
Kini fenomena pengantarabangsaan semakin luas dalam bidang pendidikan selaras dengan usaha
yang dijalankan oleh World Trade Organization (WTO) yang berhasrat untuk mengurangkan
halangan terhadap perdagangan antarabangsa, turut memasukkan elemen pendidikan salam
rundingan yang dinamakan General Agreement on Trade and Services (GATS).[13] GATS telah
dibentangkan di Uruguay Round dan telah ditubuhkan pada tahun 1995 di bawah payung WTO,
mempunyai 145 negara ahli dan bertujuan untuk meningkatkan liberalisasi perdagangan

antarabangsa merangkumi pendidikan sebagai satu sektor perkhidmatan. Melalui perdagangan


pendidikan ini boleh membawa inovasi melalui sistem penyampaian yang baharu serta
kemasukan pelajar yang lebih besar dan nilai ekonomi yang baik.
5.2 Pengajaran Berasaskan Penyelidikan
Arus globalisasi juga membawa kepada autonomi pendidikan yang merujuk kepada pendekatan
pengajaran dan pembelajaran tanpa sempadan yang meliputi pengajaran berasaskan
penyelidikan. Di arus globalisasi ini, negara- negara membangun perlu menyediakan pendidikan
kurikulum dan sukatan program yang berasaskan maklumat terkini hasil penyelidikan yang telah
dijalankan oleh ahli akademik tempatan atau antarabangsa. Pendekatan pengajaran berasaskan
penyelidikan menekankan usaha penyampaian maklumat terkini dan merangsang penjanaan ilmu
baharu. Melalui pengajaran berasakan penyelidikan ini, negara- negara membangun akan
mendapat manfaat di mana banyak penemuan baru yang berbentuk ilmu akan dapat ditemui
melalui penyelidikan dan pembangunan ini. Dengan adanya ilmu ini, negara- negara membangun
boleh mempertingkatkan taraf pendidikan serta kualiti hidup.
Melalui penyelidikan ini juga, bidang pendidikan di negara- negara membangun akan terus
berkembang di mana melalui penemuan- penemuan teori baru akan menyebabkan penyelidik dan
pelajar dari negara- negara maju datang belajar ke negara membangun. Di samping itu juga,
mereka akan melaburkan untuk penyelidikan yang telah dilakukan dan hal ini akan memberi
kemudahan yang sempurna untuk memudahkan penyelidikan kerana telah mempunyai dana yang
mencukupi untuk menjalankan penyelidikan. Selain melaburkan dana, pelabur akan membawa
sekali sumber dan kepakaran untuk membantu melicinkan penyelidikan tersebut dan hal ini
sekali gus akan dapat memajukan negara- negara yang sedang membangun dalam arus
globalisasi kini.
Penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan ini biasanya di lakukan oleh pusat pengajian
tinggi seperti dalam bidang bioteknologi. Dalam bidang ini, penyelidikan amat diperlukan
supaya dapat mempertingkatkan lagi ilmu-ilmu sains dalam bidang pendidikan dan mendapat
penemuan-penemuan baru yang akan mempertingkatkan tahap pendidikan negara sekali gus
dapat dimanfaatkan dalam bidang ekonomi negara-negara yang sedang membangun bagi

