Você está na página 1de 13

TOPIK 1

1.0

PENGENALAN

SINOPSIS
Kursus ini membincangkan sains, teknologi dan masyarakat. Ia membincangkan isu-isu

yang berkaitan dengan sains, teknologi dan masyarakat, reka bentuk pembelajaran berasaskan
projek, inovasi dan reka cipta, pembelajaran berasaskan projek untuk pemuliharaan,
pembelajaran berasaskan projek untuk tenaga dalam biosfera, pembelajaran berasaskan projek
untuk pemapanan sumber, pembelajaran berasaskan projek untuk bahan tambah dalam
makanan, pembelajaran berasaskan projek untuk pencemaran dan kesannya terhadap
kesihatan manusia

1.1

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda akan dapat:

Menakrifkan sains

Menakrifkan teknologi

Membanding beza sains dan teknologi

Menerangkan isu-isu berkaitan sains, teknologi dan masyarakat

1.2 KERANGKA TAJUK


Sains, Teknologi
dan Masyarakat

Definisi Sains

Definisi Teknologi

Persamaan antara Sains, Teknologi


Perbezaan Antara Sains, Teknologi
Isu-Isu Berkaitan Sains, Teknologi dan Masyarakat

1.3

DEFINASI
1.3.1 Sains
Sains adalah ilmu yang diwarisi sejak zaman dahulu lagi atau zaman permulaan
manusia di bumi sebagai warisan sejagat. Menurut Wan Fuad (1990), sains ialah
khazanah ilmu yang telah dibuktikan kebenarannya sejak dahulu. Takrifan ini diberi
sebelum berlaku revolusi sains atau sebelum kemunculan sains moden pada tahun
1600. Pada ketika itu aspek-aspek ketuhanan dan sains digabungkan. Apabila berlaku
Revolusi sains, sains telah dipisahkan daripada aspek-aspek keagamaan atau
ketuhanan. Walau bagaimanapun sains yang dikenali pada hari ini dikenal dengan nama
falsafah tabii pada zaman Yunani. Falsafah pada ketika itu merangkumi tiga komponen
utama iaitu sains tabii, matematik dan metafizik. Mencari kebenaran adalah tujuan asas
ilmu falsafah yang akhirnya mengenali Pencipta alam semesta. Sains tabii terdiri
daripada fizik, kimia, biologi, kosmologi, geologi, perubatan, botani, zoologi, optik,
kejuruteraan dan lain-lain ilmu yang berkaitan. Matematik terdiri daripada aritmetik,
mantik, astronomi, aljebra, trigonometri, mekanik, dinamik dan lain-lain ilmu yang
berkaitan. Metafizik terdiri daripada ketuhanan, roh, jiwa, akal, akhirat, takdir, akhlak,
kebangkitan, kebahagiaan dan lain-lain ilmu berkaitan. Dalam ketiga-tiga komponen
tadi, metafizik adalah ilmu matlamat, sains tabii sebagai ilmu asas dan matematik
sebagai ilmu perantaraan antara sains dengan metafizik.. Di barat aspek-aspek
ketuhanan dipisahkan daripada sains dan bagi mereka sains bebas daripada unsurunsur ketuhanan. Walau bagaimanapun dalam Islam, perkataan sains merujuk kepada
ilmu secara keseluruhannya. Sains adalah sebahagian daripada agama dan merupakan
ilmu daripada Tuhan.

Pada zaman sekarang, takrifan sains telah menjadi semakin sempit iaitu sebagai
satu ilmu pengetahuan yang teratur, boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya. Kamus
Oxford Edisi Ke Empat 1989 (Cowie et.al. 1989) memberi defmisi sains sebagai satu
cabang pengetahuan yang tersusun diperolehi melalui pemerhatian dan pengujian fakta
tentang alam semula jadi. Zirnan (1984) ialah seorang ahli sejarah sains telah membuat
takrif-takrif sains yang berlainan mengikut aspek-aspek sains yang tertentu. Jika sains
ditakrifkan sebagai "alat untuk menyelesaikan masalah" ia memperlihatkan aspek
instrumen yang berhubung rapat dengan teknologi. Menurut Seth (2000), sains adalah
hasil penyelidikan yang mempunyai kaedah tertentu, satu pengetahuan tersusun, satu
alat menyelesaikan masalah, satu institusi sosial, memerlukan sumber bahan, satu
2

sumber kebudayaan yang perlu diurus dan merupakan satu faktor utarna dalam
pembinaan masyarakat.

