Você está na página 1de 4

Artikel Merdeka:

"Sejarah Penciptaan Bendera Malaysia"


Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis
Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang
dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan
Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam
tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera
dipilih ke peringkat akhir.

Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11
bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11
bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka
bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketigatiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail.
Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai
memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di
Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Fakta: Bendera Malaysia dicipta berdasarkan Bendera Johor


Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950
Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh
Pemangku Ketua Setiausaha Negara.

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19
Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam
majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British
pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh
D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu
Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu
reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah
Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi
menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Keluaran Khas Kemerdekaan, 30 Ogos 2008


Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah
dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya
Melaysia pada 16 September, 1963.
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun
jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur
dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam
Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

SEHATI SEJIWA SEBANGSA :

KITA ANAK MALAYSIA!

Tanggal 31 Ogos tahun ini genap 58 tahun negara kita mencapai kemerdekaan,
petanda negara sudah dewasa seharusnya juga jiwa dan pemikiran kita sebagai
rakyatnya. Kedatangan bulan Ogos setiap tahun yang begitu sinonim sebagai bulan
kemerdekaan negara, bulan memperkukuhkan jati diri dan semangat patriotisme.
Melalui semangat cintakan Negara akan dapat membentuk kearah pembinaan negara
bangsa yang bersatu padu. Sehati sejiwa tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini
menggambarkan seribu satu makna bagi bangsa Malaysia yang berbilang kaum.
Keharmonian dan perpaduan hidup bermasyarakat adalah teras utama yang memacu
negara kita untuk terus mengorak langkah kehadapan.
Generasi pasca merdeka, dilahirkan dapat menghirup udara kebebasan, dilimpahi
curahan kemewahan kehidupan. Saat mata memandang ke atas, KLCC sudah mencacak
tinggi melangit. Hakikatnya, kita generasi pada hari ini tidak melalui kesusahan,
kepayahan dan kegentiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan British
mahupun zaman pendudukan tentera negara matahari terbit pada Perang Dunia Kedua.
Semangat cinta akan negara atau patriotisme dalam kalangan kita dikatakan semakin
luntur.
Perubahan ini mencerminkan kurangnya penghayatan erti kemerdekaan yang sebenar,
ada yang menggagap tarikh 31 Ogos hanyalah satu cuti umum semata-mata. Lebih
menyedihkan saban tahun kita dapat menyaksikan peningkatan jumlah maksiat pada
malam hari kemerdekaan. Ini amat membimbangkan kerana kita adalah generasi yang
akan mewarisi tampuk pemerintahan pada hari ini, aset terpenting negara. Kata Saidina
Umar RA:
Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda
pada hari ini. Kita perlu sedar semangat cinta akan negara tidak akan datang dengan
sendirinya tanpa pemahaman jalur sejarah negara, semangat ini perlu dididik.
Islam sebenarnya telah menggariskan beberapa penekanan untuk memastikan
kelangsungan kemerdekaan yang dikecapi. Nilai dan semangat patriotik cukup banyak
dipersembahkan melalui pengkisahan daripada al-Quran dan hadis. Sebagai contoh, lihat
sahaja kisah yang menggambarkan semangat cintakan tanah air oleh Nabi Ibrahim AS
sebagaimana yang dirakamkan di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 126. Dan
ingatlah ketika Ibrahim berdoa: Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman
sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di
antara mereka kepada Allah dan hari kemudian.

Malah dalam pembentukan Piagam Madinah oleh Nabi Muhammad SAW disebut
dengan jelas jika Madinah diancam, maka menjadi kewajipan setiap warga untuk
mempertahankannya.
Dalam konteks Malaysia, negara telah melahirkan ramai tokoh pejuang
kemerdekaan yang boleh dijadikan suri teladan. Tidak akan lahir seorang Tok Janggut jika
tidak ada rasa sayang kepada tanah air, tidak akan bangun seorang Abdul Rahman
Limbong jika tiada cinta kepada tanah ibu pertiwi. Mereka, golongan inilah yang patut kita
contohi. Pergolakan di beberapa buah negara pada hari ini seharusnya dijadikan iktibar
buat kita. Semangat juang rakyat mereka dalam mencapai sebuah keamanan
menunjukkan betapa peritnya dijajah di tanah air sendiri.
Justeru, kita harus sedar disebalik kelegaan hembusan nafas kita pada hari
ini terdapat jutaan pengorbanan generasi datuk nenek kita yang telah berjuang untuk
memastikan anak cucu mereka dapat hidup dalam suasana aman, bebas, makmur dan
merdeka. Kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini bukan datang secara percuma.
Negara terpaksa berhempas pulas selama 446 tahun untuk kembali merdeka bermula
dengan kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada 1511. Kini
kita baru merasai nikmat kemerdekaan ini selama 58 tahun.

Sanggupkah kita menggadaikan kemerdekaan ini sekali lagi?

Você também pode gostar