membolehkan negara- negara ini bersaing di persada arus globalisasi dan bergerak seiring
dengan negara- negara maju.
5.2 Transnasionalisme dan pendidikan merentasi sempadan
Konsep transnasionalisme ini merujuk kepada perkaitan aktiviti dan saling tindak yang
menghubungkan manusia dengan mana- mana institusi lain tanpa had sempadan negara.[14]
Aktiviti tersebut mungkin dijalankan oleh sebuah kerajaan, Multinational Corporations( MNC)
atau orang perseorangan seperti pendatang asing dan aktiviti ini tidak terhad kepada aktiviti
ekonomi sahaja tetapi termasuklah politik, budaya dan agama. Sistem pendidikan yang bercorak
transnasional dan tanpa sempadan ini juga diistilahkan sebagai suatu pergerakan, sama ada
secara hakiki atau maya dalam kalangan individu seperti pelajar, guru atau pensyarah. Sistem
pendidikan ini melibatkan program akademik berbagai-bagai- bagai disiplin daripada satu negara
kepada negara lain. Perkaitan yang rapat antara globalisasi dan transnasionalisme juga membawa
kepada perkembangan yang pesat dalam urusan antarabangsa dan rangkaian dalam semua bentuk
kehidupan. Pada masa yang sama juga sistem pendidikan ini juga membayangkan bahawa
sempadan antara negara menjadi semakin nipis, akibat kewujudan yang rapat.
Selain itu, melalui transnasionalisme dan pendidikan merentasi sempadan ini juga telah
membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Hal ini kerana bidang pendidikan telah
mengalami evolusi merentasi sempadan di mana konsep pendidikan merentasi sempadan ini
merujuk kepada aktiviti rangkaian hubungan akademik yang terbentuk melalui persetujuan,
projek pembangunan, bantuan/pembiayaan antarabangsa dan inisiatif antarabangsa. Hal ini juga
akan mewujudkan perdagangan dalam perkhidmatan pendidikan yang boleh dikategorikan
sebagai subset kepada pendidikan merentasi sempadan, yang juga merupakan aktiviti dengan
matlamat perdagangan dan keuntungan. Hal ini juga kan turut memberi impak positif kepada
bidang pendidikan di negara- negara membangun di samping mendapat keuntungan daripada
sektor perkhidmatan pendidikan membantu menjana ekonomi negara.

5.3 Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar


Dalam era globalisasi ini, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kerana bahasa
Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Dalam sistem pendidikan di negara- negara
membangun, bahasa Inggeris telah banyak digunakan di mana- mana institusi pendidikan sebagai
bahasa penghantar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Untuk menyediakan siswazah
yang berdaya saing, usaha meningkatkan kemahiran generik mereka, seperti keupayaan
berkomunikasi dan pembinaan jati diri perlu dilaksanakan. Disebabkan oleh arus globalisasi kini,
Untuk menyediakan siswazah yang berdaya saing, usaha meningkatkan kemahiran generik
mereka, seperti keupayaan berkomunikasi dan pembinaan jati diri perlu dilaksanakan.
Penggunaan bahasa Inggeris merupakan suatu

pendekatan yang selari dengan usaha

mengantarabangsakan pendidikan tinggi di negara- negara membangun supaya dapat


menghasilkan modal insan yang berdaya saing dengan negara- negara maju. Penggunaan bahasa
Inggeris boleh menarik pelajar dan ahli akademik luar negara datang belajar dan berkhidmat di
negara membangun dan hal ini akan menggiatkan lagi perkembangan pendidikan di negaranegara membangun di peringkat global. Contohnya di Malaysia terdapat banyak IPTA dan IPTS
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan terdapat ramai pensyarah serta
pelajar luar negara datang belajar di Malaysia. Hal ini seperti yang telah diketahui akan dapat
memperkembangkan lagi perkongsian ilmu dan memperkukuhkan lagi institusi pendidikan di
negara membangun seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, trend ini tidak akan sama sekali
menafikan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan peranannya sebagai
bahasa ilmu.
5.4 Universiti Intensif Penyelidikan
Impak daripada globalisasi ke atas negara membangun dalam aspek pendidikan ialah, universiti
atau institusi pendidikan kini telah memasuki era baharu dengan kewujudan universiti yang
berorientasikan penyelidikan. Universiti yang menekankan penyelidikan ini mengutamakan
penyelidikan dalam aktiviti akademik. Universiti penyelidikan ini juga memberi keutamaan
terhadap penawaran program pengajian pada peringkat pascasiswazah yang dijangka akan
menggiatkan lagi aktiviti penyelidikan. Penyelidikan yang dijalankan di universiti- universiti ini