1.3.2 Teknologi
Penulis akan menggunakan penulisan Seth (2000) bertajuk Pendidikan Sains,
Teknologi dan Masyarakat dalam Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Jilid
6 untuk memberi definasi teknologi.

Seperti sains, teknologi juga boleh ditakrifkan

dalam pelbagai definasi. Gardner et al. (I990) mendefinasikan


atau proses-proses pembinaan yang menuju ke arah

teknologi sebagai alat

pembentukan alat tersebut.

Walaupun sains dan teknologi melibatkan kajian yang rasional tetapi kedua-duanya
berbeza dari segi rnatlamat dan hasil yang diwujudkan. Sains bertujuan untuk membuat
pengitlakan idea dan kefaharnan terhadap fenomena alam semula jadi rnanakala
teknologi pula menggunakan idea-idea tersebut bagi menghasilkan alat untuk
menyelesaikan masalah. Malcolm dan Stephens (1984) mendefinasikan teknologi
sebagai 'prosedur pemikiran dan pelaksanaan yang bercirikan perkembangan teknologi
dan juga segala produk yang dihasilkan.
keseluruhan

pengetahuan

dan

Scriven (1985) merujuk teknologi sebagai

kemahiran

yang

terlibat

dalam

pembuatan,

penyenggaraan dan pengubahsuaian alat dan juga semua alat-alat tersebut. Umumnya
definasi teknologi merangkumi kedua-dua proses dan produk. Perkembangan sains dan
teknologi adalah saling melengkapi. Dalam sains yang berasaskan teknologi, kita
melihat bagairnana penemuan teknologi telah membantu perkembangan pengetahuan
sains. Sebagai contoh ciri-ciri elektron telah dapat dikaji dengan lebih terperinci apabila
teknologi dapat menghasilkan kelalang vakum yang tahan terhadap tekanan tinggi
dicipta. Sebaliknya dalam teknologi yang berasaskan sains, teknologi tersebut wujud
hanya apabila pengetahuan atau prinsip sains yang ditemui dapat diaplikasikan dalam
pembuatan teknologi tersebut. Sebagai contoh ahli teknologi William Shockley dapat
mencipta transistor hanya apabila prinsip sains tentang simpang p-n dapat difahami
dengan jelas oleh ahli-ahli sains.

Pada masa sekarang sains terus berkembang seiring dengan perkembangan


teknologi. Perkembangan sains dan teknologi semakin mempengaruhi kehidupan
manusia. Masyarakat banyak bergantung kepada penggunaan alat-alat teknologi yang
menggunakan prinsip-prinsip sains. Disamping itu kefahaman masyarakat umum
terhadap prinsip-prinsip sains adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan dan alam
3

sekitar. Begitu juga untuk menyelesaikan masalah dalam atau dengan menggunakan
alat teknologi.

1.4 PENGENALAN SAINS DAN TEKNOLOGI


Dua istilah ini sering digunakan dan kadang-kala tidak dapat dipisahkan. Oleh itu,
adalah perlu jika para pendidik memahami lebih mendalam dan dapat membanding bezakan
antara kedua-dua istilah tersebut. Ada banyak contoh teknologi. Misalnya alatan saintifik, gajet
dan mesin merupakan contoh teknologi yang mudah dan ada di sekeliling kita. Sains pula
membolehkan kita mengetahui sesuatu konsep. Misalnya melalui pengetahuan sains kita tahu
bahawa objek yang bulat adalah lebih senang bergolek berbanding objek yang berbentuk
segitiga dan segiempat. Manakala teknologi memberikan kita jalan untuk menyelesaikan
masalah kita dalam kehidupan seharian. Dengan adanya ciptaan teknologi, sesuatu kerja dapat
dilakukan dengan lebih pantas, mudah dan ringkas. Malah pada peringkat yang lebih tinggi,
teknologi meliputi sesuatu yang lebih luas seperti sistem, organisasi dan teknik. Contohnya
dalam pembiakbakaan dan proses pengklonan memerlukan teknologi yang tinggi. Oleh itu,
teknologi dianggap sebagai satu aplikasi sains. Walaupun teknologi banyak membantu
meningkatkan kualiti hidup manusia, namun perlu diingat sekiranya ia disalahgunakan ianya
akan mengancam dan memudaratkan kehidupan sejagat.

