Você está na página 1de 2

ADAB BERNEGARA

Apakah itu NEGARA?


Kawasan tertentu yang didiami oleh masyarakat tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan.

ADAB-ADAB BERNEGARA
1. Menjaga nama baik negara
Menjadi tanggungjawab setiap warganegara.
Mengharrumkan nama negara di peringkat antarabangsa
dengan mencapai kecemerlangan.
Tidak memburukkan imej negara
2. Cinta kepada negara
Kita wajib cinta pada negara dengan tidak merelakan
negara dirosakkan atau dibinasakan.
Adik-adik, bagaimanakah cara untuk kita melahirakan rasa
cinta kepada negara kita?
i.
Mempertahankan negara jika diancam musuh
ii.
Beusaha memajukan negara
iii.
Memupuk perasaan cinta pada negara dengan
meningkatkan semangat patriotisme dalam diri setiap
rakyat Malaysia.
3. Memelihara Keamanan

Sebagai rakyat Malaysia segala keamanan yang kita kecapi sejak


merdeka perlu dipertahankan dan dikekalkan.

Menghindari perkara yang boleh memporak-perandakan negara


demi mengekalkan keharmonian yang kita sedang nikmati.
4. Berbakti kepada Negara

Berbaktilah dengan memberikan pelbagai sumbangan kepada


negara mengikut kemampuan dan kebolehan kita.

1)
2)
3)
4)
5)

Adik-adik, tahukah, bagaimana cara kita untuk menjadi


warganegara yang cemerlang?
Beriman dan bertakwa
Berdisiplin dan patuh pada arahan ketua
Bersabar menaggung kesusahan
Memiliki semangat perjuangan dan jihad yang tinggi dan
berani
Mempunyai ketahanan dan kekuatan mental dan fizikal serta
tidak mudah menyerah kalah

FAEDAH MENJAGA ADAB BERNEGARA

Negara akan semakin maju

Apabila negara aman, rakyat akan menumpukan kepada usaha


pembangunan negara.

Rakyat dapat bekerja dengan baik dan tekun.


Nama negara harum di mata dunia
Keamanan dan kemajuan yang dicapai menjadikan negara sebagai contoh
terbaik kepada negara lain.
Negara selamat daripada ancaman musuh
Kecintaan kepada negara akan melahirkan rakyat yang sanggup berkorban
mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Semangat patriotisme yang tinggi dapat mempertahankan kedaulatan dan
keamanan negara.

Você também pode gostar