Você está na página 1de 16

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)

Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)

BIODATA DIRI
NAMA:MUHAMMAH ERWIN BIN JAMAL
TARIKH LAHIR:18 DISEMBER 1994
BANGSA:BUGIS
ALAMAT:KAMPUNG TANJUNG BATU KERAMAT LAUT,TAWAU SABAH
NO IC:941218-12-6453
NO FON:014-5729438
EMAIL:awinerwin_jamal@yahoo.com
FACEBOOK:MUHAMMADOV ERWINV
TWITTER:Erwin Al-Bugisi
HOBI:MEMBACA BUKU,TENGOK PETA DAN BAHAN SEJARAH
KEPUTUSAN SPM:6A,1B,1C,1D
PRINSIP:BERSEDERHANA ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERLEBIHAN
MATLAMAT

DI

IPG:BELAJAR

MENJADI

KEPADA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

SEORANG

INSAN

YANG

BERGUNA

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
BORANG KOLABORASI

NAMA :

MUHAMMAH ERWIN BIN JAMAL

I/C

:941218-12-6453

MATA PELAJARAN:PENDIDIKAN BIMBINGAN


PENSYARAH : EN. SHERIDEAN BIN ZAKARIA
BIL

TARIKH

BUTIRAN

TANDATANGAN
PENSYARAH

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
BORANG PENGAKUAN

Saya dengan ini mengakui bahawa segala hasil tugasan dalam Kerja Kursus Berasaskan
Ilmu ( KKBI ) bagi mata pelajaran Wacana Penulisan (GWP 1092) adalah kerja ASLI yang
telah saya sediakan sendiri tanpa meniru atau menciplak mana-mana bahagian tugasan
yang telah dihantar .
Saya mengakui bahawa :
-

Hasil tugasan yang saya telah siapkan ini diambil dari bahan bercetak dan elektronik

.
Saya tidak membenarkan rakan-rakan yang lain meniru tugasan kami . Hanya

berbincang hal-hal yang kurang jelas antara satu sama lain .


Saya tidak menyalin bulat-bulat segala bahan rujukan yang kami dapat . Kami juga
tidak meniru tugasan dari rakan yang lain .

Saya , MUHAMMAH ERWIN BIN JAMAL mempunyai hak sepenuhnya untuk diambil
tindakan tatatertib oleh mana-mana pihak IPG Kampus DarulAman seperti mana yang
dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar sekiranya perkara di atas TIDAK DIPATUHI atau
mendapati saya telah MENIPU .

MUHAMMAH ERWIN BIN JAMAL


941218-12-6453

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
KANDUNGAN

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Perkara
Biodata diri
Borang kolaborasi
Borang pengakuan
Isi kandungan
Penghargaan
pengenalan
Implikasi
Rumusan
Rujukan

Halaman
1
2
3
4
5
6-7
8-12
13
14

PENGHARGAAN
ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberi taufik dan hidayah
kepada saya sehingga berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Pendidikan Bimbingan
(BNK 1044) ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada En. Sheridean Bin
Zakaria

atas

segala

nasihat,

dorongan,

bantuan

dan

keperihatinan

semasa

menyempurnakan kerja kursus ini. Bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar semasa
4

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
menganalisis data kajian untuk kerja kursus yang dihulurkan oleh pensyarah saya banyak
membantu kepada kejayaan kerja kursus ini. Saya amat menghargai kesabaran En.
Sheridean Bin Zakaria yang sedia berkongsi maklumat dan kepakaran, senang dihubungi
dan cepat dalam tindakan semasa sesi penyeliaan sepanjang pengajian ini.
Semangat kesabaran, pembacaan yang teliti, minat terhadap kajian ini serta
maklumbalas daripada beliau yang meyakinkan amat membantu untuk menyempurnakan
kerja kursus yang diberikan. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang
telah banyak memberi banyak nasihat, motivasi dan tunjuk ajar serta berjuang bersamasama saya dalam menyiapkan tugasan Pendidikan Bimbingan. Dengan bantuan rakan dan
daya usaha saya sendiri dapatlah saya mencari maklumat berkaitan tugasan ini dengan
lancar seterusnya dapat menghasilkan tugasan telah diberi.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada sesiapa
yang terlibat dalam membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini samada yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Merekalah yang menjadi sumber inspirasi kepada
saya ketika menjalankan tugasan ini. Ucapan jutaan terima kasih dirakamkan kepada
kedua-dua ibu-bapa saya dan ahli keluarga saya yang telah memberi galakan dan dorongan
sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Diharap segala maklumat yang telah saya perolehi
dapat saya gunakan sebaik-baiknya samada untuk tujuan peperiksaan atau selepas saya
menjadi guru kelak.