Secara amnya, sains boleh dianggap sebagai ilmu pengetahuan untuk memahami
fenomena alam semulajadi. Manakala, teknologi melibatkan rekabentuk produk atau sistem
yang akan mempengaruhi kualiti kehidupan manusia. Teknologi menggunakan ilmu
pengetahuan sains sebagai asas dalam penciptaan sesuatu barang/produk. Oleh itu, dapatlah
dikatakan bahawa sains dan teknologi adalah dua bidang yang saling bergantungan antara satu
sama lain dan mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan dan digambarkan seperti
berikut :

1.4.1

Persamaan Antara Sains dan Teknologi

Bermula beribu-ribu tahun dahulu

Melibatkan penyiasatan bersistematik

Membina makna daripada dapatan penyiasatan

Hasil sentiasa diperbaiki

1.4.2

Perbezaan Antara Sains dan Teknologi


Sains
Tertumpu kepada

Aspek
Punca Penyiasatan

alam semulajadi

Menjelaskan

Teknologi
Masalah penyesuaian
kepada persekitaran

Tujuan

Menyelesaikan masalah

fenomena alam

penyesuaian

Analisis

Kemahiran

Sintesis

Menjalankan

Kaedah

Penyelesaian masalah

Hasil

Rekaan yang mengatasi

eksperimen
Idea dalam bentuk
konsep, prinsip,teori

had keupayaan
manusia

Pakar

Saintis

Jurutera

Jadual 1 : Perbezaan Sains & Teknolog

1.5 ISU-ISU BERKAITAN SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT


1.5.1 Teknologi Hijau

1.5.1.1 Definasi Teknologi Hijau


Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara
sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia.
Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam
berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi
hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya
secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa5

apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah


Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang
menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan
melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui
penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep
pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang
dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan
generasi

masa

depan.

Sehubungan

itu,

kita

bertanggungjawab

untuk

memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti


kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.

1.5.1.2

Mengapakah Teknologi Hijau

Pada 9 April 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan


pembentukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Penekanan terhadap teknologi hijau
adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan
pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama kerajaan-kerajaan
di seluruh dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam
sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk
dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam
menjadikan dunia ini a better place to live in.

Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi


peningkatan kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih
mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti
hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita
menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah
minima.

Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu


pembangunan negara. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk
berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk
masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk
hijau yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat
6

besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable


energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber
pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran, menjelang
tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan
daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan


teknologi hijau. Pihak swasta, para profesional serta penyelidik harus
bekerjasama untuk mencipta dan mengkomersilkan teknologi hijau.

1.5.1.3

Kepentingan Aplikasi Teknologi Dan Amalan Hijau Dalam


Kehidupan

Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan


merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas
karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca
dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai
pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas.
Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub
Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora
dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan
cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi
fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat
dunia pada masa kini.

Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang.


Walau bagaimanapun, usaha-usaha boleh dilakukan untuk melambatkan proses
ini. Oleh yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah
yang diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai
pengguna merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam
pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang kita buat
sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahanbahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya.

Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan


alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api
alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang
boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun
amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian
daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan
kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam
jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat
oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh
anak-anak kita di masa akan datang.

