Você está na página 1de 4

1 QPP [kurikulum]

SMK Sri Bestari adalah sekolah premier. Sekolah band 5. Pencapaian PMR dan
SPM adalah sekata dengan perubahan naik-turun dalam lingkungan 3 peratus sejak
5 tahun yang lepas. Mengikut masyarakat pencapaian murid adalah sumbangan
faktor luar iaitu tusyen . Pandangan komuniti terhadap sekolah semakin negatif
disebabkan kualiti P&P yang rendah dan semakin merosot . Tiga orang Pengetua
berkhidmat di sekolah ini dalam tempoh lima tahun ini dan GPK 1 telah berkhidmat
di sekolah ini sejak tahun 2000 (bekas pelajar NPQH)
o Hampir setiap hari ada guru tidak hadir ke sekolah atas alasan terlibat dalam
program PPD, JPN, KPM dan sakit. Sistem relief ada tetapi pelajar tidak suka
kerana guru tinggalkan latihan ( ujian formatif daripada buku rujukan) - tidak
dapat bantuan daripada guru ganti (relief)
o Waktu luang dihabiskan di kantin , borak dengan rakan, baca surat khabar,
google-on-line newspaper, suasana bilik guru lelaki tidak kemas (bilik guru
lelaki berasingan)
o Beberapa orang guru aktif dalam perniagaan MLM (edar katalog)
o 60% guru adalah dalam lingkungan umur kurang 30 35 tahun , pengalaman
mengajar dalam lingkungan kurang 10 tahun. Di bilik guru II (perempuan)
guru-guru duduk dalam kumpulan (team) ikut tahun masuk sekolah, senior,
kawan dan bangsa . Suasananya bersih tetapi dari segi perbualan
profesionalismanya tidak jauh beza dengan bilik guru I.
Anda ditukarkan ke sekolah SMK Sri Bestari sebagai GPK 1 i.
i. Apakah perubahan-perubahan yang akan anda lakukan
ii Bagaimanakah akan anda lakukan perubahan.
Jelaskan tindakan-tindakan yang anda akan ambil bagi menerajui perubahan di
sekolah berkenaan (Menggunakan Model Kotter)

Zero to Hero [HEM]


SMJK Sri Gemilang adalah sekolah bandar. Terletak di tepi jalan utama. 75 0%
pelajar sekolah adalah pelajar cina. Dari segi akademik sekolah band 6 tetapi pada
setiap tahun bilangan pelajar mendapat A dalam semua subjek PMR dan SPM
adalah tertinggi di daerah. Sekolah ini terkenal bagi masalah disiplin sungguhpun
pelajar sekolah ini aktif dalam sukan dan permainan. Guru-guru kurang bermotivasi
dan bersikap negatif. Permohonan pertukaran sekolah dalam dan luar daerah
daripada guru-guru adalah tinggi . Sikap pelajar dikaitkan dengan sosio-budaya
komuniti setempat. Kes vandalisme dan pergaduhan antara pelajar agak tinggi
dan sentiasa meningkat.

Anda adalah GPK HEM sekolah berkenaan. Kini berkursus NPQEL di IAB. Anda
dikehendaki membuat projek/program penambahbaikan sekolah semasa program
sandaran dalam pengurusan HEM di sekolah SMJK Sri Gemilang
i.

Apakah perubahan-perubahan yang akan anda lakukan

ii.

Bagaimanakah akan anda lakukan perubahan. (Menggunakan Model


Kotter)

Ke Arah Sekolah Berwatak Ko-Kurikulum


SMK Sri Murni adalah sekolah bandar. Purata tahun berkhidmat guru di sekolah ini
adalah 8 tahun. Sekolah berada pada band 5. Prestasi GPS ko-kurikulum tidak
memuaskan (55%). Antara isu dalam pengurusan ko-kurikulum adalah
o diadakan pada hari rabu petang ( pukul 3 hingga 5) dan kurang mendapat
sambutan.
o tahap motivasi guru adalah rendah.
o Sekolah pernah cuba adakan aktiviti pada hari rabu waktu pertama dan
kedua tetapi hanya berjalan enam bulan kerana kehadiran pelajar pada hari
rabu adalah rendah.
o Mengikut pelajar guru-guru ko-kurikulum kurang kreatif , aktiviti
membosankan dan tidak dapat kawal disiplin pelajar semasa aktiviti
kokurikulum
o Di bawah pelan tindakan PPD - sekolah ini telah diminta fokus kepada watak
ko-kurikulum . Sudah 2 tahun tidak nampak program ke arah sekolah
berwatak. Mengikut sumber PPD faktor guru dan pengurusan adalah antara
faktor utama pencapaian rendah ko-kurikulum sekolah.
Anda ditukarkan ke sekolah SMK Sri Murni bagi menjawat jawatan GPK Kokurikulum.
i. Apakah perubahan yang akan anda lakukan
ii Bagaimanakah akan anda lakukan perubahan berkenaan.
i.

Jelaskan tindakan-tindakan yang anda akan ambil bagi menerajui


perubahan di sekolah berkenaan (Menggunakan Model Kotter)

OH BUNGA HATI

Suasana sekolah SM Bunga Hati amat ceria. Namundi sebaliknya didapati kadar
ponteng di SM Bunga Hati setiap hari antara 15-20 %, kes pergaduhan dan kes
disiplin juga meningkat dalam kalangan murid. Keputusan PMR dan SPM semakin
merudum.

Anda telah menerima surat kenaikan pangkat daripada PPD yang melantik anda
sebagai pengetua di SM Bunga Hati.
1. Nyatakan perubahan-perubahan yang akan anda laksanakan di SM Bunga
Hati.
2. Jelaskan tindakan anda menerajui perubahan berdasarkan Model Kotter.

Você também pode gostar