Você está na página 1de 12

TOPIC: 5

AIR CONDITIONING
SYSTEM (part 1)
RAFIKULLAH DERAMAN
Lecturer, Civil Engineering Department

Hasil Pembelajaran:

Di akhir sesi pembelajaran pelajar dapat:


Menjelaskan prinsip asas sistem penyaman
udara

Pengenalan
Penyaman udara proses menghawa dingin
ruang tertutup dan tempat.
Udara didinginkan dengan mengubah suhu
udara, kelembapan, pertukaran udara (airchange), ketulenan udara (purified air) dan
pengedaran udara bagi mencapai keperluan
khusus sesebuah ruang.

Penyaman udara mungkin diperlukan di


dalam bangunan yang mempunyai haba yang
tinggi, akibat suhu dalaman yang tinggi.
Kenaikan haba disebabkan oleh sinaran solar
atau kenaikan faktor dalaman seperti
penghuni bangunan, lampu dan mesin/
peralatan pejabat/ bangunan .
Rajah berikutnya menunjukkan beberapa
kenaikan haba yang biasa berlaku dalam
sesebuah ruang.

Jika suhu di dalam ruang meningkat kepada kira-kira 25o C maka


penyaman udara mungkin diperlukan untuk mengekalkan tahap
keselesaan.

Sistem Penyejukan (Refrigeration)


Sistem penyejukan terdiri daripada 4 komponen asas iaitu
pemampat, gelung penyejat, gelung pemeluwap dan injap
pengembangan. Keempat-empat komponen ini disambung
antara satu sama lain menggunakan paip logam yang diisi
dengan refrigerant.
Gas refrigerant (disebut gas freon) adalah gas kimia yang
mempunyai gabungan atom karbon, klorin dan flouorin. Jenis
gas refrigerant yang terdapat di pasaran seperti R12, R22,
R143, R401 dan R501. Gas R12 dan R22 telah mula
dihentikan penggunaannya kerana ia menyumbang kepada
penipisan ozon bumi.

Theori Asas Penyaman Udara


Pengukuran Haba
BTUH digunakan untuk mengukut haba. 1 BTUH (0.3watt) merujuk
kepada haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu air sebanyak 1 lb
(0.45g) oleh 1oF (1oC) pada ketinggian aras laut.
Penghawa Dingin
Cecair yang digunakan sebagai medium untuk memindahkan haba
dari satu tempat ke tempat lain dalam sistem penyaman udara. Dalam
kebanyakan sistem penyaman udara sistem gas Furion 12 digunakan
(tidak mudah terbakar), mudah untuk mengendalikan, dan tidak
bertindak balas dengan bahan-bahan lain seperti paip keluli dan logam.

Kitaran Sistem Penyejukan

Cara kerja sistem penyejukan;


1. Sebaik sahaja pemampat dihidupkan, ia akan menarik
menyedut refrigerant dari gelung penyejat dan
memampatkannya ke gelung pemeluwap.
2. Suhu gelung penyejat akan menjadi sejuk manakala gelung
pemeluwap pula akan menjadi panas.
3. Kipas pada gelung penyejat menarik udara luar ke gelung dan
udara sejuk terhasil.
4. Kipas pada gelung pemeluwap menarik udara luar ke
mengurangkan suhu refrigerant dalam gelung.
5. Refrigerant bertekanan tinggi yang keluar dari gelung
pemeluwap akan bertukar menjadi refrigerant bertekanan
rendah.
6. Apabila suhu bilik telah cukup sejuk, thermostat akan
mematikan pemampat.
7. Apabila suhu bilik naik melebihi tahap sejuk yang dikehendaki,
thermostat akan menghidupkan pemampat semula.

Fungsi-fungsi komponen sistem penyejukan adalah:


1) Pemampat
Menyedut refrigerant dari gelung penyejat dan kemudian memampatkannya
ke gelung pemeluwap.
Pemampat biasanya digerakkan oleh motor elektrik.
Pemampat biasanya dikawal oleh thermostat yang mengukur suhu udara
bilik.
Sekiranya suhu bilik telah cukup sejuk, thermostat akan mematikan
pemampat.
2) Gelung penyejat
Bentuknya seperti radioator kereta, terdiri daripada gelungan paip tembaga
atau aluminium yang dilitupi dengan sirip aluminium yang dipasang rapat.
Gelung penyejat berfungsi untuk menyerap haba udara yang ditiup masuk
oleh kipas.
Udara yang keluar dari gelung penyejat adalah udara sejuk.

3) Gelung pemeluwap
Bentuknya seperti radioator kereta, terdiri daripada gelungan
paip tembaga atau aluminium yang dilitupi dengan sirip
aluminium yang dipasang rapat.
Gelung pemeluwap berfungsi untuk mengurangkan suhu
refrigerant yang sedang berada pada tekanan tinggi selepas
keluar dari pemampat.
4) Injap pengembangan
Berfungsi untuk menukarkan tekanan refrigerant dari tekanan
tinggi ke tekanan rendah dengan mengehadkan laluan
refrigerant ke gelung penyejat.

Você também pode gostar