1.5.1.4

Ke Arah Menjadikan Malaysia Sebagai Sebuah Negara Yang


Mengutamakan Teknologi Hijau

Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua
aspek. Pertama ialah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan
teknologi hijau. Kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau
kompleks. Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita
boleh dihasilkan. Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari
peringkat sekolah lagi untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi
pula,

para

penyelidik

kita

boleh

menghasilkan

teknologi

yang

dapat

menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-sumber seperti tenaga


dan air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan untuk
penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport.

Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada


dalam melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian. Kita harus
mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkaraperkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air
minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli
makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas
makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak
mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah.

Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis


cekap tenaga.

Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan

sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan


cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan
tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting
adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah dan murah
dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup. Ibubapa harus menunjukkan teladan
yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut terdorong untuk
mengamalkan budaya hijau.

Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda

akan

mengorak langkah ke arah penghayatan dan pengamalan teknologi hijau.


Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan yang besar
pada masa hadapan.

1.5.1.5

Galakan Menggalakkan Teknologi Hijau

Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan


telah memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikatsyarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau
Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti
penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi
Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis
(Pioneer Status).

Syarikat-syarikat

ini

juga

boleh

memohon

untuk

mendapatkan

pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin,
peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam
penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentifinsentif ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh
diberikan bagi:

i.

duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan
pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan
photovoltaic yang diluluskan oleh ST;

ii.

pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas


solar daripada pengilang tempatan;

iii.

pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE


seperti motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat
(insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang
diluluskan oleh ST.

iv.

pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods


yang diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik,
Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman
udara.

1.5.1.6 Program Memberi Kesedaran Kepada Masyarakat Terhadap


TeknoloI Hijau
Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran
mengenai Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharu yang merupakan
salah satu daripada cabang Teknologi Hijau sejak tahun 2000 lagi melalui
penubuhan Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy
and Energy Efficiency (CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Programprogram ini disasarkan kepada golongan profesional, sekolah, institusi pengajian
tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan
oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam
Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar
dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan
sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul
Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum
Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid
sekolah di peringkat awal dalam Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan
Tenaga.

10

Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month


peringkat Kebangsaan secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai
Tenaga Boleh Diperbaharu dan mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di
kalangan orang awam dan sektor swasta. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan
semasa program Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah
berkaitan Kecekapan Tenaga, menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di
Rumah, menerbitkan siri artikel di surat khabar dan menggunakan media massa
untuk menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga.

Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen


Teknologi Hijau yang akan melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk
orang awam dan Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan
lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam
kehidupan kita. Ini bagi memastikan program-program lain yang akan
dilaksanakan oleh Kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan Teknologi
Hijau tempatan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dihayati oleh semua
lapisan masyarakat. (Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.)

1.5.1.7

Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara

Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan


kecekapan tenaga

Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam


sekitar

Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui


penggunaan teknologi; dan

Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

1.5.2 Budaya Digital Merentasi Sempadan


Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kini menjadi sebati dengan kehidupan
manusia. ICT menjadi teknologi yang universal serta memainkan peranan dalam pelbagai
aspek dan aktiviti kehidupan manusia. Kemudahan-kemudahan yang dinikmati melalui ICT

11

seperti perhubungan telekomunikasi dan internet telah dianggap sebagai kemudahan asas
sama seperti jalan raya, bekalan air serta elektrik dan harus tersedia untuk keperluan harian.
untuk memahami budaya digital, terlebih dahulu perlu difahami makna digital itu sendiri. Digital
merujuk kepada diskripsi tentang data yang disimpan atau dihantar dalam bentuk turutan
simbol-simbol yang diskret (yang berasingan, terpisah). Data ini selalunya dalam bentuk binari
dan diwakili menggunakan isyarat elektronik atau elektromagnetik. Perkataan digital berasal
daripada perkataan digit dan digitus dalam bahasa Latin yang bermaksud jari. Perkataan digital
kebiasaannya digunakan dalam bidang pengkomputeran dan elektronik terutama apabila
maklumat yang wujud di alam nyata ditukarkan kepada bentuk digital seperti bunyi digital dan
gambar

digital (Wikipedia,

2011).

