Você está na página 1de 10

1

SINOPSIS

Jurnal yang bertajuk Satu Kajian Awal Pendidikan Kerjaya di Sekolah Menengah ini di jalankan
oleh sekumpulan pensyarah North Carolina State University iaitu S.R Ting, Y.F. Leung,
K.Stewart, A.C. Smith, G.L. Roberts dan S. Dees.

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah dalam daerah Southeastern, Amerika Syarikat.
Kajian ini dilaksanakan dengan menjalankan satu program yang bernama The GIMS iaitu satu
program kerjaya sepanjang tahun dan dijalankan dari tahun 2007 hingga 2010 dengan hasil
kerjasama penyelidik, kaunselor sekolah menengah dan guru-guru sains. Program The GIMS ini
diselaraskan dengan teori Super iaitu mencadangkan kanak-kanak berusia sekitar 12 hingga 14
tahun dibangunkan keupayaan mereka dan berada dalam peralihan kealam penerokaan. Selain
itu, kajian inii juga menggunakan ujian pra dan ujian pos dengan menggunakan The Student
Science Education Program Survey ( SSEPS ) dan The Student Satisfaction Survey.

The GIMS ini melalui empat peringat, iaitu pada peringkat pertama, pelajar yang terlibat
dalam program ini di dedahkan dengan penerangan imej dan penerokaan kendiri . Tema bagi
peringkat pertama ini adalah ikatan dan memahami diri.

Pada peringkat kedua dan ketiga pula, bermulanya pendedahan kepada pelajar mengenai
kebolehan diri, nilai diri, membina matlamat, meningkatan pengetahuan mengenai geosains dan
sumber asli. Aktiviti yang dijalankan di peringkat ini ialah pelajar perlu mendapatkan bahan
kerjaya daripada ONET ( Occupation Information Network ), pelajar menjawab ujian atas talian
Career Key bagi mengetahui minat kerjaya dan pelajar didedahkan dengan cara menggunakan
aktiviti di sekolah seperti Discover- Middle School sebagai tugasan rumah mereka.

Pada peringkat ke empat, pelajar dibawa melawat agensi geosains, muzium sains dan
menghadiri ceramah berkaitan geosains dan sumber asli. Tumpuan pembelajaran adalah hasil
daripada model peranan dan membangunkan tentatif pelan pilihan kerjaya.
Komponen yang ada dalam program The GIMS ini terbahagi kepada dua iaitu
penggayaan sains dan keibu bapaan. Dalam penggayaan sains, pelajar didedahkan dengan kajian
lapangan geologi, kemahiran teknologi geospatial dan kesan manusia ke atas alam semula jadi.
Bagi aktiviti ini pelajar di bahagikan dalam kumpulan kecil antara lapan hingga sepuluh orang.
Ia dikendalikan oleh penyelidik, guru sekolah dan mahasiswa geosains.

Dalam komponen keibu bapaan pula adalah penting kerana sokongan mereka dapat
membantu pelajar menyiapkan tugasan di rumah dan membantu ketika lawatan lapangan dan di
kem musim panas ( pada peringkat ke empat ).

Kesimpulannya, program The GIMS ini mampu meningkatkan pengetahuan pelajar


dalam bidang sains dan secara tidak langsung telah membuka peluang peajar untuk menceburi
bidang geosains.

PENDAHULUAN

Kajian yang dijalankan adalah kajian kualitatif iaitu kajian tindakan. Definisi kajian tindakan
secara amnya merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu
mahupun bersama pengamal lain untuk mengubah dan menambah baik amalann sedia ada
( Noraini Idris, 2010 ). Dalam kajian tindakan ada beberapa model kajian tindakan. Dalam kajian
ini dilihat penyelidik menggunakan Model Kajian Tindakan Somekh ( 1989 ). Model kajian ini
mempunyai lapan fasa iaitu mengenalpasti masalah atau fokus yang diminati, mengumpul data,
menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan,

mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenalpasti
fokus penyelidikan yang baru.
Untuk itu kajian ini dilaksanakan hasil daripada beberapa kajian lepas yang melihat
bahawa pendidikan kerjaya di sekolah menengah mengalami beberapa kengkangan untuk
dilaksanakan. Antaranya kengkangan kewangan pihak pejabat pendidikan daerah untuk
menjalankan aktiviti perkembangan kerjaya di sekolah dan tugas kaunselor di sekolah juga tidak
tertumpu kepada kerjaya sahaja malah banayk kerja lain yang perlu dilaksanakan oleh kaunselor.
Faktor ke dua, kerjasama sekolah dan masyarakat dilihat sangat positif dalam mebantuu sekolah
dalam menggalakkan kejayaan akademik dan persediaan pelajar untuk kehidupan yang lebih
positif. Faktor yang ketiga, perlaksanaan STEM ( promotion Science, Technology Engineering
and Mathematics ) di peringkat sekolah menengah. Antara tujuan STEM ialah mahu pelajar
mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut dan melahirkan pekerja mahir
dalam bidang tersebut. Namun begitu, kesan negatif pelaksaaan STEM kepada pelajar yang
lemah ialah mereka kekurangan tempat di universiti dan enrolmen universiti menunjukkan
kekurangan pelajar, ini akan menyebabkan kesan kepada ekonomi negara kerana tidak dapat juga
melahirkan tenaga kerja mahir dalam empat bidang tersebut.

Hasil dapat kajian lain, punca pelajar sekolah menengah kurang pendedahan mengenai
maklumat kerjaya kerana mereka tidak pernah merancang pelan kerjaya, tidak berbincang
dengan kaunselor mengenai kerjaya yang ingin mereka ceburi menyebabkan pengetahuan
mereka terhadap sesuatu kerjaya adalah terhad. Malah ada pelajar pula hanya memikirkan
tentang kerjaya selepas mereka keluar dari alam sekolah menengah. Maka cadangan ibu bapa
agar setiap sekolah menjalankan aktiviti kerjaya supaya pelajar celik kerjaya.

Artikel yang diterbitkan ini juga dilihat lengkap dengan sorotan kajian literatur kajian
lepas dan setiap rujukan kajian dipetik daripada bahan atau data berwasit dan mempunyai
rujukan bibliografi yang tepat.

BIDANG KAJIAN

Bidang kajian ini fokus kepada kerjaya di bidang Geosains dan Sumber Asli. Untuk itu, pelajar
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Geosains dan Sains serta
membuat perancangan kerjaya.

SUBJEK KAJIAN

Populasi merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek yang
dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat yang sama antara satu
dengan lain. Tiap-tiap individu atau objek dalam sesuatu populasi mungkin berbeza dalam
banyak segi, namun tiap-tiap individu mestilah mempunyai tidak kurang daripada satu ciri yang
sama ( Mohd.Majid Konting, 1990 ).

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar sebuah sekolah menengah di daerah
Southeastern, Amerika Syarikat. Seramai satu ratus empat puluh pelajar termasuk kaum minoriti
yang mendaftar tetapi hanya 128 pelajar telah mengambil bahagian. Walaupun begitu hanya 80
orang pelajar yang telah berjaya menamatkan program setiap tahun. Pecahan kaum bagi jumlah
80 orang pelajar itu adalah 51 orang pelajar kulit putih,14 orangg pelajar Amerika Afrika,10
orang pelajar rakyat Amerika Asia, 4 orang pelajar Hispanik, dan seorang pelajar Asli Amerika.
Maka dapatlah disimpulkan hanya 80 orang pelajar ini adalah sebagai sample kajian. Kajian ini
dijalankan dari tahun 2007 hingga 2010.

ALAT KAJIAN

Alat kajian itu sama juga dengan alat ukur. Alat ukur adalah penting bagi mencapai objektif
sesuatu penyelidikan. Alat ukur menentukan sama ada data dan maklumat seterusnya dapat
diperolehi atau tidak. Alat ukur yang sempurna akan mengukur dengan tepat sesuatu pemboleh
ubah yang hendak diukur ( Mohd.Majid Konting, 1990 ).
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan The Student Science Education Program
Survey ( SSEPS ) yang dibina oleh Burroughs Wellcome Fund, 2005. Instrumen SSEPS
mempunyai 15 item dan menggunakan skala likert. Konstruk instrument ini ada tiga iaitu
meningkatkan kecekapan pelajar dalam mata pelajaran sains, memupuk semangat pelajar dalam
mata pelajaran sains dan minat pelajar dalam kajian sains dan kerjaya berkaitan sains. Selain
daripada itu, dalam SSEPS juga ada beberapa soalan berkaitan demografi dan satu soalan terbuka
untuk ulasan.
Selain itu Soal Selidik Kepuasan Pelajar juga digunakan. Soal selidik ini terdiri daripada
8 perkara dan juga menggunakan skala likert iaitu mata 5 untuk sangat baik, mata 4 untuk baik,
mata 3 tidak pasti, mata 2 kurang baik dan mata 1 sangat kurang baik.