haruslah berbentuk sepanjang hayat dan hasil penyelidikan biasanya digunakan sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, penyelidikan sebagai kaedah untuk
menjana ilmu pengetahuan baharu harus dilakukan secara berterusan.
Penyelidikan ini harus ditafsirkan sebagai aktiviti sepanjang hayat selaras dengan proses
globalisasi era kini yang dilaksanakan untuk menjana sumber ilmu pengetahuan baharu. Ilmu
pengetahuan akan dapat dikembangkan melalui pemantapan ilmu pengetahuan sedia ada dan
penemuan sumbangan ilmu baharu yang disokong oleh penemuan baharu dalam penyelidikan.
Penyelidikan ini harus dijalankan secara kerjasama pintar dengan berbagai-bagai pihak,
khususnya sektor industri serta antara institusi pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Kerjasama ini akan dapat membuahkan hasil penemuan dalam berbagai-bagai- bagai disiplin
atau penemuan baru yang unik dan memantapkan lagi sistem pendidikan di negara membangun.
Selain itu, melalui universiti intensif penyelidikan impak ke atas negara membangun juga adalah
mempunyai satu trend baharu yang akan di perkukuhkan termasuk aspek pengkomersialan hasil
penyelidikan. Oleh hal yang demikian, penyelidikan yang dijalankan oleh ahli akademik mesti
menekankan potensi pengkomersialan walaupun teknologi yang digunakan masih rendah.
Pengkomersialan tidak terhad kepada produk atau proses berteknologi tinggi sahaja tetapi
menekankan juga produk atau proses yang dapat diketengahkan sebagai komoditi perniagaan.
Melalui universiti intensif penyelidikan ini juga, negara- negara membangun akan dapat
memantapkan proses yang sedia ada untuk menghasilkan produk serta dapat menambah nilai
produk tersebut dengan kos pemprosesan yang rendah.
6.0 Kesan Teknologi kepada negara Membangun Teknologi
Globalisasi sebagai suatu cara untuk menjadikan dunia ini semakin mengecil kerana segala
urusan harian manusia dalam sesebuah negara atau berlainan negara menjadi lebih mudah dan
cepat. Dengan kata lain, globalisasi juga menjadikan jaringan hubungan sosial manusia semakin
aktif dalam keadaan yang maksimum. Teknologi merupakan wadah utama dalam menjayakan
agenda globalisasi ini. Kemajuan dalam bidang teknologi menjadikan akses hubungan, maklumat
serantau menjadi lebih cepat. Maka dengan itu masa boleh dijimatkan oleh manusia dalam
sesuatu urusan.

Daripada globalisasi ini, negara membangun akan banyak menerima impak sama ada
impak positif mahupun negatif. Pengaruh utama dalam bidang teknologi dilengkapkan dengan
adanya Internet[15] sebagai rangkaian yang berperanan aktif dalam menyediakan sistem
perhubungan tanpa wayar yang membolehkan akses maklumat boleh dilayari di mana-mana
sahaja. Kemudahan yang sangat relevan ini menjadi satu trend terkini yang membolehkan ia
diterima oleh semua pengguna di seluruh dunia.
Bukti negara membangun menerima impak daripada revolusi internet ini boleh dilihat
apabila benua Asia merupakan benua yang paling ramai[16] pengguna Internet berbanding
benua-benua lain dalam kajian yang dilakukan pada tahun 2003. Dalam kajian tersebut Benua
Asia yang banyak terdiri daripada negara membangun telah mencatatkan penggunaan internet
tertinggi iaitu seramai 250 juta mengatasi gabungan Amerika Utara dan Amerika Selatan. Ia
membuktikan bahawa globalisasi sangat mempengaruhi negara-negara membangun di Asia
terutamanya Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore dan sebagainya.
Pemindahan teknologi.
Globalisasi yang rancak berlaku dalam revolusi ekonomi kini telah menggalakkan perkongsian
teknologi dalam kalangan negara membangun daripada negara-negara maju. Malaysia contohnya
mengambil inisiatif untuk melakukan kerjasama Strategik dengan Jepun dalam bidang teknologi
dan kebanyakan kerjasama tersebut berkait rapat dengan industri automobil. Hal ini disebabkan
oleh Malaysia yang memiliki perusahaan automobil tersendiri iaitu Perbadanan Automobil
Nasional (Proton). Proton telah mengadakan kerjasama strategik dengan Mitsubishi, Toyota,
Nissan dan sebagainya dari negara Jepun. Dalam kerjasama strategik tersebut pelbagai model
kereta Inspira yang memperlihatkan kejayaan Proton menghasilkan produk bermutu dengan 40
peratus komponen dalam penghasilan Proton Inspira adalah komponen tempatan.