Sekian terima kasih.

PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025 diperkenalkan setelah
Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan kajian semula terhadap sistem pendidikan
di negara Malaysia. Kajian secara menyeluruh ini dilaksanakan bagi mencapai visi yang
dihasratkan iaitu sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara
pada masa hadapan. Kajian semula terhadap sistem pendidikan negara dilaksanakan
berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang semakin meningkat. Selain itu, sistem
pendidikan negara menjadi perhatian dan perbahasan sesetengah pihak yang bimbang
5

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
keupayaan sistem pendidikan untuk melahirkan generasi muda yang secukupnya untuk
menghadapi cabaran abad ke-21. Terdapat sebelas anjakan strategik dan beroperasi yang
dilaksanakan untuk mencapai visi yang dinyatakan sekaligus mengharapkan masyarakat
dapat memahami secara keseluruhan. Sebelas anjakan yang telah dilaksanakan oleh pihak
kementerian adalah:
1.Menyediakan

kesamarataan

akses

kepada

pendidikan

berkualiti

bertaraf

antarabangsa
2.Memastikan setiap murid profesion dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
3.Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
4.Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5.Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah
6.Mengupaya jpn,ppd dan sekolah untuk menyediakan pentelesaian khusus
berasaskan keperluan
7.Memanfaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
8.Mengtransformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
9.Bekerjasama dengan ibu-bapa,komuniti dan sektor swasta secara meluas
10.Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11.Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
Namun begitu, perkara yang ingin di fokuskan ialah anjakan keempat iaitu
Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan.Profesion keguruan adalah salah satu
bidang terpenting di dalam membina sesebuah tamadun bangsa. Ini adalah kerana bidang
ini menitikberatkan konsep memanusiakan manusia. Bermula dengan memberi maklumat
sehinggalah dapat melahirkan seorang manusia yang kreatif dan kritis dalam menghadapi
kehidupan dan cabaran yang sebenar. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru
adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan
manusia,masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama
di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar.

Golongan

guru

hendaklah

memastikan

martabat

perguruan

sentiasa

dipertingkatkan dari masa ke semasa ketahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya
dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri
Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah
pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas
misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lainlain.keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya)sebagai guru.
Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama
ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut
peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.
Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan
mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada
perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di
Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan
Carr-Saunders. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti
dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara
pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat
pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu
pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda
yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman
dahulu sahaja tetapi juga masa kini.
situasi: kafe lawang ipg DarulAman
dialog
mcik kntin: Amboi cntikye nma "Erwin"
saya: Terima kasih mcik.hehe.
mcik kntin: adik asal mna??
saya: saya asal Sabah..
mcik kntin: Oo, Kristian ke??
7

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
saya: krik krik..hehe.x, muslim.hehe..
mcik kntin: yeke, awat nma "Erwin"..
saya: nma saya Muhammah Erwin.
mcik kntin: hee, yeka, maaf dik..

-I am a Muslim, and I'm not a terrorist-

PERKEMBANGAN
Anjakan keempat iaitu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion
pilihan secara umumnya dapat meningkatkan kualiti guru yang akan berkhidmat pada masa

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
hadapan. Hal ini secara tidak langsung dapat memenuhi standard profesional kerjaya
seorang guru. Beberapa transformasi telah dinyatakan iaitu:
1.Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan
30% teratas
2.Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013,dengan lebih tumpuan ke atas keperluan
individu dan latihan berasaskan sekolah
3.Memastikan guru memberikan fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013
dengan mengurangkan beban pentadbiran
4.Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kopetensi DAN PRESTASI MULAI
2016
5.Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan,pakar pengajaran dan pakar
bidang khusus menjelang 2016
6.Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses
pensijilan mulai 2025
Pihak Kementerian telah mengetatkan syarat kemasukan ke profesion keguruan dan
memastikan semua guru pelatih memenuhi syarat kelayakan minimum akademik. Pemohon
untuk menyertai program latihan perguruan akan melalui beberapa tapisan yang dilakukan
berdasarkan pelbagai aspek seperti sikap, atitude terhadap pengajaran, dan personaliti.
Syarat kelayakan minimum akademik yang dikenakan secara tidak langsung telah
meningkatkan pencapaian SPM pemohon PISMP. Sebagai contoh, kelayakan akademik
pemohon dibawah kelayakan minimum telah berkurang pada tahun 2012 jika dibandingkan
dengan tahun 2010 dimana 93% pemohon PISMP mendapat skor bawah kelayakan
akademik minimum yang telah ditetapkan. Selain itu, peratus penawaran tempat kepada
pemohon yang mempunyai gred cemerlang juga telah meningkat daripada 7% pada tahun
2010 kepada 13% pada tahun 2012. Syarat kelayakan yang sama telah dikenakan kepada
pemohon dibawah program perguruan yang ditawarkan di IPTA untuk memastikan kualiti
guru yang sama dihasilkan. Bukan itu sahaja, Kementerian juga telah menetapkan standard
yang lebih ketat untuk bergraduat daripada latihan perguruan dan seterusnya diambil
bertugas sebagai guru permulaan bawah Kementerian. Syarat ini dikenakan untuk
memastikan hanya guru yang terbaik yang dapat menguasai kompentesi minimum yang
9

