Você está na página 1de 6

ANALISIS ARTIKEL

Berdasarkan analisis artikel internet yang dipetik daripada Sinar yang bertajuk Raya
dolu-dolu vs sekarang!. Setelah mengkaji dan meneliti artikel yang dipilih, terdapat banyak
kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis di dalam artikel ini. Terdapat 5 aspek
yang akan di kenal pasti melalui analisis ini. Saya telah membahagikan analisis kepada lima
aspek seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.
Aspek Analisis
Kata Singkatan

Artikel Internet
Tak
Dah
Tu

Ejaan

Je
Dolu-dolu

Kata Istilah Asing

Yaaa
Al-maklum
Momen
Ya ampun
Sweet
Trend

Binaan Kata

Vs
20sen
50sen
Raya kan
Hidup kan

Binaan Ayat

Nasib lah
Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku
melonjak

sama,

ingin

berjumpa

sanak

saudara, yang selalu bermain di mata...


Nun menghijau gunung ladang dan rimba,
langit nan tinggi bertambah birunya, deru
angina

turut

sama

bagaikan turut gembira.

berlagu,

semuanya

Secara umumnya, artikel ini mempunyai banyak kesalahan-kesalahan bahasa. Penulis


seakan-akan tidak peka terhadap bahasa yang digunakan dengan mengeluarkan artikel yang
menggunakan bahasa rojak dan bahasa pasar. Artikel umum seperti ini seharusnya ditulis
menggunakan bahasa melayu yang standard bagi mengelakkan kesalahan-kesalahan bahasa
berlaku.
Aspek yang pertama adalah kata singkatan yang digunakan oleh penulis di dalam
penulisan artikel ini. Penulis menggunakan banyak kata singkatan. Contohnya perkataan tak.
Penggunaan perkataan tak merupakan singkatan bagi perkataan tidak. Perkataan ini sesuai
digunakan hanya pada penulisan dialog sahaja kerana dialog menjurus kepada percakapan dua
hala. Penggunaan kata singkatan ini tidak digalakkan diguna pada penulisan ilmiah. Terdapat
juga kata singkatan yang lain digunakan oleh penulis. Contohnya, perkataan dah. Perkataan
asal bagi perkataan dah adalah sudah. Kata singkatan ini juga tidak sesuai digunakan dalam
penulisan artikel yang mempunyai unsur ilmiah. Seharusnya penulis menggunakan bahasa
yang standard untuk menyampaikan maklumat. Selain daripada dua contoh tadi, terdapat dua
lagi kata singkatan yang dapat dikenal pasti iaitu perkataan tu dan je. Kata singkatan tu
merujuk kepada perkataan itu manakala kata singkatan je merujuk kepada sahaja.
Aspek yang kedua ialah kesalahan ejaan. Terdapat beberapa kesalahan ejaan yang di
dalam artikel ini. Selain daripada kesalahan ejaan, penulis juga kerap menggunakan tanda baca
yang tidak tepat. Penulisan artikel ini banyak dipengaruhi dengan bahasa pasar yang telah
menimbulkan banyak kesalahan bahasa. Contoh kesalahan ejaan ialah perkataan, dolu-dolu.
Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah dahulu-dahulu yang bermaksud perkara yang
berlaku pada masa lampau. Pembetulan bagi ayat tersebut ialah Raya dahulu-dahulu. Jika
diteliti dari aspek bahasa pasar pada ayat ejaan tersebut, penulis kemungkinan menggunakan
perkataan dulu-dulu. Dari aspek bahasa perkataan dulu-dulu juga merupakan satu
kesalahan kerana mempunyai maksud yang berbeza dengan perkataan dahulu. Perkataan
dulu merupakan lawan kepada perkataan dahulu. Ayat contoh bagi perkataan tersebut ;
Barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian. Selain itu, terdapat juga kesalahan
ejaan yang lain. Contohnya, perkataan Yaaa. Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah
Ya. Penulis telah mengubah binaan kata tersebut dengan menambah huruf pada perkataan
tetapi masih mempunyai maksud yang sama.