Selain itu, Proton juga telah memeterai Memorandum Persefahaman (Mou) bersama Nissan
untuk sama-sama mengendalikan kajian kemungkinan menilai peluang-peluang baru dan ia juga
bertujuan untuk mengukuhkan lagi daya saing bersama dalam pasaran global. Kerjasama tersebut

akan memberi tumpuan kepada perkongsian teknologi dan ia seiring dengan daya saing global
pada masa sekarang.
Di sini dapat dilihat kebaikan globalisasi terhadap negara membangun seperti Malaysia kerana
tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi dalam menghasilkan produk yang bermutu.
Pemindahan teknologi akan memberikan kelebihan iaitu dengan hanya membeli teknologi yang
sedia ada serta dimanfaatkan dalam produk tempatan.
Kajian sendiri boleh dilakukan oleh sesebuah negara sebenarnya tetapi ia memerlukan
perbelanjaan besar di samping persaingan sengit dari produk lain di serata dunia dan hal tersebut
akan merugikan sesebuah negara kerana barangan yang dikeluarkan akan berhadapan dengan
krisis kualiti di mana kualiti adalah suatu aspek yang sangat dipentingkan oleh pengguna.
Dalam pada itu juga, globalisasi memberikan impak kepada peredaran maklumat di seluruh
dunia. Dengan adanya proses globalisasi bidang teknologi semakin maju dan maklumat bolen
tersebar di seluruh dunia dengan jangka masa beberapa saat sahaja. Hal ini memberikan impak
positif terutamanya kepada negara membangun. Penyebaran maklumat yang cepat dan tepat ini
membolehkan kegiatan ekonomi dan jaringan sosial negara membangun setanding dengan
negara maju yang lain. Jika dahulu perhubungan hanya melalui surat-menyurat, tetapi sekarang
ia nyata lebih efektif dengan penggunaan e-mel, laman sosial, blog dan sebagainya akan
mempercepatkan penyebaran maklumat contohnya maklumat mengenai bencana alam seperti
Tsunami di Indonesia, gempa bumi di Haiti dan sebagainya. Maklumat tersebar menyebabkan
bantuan dihulurkan dengan cepat kerana negara-negara lain mudah menerima maklumat dan
menyediakan peralatan yang diperlukan. Hal ini akan mewujudkan satu lagi globalisasi bencana
dan globalisasi bantuan bencana.