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
diperoleh melalui praktikum dan kerja kursus dan mereka paling layak untuk berada dalam
sistem. Pengambilan guru pelatih berkurang seiring dengan kadar persaraan sedia ada
dijangkakan baharu akan berlaku pengurangan dalam saiz kohort sebanyak 10% menjelang
2025 disebabkan oleh syarat yang dikenakan untuk guru bersara telah ditetapkan iaitu pada
umur 60 tahun. Perubahan saiz bilangan guru di sekolah juga sentiasa dipantau oleh
Kementerian untuk memastikan pengurangan ambilan guru baharu tidak menjejaskan saiz
kelas atau keberhasilan murid.
Transformasi profesion keguruan yang seterusnya iaitu meningkatkan kualiti
Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013 dengan lebih tumpuan ke atas
keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. CPD adalah penting bagi guru untuk
membantu mereka mencapai potensi penuh. CPD merupakan usaha bersepadu bagi
memastikan

Pegawai

Perkhidmatan

Pendidikan

(PPP)

melengkapkan

diri

atau

dilengkapkan dengan pengetahuan professional, kemahiran professional dan nilai serta


amalan professional keguruan melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang
terancang berteraskan pembangunan kompentasi, pembelajaran berterusan dan laluan
kerjaya. Apabila memulakan profesion, guru akan memperoleh latihan CPD individu
daripada penyelia mereka. Program CPD ini dianjurkan untuk meningkatkan kualiti guru dan
kepimpinan serta pengurusan secara berterusan untuk melahirkan guru yang bukan sahaja
cemerlang dari segi pengajaran malah cemerlang dari segi kepimpinan. Program CPD juga
memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan memperoleh, menambahbaik, menguasai
serta berkongsi kompentensi untuk keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,
keberhasilan dan kemenjadian murid dalam usaha merealisasikan transformasi keguruan
seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM). Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ini digalakkan untuk mengikuti latihan
terancang dan sistematik yang merangkumi sesi latihan, pembelajaran dan pembangunan
kendiri untuk keperluan pembangunan diri masing-masing menerusi program CPD. Program
CPD meliputi pemerhatian dalam bilik darjah dan perancangan pembelajaran yang
menunjukkan usaha guru untuk meningkatkan diri masing-masing aelaras dengan
transformasi Kementerian. Program ini melibatkan pembimbing guru, guru kanan, dan guru
besar untuk menyebar luas amalan terbaik oleh kerana program ini kebanyakannya
dijalankan di sekolah berikutan latihan berasaskan sekolah yang terbukti sangat berkesan
dan secara tidak langsung guru boleh mendapat maklum balas secara langsung untuk
penambahbaikan amalan di bilik darjah. Di samping itu, latihan menerusi program CPD ini
10