Aspek yang ketiga ialah penggunaan kata istilah asing. Penulis juga telah menerapkan
istilah asing pada artikel ini yang menyebabkan wujudnya bahasa rojak pada artikel. Terdapat
banyak penggunaan kata istilah asing terdapat dalam artikel. Perkataan yang menunjukkan
ialah al-maklum. Perkataan ini diambil dari bahasa Arab yang dicampurkan dengan perkataan
bahasa Melayu maklum. Selain itu terdapat juga istilah bahasa Inggeris yang digunakan oleh
penulis. Contohnya, perkataan sweet dan momen. Dalam aspek ayat, perkataan sweet
bermaksud manis. Manakala momen bermaksud kenangan. Penulis juga menggunakan kata
singkatan dalam bahasa Inggeris iaitu perkataan vs. Perkataan asal bagi perkataan ini ialah
versus yang bermaksud lawan. Artikel ini juga, dipengaruhi dengan bahasa Indonesia seperti
perkataan Ya ampun.
Aspek yang seterusnya ialah binaan kata. Terdapat juga kesalahan binaan kata yang
dapat dikenal pasti dalam artikel ini. Perkataan yang mempunyai kesalahan binaan kata di
dalam artikel ini ialah hidup kan dan raya kan. Di dalam bahasa Melayu ..kan merujuk
kepada Imbuhan akhiran yang merujuk kepada kata kerja. Selain itu, perkataan dan partikel
..kan juga seharusnya dieja rapat. Contohnya, hidupkan. Kesalahan binaan kata yang lain
dapat dikenal pasti ialah perkataan Nasib lah. Penggunaan partikel lah pada perkataan
dikenalpasti dan

dieja secara jarak. Partikel lah, -tah, -kah bertindak sebagai penegasan

dalam ayat bukan membentuk kata terbitan. Partikel sepeti kah,-lah dan tah hendaklah ditulis
bersambung dengan kata seblumnya. Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah
nasiblah. Terdapat juga kesalahan binaan kata yang lain pada artikel. Contohnya perkataan
ialah 20sen dan 50sen. Kesalahan yang berlaku pada perkataan tersebut ialah dieja dengan
rapat. Binaan kata yang betul bagi perkataan tersebut haruslah dijarakkan kerana mempunyai
dua perkataan. Contoh yang betul ialah, 20 sen.
Aspek yang kelima ialah binaan ayat. Terdapat banyak kesalahan ayat yang terdapat
pada artikel ini. Penulis tidak prihatin terhadap cara penulisan ilmiah yang betul. Contoh
kesalahan binaan ayat ialah Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama,
ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain di mata. Ayat yang cuba disampaikan
oleh penulis merupakan lirik sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Sudirman. Sepatutnya, ayat
tersebut ditulis dalam bentuk rangkap kerana merupakan lirik lagu. Oleh itu, dari aspek binaan
ayat terdapat kesalahan dari segi teknik penulisan.

Analisis yang kedua ialah artikel yang dipetik daripada majalah Keluarga yang bertajuk
Risiko Radang Gusi Ancam Jantung. Setelah dikaji secara keseluruhan, artikel ini tidak
mempunyai banyak kesalahan bahasa. Penulis dilihat lebih peka dalam penggunaan bahasa
khususnya bahasa Melayu Standard. Namun terdapat juga kesalahan-kesalahan bahasa di
dalam artikel yang mungkin penulis terlepas pandang. Terdapat 5 aspek yang akan di kenal
pasti melalui analisis ini. Saya telah membahagikan analisis kepada lima aspek seperti yang
terdapat dalam jadual di bawah.
Aspek Analisis
Kata Singkatan

Artikel Majalah
Dr
LDL

Ejaan
Kata Istilah Asing

-TiadaPeriodontium
Simentum
Kardiovaskular
Gingivitis

Binaan Kata

Ligamen
Kemusnahan
Ditimbulkan
Mencadangkan

Binaan Ayat

Tersebut
Ini adalah kerana
Adalah munasabah untuk seseorang yang
bimbang terkena penyakit kardiovaskular
untuk menjaga kesihatan gusi dan mulutnya
sebaik-baiknya.