7.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, globalisasi ini bukan sahaja memberi impak yang positif terhadap
negara- negara membangun seperti Malaysia malah turut meninggalkan impak negatif terhadap
bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan bidang- bidang lain dalam kehidupan manusia.
Dalam aspek positif, globalisasi telah menyumbangkan peningkatan kepada pertumbuhan serta
perkembangan bidang ekonomi, politik, pendidikan, budaya di Malaysia. Namun di sebalik
peningkatan dan kemajuan yang di nikmati dalam arus globalisasi kini pelbagai masalahmasalah yang telah di hadapi oleh negara- negara sedang membangun. Terdapat pelbagai isu- isu
yang timbul akibat perkembangan pesat globalisasi kini dan ia banyak meninggalkan impak yang
negatif kepada Malaysia seperti kegawatan ekonomi, penjajahan ekonomi baru, iklim politik dan
budaya tempatan. Oleh itu, tranformasi ekonomi negara perlulah dilakukan seacara holistik
melalui langkah yang pragmatik bagi mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi
memantapkan ekonomi negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain itu,
aspek tadbir urus negara haruslah dimantapkan dalam mengharungi arus globalisasi bagi
mewujudkan amalan pentadbiran yang telus, cekap malah lebih tersusun dalam meneruskan
agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat seperti yang terkandunng dalam Pelan
Integriti Nasional (PIN). PIN bermatlamat untuk mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan
dan salah guna kuasa, memantapkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan demi menjadikan
malaysia sebagai kuasa baru asia yang berpendapatan tinggi, berdaya saing dan produktif dalam
mengharungi arus globalisasi.

Bibliografi

Abd.Rahim Abd Rashid, 2006. Agenda Perubahan Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya.
Kuala lumpur: Utusan Publication dan Distributors Sdn Bhd.
Edmund OSullivan, 2007.PEMBELAJARAN TRANSFORMASI: Wawasan Pendidikan Abad Ke21. Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn. Bhd
Hadi Soesastro, Aida Budiman, Ninasapti Triaswati, Armada Alisjahbana dan Sriadiningsih.
2005. Pemikiran dan Permasalah Ekonomi di Indonesia dalam Setengah Abad Terakhir.
Yogyakarta: Penerbit Kanisius (Anggota IKAPI)
Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, 2007. Globalisasi Media dan Budaya Antara Hegemoni Barat
Dengan Kebangkitan Asia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
Mohd Azizuddin Mohd Sani & at el, 2004. Globalisasi Dalam Perspektif: Isu dan Cabaran, IBS
BUKU SDN. BHD: Kuala Lumpur, hlmn 35.
Mohd Taib Othman, 2004, Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu Kemasyarakatan, Penerbit
Universiti Malaya.
http://www.me.gov.my/ict/ict04.htm
pt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Bab3.pdf
http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme

[1] Mohd Azizuddin Mohd Sani & at el, (2004). Globalisasi Dalam Perspektif: Isu dan
Cabaran, IBS BUKU SDN. BHD: Kuala Lumpur, hlmn 35.

[2] Sri Murtono, Hassan Suryono dan Martiyo 2006. Pendidikan Kewarganegaraan. Hlm 68

[3] Ibid I

[4] Hadi Soesastro,et.al, 2005. Pemikiran dan Permasalahan Ekonomi di Indonesia dalam
Setengah Abad Terakhir. Hlm 48.

[5] Edmund OSullivan, 2007. Pembelajaran Transformasi : Wawasan Pendidikan Abad Ke-21,
hlm 136.

[6] Ibid I hlm 136

[7] Ibid II hlm 136

[8] http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme

[9] Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, Globalisasi Media dan Budaya Antara Hegemoni Barat
Dengan Kebangkitan Asia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,2007,hal 52

[10] Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, Op.cit. hal 42

[11] Mohd Taib Othman, 2004, Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu Kemasyarakatan, Penerbit
Universiti Malaya, hlmn 7.

[12] http://www.me.gov.my/ict/ict04.htm

[13] http//pt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Bab3.pdf

[14] Ibid

[15]

singkatan

perkataan bahasa

Inggeris; inter-network

ialah rangkaian

komputer yang

berhubung menerusi beberapa rangkaian. Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet.
Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

[16] Globalisasi Media dan Budaya, Lim Kim hui dan Har Wai Mun hlm. 423
http://globalisasi12.blogspot.com/2012/12/kesan-globalisasi-ekonomi.html

Você também pode gostar