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
dapat meningkatkan tahap kemahiran guru selaras dengan tahap kecekapan yang mereka
peroleh.
Memastikan guru memberi tumpuan ke atas fungsi teras pengajian mulai 2013
dengan mengurangkan beban pentadbiran juga merupakan transformasi ke atas profesion
keguruan dalam anjakan keempat PPPM. Guru akan merasakan pengurangan beban tugas
pentadbiran agar guru boleh menumpukan masa mereka pada fungsi pengajaran teras
melalui transformasi yang ditawarkan oleh Kementerian dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) ini. Kementerian telah memperkenalkan tiga pangkalan
data untuk menyeragamkan proses pengurusan dan pengumpulan data sedia ada untuk
menghapuskan pertindanan keperluan data setelah menyedari tugas pentadbiran yang
dapat menjejaskan masa dan keberkesana tugas utama pembelajaran dan pengajaran
guru. Tiga pangkalan data yang diperkenalkan iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
(SAPS), Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem
Maklumat Murid (SMM). Tiga pangkalan data ini mempunyai fungsi yang berbeza: SAPS
digunakan untuk menggabungkan keputusan murid daripada peperiksaan semester
berasaskan sekolah, SPPBS pula digunakan untuk menjejak keputusan pentaksiran
berasaskan sekolah manakala SMM digunakan untuk menyimpan maklumat yang
mengandungi data sekolah dan guru. Bukan itu sahaja, Kementerian juga membuat kajian
semula terhadap keperluan pendokumentasian dan laporan sedia ada seperti keperluan
untuk pensijilan ISO untuk penyeragaman bidang-bidang yang berkenaan. Tindakan yang
dilakukan oleh Kementerian sedikit sebanyak dapat membolehkan guru memberi tumpuan
sepenuhnya terhadap tugas utama dan dapat mengurangkan beban pentadbiran yang
dialami oleh guru.
Selain itu, transformasi yang diperkenalkan iaitu melaksanakan laluan kerjaya guru
berasaskan kompentasi dan prestasi mulai 2016. Melalui transformasi ini, setiap guru akan
ditaksir secara tahunan oleh pengetua atau guru besar termasuk seorang penilai dalam
kalangan rakan sekerja. Kementerian akan menyediakan satu instrumen yang mengandungi
kompentasi yang harus dimiliki oleh setiap guru pada setiap tempoh perkhidmatan mereka.
Kompetensi ini merangkumi empat sudut berbeza iaitu pengajaran dan pembelajaran, nilainilai professional, aktiviti di luar bilik darjah dan sumbangan profesional. Pentaksiran ini
dilakukan menggunakan instrument penilaian baharu yang memberi tumpuan kepada
kebolehan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan di luar bilik
darjah. Guru yang berprestasi tinggi akan menikmati kemajuan kerjaya yang lebih pantas
11

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
menerusi transformasi ini. Kemajuan kerjaya guru ini bergantung kepada kepantasan
seseorang guru itu menguasai kompetensi yang ditetapkan pada setiap peringkat. Hal ini
disebabkan, guru yang cemerlang mungkin akan dinaikkan pangkat dalam tempoh yang
singkat iaitu kurang daripada 25 tahun. Pergerakan pantas ini bertujuan untuk memberi
ganjaran kepada guru cemerlang, dan menjadi satu insentif kepada guru terbaik untuk
bertugas di suatu sekolah. Manakala guru yang menghadapi kesukaran dalam mencapai
tahap kualiti minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian akan mendapat bimbingan
tambahan untuk membantu mereka mencapai tahap guru cemerlang dan guru berprestasi
tinggi seperti yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, guru yang masih tidak dapat
mencapai tahap kualiti minimum akan ditugaskan semula untuk membantu pentadbiran,
pengurusan disiplin atau pengurusan kokurikulum. Hal ini secara tidak langsung dapat
mengurangkan kohort guru dari semasa ke semasa menerusi penambahbaikan dalam
produktiviti guru.
Transformasi profesion keguruan yang seterusnya iaitu meningkatkan laluan guru
untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016.
Tiga laluan kerjaya yang berasaskan kompetensi telah diperkenalkan iaitu laluan
pengajaran bagi guru yang ingin kekal mengajar di bilik darjah, laluan kepimpinan dan
pengurusan bagi guru yang ingin menjawat jawatan kepimpinan sama ada pada peringkat
sekolah, daerah, negeri atau pusat dan laluan pakar bidang khusus bagi guru yang ingin
menjadi pembimbing guru dan jurulatih, pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan
Institut Aminudin Baki (IAB), atau pembangun kurikulum dan pentaksiran. Guru boleh
memilih untuk meneruskan laluan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan
minat mereka mengikut tiga laluan kerjaya yang telah diperkenalkan. Pada tahun1994,
Kementerian telah memperkenalkan laluan Guru Cemerlang yang membolehkan guru
dinaikkan gred dengan lebih cepat apabila guru boleh menunjukkan kecemerlangan dalam
aspek pengetahuan kandungan mata pelajaran dan pedagogi. Selain itu, komitmen untuk
melabur dalam pembangunan guru dan dalam membina persekitaran yang mengutamakan
profesional akan diteruskan dalam semua laluan kerjaya tidak mengira laluan kerjaya yang
dipilih oleh guru tersebut.
Di

samping

itu,

transformasi

profesion

keguruan

yang

seterusnya

iaitu

membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan


mulai 2025. Dalam hal ini, pihak Kementerian akan memberikan perhatian kepada usaha
memastikan semua guru menggunakan sepenuhnya keluwesan yang diberikan dalam isu
12