Aspek analisis yang pertama ialah kata singkatan. Di dalam artikel majalah ini, penulis
tidak banyak menggunakan kata singkatan. Berdasarkan dapatan analisis yang telah dibuat,
dua kata singkatan dapat dikenalpasti iaitu Dr dan LDL. Perkataan Dr merupakan singkatan
daripada perkataan Doktor yang merujuk kepada pangkat, gelaran , jawatan dan sapaan.
Selain itu, penulis juga menggunakan satu singkatan yang tidak dinyatakan maksudnya. Kata

singkatan tersebut ialah LDL. Perkataan penuh bagi kata singkatan tersbut ialah Low-Density
Lipoprotein yang bermaksud kolestrol jahat di dalam tubuh badan manusia.
Aspek yang seterusnya ialah aspek kata istilah asing. Terdapat beberapa istilah asing
yang digunapakai oleh penulis sebagai isi penting dalam artikel. Contohnya, penulis
menggunakan istilah bahasa Inggeris dan istilah Sains di dalam artikel. Artikel ini lebih
berunsurkan kesihatan dan kebanyakkannya istilah bahasa Inggeris dan Sains digunakan untuk
menjelaskan sesuatu perkara. Perkataan Periodontium merupakan perkataan yang dipinjam
daripada bahasa asing iaitu bahasa Inggeris yang digunakan dalam penulisan bahasa Melayu.
Selain itu, terdapat juga istilah bahasa Inggeris yang digunakan di dalam artikel seperti
simentum, gingivitis dan sebagainya. Terdapat juga penggunaan bahasa pinjaman bahasa
Inggeris yang telah lama menetap di Kamus Dewan. Contoh perkataan ialah, Kardiovaskular
dan Ligamen. Kesemua istilah asing ini bertujuan untuk memantapkan lagi sesebuah penulisan
khususnya penulisan artikel yang berunsurkan sains.
Aspek yang ketiga ialah kesalahan binaan kata di dalam artikel. Terdapat juga
kesalahan binaan kata yang dapat dikenal pasti dalam artikel ini. Perkataan yang mempunyai
kesalahan binaan kata di dalam artikel ini ialah rawatan yang diberi hanya akan melambatkan
proses kemusnahan seterusnya. Perkataan kemusnahan tidak sesuai mengikut konteks ayat
tersebut. Perkataan kemusnahan lebih dikaitkan dengan kejadian alam. Perkataan kemusnahan
pada ayat tersbut digantikan dengan perkataan kerosakkan. Kesalahan binaan kata yang
seterusnya ialah Konsep jangkitan mulut boleh mempengaruhi keadaan kesihatan badan
keseluruhan telah ditimbulkan semenjak 1920-an lagi. Perkataan ditimbulkan tidak sesuai
mengikut konteks ayat. Perkataan ditimbulkan sering kita kaitkan dengan sesuatu perkara yang
berbangkit. Mengikut konteks ayat tersebut, perkataan yang sepatutnya diletakkan oleh penulis
ialah perkataan berlaku atau wujud. Contoh kesalahan binaan kata yang lain ialah, Beberapa
penyelidik mencadangkan bahawa bakteria, toksin bakteria dan bahan kimia terhasil dari
penyakit gusi. Perkataan mencadangkan tidak sesuai mengikut konteks ayat tersebut.
Perkataan mencadangkan bermaksud mengutarakan sesuatu pendapat bagi mendapatkan
kepastian atau persetujuan. Perkataan mencadangkan lebih sesuai digantikan dengan
perkataan mengenal pasti.
Aspek analisis yang terakhir ialah binaan ayat. Berdasarkan dapatan analisis, terdapat
dua ayat yang mempunyai kesalaah dari segi binaan ayat. Contoh kesalahan yang pertama
ialah, Ini adalah kerana penyakit gusi jarang menimbulkan masalah dan kesakitan teruk pada
tahap mahupun peringkat lewat. Kesalahan yang berlaku pada ayat ini adalah pada permulaan

ayat iaitu Ini adalah kerana. Kerana ialah kata keterangan yang berfungsi untuk
menghubungkan klausa yang yang menjadi keterangan pada klausa utama. Manakala, kata
pemeri adalah digunakan di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif. "Adalah" berfungsi
bagi membuat penerangan kepada sesuatu perkataan atau ungkapan. Contohnya, Bapa saya
adalah seorang guru. Selain itu, perkataan adalah juga tidak boleh diletakkan sebagai
permulaan ayat. Oleh itu, konteks dan struktur susunan ayat ini salah. Ayat yang betul bagi
binaat ayat tersebut ialah hal ini demikian kerana.

Você também pode gostar