ANALISIS DATA

Data dikumpulkan untuk ujian kecekapan sains dikumpulkan dua kali iaitu sebelum lawatan
lapangan sains yang pertama pada bulan September dan selepas perjalanan medan terakhir pada
bulan November. Kesemua data yang diperolehi dikumpul dan diproses dengan menggunakan
perisian Statistical Package For Social Sciences ( SPSS ) iaitu perisian yang lazim digunakan
pengkaji sains sosial dalam menganalisis data.

DAPATAN KAJIAN

Dalam konstruk pertama, Meningkatkan Kecekapan Pelajar Dalam Matapelajaran Sains; hasil
kajian pelajar pada tahun pertama menunjukkan 84% pelajar bersetujubagi item 1a, 76% pelajar
bersetuju bagi item 1b dan 76% pelajar bersetuju bagi item 1c. Dapat kajian bagi pelajar tahun
kedua pula, 81.2% pelajar bersetuju dengan item 1a, 75% pelajaar bersetuju bagi item 1b dan
87.5% pelajar bersetuju bagi item 1c. Maka bagi soalan 1c nampak peningkatan pelajar berkaitan
dengan penggunaan bebebrapa perkara daripada program yang mereka ikuti ke dalam kelas sains
mereka. Bagi dapatan pelajar tahun ketiga, memperlihatkan 81.2% pelajar bersetuju bagi item 1a,
75.8% pelajar bersetuju dengan item 1b dan 87.5% pelajar bersetuju dengan item 1c.

Dalam konstruk kedua, Memupuk Semangat Pelajar Dalam Matapelajaran Sains; pada
tahun Pertama, dapatan kajian 64%pelajar bersetuju bagi soalan 1d, 72% bersetuju bagi item 1e,
48% pelajar bersetuju bagi item 1f dan 92% pelajar bersetuju dalam item 1g. Pada tahun Kedua,
dapatan kajian 75.8% pelajar bersetuju bagi soalan 1d ( meningkat daripada dapatan pelajar
tahun pertama ), 56.8% bersetuju bagi item 1e, 34.4% pelajar bersetuju bagi item 1f dan 75.9%
pelajar bersetuju dalam item 1g. Bagi item 1e,1f dan 1g pelajar tahun dua lebih rendah daripada
pelajar tahun pertama. Pada tahun Ketiga, dapatan kajian 75%pelajar bersetuju bagi soalan 1d
( turun sedikit daripada pelajar tahun kedua ), 68.8% bersetuju bagi item 1e ( meningkat
berbandingg pelajar tahun kedua ), 62.5% pelajar bersetuju bagi item 1f ( sekali ganda dari
dapatan pelajar tahun kedua ) dan 75% pelajar bersetuju dalam item 1g.

Dalam konstruk ketiga, Minat Pelajar Dalam Kajian Sains dan Kerjaya Berkaitan Sains.
Dapatan kajian bagi pelajar tahun pertama, 56% pelajar bersetuju dengan item 5, 48% pelajar
bersetuju dengan item 6, 48% pelajar bersetuju dengan item 7. Bagi dapatan pelajar tahun Kedua
pula, item 5 dilihat mengalami peningkatan iaitu 62.5 % pelajar bersetuju, item 6 juga 62.5%,
juga mengalami peningkatan dan item 7 , 37.5% dilihat ada penurunan daripada pelajar tahun

Pertama. Dapatan kajian pelajar tahun Ketiga, bagi item 5 dan 6 adalah sebanyak 62.5%, dan
item 7 sama seperti pelajar tahun Kedua iaitu 37.5%.