Bentuk teknologi yang

berkaitan dengan bidang

pengkomputeran dan elektronik sering disebut sebagai teknologi digital. Budaya digital bukan
sahaja merujuk kepada budaya berkaitan penggunaan teknologi digital semata-mata tetapi
merangkumi paradigma cara berfikir dan bertindak yang terkandung di dalam teknologi tersebut
iaitu pengabstrakan, pengkodan, peraturan kendiri, pemayaan dan pemprograman. Budaya
digital juga disebut budaya siber, budaya elektronik, era maklumat,

masyarakat maklumat

(Gere, 2008) dan budaya rangkaian (Varnelis, 2010).

1.5.2.1 Kesan Budaya Digital


Di United Kingdom, Ofcom sebuah badan pemantau telekomunikasi di negara
tersebut menjalankan kajian tentang kesan telefon pintar ke atas tingkah laku para
remaja berumur 12 hingga 15 tahun serta orang dewasa berumur 16 tahun ke atas.
Daripada 521 remaja dan 2073 orang dewasa yang dikaji, 60 peratus remaja di dapati
sangat ketagih kepada telefon mereka manakala bagi orang dewasa pula ialah 37
peratus. Laporan itu juga menyebut mereka telah mengurangkan aktiviti-aktiviti lain
seperti membaca buku atau akhbar dan menonton TV. Di Malaysia, laporan akhbar
tempatan pada 10 Oktober 2011 menyatakan bahawa kira-kira 60 000 pelajar berusia
antara 12 hingga 18 tahun di Malaysia di dapati ketagih internet terutamanya laman
sosial facebook. Pada bulan tersebut Malaysia telah menduduki tangga ke 17 bilangan
pengguna Facebook paling ramai di dunia iaitu hampir 12 juta orang daripada
keseluruhan jumlah penduduk negara ini. Pelajar-pelajar ini akan menghabiskan masa
sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet. Ini mengakibatkan mereka
menjadi

antisosial,

menyendiri,

bersifat

individualistik

dan

rasa

lebih

selesa

berkomunikasi melalui internet. Mereka juga akan berasa cepat marah jika keinginan
12

mereka untuk melayari internet dihalang atau tidak dapat dipenuhi. Malah mereka
sanggup menipu, ponteng sekolah dan mencuri wang demi menghabiskan masa di kafekafe siber.

Budaya digital boleh menjadi halangan, sekatan, cabaran dan ancaman kepada
budaya tempatan sekiranya teknologi digital itu dilayan seperti satu kuasa yang tidak
dapat dikawal atau sebagai satu arus deras yang menghayutkan sesiapa sahaja yang
terjun ke dalamnya. Inilah yang disebutkan oleh para sarjana sebagai technological
determinism iaitu mengutamakan dan membesarkan-besarkan perbincangan tentang
kesan-kesan teknologi ke atas manusia seolah-olah manusia itu begitu lemah bila
berhadapan dengan teknologi. Pandangan seumpama ini dianggap pelik kerana
manusialah yang telah mencipta teknologi dan seterusnya menggunakannya. Jadi pada
asasnya manusia sepatutnya meletakkan dirinya pada kedudukan yang lebih tinggi
daripada teknologi. Jadi manusia harus berperanan dalam membentuk teknologi dan
bukannya menjadi mangsa yang pasif. Jika manusia merujuk kembali kepada nilai-nilai
pegangannya, maka nilai-nilai tersebut akan menjadi panduan dan rujukannya dalam
menangani pembentukan dan pengamalan teknologi dalam bentuk budaya digital yang
terbimbing.

Rujukan

Aznan Zuhid Saidin.(2014). Budaya Digital Merentasi Sempadan: Hambatan Kepada Budaya
Tempatan. Di dalam Sains dan Nilai. Penerbit IKIM.
Seth Sulaiman.(2000). Pendidikan Sains, Teknologi dan Masyarakat. Jurnal Pendidikon
Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 6 Oktober. Hal.66-76
Yazid Abdul Manap. (2011). Menerokai Kegemilangan Saintis Islam. Karya Bestari Karangkraf.

13

Você também pode gostar