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
berkaitan penjadualan kurikulum, penyusunan pengajaran, pendekatan pedagogi dan
pentaksiran berasaskan sekolah. Kementerian berhasrat untuk mewujudkan budaya
kecemerlangan profesionalisme teladan rakan sejawat dan memastikan rakan sejawat
mengamalkan nilai tanggungjawab untuk memenuhi standard profesional yang telah
ditetapkan. Melalui transformasi ini juga, Kementerian berhasrat agar guru dapat
membimbing antara satu sama lain dan saling memberi inspirasi untuk mencapai tahap
profesional. Kementerian juga berharap agar pemimpin sekolah dapat memanfaatkan
sepenuhnya keluwesan yang diberikan kepada mereka termasuklah hal-hal yang berkaitan
seperti merancang peningkatan sekolah, merancang aktiviti kokurikulum serta merancang
agihan pembiayaan aktiviti sekolah. Selain itu, Kementerian juga telah membuat
pertimbangan untuk mengadakan skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan
kecekapan guru. Dalam hal ini, pihak Kementerian akan bekerjasama dengan guru untuk
mencapai matlamat ini.

RUMUSAN
Sesungguhnya, langkah-langkah yang telah dirangka oleh Kementerian untuk
menyediakan guru dengan penyelesaian bersepadu dari segi beban tugas, pembangunan
profesionalisme berterusan, kemajuan kerjaya dan pengurusan prestasi dapat dicapai. Guru
merupakan tunjang utama kepada setiap sistem pendidikan. Oleh itu, Kementerian memilih
hanya yang terbaik untuk menyertai profesion ini agar dapat memberikan perkhidmatan
13

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
yang terbaik untuk merealisasikan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
Transformasi profesion keguruan juga dirangka untuk mengukuhkan kualiti guru serta
pencapaian murid yang berkualiti di sekolah. Dengan rangkaan yang telah dilakukan, guru
akan mendapat pakej kerjaya yang baharu iaitu:
1.Guru akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk Berjaya
2.Guru akan mendapat persekitaran kerja yang lebih sesuai,ganjaran berasaskan
prestasi dan laluan kerjaya yang lebih baik
3.Guru

akan

didedahkan

dengan

budaya

kerjasama

dan

kecemerlangan

professional
Oleh itu,seorang guru itu perlu memenuhi kehendak yang telah ditetapkan oleh pihak yang
berwajib untuk menjadikan profesion perguruan menjadi lebih mantap dan disegani oleh
masyarakat.
Guru juga dikenali sebagai Murabbi, Muallim dan sebagainya. Di sekolah guru
bertindak mengajar beberapa subjek mengikut sukatan pelajaran tertentu tetapi mereka
turut berperanan untuk sama-sama mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak
didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh serta mengajak
ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran atau melaksanakan konsep amar ma'ruf dan
nahi munkar yang dapat melahirkan pelajar yang memiliki keperibadian yang luhur. Dalam
merencanakan profesion guru cemerlang ini juga dalam abad ke-21 penyediaan geran
penyelidikan juga adalah penting untuk membantu menaiktarafkan profesionalisme guru
dalam kemajuan kerjaya mereka. Kemudahan geran penyelidikan misalnya turut memberi
laluan kepada para guru untuk meningkatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi
adalah terbuka luas.

RUJUKAN

Blandford, S. (2010). Mengurus Pembangunan Profesional Di Sekolah. Selangor: Institut


terjemahan negara Malaysia berhad.

14

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)
Dr Faridah Yakob, Dr Suhaidah Tahir. (2011). Keberkesanan pismp dalam melahirkan guru
berkualiti. Transformasi profesionalisme keguruan menjana guru berkualiti, 169.
Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Retrieved from
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummaryBM.pdf
Hassan, D. D. (2006). Bincangkan kualiti pendidikan Malaysia. Kertas kerja persidangan
perkhidmatan pendidikan, 13.
Hee, T. F. (2002). Undang-undang pendidikan di Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Retrieved from
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Retrieved from
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf
Lumbai, J. (2010). impak persekitaran guru dalam peningkatan profesion perguruan.
Penyelidikan pendidikan guru, 114.
(2011). Peningkatan Profesionalisme Guru Melalui Kajian Tindakan. In C. F. Meng, Kajian
Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran (pp. 22-25). Malaysia: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

15

Pendidikan Bimbingan (BNK 1014)


Muhammah Erwin Bin Jamal (941218-12-6453)

16

Você também pode gostar