Dapatan Kajian Kepuasan Pelajar pula, bagi tahun Pertama, menunjukkan maklum balas
positif terhadap program ini, 100% pelajar bersetuju bahawa mereka mempunyai pengalaman
yang positif dalam program geologi. Skor min semua item kepuasan adalah 4 daripada 5 skala
mata kecuali bagi lawatan GIS ( aktiviti lapangan sebanyak 3.87 dan lawatan 3.43 ). 75% pelajar
menyatakan unsur-unsur program sangat bagus termasuklah makmal GIS ( 81.3% ), dua lawatan
lapangan geologi ( 75% dan 93.8% ) makmal geologi ( 75.3% ) program geologi 100% dan 75%
untuk kem musim panas. Bagi pelajar tahun Kedua, keputusannya sama dengan tahun Pertama
tetapi lawatan GIS lebih tinggi iaitu 4.05, lawatan ke muzium sains dan agensi geosains 4.23 dan
skor makmal GIS adalah rendah iaitu sebanyak 3.85 sahaja. Bagi pelajar tahun Ketiga pula,
keputusan yang sama dengan dua tahun pertama kecuali kepuasan GIS iaitu lawatan sambil
belajar skornya lebih tinggi iaitu 4.00 dan lawatan lapangan geologi 4.37.

PERBINCANGAN

a) Kekuatan
Hasil kajian ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang sains, kerjaya
dalam lapangan sains dan boleh membuat perancangan kerjaya sendiri. Pelajar yang
terlibat juga boleh berkongsi maklumat yang mereka dapat dengan rakan yang lain
supaya rakan-rakan yang lain juga mampu membuat perancangan kerjaya mereka.

b) Kelemahan

Program The GIMS ini melalui beberapa peringkat dan memerlukan jangkamasa yang
lama. Maka secara tidak langsung ia juga memerlukan kewangan yang besar. Ia akan
memberi kesan kepada sekolah untuk menyediakan kos perbelanjaan dan sekiranya kos
tersebut ditanggung oleh ibu bapa pelajar pula, ada kemungkinan pelajar yang berlatarkan
ekonomi sederhana atau rendah tidak dapat mengikuti program ini. Secara tidak langsung
program ini hanya boleh diikuti bagi pelajar yang mampu sahaja dan golongan ini sahaja
akan mendapat pendedahan kerjaya.
c) Cadangan
Melantik atau menyediakan seorang kaunselor kerjaya bagi menangani isu ini dan
kaunselor ini bertindak untuk merancang program kerjaya yang bersesuaian dengan
pelajar mereka. Selain itu, seeloknya program khas berkaitan perkembangan kerjaya ini
perlu dirancang dari pihak atas dan dilaksanakan di sekolah menengah, secara tidak
langsung pihak atas yang menyediakan kos pelaksanaan program tersebut.

REFLEKSI PENGANALISIS JURNAL


Saya melihat kajian ini sangat bagus kerana ia mahu membantu pelajar celik akal dalam
membuat pilihan kerjaya dari awal. Apabila pelajar telah mendapat celik akal pelajar mampu
merancang pelan kerjaya termasuklah perancangan akademik selepas alam sekolah menengah.
Cuma bagi saya, sekiranya program ini ingin diaplikasi di Malaysia, beberapa
penambahbaikan perlu disesuaikan dengan sistem pendidikan di Malaysia.

KESIMPULAN

Program The GIMS yang dilaksanakan oleh penyelidik dengan kerjasama kaunselor sekolah dan
guru sains dilihat berjaya kerana ia mampu membantu pelajar mendapat pengetahuan mengenai
kerjaya di bidang sains, maklumat mengenai geosains dan sumber asli, halatuju kerjaya pilihan,
mengetahui minat kerjaya dan boleh merancang halatuju kerjaya sendiri. Sokongan kerjasama
sekolah dan masyarakat pula dilihat mampu mengintegrasikan pembangunan kerjaya dan
penggayaan sains, ini juga mampu membuatkan pelajar berminat dengan STEM iaitu program
yang dilaksanakan oleh bahagian pendidikan Amerika Syarikat.

RUJUKAN
1. Amla Mohd Salleh ( 2010). Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Penerbit
UKM. Bangi.

10

2. Hairunnaja Najmuddin ( 2006 ). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan dan Kerjaya.


Siri Kaunseling. PTS Publication. Bentong.
3. Mohd.Majid Konting ( 1990 ). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
4. Noraini Idris ( 2010 ). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mac Graw Hill Education.
5. Sidek Mohd Noah ( 2002 ).Reka Bentuk Penyelidikan. Falsafah, Teori dan Praktis.
Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang.
6. S.R Ting at.el ( 2012 ).A Preliminary Study of Career Education in Middle School. Jurnal
of Career and Technical Education, vol.27, No.2, Winter. Pages 84 97.

Você também pode gostar